Love isn't something you find. Love is something that finds you.


18 December, 2010

Aku masih mencari..

Aku menutup novel Sinergi karangan Hilal Asyraf.Baru bab kedua.Novel sebelum itu,Syabab Musafir Kasih telah ku khatamkan semalam.Masaku kini terbahagi kepada menguruskan rumah, menulis blog,membaca novel dan membantu pekerjaan ibuku.Itulah rutin harianku.Masa untukku menonton televisyen agak berkurangan kerana kurasakan tiada cerita yang menarik untuk ditonton.Asyik-asyik ulangan.Sungguh membosankan!Ibuku terlalu sibuk sehingga aku terpaksa membantunya menyiapkan pekerjaannya.Tapi aku tak kisah.Kerana aku memahaminya.

Pernah suatu hari aku bersembang-sembang dengan ibuku yang mesra kupanggil emak."Mak terlalu kuat berkerja.Cuba mak duduk dirumah.Badan mak juga perlukan rehat".Ibu menjawab,"kalau mak tidak bekerja,kita takkan rasa senang sebegini.Lagipun masyarakat memerlukan mak.Alangkah baiknya kalau kaklong terlibat sama dengan masyarakat."Ibu meluahkan harapannya.Wajahnya sedikit suram kerana tiada anak-anak perempuannya yang mewarisi semangat masyarakatnya.Sudah berapa kali ibu memujukku untuk turut serta dalam program di taman ku seperti usrah,qiamulail,bacaan yassin dan program riadah.Seringkali aku memberi seribu satu alasan seperti aku masih belajarlah,aku masih muda,atau aku sibuk menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.Namun sebab utamanya,majoriti yang mengikuti program seumpama itu di tamanku kebanyakannya golongan ibu-ibu,mak cik-mak cik,dan nenek-nenek.Manakala anak gadis muda remaja,kawan-kawan seusiaku hilang entah kemana.Apabila aku yang paling muda mengikutinya maka adalah ramai yang memuji-muji.Kemudian bertukar menjadi program mencari jodoh.Aku nak dijodohkan dengan anak merekalah,cuculah.Hai,macam-macam.Bab ini yang paling membosankanku!

Bukan aku tidak berminat program seumpama itu.Sedangkan di sekolah aku cukup merindui program-program sebegitu.Aku sentiasa bersemangat dan menyokong program-program kerohanian yang berunsurkan dakwah dan motivasi.Tapi malangnya aku tidak merasakan sebegitu ditaman perumahan ku.Tiada aura.Aku sedih juga tapi itulah yang terjadi dalam masyarakat kita. Zaman sekarang masyarakat memandang pada material,education dan personal seseorang itu.Sering membanding-bandingkan education anak-anak,sibuk mengejar kemewahan dan terikut-ikut dengan budaya barat seiring dengan perkembangan teknologi.Up to date atau mengikut perkembangan zaman kata mereka.Ini menyebabkan masyarakat semakin bersikap individualistik.Sedikit sebanyak telah mempengaruhi aku untuk belajar dan terus belajar sehingga mencapai tahap yang tinggi.Tamanku perlukan aura pemuda dan pemudi untuk memimpin.Tapi sayangnya bukan aku.

Aku bukan pelajar yang cemerlang di sekolah.Aku dalam kategori pelajar yang sederhana dan konsisten.Aku sedar hanya dengan ilmu dapat meninggikan martabat seseorang itu.Aku bukan pelajar universiti Mesir,Jordan atau overseas yang lain.Kerana itu kurasakan ilmuku belum betul-betul cukup.Aku terasa kerdil dan rendah diri.Masih terawang-awang.Jiwa dan hatiku juga masih belum cukup kuat dan berani lagi.Masih banyak lagi yang belum diisi.Izinkan aku mencari lagi dan terus mencari.Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.Mudah-mudahan Allah membantuku.Aku akan kembali berbakti pada masyarakat sekiranya aku betul-betul yakin dan bersedia!

Fajar dhuha menyinsing terik.Cuaca agak baik.Kebetulan jemuran hari ini agak banyak kerana semua kami berkumpul di rumah.Selesai membersihkan rumah aku mengambil wuduk dan menunaikan solat dhuha.Aku berdoa supaya ada sinar yang sudi membantuku suatu hari nanti..Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment