Love isn't something you find. Love is something that finds you.


27 December, 2013

Berehat seketika selepas study...


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Maaflah lama sangat tak update blog. Busy. Ye lah tu..hihi. Tak percaya sudah. Tak adalah saya tipu. Sebabnya saya asyik tengok cite kat laptop je. Cite korea la cite melayu la. Almaklumlah, rumah sewa tak ada tv. Wuwuu. Jadi menagih simpati orang supaya download cite banyak-banyak. Bagus tak alasan? Harap boleh terima la.

Okla..disebabkan itu, saya ketinggalan banyak kisah yang sepatutnya saya tulis kat blog kesayangan ni. Ade kawan yang dah bertanya-tanya bila saya nak update blog. Fine, Sal. Saya dah update! Awak tu bila lagi? Ok dah merepek. Sori Sal. Dan pada En. Tunang yang gigih buka blog ni setiap hari. Sori sebab tak update. Haha. Sekali lagi. Stop kat sini.

Actually saya  baru lepas study ni. Maklumlah studyweek sekarang. Final is coming! And sekarang dah pukul 6 petang. Orang kata study petang tak baik. Ilmu tak masuk. Nak tidur pun tak boleh. Nak jalan-jalan kat luar lagi la tak boleh. Kata ustaz anak dara kalau kuar dan balik dekat magrib tak boleh buat bini. Padahal alasan je pun malas nak bersiap. Huhu.

Cakap pasal minggu peperiksaan, saya kalau tak jatuh sakit tak sah. Tak tahulah kenapa. But, Alhamdulillah. semuanya hanyalah sementara. Namanya penyakit nak exam. Kawan-kawan pun ada yang rasa tak sihat. Musim kan.  Biasalah stress kot. By the way, for now on saya perlu jaga kesihatan saya baik-baik. 

Well, become 'bride to be' mestilah nak prepare diri dari awal. Bukan hanya luaran dalaman juga sama pentingnya. So, bila ada sakit sikit cepat-cepat refer en google sebelum jumpa doktor. Bukan apa kadang-kadang diri kita perlukan suplement-suplement yang sepatutnya supaya dapat membantu kita sentiasa dalam keadaan sihat. When I say 'bride to be', does'nt mean I will marry around the corner. But Insya-Allah soon. 

Urusan jodoh rahsia Allah. Cuma cepat atau lambat. Just pray  yang terbaik for me and him. Saya letakkan semuanya pada Allah. Saya juga ada angan-angan dan impian. Tapi tak semua impian dan angan-angan akan jadi kenyataan. Maka, berhentilah dari berharap kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya redha dan saya pasrah. Moga dia yang terbaik buat saya. Insya-Allah. Habis final ni terus nak bincang pasal tarikh dan urusan yang sepatutnya. Until I comfirm my wedding, I will tell everybody especially my friends ya. Wait for my announcement.


Dalam masa yang sama perlu dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan dan ditetapkan hati. Baik dalam mengejar cita-cita mahupun cinta. Begitu juga sekalipun saya tak faham sesuatu subjek yang mana perlukan penghafalan dan kekuatan daya ingatan, saya akan cuba sedaya-upaya yang termampu. Allah menilai usaha bukan? Kalau banyak usaha kita banyaklah yang kita dapat kan? Insya-Allah. Allah mudahkanlah.

Bulan 12 ni bulan orang kahwin. Sana sini post gambar orang kahwin. Kalau tak dia yang kahwin sedara mara or kawan-kawan. Bulan ni juga 2 orang kawan saya dah selamat berkahwin. Tapi saya tak dapat pergi kerana terlalu jauh. Kawan-kawan pun jauh. Susah sikit. Kemudian kenduri sepupu saya Ila dan abang Hanafi sebelah mak dan sepupu saya abang syafiq sebelah abah. Tapi saya boleh pergi kenduri Ila dan abang Hanafi saja.Tengok satu je dulu gambar ye.

Throwback. Fully-review bila I dah free ok!Insya-Allah.

 Harapan saya supaya saya tak mudah putus asa walau susah mana sekalipun. Semoga saya dapat menjawab semua soalan. Yang penting saya kena bijak bahagikan masa saya. Wish me luck and all the best. Doakan saya tau !

 

Oklah, boleh tak kita cerita yang lain-lain tu nanti. Saya nak tulis sikit je. Tak beniat nak tulis banyak-banyak. Tapi macam banyak je. Itulah bila dah lama tak tulis macam-macam nak cerita pula. Sudahlah, dah magrib. Jom solat pastu sambung study lagi. Bye.

Wallahualam.
 


14 November, 2013

Mudahkanlah apa yang susah!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Lama mengadap lap top tapi tak tahu nak tulis apa. Walaupun banyak benda saya nak cerita tapi entahlah. Moodpun swing je. Kerja banyak tapi bosan pula lama-lama buat. Itulah manusia, nak mudah je kan? Nak selesa saja. Susah sikit tak mau.Ok, tak pe. Itu jap lagi kita bebel. Nak cerita sesuatu ni..hihi..

Sorang lagi BFF saya nak kahwin bulan 12 ni. Best friend forever ye bukan boyfriend pula..hihi. Namanya Nurul Diyanah bt Mohd Radzi. Saya panggil Dyan. Kami satu kelas sampai form 3. Katil atas bawah. Ah,rindunya nak sembang sama-sama! Lama sangat tak jumpa. Tup-tup kad kahwin dah post.

Kalau dah jodoh tu Insya-Allah, Allah permudahkan. Dia belajar di IPG dekat Besut je. Cuti mereka ikut cuti sekolah. Untungla. Kalau ikutkan dia habis bln 12 tahun depan juga. Masing-masing tak berkesempatan nak berjumpa jadi kami melepaskan rindu di muka buku saja. Berchatting dan bertanya khabar.

Alhamdulillah. Lepas sudah dua-dua BFF saya ni. Sorang nak jadi isteri sorang lagi nak jadi ibu. Moga dipermudahkan urusan mereka berdua. Saya tumpang gembira! Masing-masing tanya, bila pula turn saya?
Saya cakap Insya-Allah tahun depan.

Saya tak berani nak cakap apa-apa dulu. Perancangannya ada. Masalah pun ada. Apapun masalah itu saya tahu itu ujian dari Allah. Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. Tapi saya yakin semuanya ada hikmahnya. Yang penting dahulukan yang lebih awla. Nikah. Halalkan hubungan. 

Cakap soal persiapan belum buat apa-apa lagi. Hanya perancangan. Lepas habis sem ni baru nak buat persiapan. Semua orang nak gembira. Saya juga. Kegembiraan saya apabila melihat orang gembira. Jadi saya nak buat yang terbaik untuk walimah saya. Kalau boleh semua orang puas hati.

Sejujurnya apabila saya dah letak target nak kahwin tahun depan, saya jadi bertambah semangat untuk belajar. Belajar tetap belajar. Itu cita-cita saya. Walauapapun ujian yang terpaksa saya lalui saya mesti kena kuat. Orang lain lagi teruk diuji. Sekadar ujian sikit-sikit ni, apalah sangat.

Kadang-kadang saya menangis je bila hati rasa tak tenang, belajar tak faham, masa yang terbuang, fikiran negatif..apa-apa sajalah. Semua tu menganggu emosi. Lepas dah nangis okay la sikit. Itu je ubatnya. Nangis tu penghapus lara. Supaya kita beringat, kita tak lalai dengan dunia. Nangis buat kita jadi lebih kuat.


Betul. Bila suatu saat saya terasa semuanya salah. Itu tak betul. Ini tak betul. Sebenarnya saya belum sedar yang Allah sedang mengatur segalanya. Allah tahu mana yang terbaik. Apa yang kita harus lalui untuk dapat apa yang terbaik. Insya-Allah. Doakan saya. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan saya di sini. 

Moga diberi kefahaman dalam belajar.
Moga dipermudahkan menjawab peperiksaan.
Moga dipermudahkan urusan nikah kami.
Moga dilindungi dan dirahmati Allah selalu.
Senyum. ^_^
:)

Review: Kuala Lumpur Library


 

 




25 October, 2013

Time with housemate!!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Apa khabar semua?Moga baik-baik saja ye. Nak story pasal housemate sekarang seperti yang saya janjikan. So far Alhamdulillah. Seronok rasanya duduk serumah dengan mereka. Syukur dapat yang sekelas dan memahami. Yang penting persefahaman. Tak kisah lah walaupun berlainan course sekalipun kena banyak sabar. Kadang-kadang setiap orang, lain caranya. Kita kene terima caranya walaupun kita tak suka. Mana tahu lama-lama dia akan terikut cara kita pula. Harap-harap yang baik-baik je lah. Ni saya nak kongsikan tips hidup bersama housemate yang ramai.

Dalam fiqh awla yang saya belajar, antaranya; 
~ Kita kene mengutamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah. 
~ Kita kene mengutamakan kemaslahatan yang kekal abadi ke atas kemaslahatan yang sementara dan terhad.

Maksudnya, sekarang mungkin kita tak suka tapi demi persahabatan yang kekal abadi kita kena korbankan rasa tak suka itu. Mungkin orang lain ok kita tak ok. Jangan pula kita ajak orang lain tak suka kat dia. Percaya karma?Kalau kita buat kat orang nanti orang buat kat kita balik. Pegang tu je. Insya Allah selamat!

 Kemudian, kita kena tengok diri kita dulu sebelum tengok orang lain. Kalau ada yang silap kene cek balik diri kita dulu sebelum salahkan orang lain. Agaknya ada silap kita pada dia juga atau mungkin pada orang lain. Sekali lagi, karma! Jangan sedih. Semua orang buat silap. Tak pernah ada yang sempurna tak ada silap!

Seterusnya, belajar memaafkan dan memohon maaf. Saya akui ini yang paling susah sekali. Kadang-kadang nak sebut perkataan maaf tu cukup susah walaupun kita tahu itu salah kita. Macam ada emas je dalam mulut tu. Lepas tu kalau ada buat salah pada orang, jangan kita mengharapkan dia akan memaafkan kita. Mungkin ya, tapi ingat, once kita dah lukakan hati orang, susah untuk orang itu melupakannya. 

Begitu juga kalau kita dah buat salah then, senang je kita minta maaf. Kadang-kadang maaf itu tak hanya diselesaikan dengan perkataan maaf. Kene diikuti dengan keinsafan. Lepas ni tak mahu buat lagi kesilapan yang sama. Begitu. Kadang-kadang kita boleh detect orang yang sungguh-sungguh dan orang yang ambik mudah je. Ingat, Allah tahu apa yang ada dalam hati kita.

Okaylah. Itu antara tipsnya serba sedikit yang boleh saya kongsikan. Saya harap kami semua dapat tinggal di rumah ini bersama-sama tanpa ada masalah. Kalau pun ada harap dapat lah diselesaikan. Saya berdoa moga kami semua akan saling memahami antara 1 sama lain.

Dan yang paling penting dapat belajar dengan tenang. Subjek kali ni agak susah juga. Sebab semua bahasa Arab. Apapun saya akan cuba yang sebaiknya, dalam membahagi masa saya. Doakan saya dan kami satu rumah supaya kuat, istiqamah dan diberi ketenangan sepanjang belajar bersama-sama mereka semua! InsyaAllah. Amin.

Sekarang saya nak kongsikan aktiviti bersama mereka.

Semasa tunggu lecturer. Sebelum kelas.

Inilah Ziha dan Amylea. Dua2 budak Johor.

Ziha muda setahun. Amylea sebaya saya.



Berangan jap. Pikir masa depan..huhuhu..

Kak dira dan Amie pula duduk Selangor.

Kemudian jalan-jalan dengan mereka. Makan sama-sama. Hihihi..

Saya dengan Naim duduk Perak. Dah tau kan?Saje nk ckp..hehehe..

Kenapa nampak gelas tu besar sangat?Ke memang besar?ilusi semata-mata.

 















































































































   
Mak aii, habis kak dira makan..lapa ye?hahaha..

Ok.Setakat ini saja dulu aktiviti kami. Semester kali ni banyak cuti. Banyak balik rumah. Kerjapun banyak juga. Jangan lari fokus. Biar hati senang. Belajarpun senang. Insya-Allah. Hablumminallah hablumminannas. Terima kasih jadi kawan saya. Korang kekal begini ye..Sayang korang sangat-sangat kerana Allah!

Wallahualam.

13 October, 2013

Susahnya nak 'berkorban'..


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Kalau secara lahiriah sudah sihat, alhamdulillah. Sekarang tanya pula iman kita. Subhanallahh. Rasa begitu lemah diri ini. Iman ini. Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Maka hari ni, saya membuat keputusan untuk berpuasa 9 Zulhijah. Hikmahnya, Allah akan mengampuni dosa-dasa kita setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Insya-Allah. Amin.  

Bila bercakap soal hari raya kurban, kita pasti akan terkenang pada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Jadi apa nilaian 'korban' di mata kita? Bila difikir-fikirkan, korban ni suatu perkataan yang sangat berat dan dalam maksudnya. Contohnya, bila nak berubah baik, banyak benda yang perlu dikorbankan. Kita akan hilang banyak benda, termasuk kawan-kawan semua lari. Tapi sebagai balasannya, kita dapat ketenangan yang dicari. Kita kena kuatlah tinggalkan semua perkara negatif dan cari perkara yang positif dan baik sahaja. Betul tak?

Alhamdulillah..saya rasa tak susah nak jadi baik tapi untuk  maintain itu yang susah. Dalam kehidupan ini saya jumpa macam-macam orang. Ramai juga mereka yang saya kenali suatu ketika dulu yang mungkin tidak seperti orang Islam yang lain, mungkin dari segi sikap dan pakaian yang tidak melambangkan Orang Islam yang beriman . Tapi alhamdulillah, berkat hidayah Allah, mereka berubah. Pelbagai cara Allah nak beri hidayah itu. Sama ada positif mahupun negatif semua kene terima.

Saya gembira melihat sesiapa sahaja yang sudah kembali mengamalkan perintah dan tuntutan Allah SWT, malah mereka lebih baik lagi. Saya tak kata saya baik. Saya sendiri merasakan susahnya nak maintain iman ni. Kadang-kadang bila sedar diri kita makin malas untuk beribadah ketika itu saya sedar saya sudah jauh dari Allah. Saya ralit dengan dunia. Saya cuba untuk meraih kembali perhatian Allah. Saya takut Allah tarik hati saya. 

Maka saya akan melihat persekitaran saya. Banyak benda yang boleh kita jadikan iktibar untuk kita berubah menjadi lebih baik lagi. Salah satu caranya adalah dengan melihat orang-orang yang sedang berubah ini. Saya benar-benar merasa diri ini kerdil. Mereka jauh lebih baik. Saya tak mampu nak tegur kemungkaran kerana saya juga manusia yang melakukan kemungkaran. Saya tak mampu untuk berdakwah pada orang luar kerana saya tak mampu tegur kemungkaran orang  yang saya kenali disekeliling saya. Saya tidak ada kekuatan. Apa yang mampu saya lakukan adalah mendoakan mereka supaya mendapat hidayah Allah.

Bila sudah berubah, banyak benda yang perlu kita korbankan, betul tak? Adakah kita mahu menjadi kufur nikmat? Selalu melihat kelebihan orang lain. Tapi tak sedar Allah yang beri kelebihan pada kita. Itukan rezeki mereka? Perlukah kita cemburu pada rezeki duniawi semata-mata? Rezeki kita ada cuma perlu pandai cari je.

Pernah dengar istidraj tak? Mari sini saya kongsikan satu info mengenai istidraj. Entah saya pernah cerita atau tidak saya dah tak ingat. Tak apa kalau dah pun apa salahnya? Berkongsi ilmu dan saling mengingati itukan kewajipan. Demi kebaikan diri dan kebaikan semua! Semoga bermanfaat!


Ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Kita tahu bahawa, sesiapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Kenapa begitu? 

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa orang tersebut?

Rasanya, mesti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka janganlah merungut dan gusar bila kita tidak berjaya. Teruskan berusaha dan cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang perlu dijaga. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat lagi satu kisah yang mana:

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walaupun sudah berusaha, gagal dalam perniagaan walaupun kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” 

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Tentunya Tidak Kan..

Rasanya, persolan begini selalu bermain difikiran sesetengah orang. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. 

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. 
Untuk sama-sama mendapat muhasabah, kadang-kadang terlupa & kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan.
 
Kadang-kadang hidup bersederhana lebih baik. Sebab itu saya memilih untuk bersederhana. Saya bukan seorang yang terlalu hebat terlalu kuat. Saya sedar itu. Saya cuma nak jadi orang biasa. Yang mana saya mampu sampaikan, saya akan sampaikan.Yang mana saya mampu kongsikan saya akan kongsikan. Yang mana saya mampu sebarkan saya akan sebarkan. Insya-Allah.

Doakan saya tetap istiqamah. Menjaga iman ini. Bersederhana dalam semua perkara. Saya juga ingin mengejar kebahagiaan dunia disamping keredhaan Allah dan keberkatan sehingga ke akhirat kelak. Untuk itu, kita kena belajar untuk berkorban walaupun hati terasa payah. Setiap pengorbanan yang kita lakukan di dunia akan Allah balas juga sama ada di dunia mahupun di akhirat. Insya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
Semoga Allah terima amalan kita.
Wallahu'alam.

04 October, 2013

Cerita yang bercampur..

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana akhirnya saya berjaya menulis satu entry. Tengah kebosanan sekarang. Kerja berlambak tapi tak tahu nak mula macam mana. Banyak persoalan yang bermain di minda. Perlukan jawapan daripada lecture. Sebab tu bole rilek-rilek dulu. huhu. Sedar tak sedar dah 2 minggu saya di Unisza, Terengganu. Banyak nak cerita tapi tak berkesempatan. Sibuk menyiapkan laporan Latihan Industri. 

Alkisahnya, kami maksud saya semua budak praktikal terutama kelas saya lah, tak tahu yang laporan kene buat. Mula-mula saya dengan bangganya pada Anis, Hairun dan Jannah konon kami tak perlu buat laporan. Dua minggu sebelum habis baru kawan-kawan bagitau kene wat laporan. Apa lagi, kelam kabut saya minta soft copy daripada Jannah dan Anis. :(

Pastu saya dah sampai sini saya boleh tertinggal borang tamat latihan kat rumah.Yang lebih menyedihkan saya terlupa nak minta tanda tangan ustaz. Nasib baik ada Jannah. Dialah yang tolong minta kan. Allah nak tolong permudahkan kesulitan saya, kebetulan kak Timah balik kampung minggu tu. Jadi kirim kat dia je la. Ah, complicated nak cerita satu persatu.

Mesti tertanya-tanya sapa KakTimah? KakTimah ni sepupu saya. Anak Pak Lang. Dia berkahwin dengan orang Terengganu dan baru menetapkan di Terengganu. Suaminya bekerja di UniSZA. Rumahnya pun dekat denganUniSZA. Alhamdulillah semua dah settle tanpa masalah. Sekarang kita review balik apa yang saya janjikan dulu. Majlis perpisahan saya. Saya tak review banyak.  Sikit saja tau. Busy. Hihi.

Ni gambar masa jamuan raya dan majlis perpisahan Hairun dan Anis.


Saya rindukan mereka semua. Saya bersyukur dapat berpraktikal kat sini. Masa hari terakhir saya, semua melayan saya dengan baik. Masing-masing sibuk memikirkan apa yang saya nak makan pada hari terakhir saya. Maka saya request la satu kek coklat dekat pak cik. Gambar saya malas nk uplods. Mana yang ada la. Kebanyakannya saya dah post kat fb. Layan je la.

Saya sedang memberi ucapan perpisahan


Hadiah-hadiah yang saya dapat.


Makanan masa jamuan.
 Itulah sedikit sebanyak majlis perpisahan saya. Simple tapi meriah. Mungkin saya tak sesempurna mana. Ada salah dan silap. Tak kisah lah. Yang penting saya belajar banyak perkara di sini. Seminggu sebelum saya habis praktikal, asyik kene marah dengan orang yang berurusan je. Nasib lah. Sebab tu lega bila dah nak habis praktikal. Sian pula kat Jannah sorang-sorang. Sabar ye. Sebulan je lagi kan?hihi..

Lepas ni saya mungkin akan berurusan dengan mereka lagi. Untuk urusan nikah saya mereka yang akan uruskan nanti. Ah, nervous pula bila fikir. Bila fikir kahwin..ah, macam best je. Tapi betul ke saya dah bersedia? Teringat saya pada persoalan Naim. Masa malam tu kami bersembang lama.

Naim: Betul ke atin nak kahwin taun depan?
Saya: Insya-Allah.Naim doakan lah.Kami hanya merancang. Allah yang menentukannya. Harap inilah keputusan yang terbaik untuk atin.
Naim: Atin dah sedia ke? Macamana atin nak bahagikan masa dengan belajar nanti?
Saya: Belajar tetap belajar. Ramai je orang yang kahwin masa belajar. Mana tahu Allah semakin mudahkan atin belajar. Ilmu berkat. Hubungan pun berkat.Cuba naim fikir, memang dia sentiasa menyokong dan beri semangat pada atin untuk belajar.Memang itu yang Atin perlukan,tapi adakah sama kata-kata semangat seorang suami dengan kata-kata semangat lelaki yang belum halal lagi? Selalu atin cuba menolak dia.Bukan kerana atin tak sayangkan dia tapi sebab atin tak mahu bergantung pada dia selagi belum ada ikatan sah. Atin penat. Sebab tu atin terima untuk kahwin sebelum habis belajar dan atin menghormati keputusan orang tua yang ingin atin fokus pada pelajaran dulu. Jadi atin buat keputusan ini.
Naim: Ok, soal belajar, soal hubungan berbeza. Tapi hati atin macam mana? 
Saya: Yang tu atin serahkan pada Allah. Jika Allah kata dia jodoh atin Atin terima.
Naim: Nape cakap camtu?Atin tak sayang dia ke?
Saya: Dia belum jadi suami tak boleh nak sayang..dah jadi suami sayang la..

Bila fikir-fikir balik. Dia benar-benar menjaga saya. Seringkali saya ingatkan jangan manjakan saya sangat. Saya tak mahu ambil kesempatan atas kebaikannya selagi belum sampai masanya. Jawapan yang diberikannya tetap sama. Sudah menjadi tanggungjawab dia untuk penuhi keperluan.  Saya takut saya juga akan terima dia kerana tangungjawab bukan kerana cinta. Siapa yang tak mahu bersama lelaki yang disukai?

Tapi bukankah rasa cinta itu datang dari rasa tanggungjawab?Suami bertanggungjawab terhadap kebajikan isterinya. Dan isteri juga bertanggungjawab atas kebajikan suami. Maka bila kedua-dua melengkapi, maka akan bahagialah sesebuah pasangan itu. Kasih sayang adalah salah satu tanggungjawab juga.Kene give and take la. Kalau satu pihak saja yang beri,satu pihak lagi menolak, tiada gunanya juga.

Ya Allah..berilah aku keyakinan untuk menerima dia sebagai jodoh ku dan mencintai dirinya seadanya. Kuatkanlah aku untuk terima kelebihan dan kekurangannya. Duhai bakal imamku, andai benar aku jodohmu, sabarlah menungguku. Andai ku katakan aku ingin lelaki yang mendamaikan hatiku,aku benar-benar maksudkannya. Jadilah yang terbaik untukku walaupun kau merasa payah. Jika aku minta kau menjadi sempurna ketahuilah aku tidak maksudkannya.Aku tidak mahu kau terbeban dengan angan-angan lelaki idamanku. Aku tahu manusia tidak sempurna. Kerana kau harus tahu kita bukan ditemukan atas dasar suka sama suka. Maka hati ini akan mengambil masa untuk menerima lelaki asing sebagai peneman seumur hidupku. Kau harus tahu, aku bukan tidak meyakini dirimu untuk menjagaku tapi aku risaukan diriku tidak dapat membalas kasihmu. Aku tahu kau lelaki yang baik. Kau pasti akan menjagaku sebaiknya. Terima kasih sudi memehami diri ini.

Okaylah. Dah habis membebel saya nakcite pasal aktiviti sayadi sini. Baru-baru ni ada majlis mahabbah usuk. Dari Sem 1, sem 3, sem 5 dan sem 7. Ramai juga. Malas nak cerita banyak. Layan saja gambar ni.

Saya harap kami berdua akan saling memahami untuk selamanya.

Sal dangan K Nurul yangdah berlainan rumah

Ukhwah abadi bersama mereka.

Inilah housemate saya.

Saya ketua nasyid..huhu..



Lagi gambar bersama mereka


Last new housemate and ex-housemate!

Okaylah..dah penat dah.. Nanti ada masa saya cerita pasal housemate pula. Till we meet again. Happy holiday and enjoy it!

Wallahualam.





15 September, 2013

Mood please be nice to me !


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik lagi. Lama tak update bukan sebab tiada kisah untuk dikongsikan tapi sebab saya tak boleh masuk page gmail atau dashboard blog melalui web google chrome. Jadi saya cuba menggunakan web Mozilla firefox dan barulah boleh!hihi.. 

Saya  tak tahu nak mula mana dulu. Lagi beberapa hari saya akan kembali ke Terengganu bagi meneruskan pengajian saya. Hati nak cepat balik tapi in the same time sayang nak tinggalkan rumah. Banyak kerja bertangguh sebab saya tak ada mood nak mulakan. This make me down. I'll try semangat sikit in my work. Sebab tu bagi saya masa brainwash dulu otak yang dah berhabuk dan berdebu ni. Bila semua dah ok, saya janji saya akan update pasal Majlis perpisahan saya full with picture dan semua perkara2 lain kalau saya teringat la. Now mood kurang stabil. I need time. Thats all.

Kadang-kadang saya fikir kalau sesuatu itu kita tak pernah berharap akan terjadi tapi ianya berlaku tentu lebih seronok berbanding kalau kita nak sangat sesuatu itu terjadi menurut perancangan kita dan kita berusaha supaya ianya tercapai walaupun hakikatnya mungkin belum sampai masanya ianya terjadi. Boleh faham tak falsampahfalsafah yang cuba saya sampaikan ni?huhu..

Saya bagi contoh situasi mudah. Semasa majlis perpisahan saya baru-baru ni. Saya ni kan orangnya amat sukakan nilai-nilai sentimental. Orang putih kata sentimenal value la..hihi..Contohnya , saya berangan kalau ikutkan saya nak masa hari perpisahan ada kek ada nama saya. boleh tangkap gambar sambil potong kek. Saya sangat suka kenangan seperti itu. Perasaan terharu gembira semua ada. Saya suka perasaan begitu.

Tapi nak dijadikan cerita saya tak pernah terfikir akan dapat hamper pada hari tu. Dulu kalau saya tengok orang dapat hamper ke, menang cabutan bertuah ke, saya jeles sangat100x. Nampak tak kejelesan melampau disitu..haha. Kalau masuk pertandingan pun kadang dapat juga. Saya yang kurang semangat kesukanan ni of course la tak pernah dapat melainkan kalau pegi kem, setiap kumpulan dapat 1 hamper. Menang ke kalah ke comfirm dapat!Begitu.

Makanya masa dapat tu rasa nak melompat tinggi-tinggi je. Tapi kenalah cover kn. Tunjuk sikit kita ni ada kesopanan dan kesusilaan..huhu.. Apapun, kek coklat moist yang pak cik bagi tu memang terbaikkkkk!!!! Cair dalam mulut..Terasa lagi sampai sekarang! Pak cik, terima kasih sebab bagi saya kek yang sedap tu. Nanti saya datang pak cik tempah lagi ye?

Satu lagi saya rasa dalam diri saya dipenuhi fikiran negatif tapi saya hanya keluarkan fikiran yang positif saja dan kadang-kadang saya akan sebarkan hal-hal yang positif pada orang sekeliling saya. Mereka mungkin merasakan saya seorang yang positif walhal sebenarnya saya sebaliknya. Saya memang suka serabutkan fikiran dengan perkara negatif sampai benda kecik remeh pun jadi isu. pastu nangis tiba-tiba. Always like that!

But for me, different person, different way. I'm use to be like that. Sebabnya saya fikir, hidup ni tak mungkin bahagia sentiasa. Saya bersyukur saya hidup seperti ini. Berbanding orang sekeliling saya mungkin mereka nampak perfect pada pandangan kita tapi sebenarnya mereka tetap ada kekurangan. Kita tak boleh terlampau positif dan yakin  diri. Sometimes we should beware! 

Sebab tu kalau boleh saya nak elakkan untuk berangan melebih-lebih. Takut kita kecewa di kemudian hari. Bila sampai masanya Allah akan bagi juga. cuma cepat atau lambat saja. Saya akui kadang-kadang saya ini seorang yang kurang sabar. Saya fikir saya seorang yang sabar tapi rupanya tidak juga. Saya tidak suka menunggu lama-lama. Saya sensatif dan mudah terasa tapi sekejap je. A few minute, okaylah tu. 

Saya prefer orang memberi daripada saya meminta. Kalau sebaliknya yang terjadi saya akan jadi tak happy. Even kita mungkin akan dapat tapi bila meminta jadi tak best. That's why saya jarang minta. Saya akan gundah gulana  dan paling tak pun nangis tiba-tiba. Sebab saya tak suka meminta walaupun saya nak sangat-sangat.

Jatuh dan gagal dalam hidup itu lumrah yang perlu kita hadapi. Kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan itu adalah pengajaran buat kita sebagai bukti perancangan kita tidak sesempurna perancangan Allah untuk kita. So let Allah do His job, we do our job. We just pray may everything will be allright. InsyaAllah.
And please pray for me also. Semoga Allah permudahkan urusan saya. Thats all. Nanti saya update lagi!

 Wallahualam.

25 August, 2013

Kisah Raya saya!!!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Lama juga saya sibuk beraya dan berpraktikal sampai malas nak update blog. Gambar dah berlambak. Macam biasa kita satukan saja semua perkara-perkara yang berlaku supaya ia menjadi sebati. Eceh, bunyi macam rancangan memasak pula.

Tak ada apa-apa yang menarik sangat. Sekarang tengah habiskan puasa 6. Okaylah nak cerita panjang-panjang tak tau nak mula apa dulu. Oh ye masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Tak pe raya sebulan kan. Hihi..

Ok,saya nak share kisah raya saya dari raya pertama sampai raya ke sepuluh. Selamat membaca!

Mari tengok gambar mase raya pertama. Of course orang pertama yang datang rumah adalah keluarga tunang saya. Macam biasa rutin saya selalu menyorok kat dapur. Malu. Bukan tak biasa cuma segan sikit. Tak apelah saya cuba juga sesuaikan diri dengan bakal keluarga  nanti. Hmmm.. 

Tudung dan baju daripada En. Tunang.

With my sister, kakcik!
Pic with my family!
Lepas sesi bergambar, kamipun bersiap balik ke kampung sebelah abah di Sg. Kerang. Berjalan raya ke rumah sedara. Dapat makan bihun sup gear box. Sedap. Tapi banyak lemak. Habislah. Naik 1 kilo! Pada sebelah malam kami main bunga api. Ralit dengan seppupu sampai tak ada tangkap gambar . Itu serba sedikit kisah di raya pertama.

Seterusnya raya kedua dan raya ketiga di kampung sebelah mak. Meriah dan hapening. Semua balik. Kami makan nasi arab yang dimasak sendiri. Sedap. Hehe. Teringin la tu. Duit raya pun dapat banyak. Mungkin tahun ni tahun terakhir dapat duit raya kot. Tapi kalau tahun depan dapat lagi pun saya ambik lagi. Hihi. 

Baju beli dekat Parit Buntar.

Bergambar bersama sepupu sepapat!

Alkisah raya keempat pula Mak ndak buat rumah terbuka di rumahnya di Lenggong. Meriah juga. Mak ndak buat laksa. Sedap juga! Sesudah kenyang kamipun bergambar. Try and error je pakai shawl tu. Teringin nak pakai. Beli colour lain dapat warna lain. Nasib la dah namanya pun online. Mujur ada baju yang masuk. Kalau tak kes naya. Tangkap muat je pusing shawl tu. Jadilah kan..huhu..  

With my sepupu belah abah!
Habis saja raya ke 4 kene prakikal. Mak buat open house raya ke 5. Saya sedih kene praktikal hari isnin hari tu. Kalau ikutkan hati nak je cuti duduk rumah. Esoknya, raya ke 6 ustaz dan kawan sekerja datang ke rumah beraya. Raya ke 7 dan 8 di pejabat agama. Bersama kerja yang tak seberapa. Ade kerja tapi mood nak buat kerja tak ada. Hihi.. 

Sekarang terus raya ke 9. Bertolak ke Sungkai. Cadangnya nak melawat Mak Long. Lepas tu melawat pula rumah Tok Su dan Tok Tam. Meriah. Best. Masa nilah nak kenal dengan sedara mara yang jauh tu. Sebelum ni kenal macam tu je tapi tak rapat. Bagus juga nak kahwin nanti boleh bawa suami jalan-jalan rumah sedara. Eceh. Berangan lagi.

On the way rumah Mak Long di Sungkai!
Pak Lang pun ikut. Kecoh bercerita.

Dari kiri; mak, Tok Su, menantu Tok Tam, Tok Tam, Mak ngah dan Mak njang 
Raya ke sepuluh. Ni best sebab kami pergi berkelah di Hot Spring Sg Klah! Tanpa dirancang. En. Tunangpun datang kat Hot Spring. Dari Tanjung Malim ke Sungkai. Lepas puas mandi, perut lapa. Singgah la rumah sepupu saya yang berdekatan, Kak Lela anak mak Long. Hapening sangat! Malu juga sebab En. Tunang iku sekali. By The way, it was happy moment! Alhamdulillah.

Muka exited nak pagi mandi jakuzzi!

Nilah jakuzzi nya. Best. Puas dapat mandi dalam ni. Auratpun terpelihara.

Naik kereta api. Malas nak jalan. 

Bergambar dulu ramai-ramai.

Merebus telur.

Bergambar di rumah Kak Lela lepas makan tengah hari.
Perut pun sudah kenyang. Marilah kita balik. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku adalah atas keizinan Allah. Benar. Kita hanya merancang. Tapi Allah jualah yang menjadikannya. Gembira dapat berkumpul beramai-ramai. Semoga tahun hadapan lebih meriah lagi. Amin. Insya-Allah.  

Wallahualam.

05 August, 2013

Love this moment!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Apa khabar? Sihat semua? Alhamdulillah. Aduhai malas rasanya nak kerja hari isnin ni. Sebabnya semua orang dah cuti. Sobsob. Jeles. Nak cuti juga!!! T_T

Tahun ni saya rasa tak sempat juga nak habiskan 30 juz. Kecewa. Mungkin sebab saya kerja di siang hari. Malamnya saya penat dan ngantuk. Tak apalah. Sambung lepas raya lah.

Ada suatu hari saya tiba-tiba terjaga dari tidur. Saya melihat jam. Baru pukul 3.30. Lantas saya terus ke bilik air dan mengambil wuduk. Biasanya kalau awal sangat saya akan postpone ke pukul 4 pagi..hihi. Entah kenapa hari tu mudah benar bangunnya.

Entahlah bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Sepanjang solat tahajud itu air mata mengalir tak henti-henti. Sebak. Sayu. Sebelum ni saya tak dapat merasa kepuasan menangis sebegini. Sekadar sedih itu perkara biasa. Alhamdulillah. Puas rasanya dapat menangis pada Allah. 


Segala perkara-perkara sedih yang berlaku dalam hidup saya kembali menjengah ingatan. Segala kesilapan dan kegagalan mengganggu emosi. Terasa ingin kembali ke masa lalu dan betulkan kembali keadaan. Tiba-tiba rindukan kawan-kawan lama. Teringat kenangan bersama housemate. 

Oklah, itu perkara yang berlaku dalam beberapa hari ni. Pada saya menangis di hadapan Allah lebih nampak cantik dan nikmat daripada menangis di hadapan manusia. Sebab itu saya tak suka menangis hal dunia pada orang lain sebaliknya saya akan mengadu dan menangis pada Allah.

 Apabila sudah tenang barulah saya akan ceritakan pada orang lain. Begitu cara saya.Macam-macam cara yang akan membuatkan kita bahagia. Menangis pun kadang-kadang rasa bahagia,kan? Saya rindu pada perasaan sebegini!

Baiklah. Tutup cerita tu. Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan. Kemudian menjelma lah Syawal. Jadi, saya nak kongsikan tentang majlis berbuka puasa sepanjang bulan puasa. 2 kali kami dijemput berbuka puasa di Pejabat Agama. Malas nak cakap banyak. Layan gambar dulu ye.

Saya dan Jannah

Jannah, saya dan Hairun. Anis tak ada.

Sebelum berbuka

Selepas berbuka

Kami bersama ibu masing-masing.
Saya tak dapat lupa kenangan di sini. Best bawa mak buka puasa kat sini. Saya menjadi mangsa usikan ustaz . Teruk saya kena! Semuanya gara-gara cincin di jari, makanya satu ofis tahu saya sudah bertunang. Dan orang yang bertanggungjawab menceritakannya adalah Anis. Memang nak kena Anis ni!

Lepas tu bila ustaz Shafiq dengan ustaz Nawi usik saya akan cakap kat mak,"Mak tengok ustaz ni.." Mak tersenyum-senyum saja. Bukan nak marah balik. Aiseh.

Ok lepas tu kita cerita pasal berbuka puasa di rumah tok pula ye. Alkisahnya, tok menelefon semua anak-anak suruh datang. Katanya dia sudah menempah 4 talam. Alasannya sama, semua anak-anak tak comfirm nak datang walaupun sebenarnya semua orang boleh datang. 

Mula-mula abah tak mahu datang sebab abah cakap dah ramai sangat. Tapi sebab tok cakap begitu jadi kami pun bersiap la datang. Sebelum tu kami singgah parit buntar untuk shopping baju raya dulu. Sampai-sampai 4 biji kereta bersusun. Kemudian datang lagi 3 biji kereta. Dapat bayangkan tak?

Semua datang sekeluarga. 1 kereta mewakili satu keluarga. Saya sebut salah seorang jelah ye. Antara yang datang mak ngah Inah, mak lang, pak ndak, pak wi, mak uda, abg pahmi. Whuhh..memang meriah. Dah macam hari raya dah. Dari 4 talam jadi 8 talam. Jom tengok gambar dulu.

Pergi 2 kereta. Jadinya semua kereta ada 8 biji.

Bila kami bertiga je ada dalam kete, inilah jadinya.

Bersama sepupu-sepupu. Semakin lama semakin bertambah. Sampai namapun  tak ingat..hihi

Sampai berhimpit kami. Tu belum tengok yang lelaki kat luar lagi. Kesian.

Tak muat kan? Kecil pondok tok ni.

