Love isn't something you find. Love is something that finds you.


19 May, 2011

Nilai sebuah persahabatan..

Sahabat
Apa khabar kalian?
Kita semakin dewasa,bukan?
Kalian sudah jauh berubah..
Benarkah kalian yang ku kenal dahulu?

Hei,kawan!
Sudah lama kita tidak ketemu..
Ingatkah lagi pada diriku?
Atau kalian sudah melupakanku?
Bukankah kita dahulu berkawan rapat?
Kawan datang dan pergi..
Sahabat dekat dan jauh..
Tetapi kenangan dan memori masih tertinggal lagi..
Sungguh..aku merindui kalian..
Jauh disudut hatiku..aku menyayangi kalian..
Maafkan daku kerana aku bukanlah teman yang baik buat kalian..
Maafkan daku kerana aku bukanlah sahabat yang sentiasa disisi kalian..
Maafkan daku kerana aku bukanlah kawan yang kalian perlukan..
Maafkanlah segala kesalahanku sepanjang kalian mengenaliku..
Terima kasih kawan, kerana sering menegurku setiap kali aku tersalah langkah..sekalipun hatiku pedih tapi aku tahu itu mungkin demi kebaikanku..
Terima kasih teman kerana sering ketawa bersama denganku..hadirnya kalian membahagiakanku..
Terima kasih sahabat kerana sudi menangis bersama denganku..nasihat kalian,pujukan kalian,pujian kalian dan segalanya yang kalian lakukan untukku..terima kasih untuk semuanya..

Sahabat-sahabat sekalian..
Aku impikan sebuah persahabatan yang dibina kerana Allah..
Aku impikan sebuah persahabatan yang penuh ikhlas dan telus..
Aku impikan sebuah persahabatan yang penuh kasih-sayang dan rasa cinta..
Marilah sama-sama kita mendoakan kebaikan sahabat-sahabat kita..Mohon supaya Allah lindungi dan rahmati perjalanan kita yang masih jauh tapi singkat saja masanya yang tinggal..
Kerana apa?
Kerana..mungkin saja ada antara sahabat kita yang akan pergi dahulu sebelum kita..
Lalu,apakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita kepada sahabat kita?
Bukankah kita ingin bersama-sama sahabat kita di jannah nanti?
Atau kita mahu lihat dia terseksa di neraka..kerana kita?
Apa?Apa yang kita lakukan?
Kita sudah menasihati dia,namun dia masih tidak menerimanya..
Sedarlah..hidayah datangnya dari Allah..maka,tetaplah berdoa yang terbaik untuknya..Insya-Allah..Allah akan makbulkan doa sahabat yang mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuan mereka..Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan..Insya-Allah jika kita doakan kebaikan untuk sahabat kita..Allah akan balikkan kebaikan yang kita doakan itu kepada kita semula..Kelak kita akan didoa oleh sahabat-sahabat kita yang lain pula..
Aduh..indah bukan? 

Sekarang..mari sama-sama mengingati satu-persatu wajah sahabat-sahabat kita..Bayangkan wajah rakan-rakan seperjuangan kita yang kita kenali dulu..
Kemudian..sama-sama kita niatkan dalam hati..alirkan doa ini melalui hati kita..Mudah-mudahan ianya sampai kepada sahabat-sahabat kita..



Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi perintahMu dan bersatu memikul beban dakwahMu..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka ya Allah..
Eratkanlah ikatan yang ada antara kami dan kekalkan kemesraan antara hati-hati kami..
Tunjukkanlah hati-hati kami jalannya yang sebenar,
Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam dan lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMu,
Suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki..
Jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..
Sesungguhnya,Engkaulah sebaik-baik sandaran dan penolong..
Amin Ya Rabbal Alamin.. 

16 May, 2011

Antara terpilih dan memilih?

Hidup ini ibarat roda..sentiasa mengikut putarannya..Percaya atau tidak,setiap benda bernyawa akan sentiasa berada dalam dilema..Harus sentiasa membuat pilihan dalam kehidupan ini...tak kisahlah berapa banyak pilihan sekalipun..Persoalannya mahukah kita menjadi yang terpilih atau memilih?

Biar aku perjelaskan salah satu daripada situasinya..tentu sekali situasi yang paling dekat dengan kita ialah berkenaan dengan jodoh..betul tak?Situasi yang pertama..Dalam banyak-banyak manusia dimuka bumi ini,kita yang dipilihnya sebagai teman hidup..bermakna kita sudah jadi yang terpilih..Bagaimana,bagus bunyinyakan?

Ataupun..dalam kehidupan ini, kita berjumpa dan bertemu dengan ramai orang..ramai manusia..namun,tidak ada seorangpun yang menepati citarasa kita..Yang ni ada kekurangannya dan ada kelebihannya..yang itu ada kelemahannya dan ada juga kekuatannya..makna kata kita terpaksa memilih betul tak?

Cuba perhatikan kedua-dua situasi di atas..situasi pertama nampak mudah dan bahagia..tapi situasi kedua nampak kesedihan,kerungsingan,dan kekeliruan..Jadi masihkah berfikir-fikir untuk menjadi yang terpilih atau yang terpaksa memilih?

Baiklah..sekadar mengajak untuk berfikir dan menganalisa situasi tersebut..Sebenarnya kedua-dua situasi itu pasti akan dilalui oleh setiap orang selagimana dia bergelar manusia..Namun,apa yang membezakannya adalah cara kita melihatnya,merasainya dan menerimanya..

Dalam kata lain..terimalah jodoh kita dengan hati yang terbuka dan ikhlas kerana Allah..usah rungsing dirimu belum bertemu jodoh kerana mungkin belum tiba masanya..Biarlah ia datang dengan sendirinya..Jangan terlalu memilih kerana kelak kita yang akan rugi..inginkan yang lebih baik akhirnya menyesal kerana menolak yang terbaik..Jangan terlalu mengharapkan sesuatu itu sehinggakan kita yang akhirnya akan kecewa..kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang..maka jangan terlalu paranoid dan prajudis terhadap jodoh kita..terpulang pada kita yang mencorak warna untuk masa depan yang bahagia..
Bagi yang sudah bertemu pilihan,usah rungsing dengan kata-kata orang disekelilingmu..yang penting kamu tahu dia jodoh dari Allah..Anggaplah segala kata-kata negatif sebagai ujian kecil dari Allah dan apabila kamu dan pasanganmu dipuji,segera pulangkan segala pujian kepada Allah kembali..kerana pujian itu akan menimbulkan riak dan bangga diri..maka hilanglah keberkatannya..impian kita adalah untuk membina bunga-bunga cinta dalam rumahtangga..apabila dua hati sudah bersatu..orang lain tidak akan mampu untuk mengatakan apa-apa lagi..


Jadi tetaplah yakin yang sebenarnya,Allah lah yang memberikan pilihan-pilihan itu kepada kita dan Allah jugalah yang menentukan pilihan yang terbaik buat kita..selagimana kita yakin dan percaya pada Allah..kita kembalikan semua rasa dilema itu kepada Allah dan Allah akan berikan kita jawapannya..Insya-Allah..

Wallahualam..