Bab 4
“Baik kelas..cikgu berpuas hati dengan drama yang kawan-kawan kamu sampaikan sebentar tadi..Kalau boleh,cikgu mahu yang lebih baik terutama dari Puteri Gunung Ledang dan Laksamana Hang Tuah..Yang lain bagus terutama dari Arif yang memainkan watak Sultan..Bagus,semua..Selepas ini,buat nota mengenai tajuk ni..Hakim dan Aini kumpulkan dan minggu depan cikgu nak lihat ada di atas meja cikgu..Terima kasih..”Cikgu Fauziah mengemas barangnya dan keluar dari kelas.Kelas kembali gamat.
Mardhiah menjadi usikan sahabat-sahabat mereka.Sesungguhnya dia gagal membawakan watak Puteri Gunung Ledang dengan baik..Begitu juga dengan Amirul Naim sebagai Hang Tuah..Tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari Mardiah.Mardhiah terasa malu yang teramat sangat.Seumur hidup dia tidak pernah berlakon.Merah padam mukanya sewaktu berlakon di hadapan kelas.Berdebar-debar ,gemuruh dan rasa malu menjerut dirinya.Dia tak akan lupa bagaimana dia tergagap-gagap semasa bercakap dihadapan kelas.
Amirul Naim tidak melayan usikan teman-temannya.Dia berpura-pura tidak mendengarnya.Kenapalah dalam banyak-banyak orang,undi aku yang sangkut?Bisiknya dalam hati.Sudahlah skripnya susah.Nak sebut ‘Adinda ku sayang’ pun rasa payah..Berpeluh juga dia berhadapan dengan Mardhiah di hadapan kelas tadi.
Semenjak itu,mereka berdua di gosipkan bersama.Percintaan antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang Abad ke 20.Baik Amirul Naim mahupun Mardhiah masing-masing membisu.Malas melayan kerenah kawan-kawan mereka.
“Mardhiah,puteri Gunung Ledang yang manis tetapi pemalu,Kekanda Laksamana Hang Tuah mengirim salam rindu buatmu adinda..”Ketawa memecah di kalangan mereka.Mardhiah geram dengan usikan kawan-kawannya.Sikapnya yang sombong dengan pelajar lelaki membuatkan dia selalu menjadi mangsa usikan pelajar lelaki.
‘Naim pun satu,boleh buat muka selamba dengan benda macam ni?Cuba bangun dan marah mereka tu..Rimas aku nak datang sekolah ni..’Mardhiah mengomel dalam hati.
“Hei,apasal ni?Takkan marah kut kitorang usik kau dengan Naim?Ceritalah..takkan dengan akupun kau nak berahsia..Kata best friend..”
“Rahsia apa?Aku dengan Naim tak ada apa-apalah..”
“Lah,satu kelas dah gosip pasal korang berdua..Yang parahnya dah sampai ke pengetahuan pelajar asrama..Bila sudah macam tu,famouslah korang berdua..”
“Macamana boleh kecoh benda ni?Aku tak pernah cerita apa-apa pun..Macamana boleh sampai kat sana ?”
“Itulah engkau..kelas kita ni,separuh dari budak lelaki dan separuh dari budak perempuan duduk di asrama..Bila cerita kau dan Naim tersebar di asrama,maknanya, famouslah kau..makin ramai yang nak tahu pasal pelajar baru yang mencipta kontroversi..”
“Apa ni?Aku malu lah..Ini semua gosip..Apa yang kau dengar,Hana?Ceritalah kat aku..”
“Mereka kata,kau dan Naim sebenarnya dah lama kenal..Korang bercouple dan berjanji nak bertemu di sekolah ini..Sebab tu,korang berdua masuk ke sini pada hari yang sama..Betul tak?”
“Astagfirullahalazim..Siapa yang memandai-mandai buat cerita mengarut macam ni?Aku tak pernah kenal dengan Amirul Naim tu sebelum ni..Kau pun tengokkan aku tak pernah cakap dengan budak lelaki, termasuk Naim..”
