Baiklah..Aku tidaklah rapat dengan arwah..aku mengenalinya di SMKASAS iaitu ketika di upper six dan dia lower 6 ketika itu..jadi kami hanya berkenalan selama 6 bulan..tolak cuti mungkin dalam 3 ke 4 bulan saja..Tapi apa yang ingin aku sampaikan ialah..betapa pemergiannya sangat-sangat meninggalkan kesan di hatiku..insaf rasanya diriku ini..
Arwah yang ku kenali..seorang yang happy go lucky..wajahnya biasa tetapi pembawakan dirinya menjadikan dia disenangi oleh semua orang..arwah budak yang baik dan sangat menghormati seniornya..Semasa hari-hari terakhir tahun lepas,aku ada membawa handycam/webcam ke sekolah..Jadi aku sempat merakam kata-katanya yang disampaikan panjang lebar berbanding rakan-rakannya yang tak sampai dua minitpun..Rasanya hampir lima minit..Ucapannya ditujukan khas buat kami senior-seniornya..Aku masih simpan lagi video itu.
Saat aku menerima mesej dari sahabatku pagi jumaat itu,aku terkejut..Aku sebak..Bukan kerana apa,kerana aku tidak menyangka sama sekali dia akan pergi dahulu..diusianya ketika itu..Memang..sungguh...ajal,maut ditangan Allah..kita tidak tahu bila masanya kita..bila memikirkannya..aku jadi takut..
Cukupkah amalan kita untuk menjadi bekalan kita di sana nanti?Sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah?Tanggungjawab kepada diri kita,kepada ibu bapa kita..keluarga,suami isteri,anak,kakak,abang,tanggungjawab kapada masyarakat,dan seterusnya kepada negara?Bagaimana pula dengan amanah yang diberikan kepada kita?Sebagai pelajar,pendidik ataupun pemimpin terutamanya?Bersediakah kita andai nyawa kita diambil sekarang?
Fikiranku lantas teringat pada post di fb arwah yang sempat ditulis sebelum arwah pergi yang berbunyi,
"hmm..xlama lg aku nk pg brperang..tp..senjata aku mcam blum cukup je..nk wat camne ye??"
Nampak gayanya..arwah bagai sudah tahu dia akan pergi dulu..ketika arwah menulisnya,dia masih dalam keadaan sihat,walafiat lagi..Dia sendiri sudah mengeluh dan bimbang dengan senjatanya yg mash blum cukup..jadi,bagaimana pula kita yang masih bernafas lagi?
Bercakap soal tanggungjawab dan amanah pula..baru-baru ini..ibu ada menerangkan pada aku supaya ikuti jemaah kita..pentingnya jemaah itu untuk berukhwah,bersatu-padu dan menjalankan amanah Allah di muka bumi ini..kita semua adalah pemimpin..kita berdakwah dan menyeru ke arah kebaikan menerusi jemaah..itu adalah satu tanggungjawab dan amanah buat kita..jemaah ini ibarat seperti kita mengikut sunnah rasulullah yang menjalankan sistem khalifah yang suatu ketika dulu telah dihapuskan oleh seorang reformis yang bernama Mustapha Kamal Antartuk..Maka,tiba masa kita menaikkan semula,sistem itu dalam jemaah..
Aku ada juga berbincang dengan Akhi(tunangku) tentang jemaah..Akhi bukanlah seorang yang aktif jemaah tetapi dia menyokong perjuangan mereka ini..Akhi mungkin terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai engineer sampai tidak ambil tahu langsung tentang jemaah..ibu dan ayah memang kuat mengikut jemaah maka mereka mahu kami berdua mengikutinya..ibu kata kita hendaklah berfikrah dan bermasyarakat..sekurang-kurangnya kita perlu mengambil tahu hal-hal jemaah..tak aktifpun tak apa..
Kakak saudaraku juga bercakap benda yang sama..memang orang yang lihat akan cakap jemaah ini lebih kepada politik..Namun,hakikatnya..jemaah ini satu kesatuan kearah perjuangan mencari keredhaan Ilahi..Ramai anak muda remaja mengambil sikap tidak endah atau tidak mahu ambil tahu tentang jemaah dan dunia politik..sedangkan kita semua ada hak dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin..jemaah adalah jemaah dan politik hanyalah wadah dan salurannya saja..ramai yang salah sangka tentang itu..termasuklah aku..
Sampaikan..mereka merancang jodoh anak-anak mereka demi untuk memelihara anak-anak mereka dari jatuh ke tangan yang bukan jemaah..Sedikit sebanyak aku terasa terbeban..mampukah aku?entahlah..Akhi banyak menasihatiku..aku masih muda..selesaikan dahulu tanggungjawab dan amanah kepada diri sendiri..belajar dan terokai ilmu terlebih dahulu..dan kemudian boleh sampaikan dan kongsikan dengan orang lain..Betul juga,selesaikan amanah dan tanggungjawab kepada diri sendiri dan kemudian barulah laksanakan amanah dan tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara..Insya-Allah..Mudah-mudahan akan sampai masanya jua untuk aku berbakti dan berjasa kepada agama dan masyarakat yang kulihat semakin hari semakin parah..akan aku lakukannya!Aku memasang azam dan tekad di hati..
Semoga..aku berjaya mengharunginya..Semoga..ini menjadi pengajaran buat diriku yang lemah..Insafnya diriku apabila memikirkan semua ini..Apabila Allah menjemput kita maka aku harap ketika itu aku sudah bersedia.. ^_^..
~Wallahualam~
No comments:
Post a Comment