Love isn't something you find. Love is something that finds you.


01 February, 2011

Sakit gigi

Sakit gigi yang ku alami masih belum sembuh.Berdenyut-denyut rasanya.Air mataku mengalir kesakitan.Aku dah jumpa doktor gigi.Katanya gigiku berlubang dan perlu segera ditampal.Proses pembersihan saraf perlu dilakukan sebanyak 3 kali.Termasuk tampal,kos semua berjumlah RM250.Doktor memberi antibiotik dan ubat tahan sakit kepadaku buat sementara.Jumlahnya,RM30.Hai,duit lagi.Nampaknya kena keluarkan duit tabung haji aku la..Apa boleh buat?

Semasa aku menonton televisyen tadi,aku terberhenti pada channel yang sedang menayangkan rancangan magic oleh ahli silap mata yang terkenal iaitu David Blaine.Aku tidak mahu sentuh mengenai magic yang dilakukannya,cuma aku tertarik pada kata-katanya yang dapat kusimpulkan iaitu dalam segala hal kita kena bertenang dan cuba mengawal pemikiran kita.Apa yang kita fikir adalah berpunca dari akal kita.Kalau kita rasa ia sakit,buatkan ia rasa tidak sakit.Kita cuma perlu yakin.Sesiapa saja boleh lakukannya!

Maka aku cuba tidak memikirkan kesakitan itu.Aku mengawal fikiran dengan bertenang.Deria yang sepatutnya sampai ke akal fikiran ialah rasa sakit tapi aku dengan yakin menidakkannya.Ianya tidak sakit lagi dan ia terbukti betapa peranan akal berjaya mengurangkan kesakitan yang aku alami.Apapun aku akan terus berdoa agar sakit gigiku akan segera sembuh.Insya-Allah!

No comments:

Post a Comment