Love isn't something you find. Love is something that finds you.


25 August, 2013

Kisah Raya saya!!!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Lama juga saya sibuk beraya dan berpraktikal sampai malas nak update blog. Gambar dah berlambak. Macam biasa kita satukan saja semua perkara-perkara yang berlaku supaya ia menjadi sebati. Eceh, bunyi macam rancangan memasak pula.

Tak ada apa-apa yang menarik sangat. Sekarang tengah habiskan puasa 6. Okaylah nak cerita panjang-panjang tak tau nak mula apa dulu. Oh ye masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Tak pe raya sebulan kan. Hihi..

Ok,saya nak share kisah raya saya dari raya pertama sampai raya ke sepuluh. Selamat membaca!

Mari tengok gambar mase raya pertama. Of course orang pertama yang datang rumah adalah keluarga tunang saya. Macam biasa rutin saya selalu menyorok kat dapur. Malu. Bukan tak biasa cuma segan sikit. Tak apelah saya cuba juga sesuaikan diri dengan bakal keluarga  nanti. Hmmm.. 

Tudung dan baju daripada En. Tunang.

With my sister, kakcik!
Pic with my family!
Lepas sesi bergambar, kamipun bersiap balik ke kampung sebelah abah di Sg. Kerang. Berjalan raya ke rumah sedara. Dapat makan bihun sup gear box. Sedap. Tapi banyak lemak. Habislah. Naik 1 kilo! Pada sebelah malam kami main bunga api. Ralit dengan seppupu sampai tak ada tangkap gambar . Itu serba sedikit kisah di raya pertama.

Seterusnya raya kedua dan raya ketiga di kampung sebelah mak. Meriah dan hapening. Semua balik. Kami makan nasi arab yang dimasak sendiri. Sedap. Hehe. Teringin la tu. Duit raya pun dapat banyak. Mungkin tahun ni tahun terakhir dapat duit raya kot. Tapi kalau tahun depan dapat lagi pun saya ambik lagi. Hihi. 

Baju beli dekat Parit Buntar.

Bergambar bersama sepupu sepapat!

Alkisah raya keempat pula Mak ndak buat rumah terbuka di rumahnya di Lenggong. Meriah juga. Mak ndak buat laksa. Sedap juga! Sesudah kenyang kamipun bergambar. Try and error je pakai shawl tu. Teringin nak pakai. Beli colour lain dapat warna lain. Nasib la dah namanya pun online. Mujur ada baju yang masuk. Kalau tak kes naya. Tangkap muat je pusing shawl tu. Jadilah kan..huhu..  

With my sepupu belah abah!
Habis saja raya ke 4 kene prakikal. Mak buat open house raya ke 5. Saya sedih kene praktikal hari isnin hari tu. Kalau ikutkan hati nak je cuti duduk rumah. Esoknya, raya ke 6 ustaz dan kawan sekerja datang ke rumah beraya. Raya ke 7 dan 8 di pejabat agama. Bersama kerja yang tak seberapa. Ade kerja tapi mood nak buat kerja tak ada. Hihi.. 

Sekarang terus raya ke 9. Bertolak ke Sungkai. Cadangnya nak melawat Mak Long. Lepas tu melawat pula rumah Tok Su dan Tok Tam. Meriah. Best. Masa nilah nak kenal dengan sedara mara yang jauh tu. Sebelum ni kenal macam tu je tapi tak rapat. Bagus juga nak kahwin nanti boleh bawa suami jalan-jalan rumah sedara. Eceh. Berangan lagi.

On the way rumah Mak Long di Sungkai!
Pak Lang pun ikut. Kecoh bercerita.

Dari kiri; mak, Tok Su, menantu Tok Tam, Tok Tam, Mak ngah dan Mak njang 
Raya ke sepuluh. Ni best sebab kami pergi berkelah di Hot Spring Sg Klah! Tanpa dirancang. En. Tunangpun datang kat Hot Spring. Dari Tanjung Malim ke Sungkai. Lepas puas mandi, perut lapa. Singgah la rumah sepupu saya yang berdekatan, Kak Lela anak mak Long. Hapening sangat! Malu juga sebab En. Tunang iku sekali. By The way, it was happy moment! Alhamdulillah.

Muka exited nak pagi mandi jakuzzi!

Nilah jakuzzi nya. Best. Puas dapat mandi dalam ni. Auratpun terpelihara.

Naik kereta api. Malas nak jalan. 

Bergambar dulu ramai-ramai.

Merebus telur.

Bergambar di rumah Kak Lela lepas makan tengah hari.
Perut pun sudah kenyang. Marilah kita balik. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku adalah atas keizinan Allah. Benar. Kita hanya merancang. Tapi Allah jualah yang menjadikannya. Gembira dapat berkumpul beramai-ramai. Semoga tahun hadapan lebih meriah lagi. Amin. Insya-Allah.  

Wallahualam.

05 August, 2013

Love this moment!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Apa khabar? Sihat semua? Alhamdulillah. Aduhai malas rasanya nak kerja hari isnin ni. Sebabnya semua orang dah cuti. Sobsob. Jeles. Nak cuti juga!!! T_T

Tahun ni saya rasa tak sempat juga nak habiskan 30 juz. Kecewa. Mungkin sebab saya kerja di siang hari. Malamnya saya penat dan ngantuk. Tak apalah. Sambung lepas raya lah.

Ada suatu hari saya tiba-tiba terjaga dari tidur. Saya melihat jam. Baru pukul 3.30. Lantas saya terus ke bilik air dan mengambil wuduk. Biasanya kalau awal sangat saya akan postpone ke pukul 4 pagi..hihi. Entah kenapa hari tu mudah benar bangunnya.

Entahlah bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Sepanjang solat tahajud itu air mata mengalir tak henti-henti. Sebak. Sayu. Sebelum ni saya tak dapat merasa kepuasan menangis sebegini. Sekadar sedih itu perkara biasa. Alhamdulillah. Puas rasanya dapat menangis pada Allah. 


Segala perkara-perkara sedih yang berlaku dalam hidup saya kembali menjengah ingatan. Segala kesilapan dan kegagalan mengganggu emosi. Terasa ingin kembali ke masa lalu dan betulkan kembali keadaan. Tiba-tiba rindukan kawan-kawan lama. Teringat kenangan bersama housemate. 

Oklah, itu perkara yang berlaku dalam beberapa hari ni. Pada saya menangis di hadapan Allah lebih nampak cantik dan nikmat daripada menangis di hadapan manusia. Sebab itu saya tak suka menangis hal dunia pada orang lain sebaliknya saya akan mengadu dan menangis pada Allah.

 Apabila sudah tenang barulah saya akan ceritakan pada orang lain. Begitu cara saya.Macam-macam cara yang akan membuatkan kita bahagia. Menangis pun kadang-kadang rasa bahagia,kan? Saya rindu pada perasaan sebegini!

Baiklah. Tutup cerita tu. Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan. Kemudian menjelma lah Syawal. Jadi, saya nak kongsikan tentang majlis berbuka puasa sepanjang bulan puasa. 2 kali kami dijemput berbuka puasa di Pejabat Agama. Malas nak cakap banyak. Layan gambar dulu ye.

Saya dan Jannah

Jannah, saya dan Hairun. Anis tak ada.

Sebelum berbuka

Selepas berbuka

Kami bersama ibu masing-masing.
Saya tak dapat lupa kenangan di sini. Best bawa mak buka puasa kat sini. Saya menjadi mangsa usikan ustaz . Teruk saya kena! Semuanya gara-gara cincin di jari, makanya satu ofis tahu saya sudah bertunang. Dan orang yang bertanggungjawab menceritakannya adalah Anis. Memang nak kena Anis ni!

Lepas tu bila ustaz Shafiq dengan ustaz Nawi usik saya akan cakap kat mak,"Mak tengok ustaz ni.." Mak tersenyum-senyum saja. Bukan nak marah balik. Aiseh.

Ok lepas tu kita cerita pasal berbuka puasa di rumah tok pula ye. Alkisahnya, tok menelefon semua anak-anak suruh datang. Katanya dia sudah menempah 4 talam. Alasannya sama, semua anak-anak tak comfirm nak datang walaupun sebenarnya semua orang boleh datang. 

Mula-mula abah tak mahu datang sebab abah cakap dah ramai sangat. Tapi sebab tok cakap begitu jadi kami pun bersiap la datang. Sebelum tu kami singgah parit buntar untuk shopping baju raya dulu. Sampai-sampai 4 biji kereta bersusun. Kemudian datang lagi 3 biji kereta. Dapat bayangkan tak?

Semua datang sekeluarga. 1 kereta mewakili satu keluarga. Saya sebut salah seorang jelah ye. Antara yang datang mak ngah Inah, mak lang, pak ndak, pak wi, mak uda, abg pahmi. Whuhh..memang meriah. Dah macam hari raya dah. Dari 4 talam jadi 8 talam. Jom tengok gambar dulu.

Pergi 2 kereta. Jadinya semua kereta ada 8 biji.

Bila kami bertiga je ada dalam kete, inilah jadinya.

Bersama sepupu-sepupu. Semakin lama semakin bertambah. Sampai namapun  tak ingat..hihi

Sampai berhimpit kami. Tu belum tengok yang lelaki kat luar lagi. Kesian.

Tak muat kan? Kecil pondok tok ni.

 Itulah sedikit sebanyak perkara yang gembira yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan. Dapat berkumpul beramai-ramai. Memang best. Semoga ketemu lagi gathering seperti ini. I'll love this moment forever!

Wallahualam.







03 August, 2013

Jom cari aura dan pesona diri!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua? Harap-harap semua baik-baik saja. Jaga kesihatan tau. Sejak akhir-akhir ni ramai orang demam kan? Saya pun hampir-hampir rasanya. Tapi, alhamdulillah..saya masih mampu berpuasa dengan baik.

Lagu raya dah berkumandang di corong-corong radio. Kemeriahan semakin terasa. Persiapan raya sudahpun bermula. Takut kelam kabut di kemudian hari. Namun, jangan lupe, dalam kita menghitung ketibaan Syawal, Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita. 

