Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim dilahirkan pada Subuh Isnin,12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April 571 masihi dimana dikenali dengan tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah menyerang kota Kaabah.Baginda dilahirkan di rumah Abu Talib yang terletak di Makkah Al-Mukarramah.Baginda tidak pernah bertemu dengan ayahnya kerana Abdullah meninggal dunia semasa baginda masih di dalam perut Aminah lagi.Baginda diasuh oleh Barakah Al-Habsyiyyah yang digelar Ummu Aiman iaitu hamba perempuan bapa Rasulullah.Thuwaibah yang merupakan hamba perempuan Abu Lahab adalah wanita pertama yang mula menyusukan baginda.Kemudian baginda disusukan oleh Halimatul Saadiah.
Ketika berusia 5 tahun berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda untuk membersihkan hati baginda.Semasa baginda berusia 6 tahun,ibunya Aminah meninggal dunia dan baginda di asuh oleh Ummu Aiman.dan datuknya Abdul Muttalib.Ketika berusia 8 tahun pula, datuknya pula meninggal dunia.Kemudian Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.Baginda dibawa oleh Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Ketika berusia 25 tahu baginda bermusafir kali kedua atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid.Setelah dilamar oleh Khadijah baginda meminang dan berkahwin dengan Khadijah seorang janda beranak satu yang ketika itu berusia 40 tahun dengan mas kahwin sebanyak 500 dirham.
Ketika usia baginda 40 tahun,baginda menerima wahyu di Gua Hira sebagai perlantikan Nabi dan Rasul akhir zaman.Setelah Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia,baginda sungguh berdukacita.Ketika baginda berusia 53 tahun baginda telah berhijrah ke Kota Madinah Al- Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar As-Siddiq.Baginda wafat semasa berumur 63 tahun iaitu juga pada 12 Rabiulawal tahun 11 H yang jatuh pada hari Isnin,Selepas Khadijah meninggal dunia,baginda mempunyai 9 lagi isteri,7 orang anak dan seorang anak tiri iaitu anak Khadijah dengan bekas suaminya,Halah bin Hind.
Isteri-isteri baginda ;
1. Saudah bt Zam'ah
2. Aisyah bt Abu Bakar
3. Hafsah bt Umar
4. Ummi Habibbah bt Abu Sufyan
5. Hindun bt Umaiyah(Ummi Salamah)
6. Zainab bt Jahsy
7. Maimunah bt Harith
8. Safiyah bt Huyai
9. Zainab bt Khuzaimah(Ummu Al-Masakin)
Anak-anak baginda dengan Khadijah ;
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
Marilah kita sama-sama mengingati Rasulullah dengan mencontohi baginda.Ingatlah kita adalah umat yang nabi cintai.Ketika Izrail ingin mencabut nyawa baginda Nabi Muhammad s.a.w ketika itu Baginda bertanya di manakah Malaikat Jibril? Adakah beliau tidak sudi menemaninya ketika ruhnya hendak dicabut...Sedangkan sebelum itu Malaikat Jibril selalu menemani Nabi. Lalu Malaikat Izrail memanggil Malaikat Jibril untuk berjumpa Nabi. Selepas Jibril datang Nabi bertanya Jibril di mana tempatnya selepas mati, lalu Malaikat Jibril menjawab bahawa seleuruh pintu Syurga sudah terbuka dan seluruh malaikat di alam malakut bersiap sedia menerima kedatangan Nabi. Apabila mendengar berita dari Jibril itu wajah Nabi masih lagi belum ceria lalu Malaikat Jibril bertanya kepada Nabi adakah perkhabaran tentang Syurga masih belum menggembirakan kamu Wahai Rasulullah? Nabi berkata bahawa baginda masih lagi belum gembira selagi Jibril tidak memberitahunya bagaimana keadaan umatnya di akhirat nanti? Jibril berkata : " Allah mengharamkan umat-umat lain untuk masuk syurga sebelum umat Nabi Muhammad masuk ke dalam syurga terlebih dahulu. Mendengar penjelasan Jibril itu baru wajah Nabi sedikit ceria.Sehingga ke akhir hayatnyapun Baginda menyebut "ummati..ummati".
Tengok betapa Nabi sayangkan kita...percayalah kasih Nabi kepada umat lebih daripada kasih seorang ibu kepada anak-anak...kerana kasih Nabi ingin menyelamatkan kita daripada di bakar oleh Api Neraka Allah sedangkan kasih ibu belum tentu kerana berapa banyak ibu bapa yang sayangkan anak tetapi tidak sedar bahawa mereka sedang mempersiapkan anak-anak mereka untuk menjadi bahan bakaran dalam api Neraka Allah...Nauzubillahiminzalik..Baginda juga pernah bersabda,"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku dan sesiapa yang mencintaiku nescaya dia bersamaku di dalam syurga,"
Ayuh sama-sama kita berusaha menghidupkan sunnah baginda sedaya yang mampu supaya kita boleh bersama-sama dengan Rasulullah di syurga nanti..Insya-Allah.
15 February, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment