Bismillallahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Apa khabar? Alhamdulillah..Waktu yang sibuk telah pun berlalu.. Tinggal waktu senggang yang masih diisi dengan pelbagai program. Tidaklah seteruk manapun. Setakat ini saya mampu lagi mengawal diri daripada perasaan stress. Saya cuba untuk tidak menjadi lemah. Tidak mahu mengadu atau menangis. Tapi apakan daya, saya cuma manusia biasa yang sudah semestinya tidak sekuat mana. Tolonglah fahami, bukan niat saya untuk mengadu dan menyusahkan orang lain. Malah saya tak suka berkongsi masalah saya kerana bagi saya tiada gunanya berkongsi kalau ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Tapi saya yakin, mungkin hati akan sedikit lega selepas meluahkan dan berkongsi masalah kita dengan orang lain.
Apa yang korang akan rasa kalau kita dapat tahu ada orang sukakan kita? Atau ada orang yang berlainan jantina take care pada kita. Takut kan? Rasa diri tak cukup selamat. Saya rasa saya mungkin tak perasan saya diperhatikan. Senang cerita saya buat tak tahu saja. Kerana officially ramai dah tahu I have a fiance. Teringat roomate saya pernah berkata,
"Atin..mujur atin dah bertunang.. Dah tak ada orang nak ganggu. Sekurang-kurangnya atin masih selamat.."
No. Saya tak rasa begitu. Saya ada masalah saya sendiri. Even begitu, tiada apa yang perlu dirisaukan. tak semudah itu saya menerima seseorang itu sebagai pilihan hati. Sehebat manapun yang datang saya tetap tidak akan tergoyah. Allah dah sediakan yang terbaik untuk saya kenapa saya mahu orang lain. I know family choice is the best. Family bless that I need. Barakah Allah I really want. So, I will never change as long as you always beside me. Yes, I know you always said it to me. Thanks dear.
Saya tidak seperti roomate saya. Saya kagum dengan cara dia menjaga pergaulan dia. Tapi saya pelik lelaki menganggap dia dan kawan-kawannya anti-sosial. Astaghfirullah.. Dunia akhir zamankan ini? Salahkah wanita-wanita ini menjadi sombong sedikit demi untuk memelihara maruah mereka sebagai seorang wanita?Mereka simpan dan pelihara hati mereka untuk suami mereka.. bukan bermakna mereka anti-lelaki! Mereka juga ada naluri untuk dikasihi dan mengasihi. Tapi biarlah pada jalan yang halal. Melalui perkahwinan.
Saat saya memujuk hati saya dan dia, saya menangis mendengar ujian dia. Saya bersimpati. Saya katakan pada dia,
"Allah, sayangkan awak..sebab itu Allah beri awak ujian ini..Awak bertuah sebenarnya. Awak dipilih oleh Allah untuk merasai cinta selepas berkahwin. Awak baik. Tentu jodoh awak juga seorang yang baik. La Tahzan. Saya akan terus menyokong awak. Jadi jangan terpengaruh. Teruskan jadi diri awak. Kekalkan benteng MALU itu. Saya.. cemburu sangat-sangat pada awak tau tak.."
Kalau nak berubah tak perlu tangguh-tangguh. Berubahlah sekarang. Memerhati dan mengkaji masalah orang buat saya terfikir macam-macam. Saya yakin kalau kita inginkan kebaikan, Allah pasti akan datangkan orang yang baik-baik untuk menjaga kita. Begitu juga saya. Mudah-mudahan saya sentiasa bersama orang yang baik-baik agar saya dapat memperbaiki segala kelemahan diri.
Apa yang saya nak tekankan di sini, hati ini milik Allah. Kalau Allah nak buat hati ini jatuh cinta, pasti dalam sekelip mata kita akan berada dalam dakapan dia. Tapi selagimana kita berpegang kuat pada Allah dan kecintaan kita pada Allah, kita pasti berupaya mengekalkan benteng yang sudah sedia terbina dalam diri kita. Walau dicerebohi oleh pelbagai manusia sekalipun, kita masih selamat dalam jagaan Allah.
Saya berpesan pada diri saya sendiri, semoga saya kuat untuk menjaga hati dan iman ini. Walaupun keadaan sekeliling yang menakutkan saya, saya berdoa bersungguh-sungguh, semoga Allah sentiasa melindungi saya. Saya memilih jalan ini, maka saya harus tempuhinya. Namun, tiada kekuatan lain yang saya mohon melainkan dengan berdoa pada Allah. Tolong. Doakan saya kuat. Agar tak tersasar jauh.
Untuk yang terakhir kali, saya masih yakin saya bersama dengan orang yang baik. Allah temukan saya dengan orang yang baik-baik.Insya-Allah. Setiap kita dilahirkan fitrahnya baik. Jadi saya bersyukur. Apa yang saya kongsikan disini sebagai satu pengajaran buat saya supaya saya sedar tujuan dan matlamat hidup saya. Tolong sabarkan hati ini untuk suatu tempoh lagi. Percayalah, disebalik apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Jika kita terpaksa memberitahu orang lain yang kita kaya, kita tidak kaya. Jika kita menagih perhatian orang lain untuk membuktikan kita bahagia, kita belum bahagia.Apa yang dirasakan dalam hati sendiri lebih penting daripada mengharapkan penghargaan orang lain. Di samping Allah tahu siapa kita yang sebenar...kita sendiri juga tahu siapa kita yang sebenar.Berpura-pura bahagia akan menyebabkan kita lebih menderita. Berlagak kaya akan menyebabkan kita papa kedana!
No comments:
Post a Comment