Love isn't something you find. Love is something that finds you.


28 July, 2013

Pilihan mak yang terbaik


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ketiga Bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Terasa begitu sedikit amal ibadah ini. Sedar tak sedar kita sudah berada di hari-hari terakhir Lailatul Qadar! Mari kita menjadi hamba Allah yang paling dekat dengannya. Insya-Allah.

Sejak kebelakangan ni saya rasa bahagia. Perasaan bahagia itu tiba-tiba muncul. Sampai saya rasa takut. Memang betul. Perasaan bahagia silih berganti dengan perasaan sedih. Saya tak kisah. Sekurang-kurangnya saya sedar saya rasa bahagia. Maka saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Hidup tanpa kekurangan adalah menakutkan.  


Seperti biasa, saya akan munasabah kembali diri ini. Baru saya sedar akan sesuatu yang penting. Kebahagiaan bukan kerana apa yang kita inginkan semua dapat..tapi kebahagiaan itu kerana kita menikmati dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Meskipun sedih kerana kita tak dapat apa yang kita mahukan tapi sebenarnya Allah mengajar kita menghargai apa yang kita dapat.

Bersabarlah duhai hati. Kebahagiaan bukannya selalu milik kita. Sekali ia datang, nikmatilah ia dengan sebaiknya bukan mempersalahkannya atas apa yang kita tak dapat dalam hidup. Allah sengaja tidak mahu memberi apa yang kita mahukan kerana Allah nak kita berusaha lebih dalam hidup kita. Bukan semata-mata mengharapkan pemberian daripada Allah.

Salah satu perkara yang meyakinkan saya dan tak pernah mengecewakan saya adalah apabila saya mengikut pilihan mak. Entah mengapa saya merasakan pilihan mak adalah pilihan terbaik. Meskipun kadang-kadang, cita rasa kami berbeza tapi sekurang-kurangnya mak tahu itu yang terbaik untuk saya. Kini semakin hari saya banyak berkongsi rahsia dengan mak. Sesi meluahkan perasaan. Mak juga. Kami saling bercerita apa yang ada dalam hati dan fikiran kami.

Memang banyak perkara-perkara yang biasanya saya akan tanyakan pendapat mak dulu. Baik kecil mahupun besar. Masa nak masuk form 6 dulu, mak yang meyakinkan saya. Akhirnya saya dapat juga masuk ke universiti lebih awal daripada mengambil diploma. Begitu juga dengan pilihan tempat praktikal. Saya keliru untuk memilih sama ada di Pejabat Agama atau Rumah Orang Tua. Akhirnya mak suruh pegi Pejabat Agama. Alhamdulillah, Saya enjoy sangat bila dapat berjumpa kawan-kawan lama. Meriah.

Dan perkara terbesar dalam hidup saya adalah soal jodoh. Saya tak nafikan jodoh saya juga pilihan mak. Saya tak nafikan pada mulanya hati saya berat untuk menerimanya kerana dia bukan pilihan hati saya. Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa kan?Alhamdulillah, Dia lelaki yang sangat baik. Mungkin berkat pilihan mak juga kot..hehe..

Apapun saya tidak akan henti-henti memohon supaya Allah tetapkan jalan yang saya sedang lalui. Sungguh saya lemah dan tak kuat. Pada Allah saya serahkan pergantungan saya ini. Moga Allah permudahkan urusan saya. Amin.

Ya Allah. 
Ampunilah aku kerana terlalu sibuk dengan dunia sehingga tiada masa untuk berdua-duan denganmu di malam hari. Maafkan aku kerana jarang membacakan kalimah-kalimah agungMu. Sesungguhnya aku benar-benar terleka. Namun, Engkau tidak pernah sekalipun berpaling dariku. Engkau sentiasa membuatkan aku selamat dalam jagaanMu. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur atas semuanya.

Preview : Love this moment!
Wallahualam.




No comments:

Post a Comment