Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Pecaya tak punya nak taip entry sanggup guna telefon pintar..haha.. Okla, straight to the point. Alhamdulillah dah 23 dah umur ini. Saya pun bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi..Maka, saya sedikit emo bila memikirkan ini tahun terakhir saya menikmati zaman bujang..wuwuwuu..:-[
Malam kejadian, semuanya biasa saja.Pukul 11 lebih cenggitu en tunang call. Katanya nak jadi orang pertama wish..Sedang ralit sembang tiba2 kawan2 menyanyikan lagu Happy birthday. Terus sebak mengalir air mata laju..Speechless. Tak bole nak gambarkan perasaan tu macamana.
Jam en tunang masa tu belum pukul 12 lagi..Maka sambung balik sembang dengan en tunang. Habis tu masing2 wat hal sendiri je. Malam tu rasa sedih lagi..Cuba tido tapi tak bole..tapi paksa juga sebab ade kelas esok..pejam mata tak tahu tido pukul berapa.
Pagi tu, Naim cakap hbs kelas dia nak wat tesis. Dia tak balik rumah. Saya pun ok je. Sampai petang tak balik saya pun tanya la dia bila nak balik. Dia cakap dia ambil bahan tesis kat k nurul. Dia xleh balik sebab tunggu k zaimah hantar. Sayapun cakap saya bole ambil dia tapi dia tak mau.
Masa tu saya dah start sedih dah. Napa dia tak mau balik2 lagi. Dia marahkah?Saya ada wat salah ke? Macam2 yang bermain di kepala. Huhu..Pukul 7 tak balik saya tak bole sabar dah. Saya pegi bilik dorang sambil nangis2. Teruk gila saya nangis. Dah macam orang putus cinta..haha..
Saya cakap kalau Naim tak balik juga saya nak keluar. Nak belanja makan bege kanteng kononnya.Naim balik elok2 azan magrib. Masa Naim balik saya dah nangis sampai termuntah2. Sebabnya saya tak makan sehari sebab tak lalu makan. Saya rindu sangat kat keluarga terutama mak.. masa tu mak belum telefon lagi. Kalau telefon comfirm drama air mata lagi.
Masa tu fikiran jahat pun muncul..tu la kenapa la kene kawin awal. Tak puas lagi nak bermanja dengan mak dengan kawan2 semua. Pastu,bila fikir balik, yeke tak mau kawin awal?sedangkan ramai kawan2 yang nak kawin cepat tapi tak dapat. Tu pun tak bersyukur lagi?huhu..(mara diri sendiri..)
Tapi kalau jodoh tu belum dekat lagi, sekurang2nya bole wat pilihan sendiri..ada can nak cari orang yang kita suka yang berkenan di hati. Pastu,pikir balik. Sama juga. Hati akan tetap berbolak balik. Allah dah cakap bukan semua yang kita suka tu baik untuk kita dan bukan semua yang kita tak suka tu tak baik untuk kita. Maka terimalah dengan apa yang Allah beri pada kita. Jangan merungut apatah lagi menyesal kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur ya atin..huhu..
Ok sambung balik cite tadi. Dah merajuk dengan naim tadi, naim suruh mandi bersiap cakap nak keluar. Mata dah bengkak. Rasanya tak pernah menangis macam tu punya teruk. Apa punya hati sensitif la. Kuat sangat buruk sangka.haha..
Udah siap comey2 dengan bengkak2 mata tu, tiba2 SURPRISE!!X.. k nurul, k zaimah, sal, jiah dan dina pun ada.
Bole pula dorang nyanyi sambil bawa kek masuk rumah..muehmueh..
Apa lagi air mata mencurah2 ke ladang gandum. Serius terkejut dan tak sangka. Bahagia dorang plan berjaya..Mencik! Ahh, tak suka!!huhu..
Why atin why crying? No answer.
That's all. Enjoy the pic mata bengkak ye..
Tq for reading. Doakan yang terbaik untuk saya. Moga saya kuat. Moga Allah permudahkan urusan kahwin saya. Amin. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment