Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Apa khabar semua?Lama juga saya sibuk beraya dan berpraktikal sampai malas nak update blog. Gambar dah berlambak. Macam biasa kita satukan saja semua perkara-perkara yang berlaku supaya ia menjadi sebati. Eceh, bunyi macam rancangan memasak pula.
Tak ada apa-apa yang menarik sangat. Sekarang tengah habiskan puasa 6. Okaylah nak cerita panjang-panjang tak tau nak mula apa dulu. Oh ye masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Tak pe raya sebulan kan. Hihi..
Ok,saya nak share kisah raya saya dari raya pertama sampai raya ke sepuluh. Selamat membaca!
Mari tengok gambar mase raya pertama. Of course orang pertama yang datang rumah adalah keluarga tunang saya. Macam biasa rutin saya selalu menyorok kat dapur. Malu. Bukan tak biasa cuma segan sikit. Tak apelah saya cuba juga sesuaikan diri dengan bakal keluarga nanti. Hmmm..
|
Tudung dan baju daripada En. Tunang. |
|
With my sister, kakcik! |
|
Pic with my family! |
Lepas sesi bergambar, kamipun bersiap balik ke kampung sebelah abah di Sg. Kerang. Berjalan raya ke rumah sedara. Dapat makan bihun sup gear box. Sedap. Tapi banyak lemak. Habislah. Naik 1 kilo! Pada sebelah malam kami main bunga api. Ralit dengan seppupu sampai tak ada tangkap gambar . Itu serba sedikit kisah di raya pertama.
Seterusnya raya kedua dan raya ketiga di kampung sebelah mak. Meriah dan hapening. Semua balik. Kami makan nasi arab yang dimasak sendiri. Sedap. Hehe. Teringin la tu. Duit raya pun dapat banyak. Mungkin tahun ni tahun terakhir dapat duit raya kot. Tapi kalau tahun depan dapat lagi pun saya ambik lagi. Hihi.
|
Baju beli dekat Parit Buntar. |
|
Bergambar bersama sepupu sepapat! |
Alkisah raya keempat pula Mak ndak buat rumah terbuka di rumahnya di Lenggong. Meriah juga. Mak ndak buat laksa. Sedap juga! Sesudah kenyang kamipun bergambar. Try and error je pakai shawl tu. Teringin nak pakai. Beli colour lain dapat warna lain. Nasib la dah namanya pun online. Mujur ada baju yang masuk. Kalau tak kes naya. Tangkap muat je pusing shawl tu. Jadilah kan..huhu..
|
With my sepupu belah abah! |
Habis saja raya ke 4 kene prakikal. Mak buat open house raya ke 5. Saya sedih kene praktikal hari isnin hari tu. Kalau ikutkan hati nak je cuti duduk rumah. Esoknya, raya ke 6 ustaz dan kawan sekerja datang ke rumah beraya. Raya ke 7 dan 8 di pejabat agama. Bersama kerja yang tak seberapa. Ade kerja tapi mood nak buat kerja tak ada. Hihi..
Sekarang terus raya ke 9. Bertolak ke Sungkai. Cadangnya nak melawat Mak Long. Lepas tu melawat pula rumah Tok Su dan Tok Tam. Meriah. Best. Masa nilah nak kenal dengan sedara mara yang jauh tu. Sebelum ni kenal macam tu je tapi tak rapat. Bagus juga nak kahwin nanti boleh bawa suami jalan-jalan rumah sedara. Eceh. Berangan lagi.
|
On the way rumah Mak Long di Sungkai! |
|
Pak Lang pun ikut. Kecoh bercerita. |
|
Dari kiri; mak, Tok Su, menantu Tok Tam, Tok Tam, Mak ngah dan Mak njang |
Raya ke sepuluh. Ni best sebab kami pergi berkelah di Hot Spring Sg Klah! Tanpa dirancang. En. Tunangpun datang kat Hot Spring. Dari Tanjung Malim ke Sungkai. Lepas puas mandi, perut lapa. Singgah la rumah sepupu saya yang berdekatan, Kak Lela anak mak Long. Hapening sangat! Malu juga sebab En. Tunang iku sekali. By The way, it was happy moment! Alhamdulillah.
|
Muka exited nak pagi mandi jakuzzi! |
|
Nilah jakuzzi nya. Best. Puas dapat mandi dalam ni. Auratpun terpelihara. |
|
Naik kereta api. Malas nak jalan. |
|
Bergambar dulu ramai-ramai. |
|
Merebus telur. |
|
Bergambar di rumah Kak Lela lepas makan tengah hari. |
Perut pun sudah kenyang. Marilah kita balik. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku adalah atas keizinan Allah. Benar. Kita hanya merancang. Tapi Allah jualah yang menjadikannya. Gembira dapat berkumpul beramai-ramai. Semoga tahun hadapan lebih meriah lagi. Amin. Insya-Allah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment