Love isn't something you find. Love is something that finds you.


31 December, 2010

Ketulusan Hati

“6 Jun 2010-Misi Keamanan Gaza yang menaiki kapal Mavi Marvara telah diserang oleh Komander Zionis.”
Air mata Zaharah Humairah menitis.Surat khabar itu ditatap lama.Bibirnya tidak lepas dari berzikir.Hatinya masih kuat dan yakin bahawa suami yang dicintainya masih selamat.Disarung telekung putih dikepala lalu mula melakukan solat sunat  hajat.
***
25 Februari 2005-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Syah(SMKASAS).
Suasana di dalam kelas tingkatan 6 ketika itu sungguh bising.Ketiadaan guru menyebabkan para pelajar bermain-main di dalam kelas.Sebagai ketua kelas Mujahid sedaya upaya memberi arahan kepada sahabat-sahabatnya supaya mengawal kebisingan.Tetapi apakan daya lagi dilarang lagi dibuat.
Tiba-tiba Zaharah Humairah bangun dan memandang sahabat-sahabatnya.
“Boleh duduk tempat masing-masing tak?Cikgu kan sedang bermesyuarat..Apa kata kawan-kawan buat ulangkaji pelajaran atau study group ke?Itukan lebih berfaedah.Bukan ke kita nak berjaya dalam peperiksaan?”Lantang Zaharah Humairah bersuara.Seluruh isi kelas mulai senyap dan mengikut arahan.Suaranya lembut dan penuh hikmah tapi cukup tegas dan menusuk hati sesiapa saja yang mendengar.Itulah srikandi SMKASAS yang paling dihormati dan cukup disegani.
***
Cuti sekolah pertengahan tahun bermula;Didalam bas,
“Apa yang kau menungkan tu?Aku tengok senyap je..”
“Irham,kau free tak cuti ni?”
“Free rasanya..Sekarang bukan musim buah..jadi aku tak ikut ayah aku berniaga..duduk rumah tolong apa yang patut..”
“Study group nak?”
“Dengan kau?..memanglah aku nak pergi rumah kau..macam tak biasa pula..hehe..”
“Bukan,emh,Zaharah ajak datang rumah,study sekali cuti ni..Dia minta aku ajar sesuatu..err tapi jangan risau,ramai lagi kawan kita mungkin datang..”
“Ye ke,sekejap..aku rasa dia ada hati kat kau kot..Kau macamana?”
“Astagfirullah..kesitu pula..Ini yang payah minta tolong kau..Kau buat aku serba salah pula nak tolong dia..”
“Aku gurau je..Aku kenal kau macamana,Zaharah macamana..yalah nanti kita pergi sekali..”
“Tapi aku segan pula..apa pula kata family dia..Katanya abang dia baru balik Jordan..Lagipun family dia bukan macam family kita..”
“Kau ni nak merendah diripun tak bertempat..Kau juga cakap sekaya-kaya seseorang itu bukan sebab harta tapi ilmu dan budi bahasanya..Lagipun Allah anggap semua hambanya itu sama saja..takada beza melainkan 2 perkara yang aku sebut tu..”
“Sebab itulah aku rasa segan..memang mereka kaya tapi aku tak nampak mereka kaya dari sudut harta saja tapi dua sudut tu juga..entahlah..susah aku nak cakap apa yang aku rasa..”
“Aku paham,Mujahid..Kadang-kadang aku cemburu dengan kau..Aku sendiri tak dapat tahan diri aku untuk bercinta tapi kau sedaya upaya mengelak..Untung betul siapa yang dapat kau,Mujahid..Aku nak ingatkan kau Zaharah tu ada kecantikannya..aku takut sampai masa kau melepas.”
“Sudahlah..jangan nak tukar cerita pula..esok siap tau..naik van kau..kereta aku ayah aku guna”
***
Di Villa Baiduri;
Zaharah Humairah menghabiskan ayat-ayat suci Al Quran.Lantas ditutup dan disimpan semula di dalam rak.Telekungnya dilipat lantas dia bersiap untuk turun ke bawah.Sedaya mungkin dia menceriakan dirinya dihadapan semua orang.Dilihat lauk diatas meja sudah terhidang.Meskipun nampak sedap tapi perutnya tidak terasa lapar.Dia tiada selera makan dan lauk tersebut langsung tidak menarik perhatiannya.Namun digagahi juga untuk ke meja makan bersama keluarganya yang lain.Dia tidak mahu sesiapa yang nampak keadaanya yang sebenar kerana dia tidak mahu sesiapapun risaukan dirinya.
“Umi masak semua ni ya..Sedapnya..”puji Zaharah Humairah.
“Makanlah,sayang..makan banyak-banyak..”jawab Puan Syarha
“Umi nanti Zara nak ke rumah ibu..dah lama tak melawat ibu..Ibu tak tahu lagi berita gembira ni..”
“Bertuah punya budak..bukannya nak telefon mak mertua kamu semalam..Nanti dia risau pula..”

“Bukan..Zara nak kasi surprise kat ibu..Zara nak cakap sendiri,bagi dia pegang  sendiri perut  Zara..”
“Yalah..kamu nak suruh abang Aqil teman ke?”
“Tak payah bang,Zara boleh drive sendiri bukan jauh pun..Lagipun sejak jadi menteri besar ni Abang Aqil sentiasa sibuk ..Jangan lupa kak Sarah dangan Dania ni..Mereka juga amanah Allah bang..”
“Yalah..hati-hati bawa kereta tu..”
***
12 Mac 2006-Keputusan STPM keluar.
“Tahniah..keputusan enti cemerlang..”tegur Mujahid semasa berselisih dengan Zaharah Humairah.Ketika itu di kantin.Suasana agak riuh dengan pertemuan kawan-kawan yang masing-masing  ingin mengucapkan tahniah sesama mereka.Syukur semua keputusan mereka cemerlang.
“Alhamdulillah..Keputusan enta juga sama..Ana nak ucap terima kasih sebab enta banyak tolong ana dalam pelajaran selama ni..”
“Sudah semestinya kita tolong-menolong antara satu sama lain..Lepas ni enti nak mohon kemana?”Soal Mujahid.Zaharah Humairah terdiam.Lantas perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi tidak jauh darinya.Mujahid pelik.Lantas turut mengambil tempat tidak jauh darinya
“Mujahid..ana nak beritahu sesuatu pada enta..Ramai yang tak tahu kecuali sahabat ana,Shifa..Sebenarnya ana nak belajar ke Amerika Syarikat.Seperti yang enta tahu pak cik ana sebagai Duta Malaysia disana.Hanya ana seorang yang pergi..keluarga ana yang lain masih di Malaysia..”
“Kenapa Amerika Syarikat?Enti tahukan Amerika tu kejam,terrorist,penjajah..bukan ke bahaya kalau enti tinggal disana?”
“Itu cuma pemimpinnya saja tapi rakyatnya rata-rata nak memeluk Islam..Buktinya ramai wanita muda yang masuk Islam..Kalau boleh ana nak tolong mereka.Berjuang dan berdakwah secara senyap..Rasulullah dulupun berdakwah secara senyap.Sebab itu Islam boleh berkembang pesat.Ini strategi.Kita kembali kepada cara Rasulullah..Insya-Allah akan berhasil..”
“Bagus betul pandangan enti..tak terfikir pula ana.Dunia akhir zaman merisaukan ana..Seolah-olah kembali ke zaman Jahiliyah.Masalah seperti  berzina,sumbang mahram,buang bayi dan sebagainya..Memang tanda-tanda akhir zaman dah muncul..Sedikit-demi sedikit dunia ini mula hancur..Manusia tak nampak apa yang mereka lakukan selama nilah yang menjadi punca kehancuran dunia..Pemimpin sekarang pula goyah bagaimana rakyak nak bersatu?”Mujahid pula meluahkan amarahnya.
“Kita tak boleh salahkan pemimpin saja kerana kadang-kadang kita sendiri yang tersalah pilih pemimpin.Sebab itu jadi begini..Apapun..ana yakin semangat enta lagi kuat dari ana..Enta berjuang di sini ana berjuang disana..Selamatkan kawan-kawan dulu..ana bimbang apabila mereka melangkah keluar dari SMKASAS ini mereka hilang jati diri,terpengaruh dengan budaya di luar..Kalau bukan kita siapa lagi nak selamatkan Islam?”
“Ana kagum pada enti..Ana menyokong usaha enti..Kalau ada 10 orang yang punya kesedaran begini,ana yakin semangat ini mampu menggoncang dunia..Bila enti nak bertolak ke sana?”
“Insya-Allah selepas pertunangan Irham dengan Shifa”
“Alhamdulillah..mujur mereka segera bertunang..Bercinta lama-lama hanya menambah dosa..lebih baik diikat..Sudah jodoh mereka sampai awal..”
“Tak kisah lambat atau cepat..itu urusan Allah..Allah sendiri berfirman dalam surah An-Naba’ ayat 6..mafhumnya,dan Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan..Ana yakin sesiapun jodoh enta dia pasti wanita bertuah..ana mohon diri..Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam..”
***
12 Januari 2008-Kampung Seri Inang
Suasana di walimah Irham dan Shifa nampak meriah.Meskipun simple tetapi cukup menarik.Kedua-dua mempelai nampak sama cantik dan sama padan dengan pakaian pengantin masing-masing.Kelihatan di khemah lelaki Irham sibuk melayan tetamu yang datang.Turut bersama-samanya Mujahid,Syakir,Ammar dan beberapa lagi sahabat yang seangkatan dengan mereka.
Manakala khemah disebelah pula,kelihatan Shifa juga tidak menang tangan melayan para tetamu.Dari tadi topik mereka ialah tidak sabar menyambut kedatangan Zaharah Humairah yang dijangka akan hadir pada hari bahagia tersebut.Mereka amat merindui srikandi SMKASAS itu.Syuhada, dan Fatimah muncul dari belakang.
"Shifa cuba kau telefon Zara..Dia dah sampai mana?Entah-entah sesat.."soal Syuhada.
"Kejap lagi sampai kot..Dia baru bagi mesej kat aku.."jawab Shifa
"Ha..tu dia.."Fatimah tiba-tiba bersuara.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam..Alhamdulillah..Sampai juga kau kesini..jom makan dulu..nanti baru kita sembang.."
***
8 Jun 2010-Aktivis misi keamanan Gaza selamat pulang ke Malaysia.
Redup malam itu seredup kasih seorang isteri terhadap suaminya.Lama ditatap wajah kudus suaminya.Kesan lebam dipipi dan lengannya cukup menggambarkan keadaan yang terpaksa dilalui oleh suaminya semasa menjadi tahanan rejim zionis itu.
"Abang masih tak puas hati selagi abang tak berpijak di bumi Gaza..Sekurang-kurangnya abang ingin mendengar suara rakyat Palestin.Abang ingin bersihkan darah suci yang membasahi tubuh mereka.."
"Abang..tak usah sesali perkara itu..Meskipun jasad abang tidak sampai disana tetapi niat suci abang itu pasti sampai..Mungkin ada sebab Allah kembalikan abang kesini.."
"Apa maksud Zara?"
"Abang ada tanggungjawab yang lebih penting pada Zara dan anak kita..Zara tak sanggup kehilangan abang,ayah kepada anak kita ini.."
"Betul ke ni,sayang?Alhamdulillah..Allah beri rezeki dan nikmat ini.."
"Abang nak kemana pula tu..Berehat dulu..Abang kan baru balik.."
"Abang nak sujud syukur..Ini berita yang sangat menggembirakan.."
***
Di sekolah SMKASAS.
"Ustaz..sudah banyak kali saya solat istikarah tetapi petunjuk yang saya dapat.."
"Zaharah Humairah?"
"Macamana ustaz tahu?"
"Mujahid..kalau betul apa yang kamu dapat,ikutlah.."
"Ustaz..dia akan berkahwin tak lama lagi ustaz..Ustaz sendiri sudah jumpa dengan Steven tu  masa Zaharah bawa dia jumpa Ustaz dulu.."
"Ya..Ustaz ingat lagi namanya Steven atau nama Islamnya Muhammad Hadif bin Abdullah..Mana mungkin ustaz lupa.."
"Walaupun saya dapat petunjuk itu tapi saya masih tak yakin lagi..Saya dengan Zaharah tidak sekufu..Dia datang dari keluarga yang dihormati dan disegani..punya harta,kedudukan dan budi pekerti yang mulia..mengamalkan cara hidup Islam yang benar dalam kehidupan mereka..sedangkan saya hanya seorang anak yatim yang tinggal di kampung.saya risau saya tak dapat beri dia kebahagiaan kalau dia ditakdirkan untuk saya"
"Kamu rasa kamu tidak layak dengannya?Mengapa kamu hanya memandang perbezaan tetapi tidak persamaan?"
"Maksud ustaz?"
"Islam telah memberi jalan yang terbaik dalam memilih pasangan iaitu mestilah dari segi hartanya,keturunannya,rupa parasnya dan akhir sekali agamanya..tetapi sesiapa yang memilih agama sebagai pilihan utama maka dia akan beroleh kebahagiaan..Apa yang ustaz lihat persamaan antara kamu berdua ialah mempunyai semangat juang yang tinggi untuk Islam..Kamu berdua tidak pernah bercanggah pendapat,sentiasa sepakat..Ada suatu yang perlu kamu tahu,bukan kamu saja yang mendapat banyak surat tapi Zaharah juga..Malah sudah ramai abang-abang senior yang bertanyakan pasal Zaharah..membuktikan kamu berdua mempunyai rupa yang boleh membuatkan sesiapa saja jatuh hati..kamu pulang dan terus memohon petunjuk Allah..Allah sedang mengujimu,Mujahid.."
"Terima kasih ustaz..tiada siapapun tahu pasal perkara ini melainkan ustaz..Sejak saya di sekolah ini saya hanya minta pandangan ustaz..Alhamdulillah,saya akan ikut nasihat ustaz.Saya mohon diri.Asalamualaikum"
"Sama-sama..Ingat pesan ustaz hati mesti ikhlas dan redha..waalaikumusalam.."
***
Zaharah Humairah jatuh terduduk.Gagang telefon ditangannya terlepas.Berita syahidnya Hadif meremukkan hatinya.Ya Allah,berat sungguh ujian ini.Mungkin ini sudah suratan takdir.Lelaki itu bukan miliknya.Lama Zaharah Humairah mengumpul kekuatan.Air matanya mengalir deras.
"Tabahkan hatimu,Zara..Aku tahu cukup susah apabila mendapat tahu orang yang dicintai pergi meninggalkan kita buat selamanya..tapi ingat yang patah tumbuh yang hilang berganti.."
"Aku redha perjuangannya begitu juga aku redha akan pemergiannya..Aku cuma mahu hentikan air mata ini tapi tak boleh..Aku juga tak mahu menyusahkan kau,Shifa..nanti aku akan terlalu bergantung pada kau..Apakah aku nampak sangat lemah sekarang ini,Shifa?"
"Zara air mata itu bukan satu kelemahan tetapi satu kekuatan bagi seorang wanita..Biarkan ia mengalir jangan ditahan-tahan..Ingat walauapapun yang berlaku kau jangan malu ceritakan masalah pada aku dan kau tak pernah menyusahkan aku..kau sendiri selalu pesan,wanita solehah itu saling bersandaran..ia tidak mampu berdiri sendiri apabila ditimpa musibah..kau dah banyak  tolong aku..yakinlah ukhwah yang dibina kerana Allah itu sangat indah.."
***
Lamunan Zaharah Humairah terhenti apabila Mujahid mengusap lembut wajahnya dan membelai rambut halusnya.Perginya Hadif,datangnya lelaki yang selama ini dikagumi dan diminati sejak sekolah lagi.Tidak sia-sia dia memendam perasaan.Kerana ketika ini dia rasa bahagia dan tenang.
"Terima kasih,sayang kerana memilih abang..Abang tak pernah sangka Zara sudi menerima abang sebagai suami.."
"Jangan cakap begitu..Zara juga nak ucapkan terima kasih sebab beri kebahagiaan  ini..Zara berdoa semoga zuriat yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang pemimpin yang hebat dan yang sentiasa berjuang demi agama macam walidnya.."
"Insya-Allah..Ameen.."
Mujahid Wafi dan Zaharah Humairah

