Love isn't something you find. Love is something that finds you.


07 October, 2011

Kisah saya di Pahang =)))

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Sejuta keampunan saya panjatkan kepada Allah SWT diatas segala khilaf dan salah saya kepadaNya..Setinggi kesyukuran juga saya panjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat dan hikmah yang begitu banyak disampaikanNya dalam apa jua keadaan sekalipun..Semuanya saya terima dengan hati yang ikhlas dan penuh rendah diri...Selayaknya saya di uji..bukankah saya juga seorang hamba?Hamba kepada Al Khalid..,makhluk ciptaan Allah SWT..

Entahlah..kadang-kadang hati ini terasa ingin berkongsi dengan semua apa yang ada di fikiran saya..tapi kadang-kadang akal saya menegah saya untuk berbuat demikian..Jika diperhatikan perjalanan blog saya selalu saya berkongsi kisah sedih dan duka mahupun peristiwa yang boleh memberi pengajaran buat saya dan sesiapa sahaja..Seolah-olah kisah saya ini hanya penuh kedukaan..tiada sinar,kebahagiaan dan keseronokan..benarkah begitu?


Saya sama seperti insan lain..gadis yang lain..yang seusia saya..jiwa saya masih keanak-anakkan lagi..belum cukup matang saya rasa..Namun,jauh di sudut hati saya..saya memendam dan menyembunyikan perasaan saya..Saya tidak tunjukkan kemanjaan saya kecuali pada sesiapa yang rapat dengan saya..jiwa keremajaan saya juga tidak ditonjolkan..Saya lebih kelihatan seperti orang yang berpandangan luas..berfikiran jauh..lebih suka berdiam apabila ada yang tidak kena...dan suka menangis bila terasa mahu menangis..

Kerana apa agaknya saya begitu..kerana saya tidak mahu tersalah langkah..saya tidak mahu pisang berbuah dua kali..saya tidak mahu terburu-buru..Saya tidak mahu menyesal dikemudian hari...Oleh itu saya harus berfikir dahulu sebelum bertindak..Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya..

Saya berhutang satu cerita bukan?Saya katakan yang saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di Pahang..Baiklah,lupakan luahan tadi..mari fokuskan pada kisah saya..



Saya,Laila dan Sal ke Pahang untuk menyiapkan assignment kami..iaitu menemu ramah kaunselor berdaftar di sebuah sekolah..Pengalaman di rumah Sal sangat menarik..Ibunya melayan kami cukup baik..Malah ibunya tak lokek memberi nasihat seolah-olah kami ini anaknya sendiri..Kami memasak di dapur dan makan bersama..Keluarga Sal tak ramai..3 beradik sahaja..tapi yang ada di rumah cuma adik lelakinya bernama Zaki..baru darjah 2..

Pertama kali menjejak kaki ke rumahnya..Adik Sal terus memeluk leher saya erat..seolah-olah minta didukung..Saya juga membalas pelukannya dan mencium pipinya..

"Aki..Aki sihat ke?"Saya tahu dia tidak mengerti..jadi saya hanya membiarkan persoalan itu tanpa jawapan dan sekadar tersenyum ke arahnya..Sal menghampiri kami berdua..

"Aki..aki salah kakak ni..Ini kak sitilah.."

Menyedari dia sudah tersalah orang dia mengomol pula kakaknya..Malu barangkali!Maaf.jangan terkejut..Saya lupa memberitahu,Aki mengidap down sindrom..Dia kanak-kanak yang cukup istimewa bagi saya..Ini merupakan pengalaman pertama kali saya mendekati kanak-kanak istimewa ini..sungguh menyentuh hati saya..Wajahnya suci dan tenang..Pada malamnya,Sal menyuruh Aki menyalam tangan kami sebelum tidur..Aki bukan saja menyalam tangan saya malah dia mengucup pipi saya..Bagusnya akhlak Aki!!Anak soleh itu^^,

Saya keberatan untuk berkongsi kisah saya seterusnya..Pengalaman saya dihantar tunang saya kembali ke UniSZA..Sukar saya gambarkan..pertama kali menaiki keretanya bersama-sama Sal dan Laila..Memang saya tidak pernah terfikir akan dihantar olehnya..tapi semua yang terjadi itu atas kehendak Allah..Allah aturkan perkara itu berlaku dalam sejarah hidup saya..Seumur hidup saya tidak pernah terfikir, merancang atau membayangkannya..

Akhi(tunang) memberitahu saya dia akan ke Kuantan selama seminggu kerana urusan kerja.Kemudian dia ingin datang melawat saya di UniSZA kerana alasanya dia tidak pernah datang ke UniSZA..dan dia tidak dapat ikut sekali menghantar saya pada hari pendaftaran kerana dia terpaksa bekerja..Saya memberitahunya  saya mungkin tidak sempat tiba pada hari tersebut kerana masih dalam perjalanan pulang dari Temerloh..Maka,dengan sendirinya dia mempelawa saya dan kawan-kawan untuk menumpang keretanya..Sal dan Laila kelihatan gembira apabila saya menyatakan pelawaan itu..bukan apa..Pergi saja ke Pahang hampir 30 ringgit..Kalau balik mahu lagi RM30..hampir RM60 nak naik bas..Huuh..Banyak tu..

Saya menelefon ibu..menanyakan kewajaran pelawaan itu..Ibu mengizinkan..Abah juga..InsyaAllah abah dan  ibu pasti mendoakan saya..Hati kembali tenang..Malam tu saya tak dapat tidur lena..Risau..macam-macam yang bermain di fikiran..Saya serahkan pada Allah segala urusan ini..

Hari yang ditunggu tiba..Debaran di hati hanya tuhan sahaja yang tahu..Hati masih berwalang-walang lagi..Sal dan Laila masih mengusik saya tak henti-henti..Saya letih melayan usikan mereka.Dalam keadaan kritikal sebegitu,saya hanya mampu berdoa banyak-banyak agar Allah permudahkan segala urusan saya..Hanya itu yang mampu saya lakukan ketika itu!

Sepanjang perjalanan,saya tidak dapat melelapkan diri walau seketika..Bukan paksaan tapi memang saya tidak boleh tidur seperti Sal dan Laila di belakang..Agaknya mereka berdua benar-benar selesa berada dalam kereta Akhi kot..Baguslah..Amanah ibu saya pegang..Saya tahu dia masih risaukan saya..Saya berusaha untuk menjaga diri,kawan-kawan saya dan tunang saya sendiri..kalau saya tidur,kasihan Akhi tiada siapa yang ingin menemani dia nanti..*_*Kononnya..

Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..kami selamat sampai ke UniSZA..Letihnya seharian berada dalam kereta..Bagaimanalah yang memandu tu..Mesti lagi letih..kasihan dia..Sebaik sampai,Akhi menyuruh saya menelefon ibu memberitahu yang saya sudahpun selamat kembali ke UniSZA..Akhi memberi duit poket untuk saya sebelum dia  bertolak pulang..Saya terharu..Saya bimbang..saya kasihan..Saya rasa bersalah..Entahlah..Seribu satu perasaan berwalang-walang dalam hati..Terima kasih atas apa yang akhi lakukan untuk saya..Ini boleh dapat merit tinggi dari saya..^_^..Sebagai tanda penghargaan,saya belikan sesuatu juga untuk Akhi..Apakah itu,biarlah rahsia ya =)))



Cukuplah setakat ini dahulu kisah saya di Pahang..Malu rasanya untuk berkongsi di sini..Kerana saya tahu si dia akan membaca juga..Tak mengapalah..Bacalah dan hayatilah..Saya tak kisahpun..Sebelum saya mohon diri,saya ingin beritahu pengajaran yang saya boleh share di sini..

Pertama..Kita hendaklah bersyukur kerana Allah ciptakan kita cukup sifat dan sihat..Maka seharusnya kita mampu menjadi hamba Allah dengan lebih baik..

Kedua..Dalam setiap apa yang kita lakukan..Allah sentiasa melihat dan memerhati..Allah mengetahui setiap isi hati kita..setiap apa yang kita fikirkan..Paling penting,restu ibu dan ayah perlu dahulukan..kerana..redha Allah itu terletak pada redha kedua ibubapanya.

Ketiga dan terakhir..Hargai apa yang kita miliki dan jangan sia-siakannya..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..



Maka senyumlah..berbahagialah..Saya doakan mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam..terima kasih semua!

Wallahualam..