Kalau kita amati amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini, sudah tentu kita berasa sebak atau mahu menitiskan air mata ini. Mana tak nye, terasa begitu sedikit masa yang diluangkan untuk Ramadhan. Betul tak? Tanpa kita sedari tinggal 4 hari lagi nak puasa. Sekejap saja kan?

Apapun, amalan di bulan puasa memang besar ganjarannya. Namun, kita masih boleh teruskan qiamulail lagi walaupun dah habis Ramadhan kan?Insya-Allah. Sedikit atau banyak amalan kita bukan persoalannya. Yang penting istiqamah dalam amalan. Itu yang sepatutnya.

Mesti dah bosan setiap tahun membebel benda yang sama kan? Tak apa sekalipun kita tak mampu buat apa yang kita cakap sekurang-kurangnya kita ada niat nak buat betul tak? Kalau apa yang saya tulis ini dapat mengajak ke arah kebaikan, dapat juga pahala untuk saya, ye tak?

Oklah, panjang pula intro nya. Hmm, saya teringat dulu seorang classmate di Unisza pernah menyampaikan tazkirah mengenai magnet. Magnet mempunyai daya tarikan utara dan selatan kan?Maka dia samakan perupamaan itu tentang lelaki dan perempuan. Saya tertanya-tanya apa istilah yang paling sesuai untuk mendefinisikan 'tarikan' itu?

Maka saya  nak rasa tarikan itu dinamakan AURA dan PESONA. Pernah dengar tak? Walaupun berbeza tapi kedua-duanya hampir sama. Saya yakin setiap manusia memiliki aura dan pesona masing-masing atau tarikan yang membuatkan kita menyukai orang itu dan orang itu juga menyukai kita .Yang pastinya setiap orang berbeza-beza. Baik lelaki mahupun perempuan.


Bagi saya konsep aura dan pesona ni mudah saja. Apa-apa yang membuatkan kita tertarik pada seseorang itulah jawapannya. Aura dan pesona ni boleh mewakili sikap atau sifat. Terpulang pada keadaan dan individu. Aura merujuk kepada lelaki. Pesona pula lebih merujuk pada wanita.


Contohnya, di mata kita mungkin pasangan itu tak padan. Tapi di mata sang teruna dan si gadis yang saling menyukai mereka sangat padan. Benarkan? Mungkin sang teruna memiliki Aura yang membuatkan si gadis jatuh cinta. Atau si gadis memiliki Pesona yang membuatkan si teruna langsung tak pandang wanita yang lain. 

Kenapa saya bercerita tentang aura dan pesona tiba-tiba ni?hehe.. Tak ada apapun cuma saya suka memerhati dan menganalisis. Saya merasakan aura dan pesona ini cukup penting dalam sebuah hubungan. Saya tak nak orang salah faham. Aura dan pesona bukan terzahir melalui rupa paras semata-mata. Tapi ia datang dari hati. Cewah. Ye tak aku ni?

Contohnya seorang lelaki wajar memiliki aura melindungi. Muka kacak biasanya kurang aura melindungi. Sebaliknya wanita pula yang akan jadi terlebih melindungi takut si lelaki menjadi dambaan wanita lain. Manakala pesona seorang wanita dari sudut dia berbicara. Ada wanita yang pandai berbicara dan petah berkata-kata dikatakan mempunyai pesona. Ada juga yang pemalu dikatakan mempunyai pesona. Itu terpulang bagaimana orang menilainya.

Itu antara contohnya. Masih banyak lagi. Cukuplah aura dan pesona itu datang dari pasangan kita dan bukannya daripada orang lain. Begitu juga dalam kehidupan kita. Dalam berkawan, kita hanya perlu wujudkan aura dan pesona kita untuk menarik perhatian orang dan jangan sesekali tonjolkan segala perkara yang negatif. Barulah kita akan sentiasa disayangi dan dikasihi.

Semua orang ada kekurangan masing-masing. Jangan ingat kelemahan itu satu penghalang untuk kita rasa disayangi dan dikasihi. Sehingga sanggup menjauh dan menyepi dari orang ramai. Kesilapan tetap kelemahan. Tapi aura dan pesona yang mesti ditonjolkan. Kerana itu yang akan menguatkan diri kita semula!

Jom kita sama-sama mencari aura dan pesona diri kita. Saya baca blog sahabat saya Bintun Jubir. Dan saya copy&paste kata-kata dibawah daripada blognya. Kata-kata yang sangat benar. Mari hayatinya bersama ^_^


Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik.Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai.Dan tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua,serta hidup bahagia. Andai kau lakukan 99 kebaikan tetapi berbuat silap sekali,Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan 99 kebaikan yang lain. Itulah hakikat manusia!Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan Allah akan mengampunkan semua 99 kesilapanmu dan menerima amal kebaikanmu yang satu itu. Itulah Dia, Tuhanku!
Kalam hikmah Almarhum Syeikh Al-Tantawi,
 Alhamdulillah a'la kulli hallin.
Wallahua'lam.