Love isn't something you find. Love is something that finds you.


25 May, 2011

siapa aku sebenarnya?

Post hari ini agak pelik kan?Hmm..sebenarnya..aku sengaja nak post entry ini buat diriku..Suatu hari aku suruh adik aku ajar aku bagaimana nak jadi blogger..aku nak jadikan blog ni sebagai tempat luahan perasaan aku..tempat aku berkongsi pandanganku dan ilmuku..itu tujuan aku..aku tidak kisah sama sekali kalau tak ada follower sebab aku buat blog ni memang khas untukku..apa yang aku tulis adalah peringatan buat diriku yang lemah dan banyak kekurangan ini..dan aku tak kisah kalau orang baca apa yang aku tulis dalam blog kerana tiada apa yang perlu dirisaukan..Apa yang aku tulis setakat ini adalah benar dan hakikat..aku tak bohong..dan..itulah diri aku yang sebenarnya..


Ada antara blogger yang menggunakan blog sebagai tempat mereka berdakwah..Ya..betul..Aku juga ingin jadi seperti itu..cari seramai mungkin follower dan tulis somethings yang interesting yang buat orang ingin baca apa yang ditulis..Aku..Aku akan lakukan dalam masa terdekat ini..doakan untukku..Pertama aku perlu betulkan niat..nak berdakwah bukan sebarang dakwah..perlu ada ilmu dan pengalaman..perlu berterusan dan istiqamah..bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk..tapi tujuan untuk berkongsi..Kedua..sampaikan melalui hati..aku suka menulis..tapi aku tak cukup yakin..aku bimbang berdakwah untuk orang lain,diri sendiri tak terdakwah..Baiklah..tutup cerita ini..

Apa yang aku nak kongsikan sebenarnya..adalah tentang siapa aku sebenarnya?Aku..sekadar insan biasa,normal seperti orang lain..punya kekurangan dan kelebihannya..aku seorang yang sederhana dan simple..Aku seorang yang pemalu dan takut nak explore benda baru..bila dah berjaya dalam sesuatu aku mudah rasa selamat..Aku seorang yang lemah lembut..tak suka marah dan suka memendam perasaan..Aku suka benda yang baik dan cemburukan kebaikan yang ada pada orang lain..tapi aku tidak dengki cuma aku akan kagumi mereka..Aku sentiasa bermotivasi tapi aku mudah jatuh dan berputus asa..Aku sentiasa bersemangat di awalnya dan semangat itu tidak kuat lagi sehingga ke akhirnya..Aku sangat rendah diri pada orang lain dan mudah juga meninggi diri..Kadang-kadang aku sedikit mementingkan diri tapi selalunya aku akan lebih pentingkan orang lain sampai orang lain pula yang terluka..
Seringkali aku menyesal dengan setiap keputusanku..Seringkali juga aku salah dalam membuat pilihan..Seringkali juga aku mengeluh dengan kegagalanku..Aku selalu ingin jadi yang terbaik..Aku mahu orang lihat aku dari sisi yang baik..aku tak mahu orang lihat aku dari sisi yang buruk..Aku seperti orang lain juga..ada matlamat..ada impian..ada cita-cita..ada harapan..ada kepercayaan..tapi ada ketikanya aku rasakan biar lah masa berlalu membawa haluanku..Aku tidak kisah siapapun diriku nanti..aku akan laksanakan dengan sebaik mungkin..Hidup ini punya seribu satu kemungkinan..Kita tak mungkin jadi seperti yang kita inginkan..kita tak mungkin dapat apa yang kita mahukan..jadi aku tak boleh menjawab..apa yang aku ingin jadi pada masa akan datang..sebab aku tak tahu lagi apa yang aku akan jadi..cuma..setiap orang ada misi dan visi masing-masing..Aku pasti setiap orang pasti akan tempuh masanya juga..
Akhi(tunangku) seperti mahu aku menjadi seorang guru..Aku tak kisah..Jika ada rezeki..Insya-Allah..Doakan saja..Tapi bila akhi tanya aku ingin jadi apa..aku katakan aku tidak tahu..Aku tahu..Aku tak sepatutnya kata begitu..tapi saat ini aku rasa rendah diri..aku bukanlah seorang yang bijak,hebat dan bagus sangat..Aku tak boleh kata apa-apa pada benda yang belum pasti..Sabarlah..Akan aku buktikan aku jaga punya impian dan matlamat..Aku akan lihat pada minatku dan aku cenderung ke arah mana..Aku betul-betul mahu menggenggam segulung ijazah..Aduhh..bila difikirkan..lamanya saat itu akan tiba..Aku masih terus menanti..sehingga saat itu tiba..Sabar ya..
Siapa aku sebenarnya..itu tidak penting..Yang penting..aku sudah jadi diri aku yang sebenar..Aku tak perlu mendengar kata-kata orang disekeliling..Cukuplah ada Allah disisiku..Keredhaan Allah dan keberkatan Allah yang aku harapkan..Itu paling penting..Itu paling utama..Aku tahu Allah akan tunjukkan haluan yang mana harus ku pilih..Aku percaya pada Allah..Aku tak henti-henti berdoa..Mudah-mudahan haluan itu membawaku ke jannah..Amin..Insya-Allah..

21 May, 2011

Insafnya diriku......

Sebelum aku memulakan enty ni..marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarhamah adik Siti Salwa ye..Al-Fatihah..
Baiklah..Aku tidaklah rapat dengan arwah..aku mengenalinya di SMKASAS iaitu ketika di upper six dan dia lower 6 ketika itu..jadi kami hanya berkenalan selama 6 bulan..tolak cuti mungkin dalam 3 ke 4 bulan saja..Tapi apa yang ingin aku sampaikan ialah..betapa pemergiannya sangat-sangat meninggalkan kesan di hatiku..insaf rasanya diriku ini..

Arwah yang ku kenali..seorang yang happy go lucky..wajahnya biasa tetapi pembawakan dirinya menjadikan dia disenangi oleh semua orang..arwah budak yang baik dan sangat menghormati seniornya..Semasa hari-hari terakhir tahun lepas,aku ada membawa handycam/webcam ke sekolah..Jadi aku sempat merakam kata-katanya yang disampaikan panjang lebar berbanding rakan-rakannya yang tak sampai dua minitpun..Rasanya hampir lima minit..Ucapannya ditujukan khas buat kami senior-seniornya..Aku masih simpan lagi video itu.

Saat aku menerima mesej dari sahabatku pagi jumaat itu,aku terkejut..Aku sebak..Bukan kerana apa,kerana aku tidak menyangka sama sekali dia akan pergi dahulu..diusianya ketika itu..Memang..sungguh...ajal,maut ditangan Allah..kita tidak tahu bila masanya kita..bila memikirkannya..aku jadi takut..

Cukupkah amalan kita untuk menjadi bekalan kita di sana nanti?Sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah?Tanggungjawab kepada diri kita,kepada ibu bapa kita..keluarga,suami isteri,anak,kakak,abang,tanggungjawab kapada masyarakat,dan seterusnya kepada negara?Bagaimana pula dengan amanah yang diberikan kepada kita?Sebagai pelajar,pendidik ataupun pemimpin terutamanya?Bersediakah kita andai nyawa kita diambil sekarang?


Fikiranku lantas teringat pada post di fb arwah yang sempat ditulis sebelum arwah pergi yang berbunyi,
"hmm..xlama lg aku nk pg brperang..tp..senjata aku mcam blum cukup je..nk wat camne ye??"
Nampak gayanya..arwah bagai sudah tahu dia akan pergi dulu..ketika arwah menulisnya,dia masih dalam keadaan sihat,walafiat lagi..Dia sendiri sudah  mengeluh dan bimbang dengan senjatanya yg mash blum cukup..jadi,bagaimana pula kita yang masih bernafas lagi?

Bercakap soal tanggungjawab dan amanah pula..baru-baru ini..ibu ada menerangkan pada aku supaya ikuti jemaah kita..pentingnya jemaah itu untuk berukhwah,bersatu-padu dan menjalankan amanah Allah di muka bumi ini..kita semua adalah pemimpin..kita berdakwah dan menyeru ke arah kebaikan menerusi jemaah..itu adalah satu tanggungjawab dan amanah buat kita..jemaah ini ibarat seperti kita mengikut sunnah rasulullah yang menjalankan sistem khalifah yang suatu ketika dulu telah dihapuskan oleh seorang reformis yang bernama Mustapha Kamal Antartuk..Maka,tiba masa kita menaikkan semula,sistem itu dalam jemaah..


Aku ada juga berbincang dengan Akhi(tunangku) tentang jemaah..Akhi bukanlah seorang yang aktif jemaah tetapi dia menyokong perjuangan mereka ini..Akhi mungkin terlalu sibuk dengan kerjanya sebagai engineer sampai tidak ambil tahu langsung tentang jemaah..ibu dan ayah memang kuat mengikut jemaah maka mereka mahu kami berdua mengikutinya..ibu kata kita hendaklah berfikrah dan bermasyarakat..sekurang-kurangnya kita perlu mengambil tahu hal-hal jemaah..tak aktifpun tak apa..

Kakak saudaraku juga bercakap benda yang sama..memang orang yang lihat akan cakap jemaah ini lebih kepada politik..Namun,hakikatnya..jemaah ini satu kesatuan kearah perjuangan mencari keredhaan Ilahi..Ramai anak muda remaja mengambil sikap tidak endah atau tidak mahu ambil tahu tentang jemaah dan dunia politik..sedangkan kita semua ada hak dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin..jemaah adalah jemaah dan politik hanyalah wadah dan salurannya saja..ramai yang salah sangka tentang itu..termasuklah aku..

Sampaikan..mereka merancang jodoh anak-anak mereka demi untuk memelihara anak-anak mereka dari jatuh ke tangan yang bukan jemaah..Sedikit sebanyak aku terasa terbeban..mampukah aku?entahlah..Akhi banyak menasihatiku..aku masih muda..selesaikan dahulu tanggungjawab dan amanah kepada diri sendiri..belajar dan terokai ilmu terlebih dahulu..dan kemudian boleh sampaikan dan kongsikan dengan orang lain..Betul juga,selesaikan amanah dan tanggungjawab kepada diri sendiri dan kemudian barulah laksanakan amanah dan tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara..Insya-Allah..Mudah-mudahan akan sampai masanya jua untuk aku berbakti dan berjasa kepada agama dan masyarakat yang kulihat semakin hari semakin parah..akan aku lakukannya!Aku memasang azam dan tekad di hati..

Semoga..aku berjaya mengharunginya..Semoga..ini menjadi pengajaran buat diriku yang lemah..Insafnya diriku apabila memikirkan semua ini..Apabila Allah menjemput kita maka aku harap ketika itu aku sudah bersedia.. ^_^..
~Wallahualam~