“6 Jun 2010-Misi Keamanan Gaza yang menaiki kapal Mavi Marvara telah diserang oleh Komander Zionis.”
Air mata Zaharah Humairah menitis.Surat khabar itu ditatap lama.Bibirnya tidak lepas dari berzikir.Hatinya masih kuat dan yakin bahawa suami yang dicintainya masih selamat.Disarung telekung putih dikepala lalu mula melakukan solat sunat hajat.
***
25 Februari 2005-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Syah(SMKASAS).
Suasana di dalam kelas tingkatan 6 ketika itu sungguh bising.Ketiadaan guru menyebabkan para pelajar bermain-main di dalam kelas.Sebagai ketua kelas Mujahid sedaya upaya memberi arahan kepada sahabat-sahabatnya supaya mengawal kebisingan.Tetapi apakan daya lagi dilarang lagi dibuat.
Tiba-tiba Zaharah Humairah bangun dan memandang sahabat-sahabatnya.
“Boleh duduk tempat masing-masing tak?Cikgu kan sedang bermesyuarat..Apa kata kawan-kawan buat ulangkaji pelajaran atau study group ke?Itukan lebih berfaedah.Bukan ke kita nak berjaya dalam peperiksaan?”Lantang Zaharah Humairah bersuara.Seluruh isi kelas mulai senyap dan mengikut arahan.Suaranya lembut dan penuh hikmah tapi cukup tegas dan menusuk hati sesiapa saja yang mendengar.Itulah srikandi SMKASAS yang paling dihormati dan cukup disegani.
***
Cuti sekolah pertengahan tahun bermula;Didalam bas,
“Apa yang kau menungkan tu?Aku tengok senyap je..”
“Irham,kau free tak cuti ni?”
“Free rasanya..Sekarang bukan musim buah..jadi aku tak ikut ayah aku berniaga..duduk rumah tolong apa yang patut..”
“Study group nak?”
“Dengan kau?..memanglah aku nak pergi rumah kau..macam tak biasa pula..hehe..”
“Bukan,emh,Zaharah ajak datang rumah,study sekali cuti ni..Dia minta aku ajar sesuatu..err tapi jangan risau,ramai lagi kawan kita mungkin datang..”
“Ye ke,sekejap..aku rasa dia ada hati kat kau kot..Kau macamana?”
“Astagfirullah..kesitu pula..Ini yang payah minta tolong kau..Kau buat aku serba salah pula nak tolong dia..”
“Aku gurau je..Aku kenal kau macamana,Zaharah macamana..yalah nanti kita pergi sekali..”
“Tapi aku segan pula..apa pula kata family dia..Katanya abang dia baru balik Jordan ..Lagipun family dia bukan macam family kita..”
“Kau ni nak merendah diripun tak bertempat..Kau juga cakap sekaya-kaya seseorang itu bukan sebab harta tapi ilmu dan budi bahasanya..Lagipun Allah anggap semua hambanya itu sama saja..takada beza melainkan 2 perkara yang aku sebut tu..”
“Sebab itulah aku rasa segan..memang mereka kaya tapi aku tak nampak mereka kaya dari sudut harta saja tapi dua sudut tu juga..entahlah..susah aku nak cakap apa yang aku rasa..”
“Aku paham,Mujahid..Kadang-kadang aku cemburu dengan kau..Aku sendiri tak dapat tahan diri aku untuk bercinta tapi kau sedaya upaya mengelak..Untung betul siapa yang dapat kau,Mujahid..Aku nak ingatkan kau Zaharah tu ada kecantikannya..aku takut sampai masa kau melepas.”
“Sudahlah..jangan nak tukar cerita pula..esok siap tau..naik van kau..kereta aku ayah aku guna”
***
Di Villa Baiduri;
Zaharah Humairah menghabiskan ayat-ayat suci Al Quran.Lantas ditutup dan disimpan semula di dalam rak.Telekungnya dilipat lantas dia bersiap untuk turun ke bawah.Sedaya mungkin dia menceriakan dirinya dihadapan semua orang.Dilihat lauk diatas meja sudah terhidang.Meskipun nampak sedap tapi perutnya tidak terasa lapar.Dia tiada selera makan dan lauk tersebut langsung tidak menarik perhatiannya.Namun digagahi juga untuk ke meja makan bersama keluarganya yang lain.Dia tidak mahu sesiapa yang nampak keadaanya yang sebenar kerana dia tidak mahu sesiapapun risaukan dirinya.
“Umi masak semua ni ya..Sedapnya..”puji Zaharah Humairah.
“Makanlah,sayang..makan banyak-banyak..”jawab Puan Syarha
“Umi nanti Zara nak ke rumah ibu..dah lama tak melawat ibu..Ibu tak tahu lagi berita gembira ni..”
“Bertuah punya budak..bukannya nak telefon mak mertua kamu semalam..Nanti dia risau pula..”
“Bukan..Zara nak kasi surprise kat ibu..Zara nak cakap sendiri,bagi dia pegang sendiri perut Zara..”
“Bukan..Zara nak kasi surprise kat ibu..Zara nak cakap sendiri,bagi dia pegang sendiri perut Zara..”
“Yalah..kamu nak suruh abang Aqil teman ke?”
“Tak payah bang,Zara boleh drive sendiri bukan jauh pun..Lagipun sejak jadi menteri besar ni Abang Aqil sentiasa sibuk ..Jangan lupa kak Sarah dangan Dania ni..Mereka juga amanah Allah bang..”
“Yalah..hati-hati bawa kereta tu..”
***
12 Mac 2006-Keputusan STPM keluar.
“Tahniah..keputusan enti cemerlang..”tegur Mujahid semasa berselisih dengan Zaharah Humairah.Ketika itu di kantin.Suasana agak riuh dengan pertemuan kawan-kawan yang masing-masing ingin mengucapkan tahniah sesama mereka.Syukur semua keputusan mereka cemerlang.
“Alhamdulillah..Keputusan enta juga sama..Ana nak ucap terima kasih sebab enta banyak tolong ana dalam pelajaran selama ni..”
“Sudah semestinya kita tolong-menolong antara satu sama lain..Lepas ni enti nak mohon kemana?”Soal Mujahid.Zaharah Humairah terdiam.Lantas perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi tidak jauh darinya.Mujahid pelik.Lantas turut mengambil tempat tidak jauh darinya
“Mujahid..ana nak beritahu sesuatu pada enta..Ramai yang tak tahu kecuali sahabat ana,Shifa..Sebenarnya ana nak belajar ke Amerika Syarikat.Seperti yang enta tahu pak cik ana sebagai Duta Malaysia disana.Hanya ana seorang yang pergi..keluarga ana yang lain masih di Malaysia ..”
“Kenapa Amerika Syarikat?Enti tahukan Amerika tu kejam,terrorist,penjajah..bukan ke bahaya kalau enti tinggal disana?”
“Itu cuma pemimpinnya saja tapi rakyatnya rata-rata nak memeluk Islam..Buktinya ramai wanita muda yang masuk Islam..Kalau boleh ana nak tolong mereka.Berjuang dan berdakwah secara senyap..Rasulullah dulupun berdakwah secara senyap.Sebab itu Islam boleh berkembang pesat.Ini strategi.Kita kembali kepada cara Rasulullah..Insya-Allah akan berhasil..”
“Bagus betul pandangan enti..tak terfikir pula ana.Dunia akhir zaman merisaukan ana..Seolah-olah kembali ke zaman Jahiliyah.Masalah seperti berzina,sumbang mahram,buang bayi dan sebagainya..Memang tanda-tanda akhir zaman dah muncul..Sedikit-demi sedikit dunia ini mula hancur..Manusia tak nampak apa yang mereka lakukan selama nilah yang menjadi punca kehancuran dunia..Pemimpin sekarang pula goyah bagaimana rakyak nak bersatu?”Mujahid pula meluahkan amarahnya.
“Kita tak boleh salahkan pemimpin saja kerana kadang-kadang kita sendiri yang tersalah pilih pemimpin.Sebab itu jadi begini..Apapun..ana yakin semangat enta lagi kuat dari ana..Enta berjuang di sini ana berjuang disana..Selamatkan kawan-kawan dulu..ana bimbang apabila mereka melangkah keluar dari SMKASAS ini mereka hilang jati diri,terpengaruh dengan budaya di luar..Kalau bukan kita siapa lagi nak selamatkan Islam?”
“Ana kagum pada enti..Ana menyokong usaha enti..Kalau ada 10 orang yang punya kesedaran begini,ana yakin semangat ini mampu menggoncang dunia..Bila enti nak bertolak ke sana ?”
“Insya-Allah selepas pertunangan Irham dengan Shifa”
“Alhamdulillah..mujur mereka segera bertunang..Bercinta lama-lama hanya menambah dosa..lebih baik diikat..Sudah jodoh mereka sampai awal..”
“Tak kisah lambat atau cepat..itu urusan Allah..Allah sendiri berfirman dalam surah An-Naba’ ayat 6..mafhumnya,dan Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan..Ana yakin sesiapun jodoh enta dia pasti wanita bertuah..ana mohon diri..Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam..”
***
12 Januari 2008-Kampung Seri Inang
Suasana di walimah Irham dan Shifa nampak meriah.Meskipun simple tetapi cukup menarik.Kedua-dua mempelai nampak sama cantik dan sama padan dengan pakaian pengantin masing-masing.Kelihatan di khemah lelaki Irham sibuk melayan tetamu yang datang.Turut bersama-samanya Mujahid,Syakir,Ammar dan beberapa lagi sahabat yang seangkatan dengan mereka.
Manakala khemah disebelah pula,kelihatan Shifa juga tidak menang tangan melayan para tetamu.Dari tadi topik mereka ialah tidak sabar menyambut kedatangan Zaharah Humairah yang dijangka akan hadir pada hari bahagia tersebut.Mereka amat merindui srikandi SMKASAS itu.Syuhada, dan Fatimah muncul dari belakang.
"Shifa cuba kau telefon Zara..Dia dah sampai mana?Entah-entah sesat.."soal Syuhada.
"Kejap lagi sampai kot..Dia baru bagi mesej kat aku.."jawab Shifa
"Ha..tu dia.."Fatimah tiba-tiba bersuara.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam..Alhamdulillah..Sampai juga kau kesini..jom makan dulu..nanti baru kita sembang.."
***
8 Jun 2010-Aktivis misi keamanan Gaza selamat pulang ke Malaysia.
Redup malam itu seredup kasih seorang isteri terhadap suaminya.Lama ditatap wajah kudus suaminya.Kesan lebam dipipi dan lengannya cukup menggambarkan keadaan yang terpaksa dilalui oleh suaminya semasa menjadi tahanan rejim zionis itu.
"Abang masih tak puas hati selagi abang tak berpijak di bumi Gaza..Sekurang-kurangnya abang ingin mendengar suara rakyat Palestin.Abang ingin bersihkan darah suci yang membasahi tubuh mereka.."
"Abang..tak usah sesali perkara itu..Meskipun jasad abang tidak sampai disana tetapi niat suci abang itu pasti sampai..Mungkin ada sebab Allah kembalikan abang kesini.."
"Apa maksud Zara?"
"Abang ada tanggungjawab yang lebih penting pada Zara dan anak kita..Zara tak sanggup kehilangan abang,ayah kepada anak kita ini.."
"Betul ke ni,sayang?Alhamdulillah..Allah beri rezeki dan nikmat ini.."
"Abang nak kemana pula tu..Berehat dulu..Abang kan baru balik.."
"Abang nak sujud syukur..Ini berita yang sangat menggembirakan.."
***
Di sekolah SMKASAS.
"Ustaz..sudah banyak kali saya solat istikarah tetapi petunjuk yang saya dapat.."
"Zaharah Humairah?"
"Macamana ustaz tahu?"
"Mujahid..kalau betul apa yang kamu dapat,ikutlah.."
"Ustaz..dia akan berkahwin tak lama lagi ustaz..Ustaz sendiri sudah jumpa dengan Steven tu masa Zaharah bawa dia jumpa Ustaz dulu.."
"Ya..Ustaz ingat lagi namanya Steven atau nama Islamnya Muhammad Hadif bin Abdullah..Mana mungkin ustaz lupa.."
"Walaupun saya dapat petunjuk itu tapi saya masih tak yakin lagi..Saya dengan Zaharah tidak sekufu..Dia datang dari keluarga yang dihormati dan disegani..punya harta,kedudukan dan budi pekerti yang mulia..mengamalkan cara hidup Islam yang benar dalam kehidupan mereka..sedangkan saya hanya seorang anak yatim yang tinggal di kampung.saya risau saya tak dapat beri dia kebahagiaan kalau dia ditakdirkan untuk saya"
"Kamu rasa kamu tidak layak dengannya?Mengapa kamu hanya memandang perbezaan tetapi tidak persamaan?"
"Maksud ustaz?"
"Islam telah memberi jalan yang terbaik dalam memilih pasangan iaitu mestilah dari segi hartanya,keturunannya,rupa parasnya dan akhir sekali agamanya..tetapi sesiapa yang memilih agama sebagai pilihan utama maka dia akan beroleh kebahagiaan..Apa yang ustaz lihat persamaan antara kamu berdua ialah mempunyai semangat juang yang tinggi untuk Islam..Kamu berdua tidak pernah bercanggah pendapat,sentiasa sepakat..Ada suatu yang perlu kamu tahu,bukan kamu saja yang mendapat banyak surat tapi Zaharah juga..Malah sudah ramai abang-abang senior yang bertanyakan pasal Zaharah..membuktikan kamu berdua mempunyai rupa yang boleh membuatkan sesiapa saja jatuh hati..kamu pulang dan terus memohon petunjuk Allah..Allah sedang mengujimu,Mujahid.."
"Terima kasih ustaz..tiada siapapun tahu pasal perkara ini melainkan ustaz..Sejak saya di sekolah ini saya hanya minta pandangan ustaz..Alhamdulillah,saya akan ikut nasihat ustaz.Saya mohon diri.Asalamualaikum"
"Sama-sama..Ingat pesan ustaz hati mesti ikhlas dan redha..waalaikumusalam.."
***
Zaharah Humairah jatuh terduduk.Gagang telefon ditangannya terlepas.Berita syahidnya Hadif meremukkan hatinya.Ya Allah,berat sungguh ujian ini.Mungkin ini sudah suratan takdir.Lelaki itu bukan miliknya.Lama Zaharah Humairah mengumpul kekuatan.Air matanya mengalir deras.
"Tabahkan hatimu,Zara..Aku tahu cukup susah apabila mendapat tahu orang yang dicintai pergi meninggalkan kita buat selamanya..tapi ingat yang patah tumbuh yang hilang berganti.."
"Aku redha perjuangannya begitu juga aku redha akan pemergiannya..Aku cuma mahu hentikan air mata ini tapi tak boleh..Aku juga tak mahu menyusahkan kau,Shifa..nanti aku akan terlalu bergantung pada kau..Apakah aku nampak sangat lemah sekarang ini,Shifa?"
"Zara air mata itu bukan satu kelemahan tetapi satu kekuatan bagi seorang wanita..Biarkan ia mengalir jangan ditahan-tahan..Ingat walauapapun yang berlaku kau jangan malu ceritakan masalah pada aku dan kau tak pernah menyusahkan aku..kau sendiri selalu pesan,wanita solehah itu saling bersandaran..ia tidak mampu berdiri sendiri apabila ditimpa musibah..kau dah banyak tolong aku..yakinlah ukhwah yang dibina kerana Allah itu sangat indah.."
***
Lamunan Zaharah Humairah terhenti apabila Mujahid mengusap lembut wajahnya dan membelai rambut halusnya.Perginya Hadif,datangnya lelaki yang selama ini dikagumi dan diminati sejak sekolah lagi.Tidak sia-sia dia memendam perasaan.Kerana ketika ini dia rasa bahagia dan tenang.
"Terima kasih,sayang kerana memilih abang..Abang tak pernah sangka Zara sudi menerima abang sebagai suami.."
"Jangan cakap begitu..Zara juga nak ucapkan terima kasih sebab beri kebahagiaan ini..Zara berdoa semoga zuriat yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang pemimpin yang hebat dan yang sentiasa berjuang demi agama macam walidnya.."
"Insya-Allah..Ameen.."
Mujahid Wafi dan Zaharah Humairah |