25 September, 2011

Kehidupan yang baru di UniSZA..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Apa khabar agaknya sahabat-sahabat saya?Saya..alhamdulillah..secara fizikalnya..baik-baik saja..Namun,ada masanya hati ini sangat rindukan kampung halaman..Manja ke saya ni.?.Roomate saya sering saja pulang ke rumah..Saya tidaklah cemburu..kerana setiap kali dia pulang ke kampus dia pasti akan membawa bekal kepok lekor,kepok losong dan seangkatan dengannya..dialah yang memberitahu kepok dimana yang sedap dan enak..Saya akan menikmatinya sepuas-puasnya..hehe..=)))

Suka saya berkongsi suatu kisah dengan sahabat semua..tentang pengalaman yang saya kutip di UniSZA..bukanlah pengalaman yang menarik saya kira..tapi mungkin boleh mengisi jiwa yang dahagakan peringatan dan ibrah(pengajaran) yang berterusan..mudah-mudahan pengalaman yang saya ingin kongsikan disini dapat memberi manfaat buat hati dan jiwa sahabat-sahabat yang saya kasihi..
Lewat petang itu saya tidak banyak bercakap seperti selalu..Saya tidak tahu apa yang berlaku..tapi ternyata saya terasa ingin menangis..Saya sebenarnya memang seorang yang sangat sukar menangis di hadapan orang apabila saya dalam masalah..Entah kenapa,pada roomate saya ini saya mampu mengalirkan airmata ini..Malah,pada sahabat yang paling saya rapat di UniSZA,dan yang seangkatan dengan saya di KASAS dahulu,saya tidak mampu menangis di hadapan mereka..Saya pun tidak tahu kenapa.


Hari itu saya banyak mengeluh..Wajah saya nyata kepenatan..Saya jenis suka memikir dan memendam..jadi mungkin masalah dan ujian yang hadir itu membuatkan saya kurang baik..Roomate saya ini berbicara pada saya dalam loghat Terengganu,seperti biasa..

"Athing ade masalah ke?"Kelakar ya bunyinya?Jangan gelak ya..tak baik..Itu yang saya dengar..Ok sambung balik kepada kisah yang saya ingin ceritakan sebenarnya.Sekadar selingan :).


"Muka athin nampak bermasalah ye?"Saya menjawab sambil melemparkan senyuman.

"Selalu kawan-kawan atin dapat tahu tak yang atin dalam masalah?"


"Muka atin memang jelas bila dalam masalah..sebab tu atin lebih suka memendam dan menyembunyikan masalah itu..atin tak mahu tunjuk yang atin lemah di depan mereka..Maaflah sebab lihat keadaan atin begini..Sepatutnya atin boleh handle diri ini.."Saya menyambung lagi.

"Tak apa..walauapapun yang atin fikirkan saat ini,saya pasti atin boleh hadapi semuanya..atin percayakan jika hari ini tidak begitu baik,mungkin hari esok akan menjadi lebih baik..setiap orang pasti akan diuji,bukan?"Kata-katanya sepertimana kata-kata yang saya ucapkan pada sahabat-sahabat saya sendiri..Sungguh..Saya tahu itu..tapi..mengapa hati ini rapuh benar bila terkena pada diri sendiri?


Kata-kata sangat mudah dituturkan..Namun,hati sangat payah dipujuk..Lain yang difikir,lain yang dibuat..Biasalah itu..Bilamana saya berhadapan dengan situasi yang sebenar,diuji dengan pelbagai mehnah,walhal mehnah duniawi cuma,hati ini mudah benar menjadi lemah..Mengapa ya?Belum lagi diuji dengan jihad di medan perang!Masya-Allah..

Saya ambil masa berfikir-fikir seketika..merenung segala kekhilafan diri..Saya mengikhlaskan diri menghadiri program anjuran Persatuan Mahasiswa Usuluddin(PMHU),sebuah ceramah yang sangat santai yang disampaikan oleh Dr. Mohd Safri bin Ali,salah seorang pensyarah dari Jabatan Usuluddin,Fakulti Kontemporari Islam(FKI) yang bertajuk,'Ilmu Kekuatan Mahasiswa'.

Ceramahnya bersahaja,tidak membebankan dan lebih banyak bercerita..sampaikan tidak sedar 1 jam setengah mendengar celotehnya..Kebiasaannya,kalau dah satu jam orang dah panas buntut kan?Saya tak tahu orang lain..tapi itu yang saya rasakan..Saya semakin bersemangat lagi untuk mendengarnya walhal jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.

