Bagaimana aku ingin memulakannya?Mengenalinya membuatkan aku berasa begitu bertuah sekali..saat aku tenggelam dengan nikmat dunia..saat aku terleka dengan kesenangan dan kemudahan yang ada..dia menghubungiku..dialah yang menyuntik kesedaran buatku tanpa dia sedari..mengajak aku dalam kalamnya yang berhikmah..menarikku melalui qudwatul hasanah..menyebabkan aku berputar kembali ke arah matlamat seorang hamba..mujahidah seorang solehah..perjalanan mencari redha Ilahi..sebagai pejuang agama Allah..Dia sudah berhijrah..aku bila lagi?Masihkah ditakuk yang sama?Sukar untukku pastikan..
Benar tanpa peringatan yang berterusan..hati akan gelap dan keras..mungkin juga telah diselaputi oleh debu dan kotoran..kini baru kusedari..dialah yang menjadi inspirasiku..dialah yang menjadi mentorku..sahabatku..aku sangat cemburu..tetapi bukan padamu..sebaliknya pada semangatmu yang membara..jiwamu yang kental..kekuatanmu yang sungguh luar biasa..aku terlalu mengagumi semua itu..jangan salah faham..aku tahu..dirimu hanyalah insan biasa yang punya kekurangan dan kelebihan..sama sepertiku..namun itulah yang melengkapkan persahabatan yang kita bina kan?
Bagaimana ingin kukatakan lagi?Aku adalah aku..tak mungkin menjadi dirimu..Dia yang ku kenali seorang periang,lincah dan kelam kabut..Dirinya punya warna tersendiri...Corak pendekatan yang berbeza..aku dan dia masih berhubung walau jarak beribu batu..Aku yang mula-mula meninggalkannya serta sahabat yang lain dan berhijrah ke tempat dan persekitaran yang lebih mencabar..aku fikir aku kuat..aku fikir aku mampu mengharunginya..aku rasa aku mampu menghadapi segala yang terjadi..
Hakikatnya tidak seindah yang kusangka..pahitnya masih terasa...
Dengan membawa watak dan imej muslimah solehah..aku tersilap langkah..Persahabatan yang tiada hijab menyebabkan aku terkeliru antara yang haq ataupun batil..Salah satu babaknya..seorang syabab ingin membina ukhuwah berlandaskan syariah bersama si muslimah..Peringatan demi peringatan dikongsikan bersama supaya persahabatan yang dibina kelihatan barakah dan suci..Babak yang lain pula..seorang syabab yang bermasalah mendekati si muslimah untuk menjadi yang lebih baik..untuk meminta nasihat dan pandangan..untuk berubah dan berhijrah..untuk kembali ke jalan yang lurus..Duhai syabab,apa yang kita lakukan ini masih salah..bukan begitu caranya untuk mencari keredhaan Allah..apa yang kita lakukan seolah-olah memperjudikan agama namanya..walaupun kita bukan melakukan perkara tak senonoh tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu..Masih ada lagi babak lain..tak sanggup untukku teruskan lagi..
Begitulah realiti kehidupan..menakutkan..tapi itulah yang terpaksa kita hadapi..kerana itulah yang berlaku disekeliling kita..kadang-kadang aku terlalu lemah untuk menghadapinya..hampir tersungkur..namun,betapa Allah menyayangi hambanya..Dia menyedarkan dalam bentuk musibah dan ujian..bukankah pengalaman mematangkan kita?bukankah dari sebuah pengalaman itu kita pelajari seribu satu pengajaran?itulah yang membuatkan kita semakin kuat..betapa sedihnya aku bila memikirkan syabab sekalian..betapa kami dahagakan pimpinan daripada kalian.. seharusnya kalian bisa melindungi dan memelihara kehormatan kami..bukannya kalian mengajak kami mendekati kalian..sedarkah kalian masing-masing kita ada batasannya?kerana masing-masing kita lemah antara satu sama lain..Betapa iblis dan syaitan laknatullah bergembira dan bertepuk tangan melihat keadaan dunia akhir zaman ini..
Apa yang kucoretkan disini bukan sekadar suka-suka...sebaliknya sebagai ingatan untukku juga sahabat yang sudi membaca coretanku ini../bukan cuba membuka pekung didada..tetapi itulah realitinya..yang sepatutnya kita elakkan..jangan mendekati apatah lagi terjebak dengan permainan iblis laknatullah...Rahsia yang kupendamkan ini bukanlah sekadar suka-suka tetapi untuk diambil pengajaran diatas apa yang berlaku...Peliharalah iman..tingkatkan taqwa..jauhi maksiat..doakan yang terbaik buatku..mudah-mudahan tidak terjebak lagi..seandainya aku tersalah mahupun terleka..tanggungjawab anda untuk menegurku..kerana aku cumalah insan biasa yang sedang berusaha untuk mengubah kekurangan dan kelemahan diri..mudah-mudahan Allah terus memelihara hatiku.. Insya-Allah..
22 April, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment