Love isn't something you find. Love is something that finds you.


18 March, 2011

New life Fathin!

Asssalamualaikum my new blog!!

Ahh...you so sweet!I love you..thanks my lovely sister!Dah lama rasanya aku tak menulis enty terbaru..maklumlah,komputer atas dah rosak..ini saja satu-satunya lap top yang tinggal..maka terpaksalah aku mengalah demi adik-adikku yang tercinta..Semenjak dua menjak ni aku sedikit sibuk dengan test kereta.Aku perlu fokus dan buat betul-betul untuk dapatkan lesen kereta.Alhamdulillah..aku lulus!Tambahan pula mak + ayah tiada di rumah..mereka bercuti di Beijing..so,aku tak boleh ralit dengan komputer..nanti adik-adikku nak makan apa?Apapun aku bersyukur sangat dengan kehidupanku sekarang.Mudah-mudahan Allah memberikan yang terbaik buat kehidupanku..Ini doaku..Amin ya Rabal Alamin!

Oh ya!Bercakap soal dunia baruku  aku terasa ada perubahannya.Ya..setiap musibah ada hikmahnya..Masa mula-mula dulu,dapatkan lesen kereta memang matlamatku yang pertama..Namun,aku tunda untuk belajar kereta kerana aku mendapat tawaran bekerja sambil belajar dengan gaji lebih kurang RM800.Lumayankan bunyinya?Aku mula rasa bertuah kerana diberi peluang kerja yang datang bergolek tanpa perlu bersusah payah mencari lagi.Ditakdirkan berlaku satu masalah di situ dan aku tidak dapat bekerja di situ..Mungkin sudah bukan rezekiku..Aku bersabar walaupan aku sangat sedih..Punah segala impianku!Namun,aku pasti mungkin Allah telah sediakan yang lebih baik untukku.Maka aku kembali ke matlamat asalku..Alhamdulillah,Allah telah permudahkan aku belajar kereta..Aku rasa mudah dan seronok sekali sepanjang aku belajar kereta.Akhirnya aku lulus dan berjaya!

Semua yang berlaku dalam hidupku..suka duka yang aku tempuhi selalu menjengah ke ingatan ketika aku bersendirian..Aku ingin di usiaku yang ke 20 ini,aku lebih bermatlamat dan fokus demi untuk masa depanku.Aku mahu jadikan 20 tahun sebagai permulaan kepada hidupku yang baru!Aku akan melangkah dan segera bangun setiap kali aku terjatuh dengan sendirinya..Aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa positif untuk meneruskan kehidupanku..supaya aku tidak akan menyesal dengan apa yang brlaku sepanjang hidupku bila aku mengenang kembali diriku dan duniaku ini.Walaubagaimanapun,dunia baruku ini hanyalah sementara sahaja..yang lebih utama Akhirat adalah kekal abadi!

No comments:

Post a Comment