Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Harap-harap semua baik-baik saja. Jaga kesihatan tau. Sejak akhir-akhir ni ramai orang demam kan? Saya pun hampir-hampir rasanya. Tapi, alhamdulillah..saya masih mampu berpuasa dengan baik.
Lagu raya dah berkumandang di corong-corong radio. Kemeriahan semakin terasa. Persiapan raya sudahpun bermula. Takut kelam kabut di kemudian hari. Namun, jangan lupe, dalam kita menghitung ketibaan Syawal, Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita.
Kalau kita amati amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini, sudah tentu kita berasa sebak atau mahu menitiskan air mata ini. Mana tak nye, terasa begitu sedikit masa yang diluangkan untuk Ramadhan. Betul tak? Tanpa kita sedari tinggal 4 hari lagi nak puasa. Sekejap saja kan?
Apapun, amalan di bulan puasa memang besar ganjarannya. Namun, kita masih boleh teruskan qiamulail lagi walaupun dah habis Ramadhan kan?Insya-Allah. Sedikit atau banyak amalan kita bukan persoalannya. Yang penting istiqamah dalam amalan. Itu yang sepatutnya.
Mesti dah bosan setiap tahun membebel benda yang sama kan? Tak apa sekalipun kita tak mampu buat apa yang kita cakap sekurang-kurangnya kita ada niat nak buat betul tak? Kalau apa yang saya tulis ini dapat mengajak ke arah kebaikan, dapat juga pahala untuk saya, ye tak?
Oklah, panjang pula intro nya. Hmm, saya teringat dulu seorang classmate di Unisza pernah menyampaikan tazkirah mengenai magnet. Magnet mempunyai daya tarikan utara dan selatan kan?Maka dia samakan perupamaan itu tentang lelaki dan perempuan. Saya tertanya-tanya apa istilah yang paling sesuai untuk mendefinisikan 'tarikan' itu?
Maka saya nak rasa tarikan itu dinamakan AURA dan PESONA. Pernah dengar tak? Walaupun berbeza tapi kedua-duanya hampir sama. Saya yakin setiap manusia memiliki aura dan pesona masing-masing atau tarikan yang membuatkan kita menyukai orang itu dan orang itu juga menyukai kita .Yang pastinya setiap orang berbeza-beza. Baik lelaki mahupun perempuan.
Maka saya nak rasa tarikan itu dinamakan AURA dan PESONA. Pernah dengar tak? Walaupun berbeza tapi kedua-duanya hampir sama. Saya yakin setiap manusia memiliki aura dan pesona masing-masing atau tarikan yang membuatkan kita menyukai orang itu dan orang itu juga menyukai kita .Yang pastinya setiap orang berbeza-beza. Baik lelaki mahupun perempuan.
Bagi saya konsep aura dan pesona ni mudah saja. Apa-apa yang membuatkan kita tertarik pada seseorang itulah jawapannya. Aura dan pesona ni boleh mewakili sikap atau sifat. Terpulang pada keadaan dan individu. Aura merujuk kepada lelaki. Pesona pula lebih merujuk pada wanita.
Contohnya, di mata kita mungkin pasangan itu tak padan. Tapi di mata sang teruna dan si gadis yang saling menyukai mereka sangat padan. Benarkan? Mungkin sang teruna memiliki Aura yang membuatkan si gadis jatuh cinta. Atau si gadis memiliki Pesona yang membuatkan si teruna langsung tak pandang wanita yang lain.
Kenapa saya bercerita tentang aura dan pesona tiba-tiba ni?hehe.. Tak ada apapun cuma saya suka memerhati dan menganalisis. Saya merasakan aura dan pesona ini cukup penting dalam sebuah hubungan. Saya tak nak orang salah faham. Aura dan pesona bukan terzahir melalui rupa paras semata-mata. Tapi ia datang dari hati. Cewah. Ye tak aku ni?
Contohnya seorang lelaki wajar memiliki aura melindungi. Muka kacak biasanya kurang aura melindungi. Sebaliknya wanita pula yang akan jadi terlebih melindungi takut si lelaki menjadi dambaan wanita lain. Manakala pesona seorang wanita dari sudut dia berbicara. Ada wanita yang pandai berbicara dan petah berkata-kata dikatakan mempunyai pesona. Ada juga yang pemalu dikatakan mempunyai pesona. Itu terpulang bagaimana orang menilainya.
Itu antara contohnya. Masih banyak lagi. Cukuplah aura dan pesona itu datang dari pasangan kita dan bukannya daripada orang lain. Begitu juga dalam kehidupan kita. Dalam berkawan, kita hanya perlu wujudkan aura dan pesona kita untuk menarik perhatian orang dan jangan sesekali tonjolkan segala perkara yang negatif. Barulah kita akan sentiasa disayangi dan dikasihi.
Semua orang ada kekurangan masing-masing. Jangan ingat kelemahan itu satu penghalang untuk kita rasa disayangi dan dikasihi. Sehingga sanggup menjauh dan menyepi dari orang ramai. Kesilapan tetap kelemahan. Tapi aura dan pesona yang mesti ditonjolkan. Kerana itu yang akan menguatkan diri kita semula!
Jom kita sama-sama mencari aura dan pesona diri kita. Saya baca blog sahabat saya Bintun Jubir. Dan saya copy&paste kata-kata dibawah daripada blognya. Kata-kata yang sangat benar. Mari hayatinya bersama ^_^
Semua orang ada kekurangan masing-masing. Jangan ingat kelemahan itu satu penghalang untuk kita rasa disayangi dan dikasihi. Sehingga sanggup menjauh dan menyepi dari orang ramai. Kesilapan tetap kelemahan. Tapi aura dan pesona yang mesti ditonjolkan. Kerana itu yang akan menguatkan diri kita semula!
Jom kita sama-sama mencari aura dan pesona diri kita. Saya baca blog sahabat saya Bintun Jubir. Dan saya copy&paste kata-kata dibawah daripada blognya. Kata-kata yang sangat benar. Mari hayatinya bersama ^_^
Kalam hikmah Almarhum Syeikh Al-Tantawi,
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik.Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai.Dan tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua,serta hidup bahagia. Andai kau lakukan 99 kebaikan tetapi berbuat silap sekali,Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan 99 kebaikan yang lain. Itulah hakikat manusia!Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan Allah akan mengampunkan semua 99 kesilapanmu dan menerima amal kebaikanmu yang satu itu. Itulah Dia, Tuhanku!
Alhamdulillah a'la kulli hallin.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment