Love isn't something you find. Love is something that finds you.


30 July, 2011

Masa terus bergerak

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Saya doakan semoga hari ini lebih baik daripada semalam..Yang sakit,telah sembuh..Yang sedih,sedang bahagia..yang menangis,sedang ketawa..yang jatuh,telah bangkit..yang lemah,menjadi kuat dan yang melakukan kesalahan,segera bertaubat..kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..Ingatlah ketika kita ditimpa musibah dan dihimpit ujian,jangan mudah kecewa dan putus asa..ketahuilah,Allah Maha Adil..Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya..

Dia datangkan setiap yang wujud itu berpasangan..dan setiap pasangan itu berbeza..Marah pasangannya sayang..Cinta pasangannya benci..Takut pasanganya berani..Susah pasanganya mudah..sakit pasanganya sihat..Gagal pasanganya berjaya dan sebagainya..Mengapa agaknya?Tujuanya hanya satu..iaitu supaya kita saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..Maka,usahlah rasa hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran saja..tetapi pandanglah dari sudut hikmahnya..Allah sekadar mahu menguji kita,sayang!

Sekarang adalah musim orang bergaji..Apabila saya melihat ibu berbelanja,saya dapat rasakan mudahnya duit keluar..Tapi untuk mendapatkannya tentulah cukup susah.Setiap hari membanting tulang mencari wang untuk kami adik-beradik..Tambah untuk membelikan keperluan saya lagi..Kasihan pula  nak meminta lebih-lebih..Saya diam tidak berbunyi..Duit sekarang bagai tiada nilai..Setiap hari..kita memerlukan duit dalam muamalat kita sehari-hari..kita menggunakan duit untuk membeli keperluan seharian..Pejam celik..dah habis..Nak buat bagaimana lagi?itulah realiti dunia..Duit bukanlah segalanya tapi untuk hidup memerlukan duit..tanpa duit..susah nak hidup..Kesimpulannya..duit masih menjadi kepentingan utama dalam kehidupan kita..

Masa terus berlalu dan bergerak dengan pantas..Sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan Ramadhan..tak lama lagi raya..lepas tu apa?memang..kadang-kadang bila kita menanti..kita rasa lama sangat nak sampai ke masa itu..contohnya,bila nak tunggu result..setiap saat bagai setiap minit..setiap minit bagai setiap jam dan begitulah seterusnya..saya tak tahu apa yang orang lain rasa..tapi itu yang saya rasa selama ini..Walaubagaimanapun..saya tak pernah rasa kelegaan..lepas satu,kita terpaksa bersabar untuk yang lain pula dan begitulah putarannya sehinggalah kita tiada lagi di dunia ini..

Letih?Penat?Semput?Lelah?Haha..mungkin..itu adalah apa yang terpaksa dilalui oleh setiap orang..Seperti kata orang..Penantian itu satu penyiksaan..Seksaan yang cuma di dunia..siksaan yang seketika cuma..pernah tak kadang-kadang rasa nak lari jauh-jauh..?nak tinggalkan semua yang ada di sini?huuhuu..melampau pula tu kan..Sesungguhnya masa tidak menunggu kita..Kita haruslah gunakan sebaik-baik masa yang Allah berikan pada kita..kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang..janganlah sia-siakan hidup kita..Meskipun hidup ini sekadar pinjaman..bersyukur dan hargailah!

Salam Ramadhan!Selamat tinggal Syaaban!Selamat menunaikan ibadah puasa!

28 July, 2011

Nikmat dan Musibah,Tarbiyah dari Allah ^...^

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian dari saya..Saya sibuk menguruskan urusan saya beberapa hari ini..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Medical checkup dan borang baitulmal telah selesai dilaksanakan.Sekarang saya hanya membilang hari sahaja lagi..
  • Teringat kisah lama..                    
Bagaimana nak saya luahkan..saya mudah sangat teringat kisah luka yang menyedihkan + menyakitkan.. Semua kesilapan,kelemahan,kegagalan dan kekurangan saya..membuatkan saya betul-betul sedih + kecewa..Bila teringat,pasti air mata saya menitis..Walau berkali-kali teringat tetap air mata ini mengalir..Tambah bila melibatkan kita sebagai mangsa keadaan..Yaa,Betul kata orang nak maafkan mudah tapi nak lupakan pasti mengambil masa juga..Setiap yang pahit itu pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya..Sering kali saya tertanya-tanya..sampainya hati mereka melayan saya sebegini rupa..Apa salah saya pada mereka?

Saya biarkan segala pertanyaan itu berlegar difikiran..saya pendam dan simpan jauh di lubuk hati..Saya hanya manusia biasa..Salahkah kalau saya tersilap?Apabila saya meluahkan pada seorang sahabat,yang saya anggap seperti kakak saya sendiri..katanya;Mengapa kisah lama juga yang diingati?yang sudah lepas..biarkan berlalu..kalau asyik pandang ke belakang,bila nak maju kehadapan?Saya terdiam.Ada benar katanya.Dia menyambung lagi;Fathin kena kuat..tak boleh lemah-lemah..Ini baru ujian kecil dari Allah..Belum lagi pergi berperang..Saya mengangguk tanda bersetuju..Pantas tangan saya menyeka air mata yang mengalir.Saya akui,hidup ini penuh dengan ujian.Disaat saya merasakan diri ini penuh kekurangan,orang lain memandang saya sebaliknya..Saya rasa terbeban.Namun,saya akan lakukan yang terbaik dan semampu yang boleh!

Si kakak mengusap-usap bahu saya..Kami berkongsi perasaan yang sama..Apabila saya sudah tenang,dia menyambung lagi;Fathin terlalu memikirkannya sangat..Jangan selalu membandingkan diri Fathin dengan orang lain..Kita ini tidak sama..Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..Maka bersyukurlah dan terimalah diri Fathin seadanya..Seseorang pernah memberitahu saya,cara kita menghargai diri kita adalah dengan meyakini diri kita sendiri.Biarlah kita bersederhana dalam kehidupan ini..Dari segi cara hidup,berpakaian dan pergaulan.Selagi tidak melanggar batas-batas syariat.Seimbangkan dunia dan akhirat..Kedua-duanya sama penting.Tidak berlebih-lebihan dan tidak berkurangan.Amalkan konsep wasathiah..Insya-Allah..kita akan perolehi ketenangan yang dicari.


  • Selalu memikirkan masa depan  
Biasalah..apabila kita semakin menginjak ke usia dewasa..Bermacam-macam perkara yang kita harus fikirkan..Saya juga begitu..Mahu begitulah..Mahu beginilah..Mula memasang angan-angan dalam diam..Pemikiran pula harus lebih matang dan rasional..Selari dengan kehendak dan keperluan semasa..Orang ada itu..kita juga mahu yang itu..orang ada ini..kita juga mahu yang ini..Pendek kata,kita pasti tidak mahu ketinggalan zaman dan sentiasa mengikuti peredaran semasa.

Siapa yang tidak mahu mempunyai masa depan yang bahagia?Saya yakin semua orang pasti tidak lepas dari memikirkanya..Kalau boleh..biarlah semuanya sempurna..Pasangan yang sama padan..kerjaya yang lumayan..membina keluarga yang sakinah,mawaddah wa rahmah?Dan yang paling penting kita melakukan sesuatu yang kita tidak mahu menyesal di kemudian hari..

Seringkali apabila kita menonton televisyen atau membaca novel mengenai kisah cinta..pasti kita akan terbuai dengan keasyikan watak yang dimainkan dan jalan penceritaanya..Realitinya..ia bukanlah seperti itu..Kadang-kadang saya tergelak kecil apabila kisah saya dikatakan seperti kisah yang terdapat dalam novel..Itu yang mereka lihat dari pandangan mereka..tetapi hakikatnya ia tidaklah seindah yang disangka..semuanya benar teruji dan saya benar terdidik dengan ujian yang Allah berikan ini.

Walauapapun yang berlaku dalam kehidupan kita..semuanya merupakan tarbiyah dari Allah..Itulah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna untuk diingati..Saya  sungguh bersyukur kerana diberi peluang  dan kesedaran untuk menerima nikmat dan musibah yang tiba setiap saat dan ketika..kerana sekali lagi saya percaya semuanya adalah tarbiyah dari Allah!

24 July, 2011

Allah menguji saya

Assalamualaikum..
Saya sedar dalam setiap kebahagiaan pasti terselit kesedihan..dalam setiap kenikmatan pasti terselit kepedihan..begitu jua dalam setiap kejayaan pasti terselit kegagalan..Apapun..itu semua merupakan pengorbanan yang terpaksa dilalui dan dihadapi..

Andai saya ini didatangi oleh rasa bahagia..saya pasti rasa derita pasti mengiringi..Andai diri ini bertamu kenikmatan,saya pasti dibelakangnya diikuti rasa keresahan..Sering kali apabila saya merasa begini..saya pasti akan menangis dan mengadu pada Allah..Kerana saya percaya..semua rasa yang wujud dan bermain di hati saya ini adalah milik Allah..

Tiba-tiba saya dapat rasakan yang jiwa saya sering terusik..Fikiran saya mudah terleka..Emosi saya tidak menentu..Hati saya mudah merintih dan seluruh hari saya bagai tak kena..Segera saya mengambil wudhuk dan menunaikan solat dhuha dua rakaat..Saya mengambil masa untuk memujuk hati yang tiba-tiba tidak dikunjungi sakinahNya.

Alhamdulillah..saya sedar..wajar saya berperasaan begitu..saya baru teringat..saya pernah berjanji,namun saya tidak tepati..Sudah dua orang sahabat saya yang memberi saya mesej meminta saya memberi nombor telefon seseorang kepada mereka..tapi atas kesibukan dan kelalaian saya,saya terlupa..nombor telefon tersebut tidak ada pada saya tetapi saya boleh mencarinya..Saya pasti mereka sudah tertunggu-tunggu mesej daripada saya..

Saya pernah berkata pada diri, habluminallah,habluminannas..jaga hubungan dengan Allah,jaga hubungan sesama manusia..Saya cuma sekadar insan biasa yang sering terlupa dan terleka..Itu baru dua orang,saya tidak pasti kalau-kalau ada sahabat lain yang saya ada berjanji tapi tidak saya tepati..Atau ada kata-kata saya yang mengguris perasaan tanpa disedari..atau bicara tulisan saya yang mengundang fitnah..saya mohon kemaafan..

Sememanganya bukan niat saya untuk melakukan kesilapan..sedang diri saya ini memang tidak sempurna..saya hanya ingin berusaha memperbaiki kelemahan itu,dari itu saya mohon sahabat sekelian merestui perjalanan saya ini..agar iman saya tidak mudah goyah dan sentiasa terpelihara dalam jagaan Allah..

Sekiranya saya ada melakukan kesilapan,hubungilah saya segera..tuntutlah janji saya,kerana saya bimbang di akhirat nanti Allah akan mempersoalkan janji saya itu..Saya mohon maaf sekali lagi andai tulisan saya kali ini agak memberatkan..saya cuma ingin berkongsi rasa dan perasaan melalui tulisan..kerana bagi saya ia lebih menenangkan dari meluahkan melalui kata-kata..

Kadang-kadang bila kita terlalu banyak berkata-kata akan menimbulkan salah faham dan prasangka..Saya seorang yang mudah didekati..saya pasti akan membantu walau jauh beribu batu..Kita ada kemudahan yang diberi..tidak salah kita menggunakannya ke arah kebaikan..

Dimana lagi ingin dicari sahabat yang sentiasa disisi?Tidak ada bukan..sahabat bersilih ganti,tapi apabila bertemu yang baru,jangan pula yang lama dilupakan..Ukhwah itu indah,namun,untuk mengekalkannya cukup payah andai tidak dibina kerana Allah..Kasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri..Ketahuilah,walau saya tidak selalu menghubungi kalian disebabkan kesibukan dan kelalaian,maka doa saya pasti mengiringi kalian..
Saya gembira jika ada sahabat yang mengingati saya..mengingati tandanya mendoakan..Allah menyukai orang yang sering mendoakan kebahagiaan orang lain..Dan itulah sebaik-baik ukhwah..Oleh itu,ingatilah sahabat-sahabatmu selalu!!!

Cukup sampai disini coretan saya..Mudah-mudahan perkongsian ini semua dapat dijadikan iktibar buat diri kita..Buang yang keruh,ambil yang jernih..kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi..Insya-Allah..Moga Allah   merahmati ukhwah kita..

~Wassalam~