Love isn't something you find. Love is something that finds you.


22 December, 2010

Jadikan aku hamba yang bersyukur!


Aku tak berapa sihat hari ni.Deman,selesema sakit kepala,sakit tekak tapi nasib baik tak batuk.Semuanya datang tiba-tiba dan kemudian pergi begitu saja.Dari sudut hikmahnya kesakitan aku hanyalah ujian kecil dari Allah mungkin sebagai satu peringatan supaya aku bersyukur atas semua nikmatnya.Aku akui hati aku tak tenteram dan ibadah aku tak khusyuk disebabkan aku kurang sihat.Semuanya menganggu.Tapi aku tahu itu semua hanya sementara.Sabarlah,duhai hati!

Aku keluar dari rumah.Cuba menghirup udara segar.Cuba mencari kedamaian dan ketenangan.Nun jauh disana kulihat awan mulai pekat.Menandakan kemungkinan hujan akan turun.Ku dengar ibu memanggil adik-adik lelaki kesayangan supaya mengangkat jemuran di belakang rumah.Kelihatan ibu masih sibuk dengan kerja-kerjanya.Pandangaku kini menumpu pula pada kereta yang sekali-sekala melalui kawasan rumahku.Namun,fikiranku kosong!

Jauh disudut hatiku,aku menyimpan cita-cita dan impian yang sangat-sangat besar.Namun aku tahu itu semua tidak akan tercapai selagi apa yang aku usahakan tidak membuahkan hasil.Mungkin ketika itu kecewa dan sedih tak usah diungkapkan dengan kata-kata lagi.Punah segala harapan.Hancur segala impian dan hilang segala cita-cita.Dunia yang terang terasa gelap gelita.Terasa diri ini jauh..jauh..dan jauh.Begitukah?

Cuba bayangkan situasi ini.Anda gagal mendapat tempat dalam universiti awam.Anda memilih untuk menyambung pengajian di tingkatan 6.Ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang membantah.Tak kurang juga yang memperlekehkan anda.Anda terasa seperti hilang arah.Kesana tak boleh,kesini tak boleh.Kesana ada buruknya,kesitu ada buruknya.Akhirnya anda bertawakal.Dan anda membuat keputusan.

Anda memilih untuk ke tingkatan 6.Tetapi anda terasa cukup susah.Anda mula rasa menyesal dan resah.Anda teringat kata-kata mereka yang mengatakan pada anda peperiksaan STPM adalah peperiksaan yang tersusah di Malaysia.Anda mula memikirkan samaada layak atau tidak anda masuk ke universiti tahun hadapan.Lalu anda menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.Anda terus berputus asa.Anda mulai mencari pekerjaan.Hidup anda mula terdedah dengan masalah sosial.Lantas anda mula terpengaruh dengan rakan-rakan.Dan anda semakin jauh dari Allah.

Ke mana perginya matlamat anda untuk ke universiti?Kemana hilangnya impian anda untuk menjadi pelajar cemerlang STPM?Kemana perginya cita-cita anda untuk menjadi seorang pensyarah?Kemana hilangnya semua itu?Anda lupa Allah akan membantu hambanya yang meminta dengan penuh ikhlas.Semua matlamat,impian dan cita-cita anda tinggal kenangan.Kalau anda kembali ke permulaan situasi ini,ini cuma angan-angan anda.Angan-angan kosong semata-mata!

Jangan jadikan harapan,impian dan cita-cita anda terkubur begitu saja.Jadikan angan-angan itu suatu realiti.Tiada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita yakin pada Allah SWT.Andainya terjadinya kegagalan disitu,itu bukan penamatnya.Banyak jalan keluar yang Allah suruh kita terokai.Maka dari itu,usah gusar.Kuatkan pergantungan padaNya.DIAlah yang mengatur segalanya.

Hujan semakin lebat.Aku masuk kerumah.Aku terasa seperti diberi satu nafas baru.Ya,semangat itulah yang menyembuhkan aku!Aku bersyukur,Ya Allah

No comments:

Post a Comment