 Itulah sedikit sebanyak perkara yang gembira yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan. Dapat berkumpul beramai-ramai. Memang best. Semoga ketemu lagi gathering seperti ini. I'll love this moment forever!

Wallahualam.







03 August, 2013

Jom cari aura dan pesona diri!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua? Harap-harap semua baik-baik saja. Jaga kesihatan tau. Sejak akhir-akhir ni ramai orang demam kan? Saya pun hampir-hampir rasanya. Tapi, alhamdulillah..saya masih mampu berpuasa dengan baik.

Lagu raya dah berkumandang di corong-corong radio. Kemeriahan semakin terasa. Persiapan raya sudahpun bermula. Takut kelam kabut di kemudian hari. Namun, jangan lupe, dalam kita menghitung ketibaan Syawal, Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita. 

Kalau kita amati amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini, sudah tentu kita berasa sebak atau mahu menitiskan air mata ini. Mana tak nye, terasa begitu sedikit masa yang diluangkan untuk Ramadhan. Betul tak? Tanpa kita sedari tinggal 4 hari lagi nak puasa. Sekejap saja kan?

Apapun, amalan di bulan puasa memang besar ganjarannya. Namun, kita masih boleh teruskan qiamulail lagi walaupun dah habis Ramadhan kan?Insya-Allah. Sedikit atau banyak amalan kita bukan persoalannya. Yang penting istiqamah dalam amalan. Itu yang sepatutnya.

Mesti dah bosan setiap tahun membebel benda yang sama kan? Tak apa sekalipun kita tak mampu buat apa yang kita cakap sekurang-kurangnya kita ada niat nak buat betul tak? Kalau apa yang saya tulis ini dapat mengajak ke arah kebaikan, dapat juga pahala untuk saya, ye tak?

Oklah, panjang pula intro nya. Hmm, saya teringat dulu seorang classmate di Unisza pernah menyampaikan tazkirah mengenai magnet. Magnet mempunyai daya tarikan utara dan selatan kan?Maka dia samakan perupamaan itu tentang lelaki dan perempuan. Saya tertanya-tanya apa istilah yang paling sesuai untuk mendefinisikan 'tarikan' itu?

Maka saya  nak rasa tarikan itu dinamakan AURA dan PESONA. Pernah dengar tak? Walaupun berbeza tapi kedua-duanya hampir sama. Saya yakin setiap manusia memiliki aura dan pesona masing-masing atau tarikan yang membuatkan kita menyukai orang itu dan orang itu juga menyukai kita .Yang pastinya setiap orang berbeza-beza. Baik lelaki mahupun perempuan.


Bagi saya konsep aura dan pesona ni mudah saja. Apa-apa yang membuatkan kita tertarik pada seseorang itulah jawapannya. Aura dan pesona ni boleh mewakili sikap atau sifat. Terpulang pada keadaan dan individu. Aura merujuk kepada lelaki. Pesona pula lebih merujuk pada wanita.


Contohnya, di mata kita mungkin pasangan itu tak padan. Tapi di mata sang teruna dan si gadis yang saling menyukai mereka sangat padan. Benarkan? Mungkin sang teruna memiliki Aura yang membuatkan si gadis jatuh cinta. Atau si gadis memiliki Pesona yang membuatkan si teruna langsung tak pandang wanita yang lain. 

Kenapa saya bercerita tentang aura dan pesona tiba-tiba ni?hehe.. Tak ada apapun cuma saya suka memerhati dan menganalisis. Saya merasakan aura dan pesona ini cukup penting dalam sebuah hubungan. Saya tak nak orang salah faham. Aura dan pesona bukan terzahir melalui rupa paras semata-mata. Tapi ia datang dari hati. Cewah. Ye tak aku ni?

Contohnya seorang lelaki wajar memiliki aura melindungi. Muka kacak biasanya kurang aura melindungi. Sebaliknya wanita pula yang akan jadi terlebih melindungi takut si lelaki menjadi dambaan wanita lain. Manakala pesona seorang wanita dari sudut dia berbicara. Ada wanita yang pandai berbicara dan petah berkata-kata dikatakan mempunyai pesona. Ada juga yang pemalu dikatakan mempunyai pesona. Itu terpulang bagaimana orang menilainya.

Itu antara contohnya. Masih banyak lagi. Cukuplah aura dan pesona itu datang dari pasangan kita dan bukannya daripada orang lain. Begitu juga dalam kehidupan kita. Dalam berkawan, kita hanya perlu wujudkan aura dan pesona kita untuk menarik perhatian orang dan jangan sesekali tonjolkan segala perkara yang negatif. Barulah kita akan sentiasa disayangi dan dikasihi.

Semua orang ada kekurangan masing-masing. Jangan ingat kelemahan itu satu penghalang untuk kita rasa disayangi dan dikasihi. Sehingga sanggup menjauh dan menyepi dari orang ramai. Kesilapan tetap kelemahan. Tapi aura dan pesona yang mesti ditonjolkan. Kerana itu yang akan menguatkan diri kita semula!

Jom kita sama-sama mencari aura dan pesona diri kita. Saya baca blog sahabat saya Bintun Jubir. Dan saya copy&paste kata-kata dibawah daripada blognya. Kata-kata yang sangat benar. Mari hayatinya bersama ^_^


Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik.Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai.Dan tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia.Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua,serta hidup bahagia. Andai kau lakukan 99 kebaikan tetapi berbuat silap sekali,Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan 99 kebaikan yang lain. Itulah hakikat manusia!Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan Allah akan mengampunkan semua 99 kesilapanmu dan menerima amal kebaikanmu yang satu itu. Itulah Dia, Tuhanku!
Kalam hikmah Almarhum Syeikh Al-Tantawi,
 Alhamdulillah a'la kulli hallin.
Wallahua'lam.