Love isn't something you find. Love is something that finds you.


24 February, 2011

Sekudus Doa-Bab 2

Bab 2

     Muammar menanti penuh debaran.Setengah jam lagi kapal terbang akan di buka.Dia akan menaiki kapal terbang itu.Satu-satu wajah ahli keluarganya ditatap.Abangnya yang sulung,Abdul Mustaqim berdiri di sisi isterinya,Zulaika.
“Nanti jangan lupa,kalau jumpa gadis Jordan beritahu abang Aqim ya?”kata Mustaqim sambil berseloroh.Isterinya Zulaikha tersenyum simpul.Terasa dengan usikan suaminya itu.Mereka berdua baru balik ke Malaysia 2 tahun lalu, dan berkahwin di Mesir sehingga sama-sama menamatkan pengajian di universiti Kaherah di Mesir.Perut Zhulaikha semakin membesar.Entah Muammar sempat melihat kelahiran anak buahnya atau tidak,dia sendiri tak pasti.

      “Abang Aqim ni..ke situ pula..Kau jangan nak dengar cakap Abang Aqim tu..”Abang ketiganya,Mujahid bersuara.Sememangnya,Muammar agak rapat dengan Mujahid.Maklumlah perbezaan umur yang tidak terlalu jauh,menyebabkan komunikasi antara mereka tampak mesra.Mujahid kini belajar dalam jurusan syariah pengkhususan Undang-Undang dari Akademi Islam,Universiti Malaya.Kini di tahun kedua.

     Abang keduanya Muttaqin masih sibuk bermain mesej dengan telefon bimbitnya.Barangkali sedang bermesej dengan tunangnya.Sesekali dia turut serta untuk mengusik adiknya itu.Muannas masih di tingkatan 3.Disebabkan perbezaan umur yang cuma 2 tahun juga membuatkan mereka berdua agak rapat.

     “Nanti boring la abang Ammar tak ada..Jangan lupa kirim e-mail tau.”Muannas mengingatkan Muammar sekali lagi.Dua adik lelakinya iaitu Muslim dan Mukmin masih leka bermain di sekitar airport.Di suatu sudut kelihatan ayahnya,Abdul Mustapha dan ibunya, Raudhah sedang berbincang dengan pak ciknya,Umar.

      Muammar melihat jam di tangan.Sudah hampir waktu bertolak.Dia membuat pemeriksaan terakhir sekali lagi.Seketika kemudian,pengumuman bahawa kapal terbang sudah dibuka.Lima belas minit lagi,perjalanan akan di mulakan.Sesudah bersalam-salaman dengan ahli keluarga dan saudara yang mengiringinya,Muammar melangkah melepasi pejabat imigresen dan terus menaiki kapal terbang.Sebelum masuk ke dalamnya,Muammar sempat memberi lambaian terakhir pada keluarganya.

      University Of Jordon,tunggu kedatangan aku!Muammar meniupkan semangat dalam hatinya.

* * *
       Peperiksaan Awal tahun sudah berlalu.Keputusannya biasa saja.Tapi subjek sains yang diambilnya kurang memuaskan.Mardhiah mendapat tempat ke 5 di dalam kelas.Kalau di sekolah dulu,jangan harap aku nak dapat top 5 dalam kelas..top 5 dari belakang bolehlah.getus hati kecilnya.
  
        Mawardah menghampirinya.Cantiknya dia,secantik namanya.Tudung sekolah yang dipakainya labuh dan cantik potongannya.Mardhiah tersenyum kepadanya.Mukanya bujur sirih dan alis keningnya cantik.Matanya bundar dan wajahnya kuning langsat.Tidak hairanlah pelajar lelaki sering mengusiknya.

     “Tahniah..Mar!Dapat nombor 5 dalam kelas..Budak pandai,mestilah hebat,kan?”Puji Mawardah.Mardhiah termalu dipuji begitu.

     “Tak adalah..keputusan biasa saja..Emh,Wardah macammana?”Soal Mardhiah berhati-hati.Takut-takut soalanya sensitif untuk diajukan.

      “Alhamdulillah..menaik sikit..Dapat nombor 3 je..”Jawab Mawardah penuh lemah lembut.Mardhiah terpana.Mukanya panas.Rasa malu menyerbu di segenap ruang.Bukan nombor 4 atau di bawahnya tapi nombor tiga dalam kelas dan nombor lapan dalam tingkatan.Ya Allah,malunya aku..Aku pula nombor lima dalam kelas dan nombor sepuluh dalam tingkatan...Jauh result aku dari dia Sebaik mengucap tahniah,Mardhiah kembali ke meja dengan rasa malu dan rendah diri yang teramat sangat.Kelas berjalan seperti biasa sehingga tamat sesi persekolahan.Tetapi hati dan jiwa Mardhiah luruh.Dia tidak boleh fokus pada mata pelajaran selepas itu sehingga kelas tamat pada hari itu..

     Sebaik Pn Salwa menjemputnya petang itu,Mardhiah menunjukkan keputusan kepada uminya.Ternyata uminya begitu gembira sekali.Hilang rasa kecewa yang bermukim di hati.

     “Tahniah,sayang..okaylah tu..jangan risau..umi yakin,Mar dah lakukan yang terbaik..”Pn. Salwa mengusap-usap lembut kepala Mardhiah.

* * *
Hujung minggu itu,Madiha pulang ke rumah.Dia kini belajar di matrikulasi Pulau Pinang semester kedua.Kakak sulungnya,Marhamah juga balik.Tentu rumah yang sunyi sepi menjadi riuh kembali.

      Malam itu,usai makan malam bersama-sama dan berkemas,mereka berkumpul di depan televisyen.Tiada rancangan menarik melainkan berita Bernama di Astro mengenai isu politik yang tidak habis-habis.

       “Macamana Mar…okay ke sekolah situ?”Soal Marhamah tiba-tiba.Dicapainya remote dan mengubah siaran ke TV3 yang sedang menayangkan slot Cerekarama.

      “Okaylah..Kawan-kawan semua baik-baik..Tak ada masalah..Tapi kadang-kadang rasa segan pula masuk sekolah tu kak Mah..”Ujar Mardhiah sambil mengisar tempat duduk.Madiha masih sibuk mengunyap kerepek pisang di dalam balang.

       “Kenapa pula?Budak-budak situ pandai-pandai ke?”Marhammah meneka.

       “Biasalah kak..Yang pandai…pandai sungguh..Yang kurang pandai,kurang sungguh..Banyak main lah..Akak tahu,masa mula-mula Mar jejak ke sekolah itu,Mar ingat pelajarnya kurang-kurang tapi sekarang Mar rasa Mar silap!”Mardhiah menjelaskan lagi.Kakaknya yang kini bekerja sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa hanya mengangguk sambil mata tertumpu pada televisyen.Agaknya,cerita yang ditayangkan di televisyen lebih menarik daripada cerita adiknya Mardhiah.Ada sedikit rasa terkilan dengan sikap kakaknya.

       “Silap?Apa yang Mar fikir tentang sekolah harian tu?”Madiha memancing Mardhiah yang mungkin terasa dengan sikap Marhamah tadi.

       “Dulu Mar ingat,budak-budaknya teruk.Tudung pendek lah..Malas belajarlah..budak lelaki yang gatal..tapi bila Mar masuk kelas tu,huh semua tanggapan Mar salah..Mar rasa tudung mereka lagi labuh dari Mar,budak laki pun tak adalah mengorat Mar..So,Mar buat hal sendirilah..Cikgu-pun baik-baik dan selalu bagi nasihat..”Jelas Mardhiah panjang lebar. Seketika kemudian, Pn. Salwa muncul dan melabuhkan punggung di sebelah Madiha.

       “Hmm..baguslah tu Mar..Lepas ni kamu belajarlah elok-elok dari sekarang..Haa,abah dengan Marwan ke mana?”Soal Pn Salwa kepada anak-anaknya.

       “Ke mana lagi umi,Abang Wan keluar dengan abah la..”Madiha menjawab soalan uminya.

       “Hmm,kamu ni Mah..macamana?Dah buat keputusan ke?”Soal Pn Salwa lagi.Marhammah memandang sekilas kepada uminya dan kembali menumpukan perhatian pada cerita di televisyen.

        “Entahlah..Mah belum pasti lagi..Kalau umi dengan abah tengok okay,okay la tu..”Marhamah menjawab.Baginya biarlah Umi dan Abahnya membuat keputusan untuknya.Setahunya,orang yang datang merisik itu,daripada keluarga yang baik-baik.Namanya Azlan.Ustaz Azlan itu seorang penceramah bebas.Dia seorang yang terkenal dan dihormati.Ustaz Azlan juga mengajar di sekolah agama rakyat di kampungnya.Ibu bapanya adalah kawan baik kepada umi dan abah.
Tiba-tiba Marhamah terkenang pada lelaki campuran cina dan melayu bernama Danial.Pantas memorinya teringat pada perbualan antaranya dan Danial di telefon beberapa hari yang lepas.

