Kadang-kadang aku sembunyikan air mataku supaya tidak kelihatan lemah di mata orang lain.Tapi aku tahu betapa nikmatnya setitis air mata itu..Aku merasa gembira dapat menitiskan air mata..Pelikkan bunyinya?Bagiku dengan menangis merupakan satu kenikmatan.Kelegaan yang sungguh menenangkan sanubari.Aku sangat menghargai setiap titis air mata yang mengalir di pipi ku.
Apabila aku keseorangan dan bersendirian,tiba-tiba aku terasa sebak aku akan beritahu pada diriku..Menangislah sepuas hatimu..kamu akan nampak cantik bila menangis.Apabila aku terlampau gembira,aku tahu tentu aku akan menitiskan air mata sekali lagi.Aku akan kelihatan hodoh apabila menangis di depan orang Maka aku akan pergi ke satu tempat yang sunyi dan aku akan lepaskan segalanya di situ tanpa dilihat oleh sesiapapun.
Ketika itu,aku akan berbisik pada diriku supaya menghargai setiap nikmat dan ujian yang aku terima.Aku akan memujuk hatiku supaya tabahkan hati dan kuatkan semangat.Dalam masa yang sama aku akan lebih mengenali dan memahami diri sendiri.Aku akan memperbaiki kelemahan diri dan merenung masa depan.Dengan itu,aku boleh merancang dan mengatur langkah untuk mencapai matlamat yang di impikan.
Satu-satunya keadaan dimana aku akan menangis dan menitiskan air mata adalah apabila aku di banding-bandingkan dengan orang lain.Sudah terbukti aku punya rasa rendah diri yang cukup tinggi.Katakanlah aku berjaya dalam sesuatu yang aku lakukan.Aku gembira dan semua orang turut gembira.Tiba-tiba aku dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih hebat dariku.Ketika itu ku rasakan kegembiraan yang ku kecapi bagaikan di robek-robek dan dicarik-carik.
Namun kesedihan itu tidak lama.Sudah dinamakan lumrahnya manusia suka dipuji-puji..pantang dikeji-keji.Aku tak mahu menjadi seperti itu..manusia dan dunia hanya sementara..nak kejar dunia,akhirat pula berciciran.Astagfirullahal azim..mudah-mudahan Allah akan ampunkan dosa-dosaku ini.!Betulkan niat dan perbaharui hati yang penuh noda. Aku berharap selepas ini aku tak akan terjentik dengan kata-kata kejian dan aku tak akan terlena dalam pujian..Aku boleh lakukakannya..Insya-Allah!
28 March, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment