Love isn't something you find. Love is something that finds you.


23 May, 2012

Semua bermula dari sebuah impian

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum.

Akhirnya saya ada juga kesempatan untuk menulis blog. Begitu banyak benda sebenarnya yang saya ingin berkongsi disini. Tapi saya tak tahu nak mula dari mana.Hehe..

Saya ada banyak impian yang ingin dicapai. And surprisingly, peluang itu datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Means saya berkobar-kobar nak rebut peluang yang datang. Tapi dalam masa yang sama saya tak mahu tamak. Saya yakin saya tak mampu untuk melakukan 2-3 kerja dalam suatu masa. But, as you know, peluang datang sekali sahaja. Kalau saya tak ambil sekarang, mungkin peluang itu tidak akan datang lagi.

Saya tahu, mesti tak faham apa yang saya cuba sampaikan. Belum masanya lagi saya nak berkongsi di sini. Saya perlu sediakan mental dan fizikal saya untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru. Takut? Of course. Tak dinafikan rasa takut itu pasti ada. Tapi saya yakin pada rezeki yang Allah berikan pada saya. Kalau dah memang itu rezeki saya pasti tak akan kemana. Yang penting saya berusaha bersungguh-sungguh dan always  do the best.

1~Jangan putus asa. Mudahnya kita berputus asa. Tak percayakah pada janji Allah? Sabarlah. Allah memberi lambat mungkin kerana Allah nak uji tahap kesabaran kita. Kejayaan tak mungkin akan dicapai dalam masa sehari dua. Perlu menempuhi pelbagai rintangan. Allah takkan beri kejayaan bedebuk begitu. Saya selalu ingatkan diri sendiri setiap apa yang saya terima dan kecapi untuk masa dan ketika ini bukannya percuma. Saya harus bayar semula pada Allah. Tapi tidak terbayar rasanya nikmat yang Allah bagi pada kita kan? Kalau tak mampu beribadah sepanjang hidup, cukuplah dengan mengucapkan rasa syukur dan terima kasih pada setiap nikmat yang diperolehi.    

2~Semoga saya tidak terleka mahupun lupa diri.Saya sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan langkah ini dalam setiap apa yang saya lakukan. Saya tak akan sia-siakan kepercayaan dan harapan mak dan abah pada saya. Juga saya akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai apa yang saya impikan. Tolonglah Ya ALLAH, perkenankan doa ini.

3~Perbetulkan niat. Buat setiap kerja ikhlas kerana Allah SWT. Kalau kita buat sesuatu tanpa mengharapkan nilaian di mata manusia, Insya Allah pasti Allah akan memberi sesuatu yang lebih bernilai yang bukan dari nilaian wang ringgit atau penghargaan semata-mata.Sungguh, saya akan berpuas hati pada diri saya sekiranya saya berjaya mencapai impian saya. Impian saya setinggi langit namun, saya tak akan sesekali lupakan bumi yang dipijak kerana di situlah saya bermula.

Akhir sekali, saya sentiasa ingat matlamat saya di sini. Saya harus belajar bersungguh-sungguh. Itu yang utama. Saya dah mendaki sejauh ini, tak mungkin saya akan berhenti setakat ini apatah lagi berpatah balik atau menuruninya. Sekurang-kurangnya, ada effort dan usaha walaupun keputusannya sekadarnya sahaja. Kerana yang menilainya bukan manusia tetapi Allah SWT. Oleh itu, untuk apa terus rungsing dan susah hati. Allah sentiasa akan bersama dengan hambanya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment