Love isn't something you find. Love is something that finds you.


25 December, 2010

Duhai sahabat!


Salamun'alaik habibati,
Menjengah ke langit biru,
Mengintai di balik jendela,
Memburu harapan 
Setinggi bintang dan bulan,
Sematkan di hati,
Segalanya pasti dikecapi,
Andai cinta Ilahi di hati,^_^
Fathin sayang,
Mengorak setapak lagi langkah ke hadapan,
Mudah-mudahan Fathin terus dipinjamkan sakinah dan kekuatanNya,
InsyaAllah,
Allah menguji kita,
dan mendidik kita pada setiap masa dan peristiwa,
Pandanglah segalanya daripada sudut hikmah & dakwah,
InsyaAllah,
apapun yang datang,
akan kita hadapi dengan redha,
bila seluruh hati diserah pada Allah,^_^
Fathin sayang,
Jalan mujahadah tak ditaburi dek wangian mawar mengharum,
tapi dipenuhi duri-duri tajam yang merintang,
Kuatkan pergantungan pada Allah,
Dia pasti menemani,
Sayangku Fathin,
Segala yang berlaku sepanjang perjalanan kita,
dah tertulis suratannya,
jadi,tetaplah bertahan walauapapun yang datang!
Hujan rintik yang jernih itu datang daripada awan hitam yang gelap,kan?
Allah sayangkan kita,
kerana kita pejuang agamaNya!
Layakkah kita mengasihi manusia andai cinta dan kasih kita pada pencipta manusia itu sendiri masih belum mantap?Tepuk dada tanyalah iman!


                                                                                                                            ~ma'a hubbi,
                                                                                                                                  Aina Sofia
Terima kasih sahabatku atas kata-kata yang cukup indah ini.Aku ingin berkongsi perasaan yang aku alami ini pada semua orang.Satu perasaan yang cukup indah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.Dialah yang mengajarku erti persahabatan yang sebenar.Persahabatan yang dibina kerana Allah melahirkan sebuah kekuatan yang sungguh luar biasa.Aku cukup mengangumimu,sahabatku!Malah aku rasa cukup bertuah dan bersyukur sangat kerana kau sudi menjadi sahabatku..Engkau bersahabat tanpa memilih siapa.Iman dan taqwa menjadi landasannya.Peringatan demi peringatan mengeratkan ukhwah antara kita.Meskipun jarak beribu batu,tapi kau sentiasa dekat dihati.Aku merinduimu kerana Allah.

Nikmat yang kurasakan ini adalah satu anugerah daripada Allah kepadaku.Aku cuba mempraktikannya dalam kehidupan seharian.Persahabatan yang dibina atas dasar keimanan kerana Allah akan menghapuskan perasaan dengki,khianat,benci,marah atau apa saja yang berkaitan dengannya.Sebaliknya,ia akan melahirkan rasa kasih,sayang,rindu dan cinta yang membuak-buak dalam jiwa.Dan dengan sendirinya juga kita akan saling melebihkan sahabat kita melebihi diri masing-masing asalkan si sahabat itu bahagia!Hebatkan?

Sekian lama kumencari erti persahabatan kini aku merasainya sendiri.Kawan datang dan pergi tinggalkan kawannya terkapai-kapai sendirian.Kawan yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberi.Kawan yang mengkhianati kawannya sendiri.Kawan yang bila senang ditinggalkan,bila susah baru muncul.Kawan yang dengki pada kelebihan kawannya sendiri.Dan macam-macam lagi.Aku pernah merasai dan mengalami semua itu.Tapi aku tak salahkan sesiapa.Mungkin juga aku pernah melakukan begitu pada orang lain.Kadang-kadang kita tidak menyedari.Seringkali cepat menunding jari pada orang lain.Padaku inilah persahabatan yang dibina bukan kerana Allah tapi dunia semata-mata.Aku mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.Memang kadang-kadang sedih bila memikirkan apa yang berlaku.Kalaulah diberi peluang lagi akan kita bina semula ukhwah kita.Aku ingin menjadi sepertimu,duhai sahabatku.Namun,aku tak sehebatmu,sahabatku.Mencari kawan mudah tapi mencari seorang sahabat cukup susah.Bak kata orang,susah senang kita bersama.Moga persahabatan ini kekal abadi,diredhai dan dirahmati oleh Allah.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan di luar sana.Seandainya diri ini ada melakukan kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan.Mari kita semua muhasabah semula diri kita yang serba kekurangan ini.Ingatlah,pada sesiapa yang mengenali diri ini,doaku sentiasa mengiringi kalian.Semoga berjaya!Insya Allah..Ameen.

No comments:

Post a Comment