Biar aku perjelaskan salah satu daripada situasinya..tentu sekali situasi yang paling dekat dengan kita ialah berkenaan dengan jodoh..betul tak?Situasi yang pertama..Dalam banyak-banyak manusia dimuka bumi ini,kita yang dipilihnya sebagai teman hidup..bermakna kita sudah jadi yang terpilih..Bagaimana,bagus bunyinyakan?
Ataupun..dalam kehidupan ini, kita berjumpa dan bertemu dengan ramai orang..ramai manusia..namun,tidak ada seorangpun yang menepati citarasa kita..Yang ni ada kekurangannya dan ada kelebihannya..yang itu ada kelemahannya dan ada juga kekuatannya..makna kata kita terpaksa memilih betul tak?
Cuba perhatikan kedua-dua situasi di atas..situasi pertama nampak mudah dan bahagia..tapi situasi kedua nampak kesedihan,kerungsingan,dan kekeliruan..Jadi masihkah berfikir-fikir untuk menjadi yang terpilih atau yang terpaksa memilih?
Baiklah..sekadar mengajak untuk berfikir dan menganalisa situasi tersebut..Sebenarnya kedua-dua situasi itu pasti akan dilalui oleh setiap orang selagimana dia bergelar manusia..Namun,apa yang membezakannya adalah cara kita melihatnya,merasainya dan menerimanya..
Dalam kata lain..terimalah jodoh kita dengan hati yang terbuka dan ikhlas kerana Allah..usah rungsing dirimu belum bertemu jodoh kerana mungkin belum tiba masanya..Biarlah ia datang dengan sendirinya..Jangan terlalu memilih kerana kelak kita yang akan rugi..inginkan yang lebih baik akhirnya menyesal kerana menolak yang terbaik..Jangan terlalu mengharapkan sesuatu itu sehinggakan kita yang akhirnya akan kecewa..kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang..maka jangan terlalu paranoid dan prajudis terhadap jodoh kita..terpulang pada kita yang mencorak warna untuk masa depan yang bahagia..
Bagi yang sudah bertemu pilihan,usah rungsing dengan kata-kata orang disekelilingmu..yang penting kamu tahu dia jodoh dari Allah..Anggaplah segala kata-kata negatif sebagai ujian kecil dari Allah dan apabila kamu dan pasanganmu dipuji,segera pulangkan segala pujian kepada Allah kembali..kerana pujian itu akan menimbulkan riak dan bangga diri..maka hilanglah keberkatannya..impian kita adalah untuk membina bunga-bunga cinta dalam rumahtangga..apabila dua hati sudah bersatu..orang lain tidak akan mampu untuk mengatakan apa-apa lagi..
Jadi tetaplah yakin yang sebenarnya,Allah lah yang memberikan pilihan-pilihan itu kepada kita dan Allah jugalah yang menentukan pilihan yang terbaik buat kita..selagimana kita yakin dan percaya pada Allah..kita kembalikan semua rasa dilema itu kepada Allah dan Allah akan berikan kita jawapannya..Insya-Allah..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment