Bagaimana aku nak katakan..pada mulanya..ianya amat sukar untuk kutempuhi..Aku terpaksa memendam apa yang aku rasakan seorang diri walaupun aku ingin sangat meluahkannya..bagai suatu bebanan..aku menangis setiap malam memohon kekuatan dan petunjuk Allah..Benarkan jalan ini yang kupilih?Betulkah keputusan yang ku ambil?Aku bingung..Aku rungsing..Ketika itu aku tertanya-tanya..Siapa dia sebenarnya?Bagaimana orangnya?Baikkah?Burukkah?Tapi walau aku tidak mengenalinya mengapa aku menerimanya?Hati ini bagai ada sesuatu yang menarik aku untuk menerimanya..namun akal ini bagai menentangnya..Aku takut sekali..Apakah harus aku ikut kata hati atau akal fikiranku ini?Aduh..
Tinggal beberapa hari lagi aku akan menjadi tunangan orang..Sekali lagi aku diuji dengan kehilangan nenek yang paling kucintai..nenek yang sangat menyayangiku..Nenek yang sentiasa mendoakan aku..Nenek sepatutnya ada disisiku ketika cicin disarung ke jariku..tapi mengapa nenek pergi dulu..nenek tahukan aku akan disunting orang?Aku menangis lagi..Kini bukan akal aku saja yang menolak..malah hati aku mula berbelah-bahagi..Aku menangis lagi mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk menempuhi sesuatu yang sangat baru buatku..Jiwaku tak tenang..Aku tak mampu makan dengan kenyang dan tidur dengan lena..Aku tahu ibu juga begitu..Ya Allah..beratnya ujianmu ini!
Tarikh semakin hampir..Debaran kian terasa..saudara mara semua tumpang gembira..tapi aku?Haruskah aku tersenyum dihari kenduri tahlil nenek?Aku lemah..Aku mengadu pada sahabatku..Aku mengadu pada kakak saudaraku..dan yang pasti pada Allah yang mengatur segalanya..tapi tidak pada ibuku..Aku tidak mahu ibuku terasa sesuatu bebanan..Aku memahami keadaan ibu ketika ini..Andai aku rungsing..ibu pasti lagi rungsing dariku..sebab itu aku tidak bincang apa-apapun..Aku serahkan segalanya pada Allah..Aku tinggalkan hatiku padaNya..Aku tenangkan jiwaku dengan zikir tak henti-henti..
Bismillahi khairul asma'..
Bismillahi biyadihis sakinah..
Ya Allah,pinjamkan bagi sahabatku ini keyakinan yang mendalam padamu..
Jadikan jiwanya kuat dan teguh..
Jadikan jiwanya sabar dan redha..
Pimpinlah dia dan jangan Kau lepaskan..
Sahabatku ini memerlukanmu..maka dakaplah dia dengan kasihMu..
Jangan Kau uji dia dengan kesedihan yang tak sanggup dia hadapi..
Bila-bila dia diuji dengan apapun halangan,hapuskan air matanya dan sayangilah dia..agar dia tahu..dia tak pernah keseorangan..
Bila dia bersedih atas sesuatu yang Kau ambil,maka Kau gantilah apa yang Kau ambil itu dengan hal yang lebih baik..
Aku sangat menyayanginya dan tak mahu dia berduka..maka sayangilah dia Ya Allah..
Kata-kata sahabat ini menyedarkan aku tidak bersendirian..Aku lemah tapi Allah ada kan?Dia tidak pernah tinggalkan hambanya bukan?Akhirnya hari yang ditunggu tiba juga..Malam itu aku telah sah menjadi tunangan orang..Buat pertama kalinya..si dia menghantar SMS kepadaku..melihat wajah ibuku..ayahku..aku mula sedikit demi sedikit dapat menerima keadaan ini..Aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat Kak Ani..Mak ngah,Mak njang,Acu,Kak Ana,Pak Teh,Ila dan semua yang membantuku yang aku tak dapat nyatakan disini..terima kasih kerana membantu menyiapkan segala hantaran..jasa kalian sangat aku hargai..terima kasih sekali lagi..
Buat si dia..sekali lagi..terima kasih kerana setia menunggu..Kita percaya jodoh pilihan orang tua kita lebih baik bukan?Terima kasih sebab sanggup menungguku lagi sehingga aku habis belajar..Biarlah hati kita berdua terus mekar dengan doa dari orang tua kita..Biarlah Allah pelihara ikatan antara kita berdua..Aku percaya pada jodoh..Allah lebih mengetahui..Aku tidak henti-henti berdoa andai ada jodoh antara kita..Insya-Allah kita akan dapat menempuhi beberapa tahun lagi dengan mudah..Alhamdulillah..semakin lama..aku semakin gembira..Seleraku juga turut bertambah..tidurku juga semakin nyenyak..Aku juga mula yakin pada gerak hati aku..Semoga Allah permudahkan urusan kita..dan rahmati ikatan yang kita bina ini..Amin..
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment