Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
By the way, firstly saya nak beritahu betapa berbezanya duduk di rumah sewa berbanding di hostel. Totally different. Actually, sama saja. Dimana-mana juga kita dicampakkan, masalah pasti ada. But, it depends on how we conduct it. Duduk luarpun best. Duduk dalam pun best. Itulah kehidupan. Nak cari yang mudah sahaja memang tak dapat lah kan?That's make our life more interesting, right?
Saya masih blur-blur lagi di awal-awal pengajian. Mungkin effect result yang agak menurun sem lepas membuatkan semangat juga ikut sama turunnya. Dengan jadual yang tak betul-betul lagi, rasa stress pula. Tengok subjeknya Allahurabbi, paham-paham lah. Saya percaya, setiap kali sem baru subjek akan bertambah susah. Bukan bertambah senang. Jadi saya tak aspek apa-apa tentang subjek tu. Tapi semangat tu? Ke mana menghilangnya?
Alhamdulillah, lepas dah tulis kat blog ni, baru semangat kembali berkobar-kobar! Saya tak boleh asyik melayan perasaan malas dan kecewa plus dengan masalah lain lagi. No ways! Saya ingin belajar. Mak dah hantar jauh-jauh ni supaya saya belajar, kan? Tunggulah. Perlahan-lahan, saya akan bangun dan kembali dengan semangat yang berkobar-kobar. Insya-Allah.
HIM? Insya-Allah. Saya akan pandu cinta ini bersama sekali. Saya akan jadikan dia sebagai pembakar semangat, pemberi motivasi, pendengar setia, penyelesai masalah dan pembimbing untuk menjadi lebih baik. Saya pernah mengadu pada seorang kakak ni, "Kak, kalau di izinkan, saya nak bercinta lepas kahwin. Tapi Allah bagi saya peluang saya bercinta sebelum kahwin. Jadi, salah ke saya buka hati ini untuk mencintai dia?"
Jawab kakak cantik ni penuh lemah lembut, "Itu bercinta ke?Bukan ke itu proses perkenalan?"
Saya buat-buat tak faham. Dia tersenyum, mungkin malu-malu juga. "Susah nak cari lelaki yang boleh masuk dengan kawan-kawan kita, kalau boleh, nak keluar berdua sahaja. Tapi atin kenalkan pada kami dan family juga kenal dengan lelaki itu. Sebab tu akak rasa itu proses perkenalan. Atin sedang kenal hati budi dan sikap dia. Bukan bercinta tanpa matlamat."
Terdiam saya dengar bicara kakak ni. Aish, kalau saya ada abang, memang saya suruh masuk minang terus kot. Hati saya terpujuk. Saya memang lain sikit. Saya tak suka orang samakan saya dengan orang bercouple yang lain. Saya tak mahu orang cakap apa bezanya bercouple dengan bertunang?Memang berbeza. Saya akan jaga sebaik mungkin hubungan ini. Walau apapun yang orang cakap, saya tahu, Allah lebih mengetahui setiap perancangan. Maka, saya serahkan segala urusan ini pada Allah.
Malah soalan yang sama saya katakan pada dia. Jawapannya, " Apa yang saya buat ni adalah untuk kenal dengan awak. Lepas kahwin, saya nak kenal segala-galanya tentang awak. Anggap sajalah setiap kasih sayang yang saya berikan dan kasih sayang yang awak tunjukkan itu sebagai sumber motivasi untuk kita mengharungi setiap hari bermula dari kita bertunang sehingga kita diijabkabulkan nanti. Kita jaga dan semai dengan penuh kasih sayang. Bantulah saya menjadi IMAM yang terbaik untuk awak.."
Insya-Allah. Saya juga harapkan begitu. Terima kasih untuk segalanya. Saya benar-benar rasa selamat dan bahagia dengan adanya dia. Semoga Allah permudahkan urusan ini walau pelbagai ujian yang melanda, Allah tetap yang utama! Amin ya Rabal Alamin. Okaylah, sampai di sini dulu. Nanti saya share lagi entry terbaru, k? Nak siap2 ke kelas ni. Bye!
Saya dah ada peneman. Terima kasih untuk hadiah ni.♥ |