Love isn't something you find. Love is something that finds you.


04 May, 2011

Jodoh terbaik

Kata Hukama;"Untuk bahagia,cintailah sesiapa yang mencintai anda,bukan sesiapa yang anda cintai..dan..cinta yang dicari  adalah baik..tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik..dan..cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan..namun..cintailah Allah lebih dari segalanya..kerana cinta kepadaNya akan menghidupkan hati yang mati dan cinta kepadaNya akan membawa kita ke syurga.."

Entah kenapa tergerak hatiku untuk menulis entry tentang ini sejak aku menerima kata-kata ini dari salah seorang sahabatku..Banyak  perkara yang berlaku membuatkan aku terfikir tentangnya..terlalu banyak..terlalu dalam...Mungkin sudah sampai masanya..entahlah..Akhirnya aku membuat keputusan untuk menulisnya juga..mungkin andai satu saat nanti..apabila aku terasa berat bebanan sekurang-kurangnya aku ada sesuatu yang dapat memujuk hati ini....Dari situ aku temui sebuah jawapan..Memang sejak azali lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup,jodoh pertemuan dan kematian kita.Hakikatnya cinta manusia memang sementara yang sering mengecewakan.Cinta Allah juga adalah cinta hakiki yang tidak mengecewakan.Namun sebagai manusia,kita dituntut untuk berkasih-sayang sesama manusia.Malah perkahwinan yang menjalinkan dua hati menjadi satu adalah satu sunnah untuk harus kita ikuti dan laksanakan menurut syariat yang telah digariskan..Bukankah begitu?                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
"Jodoh di tangan Tuhan manakala manusia berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan syarak"



Dalam kehidupan ini..setiap kejadian yang pernah menimpa diri jadikanlah sebagai pengajaran dan pengalaman berharga untuk mematangkan diri..murnikan niat dan terus berikhtiar merupakan kewajipan setiap insan..muhasabahlah dan perbaikilah kelemahan,agar pasanganmu adalah yang terbaik diantara yang terbaik..Bersyukur dan istiqamah dengan segala kelebihan dan kekurangan diri kita mahupun pasangan kita..kerana sebenarnya itulah yang akan melengkapkan sebuah perkahwinan yang dibina..Bukankah tiada manusia yang diciptakan sempurna di dunia?Allah ciptakan setiap manusia berpasang-pasangan..cuma  cepat atau lambat saja..kita berhak memilih tapi jodoh itu rahsia Allah..Apabila tiba masanya..ia akan datang sendiri..Yakin pada Allah bukan?


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 2:219;
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu.Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah..kamu tidak ketahui..Allah juga yang lebih mengetahui."

Yakinlah..pandangan kita amat terbatas..pandangan Allah Maha Luas..Sesuatu yang kita cintai,belum tentu membawa kebaikan kepada kita..manakala sesuatu yang kita benci,belum tentu memudaratkan kita.Percayakah kita kalau dikatakan sutera indah yang lembut dan halus itu datangnya dari seekor ulat?Ataupun bukankah rintik hujan yang jernih itu datangnya dari awan hitam yang tebal?
Apa yang ingin kusampaikan disini ialah jangan mencari kesempurnaan pada luarannya saja..yakni pada rupa paras yang menarik..susuk tubuh yang menggoda dan kekayaan yang melimpah-ruah..itu hanyalah sementara..tetapi pandanglah pada mata hatinya..rasailah keikhlasannya melalui gerak hati..Cuba fikirkan apakah layak kita mengharapkan jodoh yang sempurna sedangkan diri kita ini masih tidak sempurna?Jika itu yang kita harapkan untuk bahagia..ya..kita akan bahagia didunia..semua orang akan memuji,mengagumi dan mencemburui kita..tetapi adakah itu semua akan kita kecapi di akhirat kelak seandainya tidak disusuli dengan keredhaan Allah?
Begitu juga dengan taraf dan pangkat..Sekiranya pasangan kita seorang ustaz..ya..Alhamdulillah..jalan ke syurga pasti lebih mudah bukan?Namun..ketahuilah..ustaz juga manusia biasa..tidak sempurna..ada kekurangannya..usahlah kita berfikir dia sudah menjadi milik kita sepenuhnya tetapi fikirlah dia dipinjamkan untuk kita supaya dapat memimpin kita ke syurga..kejarlah keredhaan Allah bersama-samanya..Insya-Allah..di syurga nanti para bidadari pasti akan mencemburui kita..Anggaplah perkahwinan salah satu pintu ke syurga..
Begitu juga sebaliknya..jika dia bekerja apa saja kerja asalkan halal..selagimana dia menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas..ianya tidak ada beza,bukan?mungkin saja mereka bukan pendakwah tetapi siapa sangka mereka juga mempunyai keinginan untuk memimpin kita ke syurga..malah lebih baik dari itu?wallahualam..hanya Allah yang lebih Mengetahui..
Apabila kita terpaksa memilih kita utamakan pendapat orang yang lebih tua dari kita bukan pada perasaan kita semata-mata..sementara kita menanti jawapan pada istikharah yang kita lakukan..kita perlu juga melakukan penilaian terhadap jodoh kita..Kita menilai kembali masa lalunya..masa sekarangnya dan masa depannya..Masa lalunya termasuklah pendidikannya..adakah dia mempunyai asas agama yang baik?Masa sekarangnya seperti keluarganya..adakah mereka menerima diri kita..adakah mereka dari keluarga yang baik?Manakala masa depannya adalah dari segi kewangan..adakah dia mampu untuk menyara kita..menyediakan nafkah dan tempat tinggal untuk kita?Kita perlu memikirkannya..Sikap dan perwatakannya mencerminkan dirinya..itu juga perlu diambil kira juga..

Apa yang mampu kita lakukan adalah terus berdoa dan yakin pada jodoh yang datang kepada kita..Sesiapa saja...Doa kita dan pasangan kita..dan doa orang disekeliling kita..yakni ibu bapa kita dan adik-beradik kita..Mohonlah pada Allah agar dipelihara hati ini supaya pasangan kita dapat mendekatkan kita kepada Allah dan bukannya sebaliknya..Restu ibu bapa itu sangat penting..kerana itulah kunci kebahagian bagi sebuah perkahwinan..Mohonlah bersungguh-sungguh dengan hati yang ikhlas dan reda..Insya-Allah..Allah akan mendengarnya..

No comments:

Post a Comment