“Aku tak tahu..nasi sudah menjadi bubur..Baik kau mahupun Naim kene jelaskan pada semua orang tentang salah paham yang berlaku..Ini tidak,korang berdua diam je..Seolah-olah,mengiakan usikan mereka..Budak lelaki tanya aku,betul ke kau dengan Naim ada apa-apa?Kau tak jawabkan?Kau cakap,malaslah nak jawab..lepas tu budak perempuan tanya pula budak lelaki,betul ke Naim dengan kau ada apa-apa?Kau tau dia jawab apa,No comment..So,nak salahkan siapa?Sepatutnya korang berdua kene tepis dari awal lagi..Bukan diam dan membiarkan gosip ni macam tu saja..paham,Tuan Puteri?”
Mardiah terkedu.Salah siapa?Akukah?
* * *
Muammar berjalan keluar dari Dewan Kuliah.Salji semakin lebat.Sesudah sampai di rumah sewanya,Muammar membuka pemanas elektrik bagi memanaskan badannya yang kesejukan.Kelihatan Lukman dan Arman sedang lena di atas sofa sambil dibaluti oleh selimut tebal.
Muammar membuka komputer ribanya.Satu email diterima.Email dari abangnya.Muammar tersenyum.Tidar sabar lagi untuk membaca isi kandungannya.
Assalamualaikum w.b.t.,
Apa khabar Ammar…Sihat ke?Harap semuanya okay..Kami di sini,sihat alhamdulillah..Ammar,ada berita gembira dan ada berita yang menyedihkan..Yang mana satu Ammar nak dengar dulu?
Baiklah,abang lang cerita yang gembira dulu..Hmm,Abang Aqim ada ahli baru..Kak Zhulaikha selamat melahirkan anak sulung mereka malam tadi..Seorang bayi perempuan..Ammar nak cadangkan apa-apa nama?Ayah dan ibu sangat gembira dengan cucu pertama mereka..Lepas ni,Ammar jadi pak cik lah kan ?Hehe..
Hmm,berita sedih ialah,Abang ngah putus tunang..Kesian abang ngah..Puncanya abang ngah saja yang tahu..Kalau Ammar dapat cakap dengan dia ,jangan lupa pujuk dan bagi kata-kata semangat tau..Mana tahu,Abang ngah akan kembali ceria semula.
Okaylah,Ammar..Abang Lang berhenti di sini dahulu.Sambutlah salam sayang dari kami semua dan baby baru kita ya!Jaga diri di sana ..
Wassalam..
Mujahid
Dugaan Tuhan datang silih berganti.Dalam berbagai rupa dan bentuk.Itulah difikirkan nya ketika ini.Begitu juga nikmat yang diberikannya.Keduanya penting untuk menguji tahap kesabaran kita semua.
Assalamualaikum w.b.t.
Ammar telah terima kiriman daripada Abang Lang tadi..Alhamdulillah keadaan di sini semua okay.Sekarang musim sejuk.Ammar akan kirimkan gambar sebentar lagi.Pertama sekali Ammar nak ucapkan tahniah kepada Abang Aqim dan Kak Zhulaikha kerana telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama.Ammar rasa nama yang paling sesuai ialah Nurul Wahidah memandangkan dia ialah anak dan cucu pertama dalam keluarga kita.Seperti yang sedia maklum,wahid dalam Bahasa Arab bermaksud satu atau pertama.Ini cadangan Ammar sahaja.Nanti jangan lupa hantar gambar nya pada Ammar,ya..
Kepada Angah,takziah Ammar ucapkan..Ammar akan cuba menghubungi Angah nantiApapun Angah,kuatkan semangat dan redhalah keputusan yang diterima.Angah,bunga bukan sekuntum..Kalau Angah nak suiruh Ammar carikan gadis Jordon untuk Angah pun boleh..hehe..
Baiklah,Alang,terima kasih sebab menyampaikan berita ini secepat mungkin.Sampai di sini dahulu.Kirim salam pada semua dan anak saudara Ammar,okay..Sekian,
Wassalam..
Abdul Muammar
Komputer ribanya di tutup.Sementara menanti waktu Maghrib masuk,Ammar membuat keputusan untuk membersihkan diri terlebih dahulu.Teman-teman serumahnya sudah bangun dari tidur.Muammar perlu bersiap sedia untuk solat berjemaah.Hari ini giliran dia untuk menjadi imam.Sejak musim sejuk mereka tidak solat di masjid berikutan cuaca sejuk di luar.
No comments:
Post a Comment