Love isn't something you find. Love is something that finds you.


28 July, 2013

Pilihan mak yang terbaik


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ketiga Bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Terasa begitu sedikit amal ibadah ini. Sedar tak sedar kita sudah berada di hari-hari terakhir Lailatul Qadar! Mari kita menjadi hamba Allah yang paling dekat dengannya. Insya-Allah.

Sejak kebelakangan ni saya rasa bahagia. Perasaan bahagia itu tiba-tiba muncul. Sampai saya rasa takut. Memang betul. Perasaan bahagia silih berganti dengan perasaan sedih. Saya tak kisah. Sekurang-kurangnya saya sedar saya rasa bahagia. Maka saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Hidup tanpa kekurangan adalah menakutkan.  


Seperti biasa, saya akan munasabah kembali diri ini. Baru saya sedar akan sesuatu yang penting. Kebahagiaan bukan kerana apa yang kita inginkan semua dapat..tapi kebahagiaan itu kerana kita menikmati dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Meskipun sedih kerana kita tak dapat apa yang kita mahukan tapi sebenarnya Allah mengajar kita menghargai apa yang kita dapat.

Bersabarlah duhai hati. Kebahagiaan bukannya selalu milik kita. Sekali ia datang, nikmatilah ia dengan sebaiknya bukan mempersalahkannya atas apa yang kita tak dapat dalam hidup. Allah sengaja tidak mahu memberi apa yang kita mahukan kerana Allah nak kita berusaha lebih dalam hidup kita. Bukan semata-mata mengharapkan pemberian daripada Allah.

Salah satu perkara yang meyakinkan saya dan tak pernah mengecewakan saya adalah apabila saya mengikut pilihan mak. Entah mengapa saya merasakan pilihan mak adalah pilihan terbaik. Meskipun kadang-kadang, cita rasa kami berbeza tapi sekurang-kurangnya mak tahu itu yang terbaik untuk saya. Kini semakin hari saya banyak berkongsi rahsia dengan mak. Sesi meluahkan perasaan. Mak juga. Kami saling bercerita apa yang ada dalam hati dan fikiran kami.

Memang banyak perkara-perkara yang biasanya saya akan tanyakan pendapat mak dulu. Baik kecil mahupun besar. Masa nak masuk form 6 dulu, mak yang meyakinkan saya. Akhirnya saya dapat juga masuk ke universiti lebih awal daripada mengambil diploma. Begitu juga dengan pilihan tempat praktikal. Saya keliru untuk memilih sama ada di Pejabat Agama atau Rumah Orang Tua. Akhirnya mak suruh pegi Pejabat Agama. Alhamdulillah, Saya enjoy sangat bila dapat berjumpa kawan-kawan lama. Meriah.

Dan perkara terbesar dalam hidup saya adalah soal jodoh. Saya tak nafikan jodoh saya juga pilihan mak. Saya tak nafikan pada mulanya hati saya berat untuk menerimanya kerana dia bukan pilihan hati saya. Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa kan?Alhamdulillah, Dia lelaki yang sangat baik. Mungkin berkat pilihan mak juga kot..hehe..

Apapun saya tidak akan henti-henti memohon supaya Allah tetapkan jalan yang saya sedang lalui. Sungguh saya lemah dan tak kuat. Pada Allah saya serahkan pergantungan saya ini. Moga Allah permudahkan urusan saya. Amin.

Ya Allah. 
Ampunilah aku kerana terlalu sibuk dengan dunia sehingga tiada masa untuk berdua-duan denganmu di malam hari. Maafkan aku kerana jarang membacakan kalimah-kalimah agungMu. Sesungguhnya aku benar-benar terleka. Namun, Engkau tidak pernah sekalipun berpaling dariku. Engkau sentiasa membuatkan aku selamat dalam jagaanMu. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur atas semuanya.

Preview : Love this moment!
Wallahualam.




27 July, 2013

Kerja oh Kerja !


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Harapnya semua dalam keadaan yang baik-baik saja. Insya-Allah. Saya tak sabar nak buat kuih raya, tapi barang belum beli lagi. Tengoklah, nak senaraikan barang yang diperlukan kemudian kita pergi shopping yea?hihi. 

Oklah, saya nak berkongsi pengalaman bekerja saya di Pejabat Agama Islam Daerah Taiping. Jom, kita baca ye.Sejak hari Jumaat lagi saya nak update. Banyak benda nak cerita tapi saya tak ada mood lagi untuk menulis. Kekangan masa nak mengadap laptop lama-lama. Baik saya tidur, ye tak?

