Masakanku mendapat pujian lagi.Aku bukanlah jenis yang rajin memasak tapi aku pandai memasak.Mungkin aku mewarisi bakat daripada ibuku atau nenekku.Aku tidak pasti.Apapun apa saja yang aku masak keluargaku sangat menyukainya.Alhamdulillah,baguslah begitu.Ish,angkat bakul pula aku ni!
Aku melihat kalendar.Huhh..sudah penghujung tahun.Lagi beberapa hari lagi akan menjelang tahun baru.Umurku juga akan meningkat.Adik-adikku sudah mula mempersiapkan barang-barang sekolah.Kelihatan sibuk sekali.Sesekali aku terdengar mereka mengeluh.."Alah..malasnya nak sekolah.."Aku tersenyum.Aku juga pernah berkata begitu.Biasalah budak-budak.Masih belum mengerti keseronokkan bersekolah.Sekarang bila dah besar aku mula terasa rindu untuk kesekolah..hehe..betul ke?
Pagi tadi kami sekeluarga berjogging di Taman Tasik Taiping.Itu aktiviti riadah kami di hari minggu.Semasa berjogging duit ibu telah tercicir.Malang tidak berbau.Niat ibu untuk membelanja kami semua di warung tidak kesampaian.Kata ibu, selain untuk menguatkan ukhwah antara kami dan demi kesihatan tubuh kami,ibu mahu meraikan kerjanya yang sudah siap disamping mengucapkan terima kasih kerana membantunya menyiapkan kerja-kerjanya.Nampaknya tiada rezeki.
Tiba-tiba entah kenapa ayah singgah juga ke warung makan.Pagi itu kami bersarapan nasi lemak di luar.Terima kasih ayah.Sedap sungguh.Bak kata orang,kenyang perut suka hati!Kemudian ayah merancang untuk bermain boling bersama-sama.Itupun jika ada masa.Aku menyokong.Bagus juga dapat bermain boling bersama keluarga.Baik ayahku mahupun ibuku,masing-masing sibuk dengan kerja mereka.Ini adalah peluang yang terbaik untuk kami berkumpul dan merapatkan hubungan kami sekeluarga.Sementara cuti sekolah belum habis.
Hahh..Alamak!!Cucurku dah nak hangit..Huhh..nasib baik aku cepat sedar.Itulah,orang tua cakap jangan berangan di dapur.Aku memarahi diriku atas kecuaianku.Harap ibu tak marah!:)Apapun,aku sayang keluargaku!
28 December, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment