Love isn't something you find. Love is something that finds you.


07 May, 2011

Allah lebih sayangkan nenek...

Sebelum aku memulakan tulisanku ini..marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk al-marhumah nenekku yang sudah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis hari itu..Al Fatihah..

Di suatu pagi yang hening..ketika aku sedang melipat baju sambil menonton televisyen,ibuku pulang dengan mata yang merah..Keadaan ibu cukup kelam-kabut..Aku bimbang melihat keadaan ibu..Aku bertanya apa yang berlaku?Ibu menjawab,dia akan pergi ke Kuala Lumpur iaitu rumah pak cikku kerana keadaan nenek sudah tenat.Ibu ingin mengambil nenek pulang ke rumahku di Taiping..

Baru beberapa minit ibu bertemu ayahku dan berbincang..pak cik sudah menelefon dan memberitahu bahawa nenek sudah tiada..Ibu terduduk dan meraung..Aku segera mendakap ibu dan menenangkannya..Aku juga turut menangis..Aku masih berharap berita itu tidak benar..Namun,Allah lebih sayangkan nenek..Sukar untuk aku percaya nenek telah tiada..

Aku memandu pulang ke kampung..Ibu di sebelahku masih menangis dan menangis..Aku menggenggam erat tangan ibuku..Aku berusaha menenangkan dirinya..Aku perlu kuat supaya ibu juga akan tabah menempuhinya..walaupun hakikatnya aku sangat sedih sekali..Aku masih perlukan nenek..Aku terkilan nenek tidak sempat ke rumahku..Aku sayangkan nenek..namun Allah lebih menyayanginya..

Saudara-mara yang lain semakin lama semakin ramai..Persiapan semua sudah disiapkan..Nenek sudah berpesan siap-siap dimana harus anak-anaknya mencari keperluannya apabila dia sudah meninggal nanti.Zohor sudahpun masuk..Aku terus menunaikan solat Zuhor..Jenazah nenek masih dalam perjalanan lagi..Aku mencapai surah yassin dan membacanya.Air mata terus mengalir laju apatah lagi melihat ibu dan adik-beradiknya berpelukan sesama sendiri..Sayu rasanya apabila satu-satunya nenek iaitu ibu mereka telah tiada lagi di dunia ini..Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Jam sudah menujukkan hampir pukul 3..Aku masih menghabiskan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..mak cik dan saudara-mara masing-masing membaca satu juzuk setiap seorang..Elok-elok selesai aku menghabiskan ayat terakhir untuk juzuk yang ku baca,van jenazah tiba bersama dengan jenazah nenek..Suasana menjadi haru seketika apabila jenazah nenek diletakkan diatas katil yang mengadap ke arah kiblat..

Aku segera menghampiri jenazah nenek..wajahnya bersih dan seperti tersenyum..Aku mengelap air mata yang mengalir berkali-kali..Kata pak cik pagi-pagi lagi nenek ingin mandi walaupun airnya sejuk..ketika itu nenek sudah tidak mampu untuk mengesot apatah lagi berjalan ke bilik air..Nenek ingin pak cikku mendukungnya ke bilik air..Selesai mandi dia mengambil wuduk untuk menunaikan solat dhuha..Sebaik diletakkan di atas katil..Nenek mula menyarung telekungnya..Tetapi tidak sempat lagi apabila nafas nenek mula turun naik..pak  cik mula membacakan shahadah ke telinga nenek dan nenek mengikutinya lambat-lambat..Akhirnya nenek menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan pak cik dan mak cik..Begitulah cerita pak cikku disaat-saat akhir pemergian nenek tercinta..

Selesai dimandikan dan dikapankan..semua anak,cucu dan cicit berkumpul dan mencium jenazah nenek seorang demi seorang untuk memberi penghormatan terakhir..Kemudian jenazah nenek diusung dan dibawa menuju ke surau yang terletak tidak jauh dari rumah..menurut cerita sepanjang perjalanan berbau harum..Apabila jenazah ingin disembahyangkan..begitu ramai yang datang untuk menyembahyangkan jenazah sehingga tidak muat tempat dan terpaksa sembahyang di luar..

Betapa Allah sayangkannya..Allah berikan peluang untuk meninggal dunia pada hari Khamis malam Jumaat..Nenek..semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehin..Amin ya Rabbal Alamin..

1 comment:

  1. takziah kepada keluarga Allayarhamah.. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah..

    ReplyDelete