 Sepanjang saya bekerja di Pejabat Agama Taiping, pelbagai aktiviti yang saya lakukan. Saya enjoy dapat kerja disini. Terutama bila ade keje luar. Kalau asyik dok kat kaunter pun boring juga. Nasib dapat ustaz yang sporting yang bagi kami join operasi tau..

Gambar dekat kaunter
Jannah boleh dianggap otai di situ walaupun paling muda. Apa-apa tak tahu refer je kat dia. Dia selalu lepak dekat mejanye kat ofis tu.
Anis khusyuk betul kat kaunter..haha
Saya akan cerita serba sedikit berkenaan kerja luar kami.First sekali kami kena pergi Ipoh untuk mengikuti kursus jenazah di Ipoh. Kami diminta ke Pejabat Imigresen Ipoh untuk mengajar teknik-teknik menguruskan jenazah daripada mula sampai akhir bersama Ustaz Ashar, Ustaz Rahim, Ustaz Nawi dan Ustazah Norizah.

Selesai aktiviti, kami berposing
Bersama Ustazah Norizah sekali..
Kemudian kami diarahkan mengikuti operasi pada bulan Ramadhan. Hanya kami bertiga, iaitu saya, Anis dan Hairun sahaja kerana course kami lebih dekat dengan dakwah. Manakala Jannah mengambil course kewangan Islam. 

Hari pertama kami menjalankan operasi menangkap pasangan di hotel. Keluar masuk hotel dapat lah menangkap 1 pasangan. Dan hari kedua pula, kami menjalankan operasi menangkap orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Kami berjaya juga menangkap orang yang tak puasa tu. Letih tapi best cuma satu pesanan kepada Ustaz Shafiq, bawalah kereta slow-slow lain kali..Terlambung-lambung kami kat belakang tau..hihi..
Meh layan gambar dulu ye..

Inilah van yang kami naiki semasa menjalankan operasi..

Kami bertiga di belakang. Yang barisan depan kami penguatkuasa merangkap cleaner saja. Ustaz Shafiq kat depan sekali.
Saya keletihan selepas asyik melompat-lompat di belakang..Ade muka letih ke?hihi..
Snap dulu sementara tunggu nak serbu ni..huhu
Misi gagal!Mereka  berjaya melarikan diri dan hanya meninggalkan nasi berlauk saja. Nampak tak muka kekecewaan di situ. Yang belakang tu Ustaz Nawi. Umur sebaya abah. hihi.
Bersama penguatkuasa JAIP Ipoh
Tengok Anis laju di depan. Semangat betul dia kan?hihi..
Sabar Anis..sabar..haha

Tengok tu penguatkuasa sedang membanjiri kedai makan.

Yang baju biru tu adalah ketua operasi. Jawatannya adalah yang ketiga  tertinggi  di Perak!
Meh dekat sikit. Lupa namanya. Yang pasti masih bujang. Nasib baik i'm not singgle lagi dah..hikhik
By the way semua ini pengalaman yang menarik untuk dikongsikan. Banyak yang saya belajar sepanjang saya bekerja di sini. Baik menguruskan kaunter. Yang mana kami berdepan dengan pelbagai kerenah orang yang datang. Ataupun bekerja di dalam ofis. Ada masa bekerja dengan komputer juga kadang-kadang meletihkan. Antaranya memasukkan data dalam sistem. Banyak kerja sebenarnya.

Apa yang pasti, setiap kerja ada cabarannya. Saya pernah kaunseling pasangan di tangkap khalwat, isteri yang inginkan penceraian, ibu yang bermasalah dengan anaknya, bapa yang mengadu anak perempuannya lari dari rumah, wanita yang hamil luar nikah dan macam-macam lagi. Semua itu realiti yang berlaku zaman sekarang.

Terlalu banyak iktibar dan pengajaran daripada apa yang saya dapat di sini. Ianya terlalu berharga. Ia mengajar saya betapa saya harus bersyukur dengan kehidupan saya. Betapa kehidupan ini tidak semudah yang disangka. Betapa diri ini lemah dengan dunia yang fana. Alhamdulillah. Moga Allah terus pelihara diri saya dari terleka dengan dunia. Dan semoga apa yang berlaku turut mendekatkan diri saya pada Pencipta kita yang sebenar iaitulah Allah SWT.

Wallahualam.