30 December, 2010

Berkelah di Lata Kekabu!

Kami sekeluarga ke Lenggong untuk menziarahi ibu saudara yang telah selamat melahirkan anak Sabtu lepas.Alhamdulillah,mereka mendapat anak perempuan.Tahniah kepada mak ndak sekeluarga terutama kepada saudara yang paling rapat denganku,Adlina Saffiya.Ingat,awak tu bukan lagi anak perempuan tunggal lagi.Lepas ni tidak lah bosan main sorang-sorang..hehe :)

Alang-alang ke sana kami berkelah di Lata Kekabu.Petang tu tak ramai orang.Seronoknya begini.Boleh mandi puas-puas!Tempatnya cantik dan bersih.Airnya sejuk dan nyaman.Memang tenang dan damai rasanya apabila dapat duduk di atas batu besar sambil melihat keindahan air terjun semulajadi yang cukup indah.Sungguh,aku benar-benar terpukau.

Adik lelakiku mengajak aku berjalan-jalan ke seluruh tempat.Aku cuma mengikut mereka.Manakala adik perempuanku hilang entah ke mana.Perjalanannya agak adventure.Kami kemudiannya melalui titi gantung di situ.Macam-macam bunyi-bunyian binatang dapat kami dengar.Burung berkicau,unggas dan cengkerik bersahut-sahutan menyambut kedatangan kami.Bibirku tidak henti-henti memuji keindahan air terjun di situ.Subhanallah cantiknya ciptaan-Mu ini,ya Allah!lihat gambar-gambar ini
Ini air terjun yang terdapat di Lata Kekabu..Cantikkan?
Tempat ini paling lawa tapi tidak dibenarkan mandi disini,bahaya tau!
Kami melalui titi gantung.
..

28 December, 2010

Aku sayang keluargaku!!

Masakanku mendapat pujian lagi.Aku bukanlah jenis yang rajin memasak tapi aku pandai memasak.Mungkin aku mewarisi bakat daripada ibuku atau nenekku.Aku tidak pasti.Apapun apa saja yang aku masak keluargaku sangat menyukainya.Alhamdulillah,baguslah begitu.Ish,angkat bakul pula aku ni!

Aku melihat kalendar.Huhh..sudah penghujung tahun.Lagi beberapa hari lagi akan menjelang tahun baru.Umurku juga akan meningkat.Adik-adikku sudah mula mempersiapkan barang-barang sekolah.Kelihatan sibuk sekali.Sesekali aku terdengar mereka mengeluh.."Alah..malasnya nak sekolah.."Aku tersenyum.Aku juga pernah berkata begitu.Biasalah budak-budak.Masih belum mengerti keseronokkan bersekolah.Sekarang bila dah besar aku mula terasa rindu untuk kesekolah..hehe..betul ke?

Pagi tadi kami sekeluarga berjogging di Taman Tasik Taiping.Itu aktiviti riadah kami di hari minggu.Semasa berjogging duit ibu telah tercicir.Malang tidak berbau.Niat ibu untuk membelanja kami semua di warung tidak kesampaian.Kata ibu, selain untuk menguatkan ukhwah antara kami dan demi kesihatan tubuh kami,ibu mahu meraikan kerjanya yang sudah siap disamping mengucapkan terima kasih kerana membantunya menyiapkan kerja-kerjanya.Nampaknya tiada rezeki.

Tiba-tiba entah kenapa ayah singgah juga ke warung makan.Pagi itu kami bersarapan nasi lemak di luar.Terima kasih ayah.Sedap sungguh.Bak kata orang,kenyang perut suka hati!Kemudian ayah merancang untuk bermain boling  bersama-sama.Itupun jika ada masa.Aku menyokong.Bagus juga dapat bermain boling bersama keluarga.Baik ayahku mahupun ibuku,masing-masing sibuk dengan kerja mereka.Ini adalah peluang yang terbaik untuk kami berkumpul dan merapatkan hubungan kami sekeluarga.Sementara cuti sekolah belum habis.

Hahh..Alamak!!Cucurku dah nak hangit..Huhh..nasib baik aku cepat sedar.Itulah,orang tua cakap jangan berangan di dapur.Aku memarahi diriku atas kecuaianku.Harap ibu tak marah!:)Apapun,aku sayang keluargaku!

25 December, 2010

Duhai sahabat!