         “Maafkan saya,Danial..Saya tak boleh terima awak…”Ucap Mardhiah sayu.

         “Tapi..apa salah saya?Saya tak akan terima keputusan awak selagi awak tak beritahu saya kenapa awak menolak saya?”Soal Danial.Kedengaran nafasnya turun naik.Mungkin sedang cuba mengawal emosi.

         “Penting sangat ke soalan tu?Kalau saya tak nak jawab?”

          “Ya..Memang penting..Penting bagi saya untuk tahu apa kelemahan dan kekurangan diri saya..Dan saya juga nak tahu di mana keikhlasan awak..Saya perlukan awak untuk mengubah diri saya..Saya tahu,saya tak sempurna..Saya jahil ilmu agama..Tapi sejak saya jumpa awak,saya rasa kita boleh saling bantu membantu..Awak telah banyak mengajar saya mencari dan mengenal Allah S.W.T yang selama ini saya abaikan..Saya berharap sangat pada awak..”Lelaki itu terus merayu.Marhamah di rundung rasa bersalah.

           “Alhamdulillah..saya bersyukur yang saya dapat mengubah awak dan kembali kepada Allah..Saya bukan nak putuskan terus hubungan ini,cuma saya mahu kita bersahabat sahaja..Lagipun saya ada ibu bapa,mereka dah tentukan jodoh saya..Dan bagi saya,pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik..Saya rasa kita tidak sesuai..err..maksud saya.. tidak sekufu..”

           “Tolonglah bagi alasan yang logik sikit..Rupanya selama ni awak tak ikhlas dengan saya.Saya mencari wanita yang dapat menerima diri saya seadanya.Saya bukan mencari wanita yang memilih..Kalau putih,semua mahu,kalau hitam sikit,tak mahu..Dengar sini,Marhamah,saya bukan baik atau sempurna di mata awak..Tetapi tak bermakna saya seorang yang jahat..Dan tidak mustahil orang yang kita rasa sempurna dimata tapi sebenarnya dia seorang yang banyak kekurangan..Don’t judge people by it’s cover,okay!Luar dan dalam tak semestinya sama!”Danial mula berhujah.Marhamah mati kata untuk membidas kembali.Ah,lelaki itu sungguh bijak berkata-kata!Bisik hati Marhamah.

            “Saya tak memilih..Sebagai wanita, saya mendambakan seorang suami yang lebih baik dari saya.Kerana setiap wanita itu ada kekurangannya,dan hadirnya lelaki itu untuk melengkapkan wanita itu.Lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita,bukan wanita yang memimpin lelaki..Takkan awak tak paham..ini soal masa depan saya..saya berhak tentukan apa yang terbaik untuk diri saya..Tolong jangan memaksa dan mendesak hati saya..Ini keputusan saya dan tolong hormati!”Telefon di matikan.Marhamah menangis di peraduannya.Rasa bersalah,sedih,marah,benci dan sayang menyelubungi dirinya.

            “Akak..akak?Napa senyap je ni?Umi tanya tu..”Mardhiah mengoncang tubuh kakaknya.Marhamah terkejut.Dia berangan lagi.

            “Err..apa dia umi?Maaf Mah tak dengar tadi..”Marhamah bangun dan duduk di sisi uminya.

            “Kamu ni..umi membebel dari tadi rupanya dengan kusyen ni..Kamu tu dah nak masuk 25 tahun,elok sudah berkahwin..Dah ada kerjaya tetap..apa yang kamu tunggu lagi?Ke kamu ada calon lain?”Soal Pn. Salwa menduga.Marhamah terkesima.

            “Tak adalah umi,Mah belum ada sesiapa lah..Baiklah umi,Mah setuju dengan pilihan umi dan abah..Kalau umi suka,Mah pun suka..emh,bila mereka nak datang lagi?”Soal Marhamah lagi.Mardhiah dan Madiha berpandangan.Begitu mudah Marhamah membuat keputusan untuk bertunang.Sedangkan mereka tidak pernah berjumpa apatah lagi mengenali antara satu sama lain.

            “Alhamdulillah..lepas satu bebanan umi..Umi gembira sangat dengan keputusan Mah..Bila lah agaknya abah nak balik ni?Umi dah tak sabar nak beritahu berita baik ni..Mesti abah gembira mendengarnya..”jawab Pn. Salwa.Wajahnya penuh berseri-seri.Madiha  juga nampak ceria dengan keputusan Marhamah.Memang itu suatu berita yang menggembirakan!Semoga berbahagia,kak!Mardhiah berdoa dalam hati.

No comments:

Post a Comment