Love isn't something you find. Love is something that finds you.


07 May, 2012

Setahun sudah ikatan ini ♥

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Tajuknya pun lain macam kan?Agak-agaknya apa yang saya nak ceritakan ye?Baiklah.. Hari ni adalah hari memperingati tarikh keramat yang berlaku dalam hidup saya. Sesuatu peristiwa yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Juga buat hadiah yang teristimewa sempena hari bersejarah ini.

Seingat saya, tidak pernah saya ceritakan mengenai kisah pertunangan saya secara detail dan gambar-gambar dalam simpanan saya untuk tatapan blog ini. Kenapa ye?Entahlah..Mungkin saya belum bersedia lagi untuk berkongsi dengan semua. Saya malu dan hati saya masih terasa tidak serasi dengan semua ini. 

Kenapa terima kalau hati tak suka?Sekali lagi,hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Kriteria lelaki idaman saya jauh berbeza dengan apa yang saya impikan. Malah saya akui saya pernah tersuka dan disukai oleh orang lain. Namun, ada sesuatu perasaan yang hadir yang buat saya rasa untuk mengenali dia terlebih dahulu. Andai ada jodoh antara kami, saya redha dia menjadi milik saya. Tapi seandainya tidak, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Maka dari itu saya serahkan segalanya dalam genggaman Allah.

Tipulah kalau saya kata saya tak rungsing dan tidak risau. Semuanya secara tiba-tiba dan saya cukup takut. Macam-macam yang saya fikirkan. Adakah dia benar-benar calon yang layak untuk saya? Adakah dia mampu membimbing saya yang punya banyak kelemahan ini?Ilmu agamanya?Kacak ke tak?Bagaimana kalau ada yang lebih baik dari dia?Macamana orang yang saya suka masuk meminang?Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran saya setiap detik dan ketika. Entahlah..Saya tahu manusia tidak sempurna.. Untuk apa ingin mencari kesempurnaan andai diri sendiri tidaklah sempurna mana..Hati saya terpujuk. Saya yakin Allah lebih tahu apa yang direncanakan untuk saya.

Maka, pada tarikh itu, 7 MEI 2011. Saya telah sah menjadi tunangan orang secara rasmi. Cincin ini tersarung indah di jari manis ini. Zaman sekarang, majlis pertunangan dirai besar-besaran. Namun ketika majlis ini, saya lansung tak terfikir untuk buat besar-besaran. Cukuplah bersederhana, kerana kami masih dalam keadaan sedih lagi ketika itu terutama mak. Arwah tok tak sempat turut serta dalam majlis=(  

♥Debar di dada sewaktu cincin disarung ke jari♥.

As simple as that.Majlis yang cukup sederhana.Yang dihadiri oleh jiran terdekat dan terapat serta sanak saudara.Bajupun simple je.Tampuk bedak.Lip balm calit sikit di bibir. No make up langsung. Biarlah. Saya cukup tenang setelah selesai malam itu. Mungkin itu tandanya, Allah meredhai majlis yang sederhana begitu.Moga permulaan ini barakah sehingga kami berdua disatukan tetap diiringi dengan barakah Allah SWT.Juga untuk seumur hidup kami berdua nanti.Insya-Allah. Saya harap sangat!Ini hasilnya.

♥Bergambar bersama hantaran♥.

Kini dah setahun ikatan pertunangan antara saya dan dia. Saya bersyukur dan benar-benar redha dia yang saya pilih akhirnya. Tipulah kalau saya kata dalam tempoh pertunangan ini tiada ujian. Of course yang paling besar adalah ujian hati dan perasaan.Moga Allah pelihara hati kami berdua sepanjang tempoh pertunangan kami. Itu doa saya setiap hari.Nah, banyak sangat gambarnya. Tengok camni je senang sikit.
♥Sesi bergambar bersama mak dan mak tunang serta hantaran♥.

Pengalaman saya sepanjang bergelar tunangan orang cukup banyak. Suatu perasaan yang sukar saya gambarkan ketika ini. Firstly, yang paling terkejut, of course lah saudara-mara. Angin tak ada, ribut tak ada..Tiba-tiba nak bertunang. Apa kes? 

♥Sanak-saudara sebelah mak♥.

Tapi mereka tetap sudi membantu menyiapkan hantaran dalam keadaan gembira.Walaupun ketika itu saya malu dan tidak gembira sangat.Tak caya boleh tengok muka saya..terpaksa senyum..hehe..

♥Sepupu2 yang siapkan hantaran♥

Kawan-kawan f6 semua terkejut dengan berita ini. Banyak yang ucap tahniah. Asalnya saya tak mahu beritahu sesiapapun pasal saya sudah bertunang. Tapi malangnya, Ecah dapat tahu dari pak cik saya. Maka, tersebarlah berita kepada kawan-kawan. hehe.

♥Sahabat2 SMKASAS♥

Tapi berbeza dengan kawan-kawan di SMKDB.Tak semua mereka saya beritahu.Hanya yang benar-benar rapat je yang tahu dan mendoakan.Mungkin sebab kes lama.Tak apa Fathin lupakan kenangan lalu yang pahit tu ya.Mulakan hidupmu dengan azam yang baru.

♥Rakan2 seperjuangan di SMKDB♥

Dan juga kawan-kawan baru di Universiti Sultan Zainal Abidin,Terengganu. Maaf, kuota dah penuh..hehe=)))

♥Teman2 di ISM USULUDDIN DGN KAUNSELING♥

Terima kasih semua. Letih nak jawab soalan bila nak kahwin. Nanti, apabila sampai masanya, saya akan jemput semua untuk hadir walimah kami. Teruskan berdoa yangterbaik untuk kami dan semoga kami dipermudahkan segala urusan. Amin. Tak lupa juga, orang kuat saya disini, thank you for always beside me.

♥Posing je lebih, cik kak oii♥
Thank you my dear friend

And last but not least.Saya dedikasikan entry ni khas untuk tunang yang dikasihi, gambar ni saya ambil dari fb si dia tak minta kebenaran pun. Minta maaf sebab jadi pencuri. Lain kali upload lagi gambar yang pakai spek mata hitam tu banyak-banyak..macam pelakon Aaron Aziz la konon..hihi..perasan^_^..saya tak pasti mungkin saya dah curi hati En. Hafizuddin Mokhtar jadi jangan marah kalau saya curi gambar-gambar ni ye..=) ♥

 ♥I choose him ♥


♥May ALLAH bless us with HIS Rahmah♥
Wahai Pasangan Jiwaku…
Aku percaya padamu, aku pun rindu akan hadirmu. Aku pasti kamu akan datang, tapi mungkin tidak sekarang kerana jalan ini masih panjang.Banyak halangan dan dugaan yang perlu dihadapi. Walaupun kamu tidak boleh menyentuh aku dengan tangan kerana aku belum halal padamu, tapi tak mengapa,kamu boleh menyentuhku dengan doa di setiap sujud Tahajud cintamu...

~Syukur atas segala yang berlaku.Terima kasih ALLAH~

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment