Bab 5
Persekolahan hampir tamat.Sebelum masing-masing memulakan cuti sekolah,4SA semua akan mengadakan jamuan kelas akhir tahun.Kawasan pilihan mereka adalah di sekitar Pusat Perkelahan.Air sungai dan air terjun menjadi lokasi utama.Kebetulan kawasan perkelahan tersebut tidak terlalu jauh.
Acara dipengerusikan oleh Arif Haiqal.Jamuan dimulakan dengan bacaan doa dari guru kelas 4SA iaitu Ustaz Hamzah.Seterusnya ucapan Ketua klelas,Hakim dan penolong Ketua kelas,Aini dan akhir sekali ucapan daripada Ustaz Hamzah sendiri.Acara diteruskan dengan upacara memotong kek dan seterusnya jamuan makan.Akhir sekali,gambar kelas di ambil untuk di abadikan oleh semua pelajar.Tahun itu menjadi tahun yang menyedihkan kerana tahun hadapan akan berganti guru kelas.Ustaz Hamzah tidak lagi menjadi guru kelas mereka tahun hadapan.
Pelajar lelaki hilang apabila semua mencari tempat yang selamat untuk mereka bermandi manda dengan tenang.Pelajar perempuan sibuk bersembang sambil mengemas apa yang patut.Kadang kala mereka bergelak ketawa sesama sendiri.
Selepas solat Zohur di surau,mereka beramai-ramai memakan nasi ayam secara berjemaah.Mardhiah hanya makan sedikit sahaja memandang dia sudah merasainya di rumah terdahulu.Atas permintaan kawan-kawan,dia menawarkan diri untuk menyediakan nasi ayam.Semalaman Mardhiah dan uminya berjaga untuk menyiapkan nasi ayam yang special untuk kawan-kawannya.Alhamdulillah..semua memuji nasi ayam yang dimasakknya.
Usai makan,Mardhiah mengangkat bekas-bekas yang kosong untuk di basuh.Dia sudah kenyang.
“Hai,Mardhiah..sekejapnya kamu makan?Dah sudah?”Ustaz Hamzah menegurnya.Terasa semua mata memandang ke arahnya.
“Mar cakap dia diet ustaz..”Mawardah mengusiknya.
“Tak adalah ustaz,saya dah makan sikit sebelum pergi..Itu yang dah kenyang tu..”ujar Mardhiah terus menuruni tebing untuk membasuh bekas-bekas kotor ditepi sungai.Mardhiah sedar ada mata yang memandangnya.Dia cuba berlagak tenang.
Sedang membasuh,salah satu bekas terlepas di tangannya dan hampir di bawa arus ke tengah sungai.Kawasannya cetek sahaja.Mardhiah mengeluh.Dia mahu membuka stokin yang tersarung di kakinya.Tiba-tiba terdengar namanya dipanggil.
“Mardhiah!”Arif Haiqal yang berada tidak jauh darinya menghampiri kepadanya.Mardhiah tidak jadi membuka sarung kakinya.Arif Haiqal melipat seluarnya ke atas sehingga separas betis iaitu bawah sedikit daripada lutut.Sungai yang cetek setakat betis itu tidak membasahkan seluar yang dipakainya.Arif Haiqal segera mencapai bekas yang semakin menjauh dibawa arus.
“Lain kali,bagi pelajar lelaki yang basuh..senang sikit..”
“Hmm..err..terima kasih Arif..”
“Sama-sama.Sedap nasi ayam tadi..”Arif Haiqal memujinya segera berlalu meninggalkannya dan menuju ke atas.Mardhiah terkejut.Tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih.Rasa macam tak percaya.Seolah-olah mimpi pun ada.Dia termenung untuk beberapa ketika.
“Mardhiah!Apa yang kau buat tercegat kat situ..Cepatlah naik..Kita dah nak balik ni..”Jerit Nurin Farhana.Mardhiah tersedar.Astagfirullahalazim..Jauhnya aku mengelamun.Mardhiah segera naik ke atas semula.Membantu kawan-kawannya mengemas.
Sepanjang perjalanan pulang,Mardhiah hanya mendiamkan diri.Arif menegur aku?Betul ke Arif memuji aku tadi?Bukan ke dia anti-perempuan?Ah,aku perasan kot..getus hatinya,tidak percaya Arif akan bercakap dengannya.
“Kenapa ni Mar?Senyap je..Ada masalah ke?”Nurin Farhana menegurnya.Mardhiah serba salah.Patut ke aku cerita pada Hana?Baik tak payah..Nanti dia ingat aku perasan pulak.Tak pasal-pasal aku akan digosipkan dengan Arif.Lepas tu,Wardah akan marahkan aku..Tak mungkin!Mardhiah terus melayan perasaannya tanpa menyedari Nurin Farhana sedang memerhati tingkah lakunya.Semacam mengesyaki sesuatu.
“Mar..Sejak kat sana lagi aku perasan kau macam lain..Aku takut la kau kene sampuk dengan hantu ke?Risau aku tengok kau senyap macamni..”
“Ishy..kau ni..ke situ pula..jangan risau la Hana,aku sihat..cuma penat sikit kot..”
“Ye ke..kesian kau..Betul ke tak apa-apa ni?”Soal Nurin Farhana lagi.Mardhiah mengangguk sambil tersenyum.
* * *
Arif Haiqal melemparkan pandangan ke luar tingkap.Ada sedikit senyuman di wajahnya.Amirul Naim yang duduk sebelah hanya merenung saja.
“Aku nampak tadi..”
“Nampak apa?”
“Aku nampak kau dengan Mardhiah kat sungai tadi..”Mati senyuman Arif Haikal tiba-tiba.
“Aku tak ada apa-apalah..aku cuma tolong dia saja..Kau jangan salah paham pula..”
“Aku tahulah aku pun lelaki..Kau suka Mardhiah kan ?”
“Mana ada..kau tak tahu apa yang berlaku ketika itu..Kalau kau kat tempat akupun,kau akan lakukan perkara yang sama juga..”Arif Haiqal menjawab.Amirul Naim terdiam terus.Tidak mampu melawan kata-kata sahabatnya itu.Lelaki itu memang bijak berkata-kata.Lelaki itu juga yang menyedarkannya supaya tidak tergoda dengan Mawardah.Tetapi,Amirul Naim tahu,Arif Haiqal juga seorang manusia biasa.Dia takut kelembutan dan sifat pemalu Mardhiah akan menggoda Arif Haiqal.Tetapi dia yakin sahabatnya itu ada pendirian dan keegoannya yang tersendiri.Arif Haiqal takkan tersasar.Tetapi kenapa perasaannya rasa tidak tenteram?Apakah aku mencemburui Arif Haiqal?Takkan aku juga sudah jatuh hati pada Mardhiah?Kini Amirul Naim pula melayan perasaannya sendirian.
***
Kelihatan Lokman,Arman dan Ikram masih sibuk mengulangkaji pelajaran sambil mengunyap halawiyat yang dibeli Muammar pagi tadi.Muammar menyudahkan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya di dalam biliknya.Beberapa minit kemudian dia keluar berkumpul bersama dengan sahabat-sahabatnya.
"Ammar...aku tanya sikit...?"Tanya Ikram.
"Tanyalah.."Muammar mengangguk.
"Kau tak ada buah hati kat kampung ke?"
"Kenapa tanya?"
"Sejuk hati aku tengok kau..yalah..kalau belum ada kau jadi adik ipar aku nak?"
"Ishy..kau ni..ke situ pula..aku tak terpikir lagi benda ni.."
"Hmm,untung siapa dapat kau..Pandai,soleh pula tu..rupa pun ada.."
"Jangan puji aku lebih-lebih..Nanti sebelah kaki masuk neraka tau..Nauzubillah.."Muammar beristighfar sambil menggeleng-geleng kepalanya.
"Kenapa pula?"Ikram menyoal.
"Riak!"Serentak Lokman dan Arman menjawab.Mereka menyambung ketawa.Lucu melihat wajah Ikram yang marah kerana dipermainkan oleh sahabat-sahabatnya.Muammar bangun menuju ke dapur.Mencapai gelas di rak dan menuang air ke dalam gelas lalu meneguknya sehingga habis.Dia kembali bersama kawan-kawannya.
"Tapi..aku nak berkongsi sesuatu dengan korang..fasal bakal isteri aku.."Muammar tiba-tiba bersuara sebaik saja melabuhkan punggungnya ke atas lantai.Semua mata tertumpu kepada Muammar.
"Kau dah ada calon ke?Dasyat kau Ammar..Kami pun tak ada lagi.."Giliran Arman berubah wajah.
"Bukanlah..Ini doa aku setiap hari..Gadis yang di tangannya sentiasa memegang Al-Quran dan membacanya apabila ada kelapangan.Gadis itulah yang aku akan suntingnya menjadi bidadari hidup aku.."
"Alah..berlambak kat luar..Kau ni,tak masuk akal.."
"Al-Quran ada tapi tak dihayati apa gunanya,kawan..Aku akan terus mencari sampai satu hari nanti aku jumpa dengannya..gadis acuan Al-Quran.."
"Tapi jodoh pertemuan di tangan Allah..bukan boleh sesuka hati kau nak tentukan yang mana satu,Ammar.."
"Aku tahulah..sebab itu aku berdoa semoga jodohku dengan gadis yang selalu mendekati Al-Quran..isteri solehah,idaman lelaki..korang tak nak macam tu?"
"ya..lelaki baik untuk perempuan yang baik..perempuan solehah untuk lelaki yang soleh.."
"Betul tu..aku sokong!"
"Kalau macam tu..kitorang semua doakan semoga kau jumpa dengan muslimah acuan Al-Quran yang kau impikan tu.."
Terkoyak senyuman Muammar mendengar celoteh sahabat-sahabatnya yang gila-gila.Meskipun mereka gila-gila tapi mereka ini baik orangnya.Muammar bersyukur dia tinggal serumah dengan Arman,Ikram dan Lokman.Sangat memahami dan mengambil berat akan dirinya.Terima kasih sahabat-sahabatku sekalian!
No comments:
Post a Comment