Salamun'alaik habibati,
Menjengah ke langit biru,
Mengintai di balik jendela,
Memburu harapan 
Setinggi bintang dan bulan,
Sematkan di hati,
Segalanya pasti dikecapi,
Andai cinta Ilahi di hati,^_^
Fathin sayang,
Mengorak setapak lagi langkah ke hadapan,
Mudah-mudahan Fathin terus dipinjamkan sakinah dan kekuatanNya,
InsyaAllah,
Allah menguji kita,
dan mendidik kita pada setiap masa dan peristiwa,
Pandanglah segalanya daripada sudut hikmah & dakwah,
InsyaAllah,
apapun yang datang,
akan kita hadapi dengan redha,
bila seluruh hati diserah pada Allah,^_^
Fathin sayang,
Jalan mujahadah tak ditaburi dek wangian mawar mengharum,
tapi dipenuhi duri-duri tajam yang merintang,
Kuatkan pergantungan pada Allah,
Dia pasti menemani,
Sayangku Fathin,
Segala yang berlaku sepanjang perjalanan kita,
dah tertulis suratannya,
jadi,tetaplah bertahan walauapapun yang datang!
Hujan rintik yang jernih itu datang daripada awan hitam yang gelap,kan?
Allah sayangkan kita,
kerana kita pejuang agamaNya!
Layakkah kita mengasihi manusia andai cinta dan kasih kita pada pencipta manusia itu sendiri masih belum mantap?Tepuk dada tanyalah iman!


                                                                                                                            ~ma'a hubbi,
                                                                                                                                  Aina Sofia
Terima kasih sahabatku atas kata-kata yang cukup indah ini.Aku ingin berkongsi perasaan yang aku alami ini pada semua orang.Satu perasaan yang cukup indah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.Dialah yang mengajarku erti persahabatan yang sebenar.Persahabatan yang dibina kerana Allah melahirkan sebuah kekuatan yang sungguh luar biasa.Aku cukup mengangumimu,sahabatku!Malah aku rasa cukup bertuah dan bersyukur sangat kerana kau sudi menjadi sahabatku..Engkau bersahabat tanpa memilih siapa.Iman dan taqwa menjadi landasannya.Peringatan demi peringatan mengeratkan ukhwah antara kita.Meskipun jarak beribu batu,tapi kau sentiasa dekat dihati.Aku merinduimu kerana Allah.

Nikmat yang kurasakan ini adalah satu anugerah daripada Allah kepadaku.Aku cuba mempraktikannya dalam kehidupan seharian.Persahabatan yang dibina atas dasar keimanan kerana Allah akan menghapuskan perasaan dengki,khianat,benci,marah atau apa saja yang berkaitan dengannya.Sebaliknya,ia akan melahirkan rasa kasih,sayang,rindu dan cinta yang membuak-buak dalam jiwa.Dan dengan sendirinya juga kita akan saling melebihkan sahabat kita melebihi diri masing-masing asalkan si sahabat itu bahagia!Hebatkan?

Sekian lama kumencari erti persahabatan kini aku merasainya sendiri.Kawan datang dan pergi tinggalkan kawannya terkapai-kapai sendirian.Kawan yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberi.Kawan yang mengkhianati kawannya sendiri.Kawan yang bila senang ditinggalkan,bila susah baru muncul.Kawan yang dengki pada kelebihan kawannya sendiri.Dan macam-macam lagi.Aku pernah merasai dan mengalami semua itu.Tapi aku tak salahkan sesiapa.Mungkin juga aku pernah melakukan begitu pada orang lain.Kadang-kadang kita tidak menyedari.Seringkali cepat menunding jari pada orang lain.Padaku inilah persahabatan yang dibina bukan kerana Allah tapi dunia semata-mata.Aku mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.Memang kadang-kadang sedih bila memikirkan apa yang berlaku.Kalaulah diberi peluang lagi akan kita bina semula ukhwah kita.Aku ingin menjadi sepertimu,duhai sahabatku.Namun,aku tak sehebatmu,sahabatku.Mencari kawan mudah tapi mencari seorang sahabat cukup susah.Bak kata orang,susah senang kita bersama.Moga persahabatan ini kekal abadi,diredhai dan dirahmati oleh Allah.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan di luar sana.Seandainya diri ini ada melakukan kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan.Mari kita semua muhasabah semula diri kita yang serba kekurangan ini.Ingatlah,pada sesiapa yang mengenali diri ini,doaku sentiasa mengiringi kalian.Semoga berjaya!Insya Allah..Ameen.

22 December, 2010

Jadikan aku hamba yang bersyukur!


Aku tak berapa sihat hari ni.Deman,selesema sakit kepala,sakit tekak tapi nasib baik tak batuk.Semuanya datang tiba-tiba dan kemudian pergi begitu saja.Dari sudut hikmahnya kesakitan aku hanyalah ujian kecil dari Allah mungkin sebagai satu peringatan supaya aku bersyukur atas semua nikmatnya.Aku akui hati aku tak tenteram dan ibadah aku tak khusyuk disebabkan aku kurang sihat.Semuanya menganggu.Tapi aku tahu itu semua hanya sementara.Sabarlah,duhai hati!

Aku keluar dari rumah.Cuba menghirup udara segar.Cuba mencari kedamaian dan ketenangan.Nun jauh disana kulihat awan mulai pekat.Menandakan kemungkinan hujan akan turun.Ku dengar ibu memanggil adik-adik lelaki kesayangan supaya mengangkat jemuran di belakang rumah.Kelihatan ibu masih sibuk dengan kerja-kerjanya.Pandangaku kini menumpu pula pada kereta yang sekali-sekala melalui kawasan rumahku.Namun,fikiranku kosong!

Jauh disudut hatiku,aku menyimpan cita-cita dan impian yang sangat-sangat besar.Namun aku tahu itu semua tidak akan tercapai selagi apa yang aku usahakan tidak membuahkan hasil.Mungkin ketika itu kecewa dan sedih tak usah diungkapkan dengan kata-kata lagi.Punah segala harapan.Hancur segala impian dan hilang segala cita-cita.Dunia yang terang terasa gelap gelita.Terasa diri ini jauh..jauh..dan jauh.Begitukah?

Cuba bayangkan situasi ini.Anda gagal mendapat tempat dalam universiti awam.Anda memilih untuk menyambung pengajian di tingkatan 6.Ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang membantah.Tak kurang juga yang memperlekehkan anda.Anda terasa seperti hilang arah.Kesana tak boleh,kesini tak boleh.Kesana ada buruknya,kesitu ada buruknya.Akhirnya anda bertawakal.Dan anda membuat keputusan.

Anda memilih untuk ke tingkatan 6.Tetapi anda terasa cukup susah.Anda mula rasa menyesal dan resah.Anda teringat kata-kata mereka yang mengatakan pada anda peperiksaan STPM adalah peperiksaan yang tersusah di Malaysia.Anda mula memikirkan samaada layak atau tidak anda masuk ke universiti tahun hadapan.Lalu anda menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.Anda terus berputus asa.Anda mulai mencari pekerjaan.Hidup anda mula terdedah dengan masalah sosial.Lantas anda mula terpengaruh dengan rakan-rakan.Dan anda semakin jauh dari Allah.

Ke mana perginya matlamat anda untuk ke universiti?Kemana hilangnya impian anda untuk menjadi pelajar cemerlang STPM?Kemana perginya cita-cita anda untuk menjadi seorang pensyarah?Kemana hilangnya semua itu?Anda lupa Allah akan membantu hambanya yang meminta dengan penuh ikhlas.Semua matlamat,impian dan cita-cita anda tinggal kenangan.Kalau anda kembali ke permulaan situasi ini,ini cuma angan-angan anda.Angan-angan kosong semata-mata!

Jangan jadikan harapan,impian dan cita-cita anda terkubur begitu saja.Jadikan angan-angan itu suatu realiti.Tiada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita yakin pada Allah SWT.Andainya terjadinya kegagalan disitu,itu bukan penamatnya.Banyak jalan keluar yang Allah suruh kita terokai.Maka dari itu,usah gusar.Kuatkan pergantungan padaNya.DIAlah yang mengatur segalanya.

Hujan semakin lebat.Aku masuk kerumah.Aku terasa seperti diberi satu nafas baru.Ya,semangat itulah yang menyembuhkan aku!Aku bersyukur,Ya Allah

18 December, 2010

Aku masih mencari..

