Love isn't something you find. Love is something that finds you.


23 February, 2011

Manisnya sebuah kejayaan..

Hari yang gembira buatku.Mataku masih merenung slip keputusan ku..Antara percaya atau tidak..Aku mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi kenikmatan sebuah kejayaan..Namun aku cuba mengawal kegembiraan yang ada di hatiku kerana masih ada insan yang berduka cita dengan keputusan mereka..Begitu juga wajah segelintir guru-guru yang terpaksa menjawab dengan pengetua apabila pencapaian subjek yang mereka ajar merosot.Aku begitu sedih melihat keadaan yang berlaku..Tapi apakan daya,aku cuma mohon supaya mereka ini diberi ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi ujian yang datang.

Melihat kegembiraan ibu dan ayahku membahagiakan diriku.Air mata ibu mengalir kegembiraan dengan kejayaan anak perempuannya ini.Aku berjaya menebus kembali kegagalan dahulu dengan sebuah kejayaan.Alhamdulillah..Aku sungguh gembira.Adik-adikku yang jauh menelefonku mengucapkan tahniah.Saudara mara dan sahabat handai juga saling bertanya.Kini aku tidak rasa malu lagi dengan keputusanku.Aku semakin yakin menghadapi orang di sekelilingku.Semangatku membuak-buak untuk meneruskan kehidupan.Debaran dan penantian seolah-olah satu mimpi ngeri yang membawaku ke alam realiti yang menggembirakan.

Tapi aku tak boleh lalai dan leka.Jika tidak kenikmatan yang kuterima mungkin akan ditarik balik.Aku redha dengan perjalanan hidupku.Aku cuma mengharapkan yang terbaik dalam kehidupanku.Aku akan melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.Semuanya untuk menggapai cita-cita yang hampir terkubur dulu.Dikesempatan ini aku ingin bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantuku secara langsung dan tidak langsung.Terutama guru-guru dan keluargaku tercinta.Kawan-kawan yang sentiasa memberi inspirasi dan menjadi inspirasiku terima kasih juga.Buat sahabat-sahabat yang sedang bersedih..aku berkongsi kesedihan dengan kalian..Kita study bersama-sama..aku tak akan lupakan itu..aku sentiasa bersama kalian..

No comments:

Post a Comment