Isi-isi yang cuba disampaikan,membuatkan saya terfikir..Selama ini,apabila saya mahukan ketenangan,saya akan melaksanakan qiamulail,saya pasti akan mengalunkan ayat-ayat suci dalam kalamullah bagi memujuk hati..atau saya akan membaca mathurat setiap kali solat Subuh dan Asar..atau membaca surah yassin pada malam Jumaat mahupun membaca Surah Al-Kahfi setiap pagi hari Jumaat,selesai menunaikan Solat Dhuha..Dengan begitulah,saya merasai ketenangan dan kebahagiaan..Alhamdulillah,pada saya ia berkesan!

Namun,kata-kata Dr. Mohd Safri membuatkan saya tersedar sesuatu.

"Orang yang berilmu dikatakan lebih baik dari ahli ibadah"Kata-kata Dr. Mohd Safri mendatangkan kekeliruan di minda saya..Apa agaknya maksud sebenar hadis yang beliau bacakan?

"Kerana dikatakan bahawa,ahli ibadah itu hanya melibatkan hubungannya dengan Allah..tetapi sebaliknya,orang yang berilmu itu melibatkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia..mengkaji rahsia-rahsia kebesaran dan keagungan Allah SWT.."

Dan selalu benar saya mengungkapkan ayat ini;

Habluminallah..Habluminnas..Bukan begitu?Nah,ini jawapannya!Ini kuncinya..

Allah ciptakan dunia dan akhirat bukan untuk kita seorang..tetapi untuk semua orang..Kita adalah khalifah di dunia..maka,kita disuruh melaksanakan tanggungjawab dengan perlu menuntut ilmu sebanyak mana yang boleh..Ilmu itu tidak akan habis sehinggalah kita meninggalkan dunia ini..Orang yang berilmu akan menyampaikan dan berkongsi dengan orang lain..

Jangan rungsing bila kita di uji..kerana Allah tidak akan menguji kita dengan sia-sia..Allah uji sesuai dengan kemampuan kita,bukan?Percayalah..carilah kebahagiaan dengan menunutut ilmu..Keluarlah dan nikmatilah hidup kita ini..Mungkin,kita boleh belajar dari pengalaman..Jangan rungsing andai silap langkah..apa yang berlaku itu jadikan pengajaran..Bersyukurlah Allah berikan hidayah buat kita..Itu tandanya Allah sayangkan kita..Hidup kita bukan semata-mata perlu dihabiskan di tikar sejadah tapi juga diatas tikar ilmu..Sebab itu kita perlu bijak seimbangkan duniawi dan ukhrawi..tidak salah berhibur janji menurut syariat..tidak salah berfesyen,janji menutup aurat..tidak salah berkawan,janji ikhtilat lelaki dan perempuan terjaga.

Maka seharusnya,setiap ruang dan peluang yang Allah berikan itu harus digunakan sebaik mungkin.Menuntut ilmu juga bukan hanya di menara gading,tapi dimana-mana jua boleh mencari ilmu..Saya tegaskan tidak salah mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah..di usia tua,siapa tahu ajal maut kita..di usia muda,selagi badan masih bertenaga..semangat masih berkobar-kobar..nah..lakukanlah!


Hati saya terpujuk..sebenarnya masalah yang datang itu semuanya datang dari dalam fikiran kita sendiri..Seharusnya,jangan rasa terbeban dengan sesuatu masalah,tetapi bersyukurlah Allah memberikan kita masalah tersebut kerana dengan itu akan mendekatkan kita pada Allah..betapa Allah menyayangi kita..Allah suka kita merintih padaNya.Syukur,Alhamdulillah..

Setakat ini dahulu..Saya ingin menamatkan tulisan saya di sini..Andaikata ada masa dan ruang yang Allah beri untuk saya menulis di sini lagi..akan saya kongsikan lagi pengalaman saya di sini buat tatapan para sahabat..Saya baru saja pulang dari Temerloh,Pahang bagi melaksanakan tugasan saya yang pertama sebagai mahasiswi UniSZA..Temuramah kaunselor..Insya-Allah,jika diizinkan Allah..akan saya berkongsi pengalaman saya sepanjang di sana..Mungkin menarik.Nantikan saja ya ^_^

Wassalam.