Aku menutup novel Sinergi karangan Hilal Asyraf.Baru bab kedua.Novel sebelum itu,Syabab Musafir Kasih telah ku khatamkan semalam.Masaku kini terbahagi kepada menguruskan rumah, menulis blog,membaca novel dan membantu pekerjaan ibuku.Itulah rutin harianku.Masa untukku menonton televisyen agak berkurangan kerana kurasakan tiada cerita yang menarik untuk ditonton.Asyik-asyik ulangan.Sungguh membosankan!Ibuku terlalu sibuk sehingga aku terpaksa membantunya menyiapkan pekerjaannya.Tapi aku tak kisah.Kerana aku memahaminya.

Pernah suatu hari aku bersembang-sembang dengan ibuku yang mesra kupanggil emak."Mak terlalu kuat berkerja.Cuba mak duduk dirumah.Badan mak juga perlukan rehat".Ibu menjawab,"kalau mak tidak bekerja,kita takkan rasa senang sebegini.Lagipun masyarakat memerlukan mak.Alangkah baiknya kalau kaklong terlibat sama dengan masyarakat."Ibu meluahkan harapannya.Wajahnya sedikit suram kerana tiada anak-anak perempuannya yang mewarisi semangat masyarakatnya.Sudah berapa kali ibu memujukku untuk turut serta dalam program di taman ku seperti usrah,qiamulail,bacaan yassin dan program riadah.Seringkali aku memberi seribu satu alasan seperti aku masih belajarlah,aku masih muda,atau aku sibuk menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.Namun sebab utamanya,majoriti yang mengikuti program seumpama itu di tamanku kebanyakannya golongan ibu-ibu,mak cik-mak cik,dan nenek-nenek.Manakala anak gadis muda remaja,kawan-kawan seusiaku hilang entah kemana.Apabila aku yang paling muda mengikutinya maka adalah ramai yang memuji-muji.Kemudian bertukar menjadi program mencari jodoh.Aku nak dijodohkan dengan anak merekalah,cuculah.Hai,macam-macam.Bab ini yang paling membosankanku!

Bukan aku tidak berminat program seumpama itu.Sedangkan di sekolah aku cukup merindui program-program sebegitu.Aku sentiasa bersemangat dan menyokong program-program kerohanian yang berunsurkan dakwah dan motivasi.Tapi malangnya aku tidak merasakan sebegitu ditaman perumahan ku.Tiada aura.Aku sedih juga tapi itulah yang terjadi dalam masyarakat kita. Zaman sekarang masyarakat memandang pada material,education dan personal seseorang itu.Sering membanding-bandingkan education anak-anak,sibuk mengejar kemewahan dan terikut-ikut dengan budaya barat seiring dengan perkembangan teknologi.Up to date atau mengikut perkembangan zaman kata mereka.Ini menyebabkan masyarakat semakin bersikap individualistik.Sedikit sebanyak telah mempengaruhi aku untuk belajar dan terus belajar sehingga mencapai tahap yang tinggi.Tamanku perlukan aura pemuda dan pemudi untuk memimpin.Tapi sayangnya bukan aku.

Aku bukan pelajar yang cemerlang di sekolah.Aku dalam kategori pelajar yang sederhana dan konsisten.Aku sedar hanya dengan ilmu dapat meninggikan martabat seseorang itu.Aku bukan pelajar universiti Mesir,Jordan atau overseas yang lain.Kerana itu kurasakan ilmuku belum betul-betul cukup.Aku terasa kerdil dan rendah diri.Masih terawang-awang.Jiwa dan hatiku juga masih belum cukup kuat dan berani lagi.Masih banyak lagi yang belum diisi.Izinkan aku mencari lagi dan terus mencari.Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.Mudah-mudahan Allah membantuku.Aku akan kembali berbakti pada masyarakat sekiranya aku betul-betul yakin dan bersedia!

Fajar dhuha menyinsing terik.Cuaca agak baik.Kebetulan jemuran hari ini agak banyak kerana semua kami berkumpul di rumah.Selesai membersihkan rumah aku mengambil wuduk dan menunaikan solat dhuha.Aku berdoa supaya ada sinar yang sudi membantuku suatu hari nanti..Insya-Allah.