25 February, 2011
Happy Birthday Fathin!!
Hari ini hari ulang tahun kelahiranku yang ke-20.Sukar untuk aku mempercayainya.Begitupun telah banyak suka duka yang telah kutempuhi.Mungkin zaman kanak-kanak itu sudah berlalu pergi tetapi ia akan sentiasa menjadi kenangan di kala aku kesedihan.Aku tidak akan sekali melupakannya.Hidup perlu diteruskan.Melangkah terus ke hadapan dengan penuh azam dan tekad yang menggunung.
Kata orang makin meniti usia makin kuat cabarannya.Kerana aku perlu lebih mempercayai diri sendiri berbanding orang lain.Kalau dulu aku mengharapkan pandangan,pendapat dan keputusan mereka yang lebih arif kerana ketika itu aku masih cetek pengalaman dan mentah dalam kehidupan.Sekarang segala keputusan ada di tanganku.Hanyaku yang berhak untuk mencorakkan hidupku dan bukan orang lain.
Dalam hidup ini aku tidak lepas dari menjadikan kesilapan aku sebagai pengajaran tapi juga menjadikan kesilapan orang lain sebagai pengajaran buat diriku.Sebagai manusia yang biasa,aku cuma berharap yang terbaik untuk diriku.Aku ingin terus mencari pengalaman dan pengetahuan sehingga ke akhir hayatku.Mudah-mudahan Allah akan merestui perjalananku dan perjuanganku ini..Insya-Allah..Amin ya rabal Alamin !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment