Love isn't something you find. Love is something that finds you.


08 February, 2011

Kau sahabat,kau teman..

"Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik.Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib..." (Surah Fussilat:34)


Tingkatan 5 Bukhari. 
"Kanapa kau buat aku begini?Apa yang buat kau bencikan aku?"
"Raudhah..kau boleh tak jangan masuk campur urusan aku..jangan cuba baik-baik dengan aku.Aku tak suka!"
"Aku cuma mahu jadi kawan kau saja.Sampai bila kau nak bersendirian?Aku boleh jadi kawan kau.."
"Kawan?Aku tak percayakan kawan.Mana ada kawan kat dunia ni?Semuanya manusia bertopengkan kepura-puraan.Tahu ambil kesempatan saja..Aku rela hidup berseorangan daripada terpaksa menjadi hamba manusia!"
"Wardah..kau silap.Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak boleh mencari sahabat dan manusia yang paling lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.."
"Pandai kau berkata-kata.."
"Bukan aku yang kata..Saidina Ali yang cakap macam tu..Apapun kau fikirkan yang terbaik buat kau.Aku dah tak mahu ambil tahu lagi..Terima kasih sebab malukan aku hari ni."
Raudhah berlari meninggalkan Wardah sendirian.Wardah diselubungi rasa bersalah.Sekalipun dia bencikan orang lain,Raudhah tak patut terima hukumannya.Raudhah tak pernah buat salah padanya.

***
Raudhah selesai mengaji.Pintu biliknya diketuk.
"Ya,ummi.."
"Kawan Raudhah datang.."
"Ye ke..siapa?Aishah dengan Sabariah ke?"
"Bukan..entahlah,ummipun tak tahu.."
Raudhah keluar daripada biliknya selepas selesai melipat telekung.Dia segera menuju ke ruang tamu.
"Wardah?!"Mata mereka bertentang.Terkejut dengan kedatangan Wardah ke rumahnya.
"Boleh aku tidur sini malam ni?"
"Kenapa?"
"Kalau tak boleh tak apalah.."
"Bukan tak boleh..aku cuma terkejut..kau boleh tidur sini selama mana yang kau nak dan buat macam rumah sendiri..lagipun bukan ada sesiapapun di rumah aku cuma ummi dan adik –adik aku..jangan risau,mereka masih bawah umur lagi."
"Terima kasih Raudhah.."
"Tapi rumah aku kecil je..maaflah kalau tak selesa.."
Air mata Wardah mengalir.Sebab dia terlampau sedih.Raudhah begitu baik.Walaupun Raudhah dilayan seperti musuh semasa mereka bersekolah dulu tapi bila dia dalam kesusahan hanya Raudhah saja yang menghulurkan bantuan.

***
Tubuh Wardah digerak lembut.Wardah membuka mata perlahan-lahan.
"Dah pukul berapa?Lama ke aku tidur?"
"Dah Asar..kau pergi mandi dan solat dulu,lepas tu kita makan sama-sama."Wardah mengangguk,lalu bangun menuju ke bilik air.
Selesai makan,Wardah duduk di luar.Menikmati suasana malam.Raudhah datang menghampiri.
"Kau okay ke?"
Wardah mengangguk."Boleh aku tanya sikit?"
Giliran Raudhah pula mengangguk.
"Kenapa kau bersungguh-sungguh nak berkawan dengan aku masa kita sekolah dulu?"
"Ohh..aku tak memilih kawan,Wardah..Aku kawan dengan sesiapa saja.Aku tak boleh lihat ada kawan  yang buat hal sendiri..Pada aku kau perlu dibantu bukan diketepikan..Kita hidup dalam organisasi,kita kena bekerjasama..Kalau seorang tersilap,yang lain akan membantu.Kehidupan memerlukan kita saling berhubung dan tolong menolong antara satu sama lain.Kita tak akan hidup bersendirian,dalam apa jua keadaan kita akan bergantung pada orang lain juga akhirnya.."
"Takkan sebab itu saja?"
"Pandai kau teka..Sebenarnya,kau persis  arwah adik perempuan aku..Kalau dia hidup lagi umurnya tentu 15 tahun.Dia meninggal 5 tahun lalu..Dia jenis pendiam dan suka buat hal sendiri.Suara dia macam suara kau..Dan yang hampir sama ialah namanya,Mawaddah..Wada dengan Wardah kan lebih kurang bunyinya.."
Raudhah cuba membuat Wardah ketawa.Cuba menyembunyikan sebak di dada.Sebaliknya wajah Wardah semakin sugul.Dia sedih mendapat tahu perkara itu.Bukan niat dia untuk membenci Raudhah tapi dia ada sebab menjadi dingin.
"Maafkan aku..aku bukan tak suka berkawan tapi aku memang tak ramai kawan..Sejak kecil lagi aku sering berpindah-randah.Dah banyak kali aku kecewa.Masa muda aku tak seindah orang lain.Aku ibarat terkurung dalam sebuah istana yang indah.Ibu bapa aku lain,tak seperti orang lain.Mereka gigih bekerja.Aku satu-satunya anak tunggal mereka.Mereka terlalu mengongkong aku.Memastikan aku berkawan dengan siapa setiap masa dan ketika.Mereka tak sedar betapa aku kesunyian.Bukan aku tak pernah memberontak.Bila aku luahkan apa yang aku rasa,mereka salahkan kawan-kawan aku yang tak elok..sedangkan mereka yang tak pernah luagkan masa bersama aku.Kemewahan yang mereka beri itu bagi aku kosong tiada ertinya."
"Sampai macam tu sekali?"
"Sehinggalah tiba masa aku di tingkatan 1.Aku dapat masuk asrama penuh.Aku gembira sangat.Aku pujuk mereka untuk benarkan aku bersekolah di situ..Disitulah kenangan yang paling indah bagi aku..Hidup bersama kawan-kawan..Aku tak sunyi lagi..Semua orang sayangkan aku.Aku mula rasa bahagia.Hidup aku penuh dengan gelak ketawa.Tapi adat hidup di asrama tak seindah yang kusangka.."
"Apa yang berlaku?"
"Aku ada seorang kawan baik..kau mengingatkan aku pada Safira..mungkin sebab itu aku susah nak terima kau sebagai kawan aku..Aku terlalu percayakan dia.Aku ingat dia kawan aku dengan ikhlas.."
"Apa yang dia dah buat?"
"Waktu aku di tingkatan 3,aku masih anggap dia kawan baik aku..Satu hari,aku dengar dengan sendiri dia mengutuk aku dan bocorkan semua rahsia aku pada kawan-kawan aku yang lain..Kawan-kawan lain mula menjauhi aku.Dia juga ambil kesempatan atas kekayaan aku..Dia reka cerita kononnya ibunya sakit,tak ada duit.Aku bagi..Bukan sedikit,beratus-ratus duit aku dah bagi pada dia..Aku nak tolong tapi dia tamak,dia terus reka cerita lain supaya aku boleh bagi duit lagi.Lepas tu mak dan ayah aku dapat tahu aku bagi dia duit aku.Mak dan ayah aku jumpa Fira.Aku ingat Fira akan insaf tapi dia cerita lagi yang bukan-bukan pada mak dan ayah aku.Mak dan ayah aku cukup marah.Habis teruk aku dipukul oleh ayah.Mak pula asyik berleter saja.Sampai hati Fira buat aku macam ni..Aku betul-betul anggap dia kawan aku.."
Wardah terus menangis teresak-esak melepaskan segala kesakitan yang dipendam.Raudhah memeluk erat Wardah.Air matanya turut sama mengalir.Dia merasai kesedihan yang di alami Wardah.Malam semakin larut bersama-sama tangisan dua orang sahabat itu.

***
Pagi dhuha mula memancar.Kelihatan Wardah asyik menyapu sampah di halaman rumah.Salam diberi.Seorang lelaki separuh umur sedang membonceng motosikalnya masuk ke perkarangan rumah.
"Waalaikumusalam..Pak cik nak jumpa Raudhah ke?Nanti saya panggilkan.."Raudhah keluar dari dalam rumah.
"Ustaz Mad..marilah masuk..Saya baru hidangkan air ni.."Ustaz Mad mengangguk lalu masuk ke dalam rumah.
"Jadi ada hal apa ustaz datang rumah Raudhah pagi-pagi ni?"
"Sebenarnya begini,sekolah agama tak cukup kakitangan.Ramai ustazah perempuan yang cuti sakit.Jadi ustaz fikir sementara kamu nak tunggu keputusan SPM dan menunggu masuk ke Universiti ,eloklah kamu bekerja dulu..Kalau kamu nak boleh ustaz tolong uruskan.."
"Saya kena tanya ummi dulu..Saya tak boleh buat keputusan sekarang.."
"Tak apalah..kamu fikir dulu..Masih ada masa.."
"Terima kasih ustaz,sanggup datang dan tolong saya..jemput minum,ustaz.."
"Tak ada apalah..hm,yang ni kawan Raudhah ke?Tak pernah nampak pun sebelum ni.."
"Ya..dia kawan sekolah saya,Mawardahumaira'..Wardah ni ustaz Mad,guru besar Sekolah Agama Rakyat Kampung Palang.."
"Hmm..kalau Wardhah nak sekali pun boleh juga..Dari tak buat apa..Apalah salahnya jadi pendidik kan?"
"Err..saya..hmm,insya-Allah kami pertimbangkan.."
"Baiklah kalau macam tu..Ustaz balik dulu ya..Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam"

***
Telefon bimbit di atas meja dipandang sayu.Wardah melepaskan sebuah keluhan yang berat.
"Kalau nak telefon,call je lah.."
Raudhah masuk.Wardah senyap membisu.
"Tak baik biarkan ayah dan mak risau.."
"Aku menyusahkan kau ke,Raudhah?"
"Tak adalah..Cuma aku nak betulkan kesilapan kau..Sampai bila kau nak lari dari rumah?"
"Aku bukan lari dari rumah..Aku cuma keluar saja..Dah minta izinpun.."
"Mereka izinkan ke?"
Wardah menggeleng.
"Sejahat-jahat manapun mereka,tetap ibu bapa kau..syurga itu terletak di bawah kaki mereka.Kau nak kerja tu kan?Cuba berbincang dengan ibu bapa kau dulu..minta izin mereka..Bersabarlah dengan ujian Allah..Teruskan berdoa semoga satu hari nanti terbuka pintu hati mereka untuk menginsafi kesalahan mereka dahulu..Memaafkan orang lain itu sifat yang mulia,tau.."
Wardah mengangguk perlahan.Itulah yang difikirkannya.Cuma dia tak pasti dengan keputusannya.

***
Sejak Raudhah dan Wardah bekerja di Sekolah Agama Rakyat Kampung Palang,persahabatan mereka semakin akrab dan mesra.Alhamdulillah,ibu dan ayah  Wardah mula sedar akan kesilapan mereka setelah Wardah meninggalkan rumah ibu bapanya selama tiga hari.Ibu Wardah terjumpa dairi Wardah semasa ingin mencari buku telefon kawan-kawan Wardah.Baru mereka sedar yang Wardah tidak punya ramai kawan.Mereka buntu dan hampir ingin membuat laporan polis tapi diari itu telah menyebabkan mereka sedar apa yang Wardah alami selama ini.Dalam masa 3 hari itu juga mereka membaca segala luahan hati Wardah yang tercatit dalam diari-diari yang sebelumnya.

*** 
Kini Raudhah telah pergi.Pergi buat selama-lamanya.Rupa-rupanya dia sudah tahu dia tidak akan hidup lama.Raudhah bergantung pada buah pinggang adiknya,Mawaddah.Satu lagi buah pinggangnya telah rosak.Itulah satu-satunya rahsia yang selama ini dipendam oleh Raudhah.Dia telah menjadi sahabat sejati yang paling Wardah cintai.Yang sentiasa disisi Wardah ketika susah dan senang.Tapi Raudhah sempat menghabiskan pengajiannya dan berjaya mendapat segulung ijazah.Meskipun universiti mereka berbeza,jurusan yang mereka ambil sama.Setiap kali cuti semester,mereka akan mengulangkaji bersama-sama.Walaupun jarak mereka jauh beribu batu tapi ukhwah antara mereka tidak pernah luntur.Mereka sering berhubung dan ingat-mengingati antara satu sama lain.Dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.Begitulah kuatnya ukhwah antara mereka.

***
"Sayang..kenapa ni..masih ingatkan kisah lalu ke?"
Wardah mengangguk lemah.Membiarkan suaminya mengesat air mata di pipinya.Dia merenung wajah tenang suaminya.Untuk seketika dia membiarkan dirinya hanyut dalam dakapan suaminya.
 "Abang..pengorbanan Raudhah terlalu besar..Dia pergi tanpa tinggalkan peganti..Wardah rindukan dia.."
"Abang..masa abang form 5,abang tahu tak ada budak form 3 yang minat abang?"
"Abang tahu,Wardahkan?Sebab kawan Wardah bocor rahsia baru abang tahu.."
"Lepas tu masa kat universiti la,abang kenal dengan Raudhahkan?"
"Ya..Raudhah junior abang.."
"Kalaulah ditakdirkan abang jumpa kami pada masa yang sama,apa yang patut abang buat?"
"Sayang..kalau disuruh pilih antara Wardah dan Raudhah..Abang sukar buat pilihan.Dua-dua abang sayang.Abang jadi keliru.Jadi abang serahkan segalanya pada Allah.Sesiapapun jodoh abang,abang terima.Tapi itulah hakikatnya.Allah lebih sayangkan Raudhah..Kalau Wardah di tempat abang,apa yang Wardah akan buat?"
"Wardah kahwin dua-dua kot.."
"Sayang tak kisah bermadu dengan Raudhah?"
"Dulu tak..sekarang ya.."
"Kenapa?"
"Habis si kembar baby girl  kita nak panggil apa nanti?"
"Yalah..lupa pula,nama anak kita Raudhah dan Mawaddah.."Wardah tersenyum.
Airil Hakim.Cinta pertamanya.Dan disebabkan itu dia dipukul teruk oleh ayahnya.Dia mendapat khabar,Safira yang membocorkan rahsianya kini sudah lama berkahwin dan sekarang dia dalam proses penceraian.Semoga dia mendapat petunjuk dan hidayah dan mendapat kehidupan yang lebih baik.Dia sudah memaafkan kesalahan kawannya itu.Mereka sudah bertemu dan bermaafan dan Safira mengaku yang dia lakukan semua itu kerana cemburukan Wardah yang disayangi oleh semua orang.
"Raudhah..kita kawan kan?"
"Hmm..tak..Kita sahabat karib!"
Wardah tersenyum.Dia mengangguk mengiakan kata-kata Raudhah.
"Selamanya?"
"Ya..insya-Allah sampai syurga.."
Mereka berdakapan erat..sangat erat.seperti tiada apa yang memisahkan mereka.Subhanallah..begitu kuatnya persahabatan dua sahabat itu.Keakraban mereka mengundang cemburu sesiapa sahaja yang melihat.Walauapaun yang datang.Mereka berjaya menghadapinya bersama.Sesungguhnya persahabatan mereka ada penghubungnya.Ya.Allahlah penghubung mereka.Betapa indahnya persahabatan yang dibina kerana Allah.Malam itu berlalu dengan semua kenangan tentang Raudhah.Kita sahabat buat selama-lamanya.Terima kasih sahabat.Aku mencintaimu kerana Allah.Semoga kau aman di sana.Kita berjanji akan bertemu di syurga.Insya-Allah.Amin ya rabal A'lamin






No comments:

Post a Comment