Love isn't something you find. Love is something that finds you.


07 June, 2012

Study week dalam keadaan sedih

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Mula-mula tak nak buka blog.. tapi apakan daya, tak tahu nak lepaskan stress kat mana lagi..huhu. Minggu ni minggu ulangkaji. Ingat malam ni nak study dengan kawan-kawan. Buka bilik Naim, tidur. Buka bilik Sal pun tidur.. Huhh.. tak sampai hati nak gerak.Hmmhhh..


Dial no rumah. Abah yang angkat. Serius, rindu kat abah..huhu..Teringat abah selalu puji air teh yang saya buat macam tok buat. Kalau mak ke kakcik buat air mesti rasa lain daripada air yang saya buat. Sampai mak pernah kata, "yalah air teh kaklong je yang sedap,umi buat tak pula abah puji.." Mak abah anakmu sangat merindui kalian.. =(

Kawan-kawan pernah tanya, tak pernah tengok Atin telefon ayah. Macamana nak cakap. Abah guna nombor maxis. Kami anak beranak semua guna celcom. Yang bayar bil semua mak. Saya,angah, amat kakcik. Mak cakap RM50 je limit. Sebagai student saya banyak juga nak contact kawan-kawan kalau ikutkan. Tapi saya kesian kalau mak kena bayar banyak pula nanti. Jadi terpaksalah kedekut sikit. Entahlah kenapa abah tak guna celcom. Lagi satu, abah suka letak telefon rata-rata. Then,kalau keluar mesti tak bawa telefon. Susahlah nak berhubung dengan abah. Setiap kali calling mak mesti saya akan suruh kirim salam kat abah.


Berbalik pada cerita tadi, saya tanya, mak dah balik?Mak pergi umrah,balik hari ni.Dalam fikiran mesti mak letih. Abah cakap dah. Nanti abah panggil. Saya kata tak apalah nanti suruh mak call kaklong balik tau. Saya tak boleh call lama sebab nanti bil saya naik. Minggu lepas celcom hantar mesej bil saya untuk 2 bulan RM78. Banyakkan?Kesian mak nak bayar. Siapa saja yang saya call?Mne ade. Mesej kawan, tunang itu je.Itupun kadang-kadang. Tunang yg rajin call adela.Mungkin melambung sebab saya ada telefon kereta sewa dan rumah masa mak tak ada hari tu.

Tak apalah. Ubah kepada cerita study. Subjek kali ni pada saya agak berat. Saya study biasa2 saja. Tak mahu beratkan kepala sangat. Agak-agak dah penuh tu, saya buka movie atau tengok you tube untuk hilangkan stress. Ataupun tidur. Saya sudah niatkan. Belajar bukan sebab nak jawab exam atau untuk dapat pointer tinggi sahaja. Tapi belajar kerana ianya sebahagian daripada ilmu Allah. Tak apalah kalau tak dapat jawab nanti yang penting ada usahanya. Jadi untuk semester ini saya tidak mahu target pointer saya sebanyak mana. Saya hanya akan buat yang terbaik sahaja. Saya percaya apa yang sudah kita usaha, itu yang kita selayaknya dapat. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. InsyaAllah. 


Baiklah.. Saya nak pergi sambung study la. Naim dah bangun nampaknya. Tapi tok guru tak ada. Sal bangun la.. Jom, study nak? =_=

     

No comments:

Post a Comment