Love isn't something you find. Love is something that finds you.


30 April, 2011

Ustaz oh ustaz!

Pada entry kali ni..aku ingin menulis mengenai seorang ustaz di sekolahku dahulu..Tiba-tiba aku teringatkannya.Aku dan anak perempuannya yang ke 3 pernah bersekolah di Taayah bersama-sama.Sebilik lagi tu..Tapi mungkin ustaz tak tahu.Sebab lepas form 3 masing-masing kami sudah berpindah ke sekolah lain.Ustaz yang aku dan kawan-kawan panggil dengan gelaran abi..Juga digelar Al-Asady yang bermaksud singa dalam bahasa Arab.Dia sangat digeruni oleh semua pelajar kerana kebolehannya yang boleh i'rab atau dalam kata lain dia mempunyai ilmu membaca dan mentafsir seseorang dengan pandangan matanya saja..

Pada hari pertama lagi..aku dan kawan-kawan yang lain sudah didenda ketuk ketampi diluar kelas oleh ustaz..Semuanya gara-gara kami terlewat masuk ke dalam kelasnya.Kemudian kami disuruh memakai tanda nama yang dibuat daripada kad manila beserta berat masing-masing dan nama pak we jika ada..kelakar dan tak masuk akal kan?Tapi disebabkan dia terkenal dengan kebolehannya meng'irab,ramai yang terpaksa berkata benar.Mujur aku tidak punya pak we ketika itu..

Suatu hari ketika di dalam kelas dia memanggil namaku..Hatiku berdebar-debar.Aku ada melakukan kesalahan ke?Tambahan pula dia seorang guru disiplin.Aku segera bangun dari kerusiku dan berdiri tegak.Jiwaku resah mananti apa yang bakal aku lalui.Mulutku terkumat-kamit membaca apa juga doa penenang hati atau doa penyelamat dari bala.

"Athin..athin boleh tanggalkan nama.."

Itu saja?Aku terkejut.Betul ke apa yang kudengar ni?Aku memandang kawan disebelahku.Dia mengangguk.Satu senyuman dilemparkan ke arahku.Dengan perlahan-lahan aku membuka kad nama yang ada tertulis namaku dan berat badanku.Ku masukkan ke bawah meja.

"Terima kasih ustaz.."

Aku menjawab lalu terus duduk.Aku dapat melihat kawan-kawan yang lain memandangku sambil tersenyum.Aku gembira dan bersyukur sekali kerana aku ialah pelajar perempuan yang pertama yang ustaz ingat namanya.Namun itu masih membuatku tidak senang hati..Aku perlu lebih berhati-hati dalam tingkah laku aku supaya tidak mengecilkan hati ustaz.Kerana ustaz seorang yang sangat sensitif dan mudah kecil hati..Menurut cerita senior disitu,ustaz tak akan tegur dan sebut nama orang sudah mengecilkan hatinya..huh..menakutkan!

Menjelang peperiksaan..aku diuji dengan pelbagai masalah..Aku risaukan peperiksaan yang bakal kutempuhi..Setiap hariku isi dengan solat dhuha dan qiamulail..Boleh dikatakan hampir setiap malam aku menagisi keadaan diriku dan apa yang aku lalui selama ini..Aku cuba mendekati Allah supaya hatiku lebih tenang dan damai..supaya fikiranku yang rungsing ini mampu dilupakan untuk seketika apabila berada dekat dengan Allah..Boleh dikatakan musolla sekolah menjadi rumah kedua buatku.Disitulah tempat paling tenang untuk melepaskan masalah dan bebanan yang kurasakan..Disitulah tempatku membina kekuatan dan memupuk kesabaran dan ketabahan dalam menjalani ujian dan musibah dari Allah..

Sesudah menunaikan solat dhuha aku mempercepatkan langkahku menuju ke bilik kuliah.Aku tak mahu terlewat masuk ke dalam kelas ustaz.Lega rasanya..ustaz belum masuk lagi.aku segera mengambil tempat duduk dan mempersiapkan diri..Bersedia untuk menumpukan sepenuh perhatian pada subjek yang padaku bukan mudah.Bahasa Arab.Beberapa minit kemudian,ustaz melangkah masuk.Bau minyak atar harum menusuk hidung.Dari jauh sudah boleh bau keharumannya.Seperti biasa sebelum memulakan kelas..Ustaz memandang wajah kami seorang demi seorang.Sampai ke arahku,ustaz berhenti lama..Hatiku berdebar-debar..Apakah ustaz sedang membaca fikiranku?

"Athin..ada masalah?Kenapa ustaz tengok muka athin macam rungsing saja..."

Aku terdiam..Kelu lidah untuk berkata-kata..Bagaimana ustaz boleh tahu?Nampak sangatkah?Ustaz bangun dan menghampiri tempat dudukku.

"Apa yang athin fikirkan?Pasal masalah kawan-kawan?"

Aku terus membisu.Angguk tidak.Geleng juga tidak.

"Fikir pasal peperiksaan?"

Aku hanya menundukkan wajah.Pandanganku menebar ke lantai..Aku masih tidah berani memandang wajah ustaz.

"Atau pasal mak?"

Air mataku mula bergenang bila ustaz menyebut nama mak.Aku tak boleh tahan lagi.Semuanya betul dan tepat..Aku masih tidak mengiakan.Aku cuba untuk tersenyum dan menggelengkan wajahku.Cuba menidakkan hakikat yang sebenar.

"Jangan nak tipu ustaz..ustaz boleh tahu kalau kamu ada masalah..bila kamu tak fokus..ustaz boleh tahu..Athin sebenarnya rindu dekat makkan?"

Kali ni aku tak boleh tipu lagi..Aku mengangguk.Walaupun hakikatnya bukan itu sebab utamanya.Sudah lumrah seorang anak,bila ditimpa masalah pasti dia akan teringatkan ibunya..Betul tak?Begitu juga aku..Lantaklah..biarlah orang nak fikir aku ni anak mak ke..anak manja ke..apa ke..aku tak kisah..yang penting itulah diri aku..aku bukan berpura-pura..atau cuba meraih perhatian sesiapa.Ustaz kemudian mengeluarkan telefonnya.Dia mendailkan nombor telefon mak untukku.Dia suruh aku bercakap dengan mak selama mana yang aku nak..Menggeletar tanganku saat ustaz memberikan peluang tersebut..Bukan senang untuk memperolehya.Aku cukup terharu bercampur rasa bersalah kerana terpaksa membuang masa ustaz dan kawan-kawanku..Aku mohon kawan-kawan halalkanlah masa yang ustaz berikan padaku..Perkara ini diluar kawalanku..aku sedaya upaya menyembunyikan air mataku..namun semakin kusembunyikan semakin ia laju mengalir keluar membasahi pipiku..Maafkanku kerana aku tak cukup kuat..

Aku mengetuk pintu dan memberi salam..Aku sudah selesai bercakap dengan mak.Air mataku sudah ku lap sekering-keringnya.Aku menarik nafas panjang.Sebaik kaki melangkah masuk.40 pasang mata kawan-kawanku memerhati ke arahku..Aku malu.Diriku menjadi bualan.Aku menyerahkan telefon kepada ustaz dan mengucapkan terima kasih..Aku cuba tersenyum dengan harapan ustaz tahu aku sudah pulih.Aku menuju ke tempat duduk.Kawan-kawan yang lain mengusap-usap bahuku..Kawan disebelahku mengosok-gosok tanganku yang sejuk dan berpeluh..Rupanya..sementara aku sedang bercakap di telefon di luar..ustaz sudah bercakap tentangku di dalam..Aku dapat tahu ustaz mahu kawan-kawan mendekatiku..kerana aku seorang yang suka memendam rasa dan terlalu banyak berfikir perkara-perkara dan masalah yang ada..Masih ada lagi ..namun biarlah ia menjadi rahsiaku dan kawan-kawan yang mendengarnya ketika itu..

Ustaz..terima kasih banyak-banyak kerana mengambil berat akan anak didikmu ini..Aku hanyalah seorang manusia yang punya banyak kekurangan..Salah satu kenangan manis di SMKASAS untuk kukongsikan ialah tentang ustaz..Aku tak mungkin akan melupakannya.Aku berharap ustaz senantiasa mendoakan diriku dan sahabat-sahabat yang lain..Aku akan berusaha menjadi muslimah yang sentiasa memelihara hati dan meningkatkan taqwanya kepada Allah SWT..Aku akan sentiasa kuat dan tabah menghadapi setiap musibah..Aku akan sentiasa memandang setiap yang aku lalui dengan minda yang positif..Dan aku akan sentiasa mendoakan semoga ustaz sihat tubuh badan dan dimurahkan rezaki.Syukran Jazilah Ya Ustaz!!!

No comments:

Post a Comment