Bab 3
“Apa?Mawardah bagi surat dekat kau?”Aizat separuh menjerit.Gempar seketika suasana petang itu.Amirul Naim hanya mengangguk sedikit terkejut dengan kekagetan lelaki itu.Sebetulnya dia juga turut terkejut.Setahunya,Mawardah itu terlalu ramai peminat.Dia bukan saja cantik,wara’ malah pandai juga.Sebetulnya dia rasa tidak layak untuk berkawan dengan gadis itu.Tetapi jauh di sudut hatinya terasa bangga dan bertuah.
“Aku rasa kau jangan balas surat dia,Naim..Dia nak mainkan perasaan kau saja..”Aizat menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu berkali-kali.
“Err..aku dah balas surat dia..Tapi,aku cuma beri biodata aku seperti yang dia minta dalam surat tu je..Tak lebih dari tu..Tapi apasal kau tak bagi aku berkawan dengan dia?Jangan cakap yang kau jeleous dengan aku pula..”
“Naim..naim..hmm,aku dah kenal dengan Wardah tu dah lama tau..Kau jangan nak bangga diri dengan aku..Aku tahulah aku siapa nak dibandingkan dengan kau..Tak kacak macam kau..tapi aku pandai sikit dari kau tau..Aku nasihat kau sebagai kawan..Apa faedahnya aku nak tikam kau dari belakang..Macam nilah,kalau kau tak percaya cakap aku,kau tanya Arif..Nanti baru kau paham..Aku pergi dulu..jumpa esok,kat sekolah..Assalamualaikum!”Aizat meninggalkan rumah Amirul Naim dengan perasaan marah.Dia sedikit kecewa dengan sikap sahabatnya itu.
Amirul Naim memandang dengan ekor matanya.Semakin lama kelibat Aizat semakin menghilang.Amirul naim tersenyum.Aizat,aku tau kau jelous dengan aku sebab dapat Wardah kan ?Untungnya aku!Rasa bangga memenuhi diri Amirul Naim.
* * *
Arif Haiqal sibuk memasukkan buku ke dalam begnya.Amirul Naim sekadar merenungnya.Kelas sudah lama lenggang.Pelajar lelaki semua sudah pulang, hanya tinggal mereka berdua.Manakala pelajar perempuan tinggal 3 orang lagi.Mawardah,Mardhiah danNurin Farhana.Seketika kemudian,ketiga-tiga gadis itu bangkit dan bersiap-siap untuk pulang.Tiba-tiba Mawardah menghampiri meja Arif Haiqal.Amirul Naim terkejut.Betul ke kata-kata Aizat semalam yang Mawardah hanya mempermainkan perasaanya sahaja?Hatinya berbisik.
“Arif,ini laporan untuk hari ni..Esok pagi Cikgu Zainal suruh kau letak atas meja di bilik ketua pengawas..”Tutur Mawardah penuh lemah lembut.Sambil itu matanya sempat mengerling ke arah Amirul Naim yang turut memandangnya.Arif Haiqal hanya mengangguk tanpa sedikitpun memandang ke arah Mawardah dan tanpa sepatah kata untuknya.Mawardah terus mendapatkan Mardhiah dan Nurin Farhana yang menanti di luar kelas.
Dinginnya!
“Eii..sombongnya dia?Langsung tak ucap terima kasih kat kau?Sedangkan kau penat-penat buat laporan tu..berlagak betul!”Mardhiah meluahkan perasaan geram apabila menyaksikan sikap Arif Haiqal kepada Umi Wardina di kelas tadi.
“Apa kau nak hairan Mar?Kau tak kenal Arif Haiqal tu..Dia memang anti-perempuan.Akupun tak tahu apa masalah dia tu..orang selalu cakap dia ni sombonglah,berlagaklah,egolah,tapi sebenarnya hati dia baik..Kalau kau kenal dia Mar,baru kau tahu perangai dia macam mana.”Nurin Farhana menjelaskan.Dia memang sporting.Walaupun dia seorang yang ramah,tetapi dia pandai menjaga tatasusilanya dengan sesiapa sahaja.Sebab itu dia disenangi oleh kawan-kawannya.
“Tapi dia handsome kan ?Aku tak kisah..Aku suka dengan sikap dia!Nampak gentleman..pada pandangan aku lah..”Mawardah memuji Arif Haiqal.
“Gentleman?Eii..tak langsung..Aku tengok biasa saja..”
“Sudah..sudah jangan cakap pasal dia lagi boleh tak?Mawardah ni dah lama minat dekat si Arif tu tapi Arif ni tak layan langsung..Sudahlah,boringlah cakap pasal dia..”
“Okaylah..umi aku dah sampai..jumpa esok tau,bye!”Mardhiah menuju ke kereta yang sedang menanti di hadapan pagar sekolah sambil melambai tangan ke arah mereka.Mawardah dan Nurin Farhana turut melambai tangan ke arahnya.
* * *
“Cakaplah..aku tau kau nak cakap sesuatu dengan aku..Tak payahlah nak tengok aku sampai macam tu..”Arif Haiqal duduk semula di atas kerusinya.Kini tinggal mereka berdua sahaja lagi di dalam kelas itu.
“Kenapa kau layan Wardah macam tu?Kau tak suka kat dia?”Soal Amirul Naim ingin kepastian.
“Bukan tak suka tapi aku tak nak melayan dia sangat,nanti dia perasan.Kau dapat surat dari dia kan ?Aizat dah beritahu aku..Kau kan tahu Wardah tu ramai peminat..Aku takut dia lukakan perasaan kau sedangkan kau dah suka kat dia gila-gila.Sebab tu aku tak mahu kau menaruh harapan pada perempuan seperti Wardah..Lagipun kita masih belajar,bila kau kecewa,pelajaran kau akan merosot..Tentu kau tak nakkan?Hanya kerana seorang perempuan,pelajaran kau merosat..Fikirlah baik-baik,Naim..”Panjang lebar nasihat Arif Haiqal kepada Amirul Naim.
“Habis apa aku nak buat kalau dia betul-betul suka kat aku?Kan melepas?Wardah tu ada ciri-ciri gadis idaman aku..ciri-ciri wanita solehah..macamana?”
“Terpulanglah pada kau Naim..Aku rasa kau masih terkejut dengan suasana di sini..Tetapkan iman kau betul-betul..Betulkan kembali niat kau..Kau datang sini nak belajar ke nak cari isteri?”Arif Haiqal merenung jam di tangannya.Sudah pukul 4 petang.Perut mulai lapar.Awan semakin mendung.Seolah-olah hujan akan turun.
“Okaylah Naim,aku kena balik sekarang..Langit dah mendung.Nanti tak sempat sampai rumah aku dah siap mandi air hujan dah..tak nak aku..Aku balik dulu,Assalamualaikum..”Arif Haiqal menggeleng kepalanya.Dia yakin Amirul Naim kuat menangkis godaan dunia.Inilah padahnya bila elok-elok belajar di sekolah yang semua lelaki..belajar tahfiz kini masuk sekolah biasa seperti ini,sosialnya sangat menakutkan.Kalau tak kuat iman,boleh hanyut.
Universiti Yarmouk menyediakan pengajian dalam pelbagai bidang.Sistem pembelajaran di Yarmouk amat bebas dan tidak ada tahun pengajian.Sistemnya mudah menggunakan mata pelajaran.Misalnya Dirasat Islamiyah mempunyai 44 mata pelajaran,maka pelajar itu perlu menghabiskan 44 mata pelajaran tersebut barulah menerima ijazah.Tak kisahlah,kalau tiga tahun habis,maka tiga tahunlah jangka masa pengajiannya.Selain itu,pelajar Yarmouk boleh memilih masa pelajaran sendiri,pensyarah sendiri dan mata pelajaran yang ingin dipelajari.Namun semuanya masih tertakluk kepada pilihan yang disediakan oleh pihak universiti.Selain kebebasan yang ada,Jordan mempunyai disiplin yang tersendiri.Kelas wajib dihadiri.Enam kali tidak hadir tanpa sebab dan alasan yang kukuh,maka pelajar akan diharamkan ambil peperiksaan.
Muammar mengangguk-angguk mendengar penerangan di beri.Hampir 2 minggu dia berada di Jordan.Dia semakin berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran.Cuaca agak baik.Minggu orientasi juga hampir tamat.Dia juga mendapat ramai kawan-kawan yang baru.Nampaknya segalanya berjalan dengan lancar.Muammar bersyukur kerana impiannya untuk menyambung pelajaran ke universiti Yarmouk,Jordan tercapai juga akhirnya.
Tiba-tiba badannya ditepuk dari belakang.Ikram menyerongeh.Dia mengambil tempat duduk di sebelah Muammar.
"Lepas ni nak pergi mana?"
"Pergi mana lagi?Baliklah.."
"Tak nak jalan-jalan lagi ke?"
"Hei..tak puas lagi berjalan ke?Mula-mula seronoklah..Nanti dah bertahun duduk sini semuanya nampak biasa je tak ada yang menarik lagi.."
"Yalah..Teman aku pergi pasar..beli barang."Muammar mengangguk.
Mereka berjalan beriringan melepasi bulatan bernama Maidan As-Syahid Wasfit Talal di tengah Balad Irbid.Keadaan disini agak sesak seperti biasa.Mereka menuju ke kawasan pasar utama.Dari pasar utama ke tempat tinggal pelajar melayu Irbid hanya mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki.Iaitu dikenali dengan nama Bangunan Umar Mukhtar.Itulah tempat tinggal Muammar dan pelajar melayu yang lain.
No comments:
Post a Comment