Love isn't something you find. Love is something that finds you.


31 December, 2012

Here coming 2013!!!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum..


Apa khabar? Just short updated. Just wanna wish HAPPY NEW YEARS!!! 2012 sudahpun melabuhkan tirainya. Now, 2013 is coming!!!Tak tahu nak happy ke apa ke because still in the middle of final exam. Tetap sempat menulis blog. Harapan masih sama. Just pray for my exam. Baru lepas 2 papers. Its quite tough. But, Ill try my best. Oh, Allah..please help me.. 

Sebenarnya, nak ajak supaya kita banyak bersyukur kerana masih sempat lagi menyambut tahun baru. Sedang insan lain kehilangan orang tersayang, kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernyawa di atas muka bumi ini. So, banyak-banyak bersyukur atas nikmat yang telah diberikan. Semoga melangkah ke tahun yang baru ini, kita akan menjadi hamba yang lebih baik berbanding sebelumnya. Insya-Allah. Amin.

Thats all.
Bye..

28 December, 2012

Trip to Melaka


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Hai...apa khabar? Study week hampir habis. Minggu exam semakin menghampiri. Tahun baru juga semakin dekat. Saya sudah niat untuk lupakan perkara yang buruk dan ingat perkara yang baik-baik sahaja. Saya bersyukur dengan apa yang telah saya lalui sepanjang tahun ini. Bahagia, sedih silih berganti tapi itulah yang mewarnai hidup saya. 

Banyak lagi yang bermain di fikiran. Tapi saya belum sedia berkongsi. Saya masih mampu untuk pendam lagi. Seperti yang saya katakan dulu, apa sahaja yang saya rasai akan menjadi rahsia antara saya dan Allah.   Sebelum menjelang peperiksaan, saya bukan sahaja melakukan persiapan fizikal sahaja malah mental juga. Saya sedang memperbaiki hubungan saya dengan Allah, ibu bapa, sahabat-sahabat serta orang yang tersayang.

Memandangkan facebook tak boleh buka, tinggal blog sahaja tempat saya meluahkan perasaan. Setakat mana yang saya rasa saya mampu berkongsi, saya akan kongsikan. Tengoklah kalau hati ini rasa ingin buat facebook baru, saya akan buat. Itu tak penting, yang penting sekarang adalah belajar. Tolong doakan semoga saya diberi kefahaman, kuat daya ingatan, kebijaksanaan dalam menjawab soalan yang diberikan.

Saya ingin berkongsi tentang perjalanan saya ke Melaka. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Banyak kenalan baru. Saya tak mahu bercerita panjang. Tengoklah gambar-gambar di bawah. Sory, sebab tidak tersusun..


Dalam bas bersama Sal

Berada di Zoo Melaka

Dalam banyak-banyak gambar, gambar ini paling saya tak suka. Dah macam penyu dah muka ni..hihi

Sarapan sebaik tiba di Melaka

Mesti pelikkan tengok kejap duduk dengan Sal, kejap dengan Naim..hehe..

Di Muzium ini, kami kena interview pelancong yang datang..

Mujur kami satu kumpulan..KAMI BUDDIES TAKKAN TERPISAH..huhu.

Akhirnya ada juga gambar saya seorang diri..

Masih di dalam muzium kapal bersama Sal.

Together with Naim pula.. Tetap PEACE ^_^

Motor besar ni mengingatkanku pada seseorang..kihkih >_<

Makan malam atas jeti tapi tak ingat nama tempatnya apa..sorry 

Alhamdulillah, muka kenyang..sedap juga dinner ni..

Bergambar dirumah penginapan sebelum bertolak pulang..
Cukup sampai di sini dahulu. Habis exam, saya akan banyak update dalam blog ni.. Itupun kalau ada banyak benda yang menarik yang berlaku.. Sekali lagi doakan saya supaya terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan semoga semuanya berjalan lancar. Sebelum saya habiskan tulisan saya, saya nak cakap, terima kasih, Alhamdulillah dan saya sayang semua <3

19 December, 2012

Brainwash dan tetapkan mindset!


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Apa khabar?Alhamdulillah, life gets better.. Now, its study week! Yahoo.. Semangat dah kembali. Mungkin sebab exam final dah nak dekat.. Perasaan takut dan gementar pasti akan ada juga but it can be control. Before this, I really felt moody and tension. Fikiran tak rasional dan sentiasa stress. Rasa kurang bermotivasi dan kurang bersemangat. Paling teruk bila selalu rasa paranoid dan egois. Ya Allah.. Its happen again!Dulu bole la terima because tak matang lagi..but now totally it is unmatured! Asyik rase nak marah orang je..

I always keep asking myself why I felt those feeling. Its really annoying! Mungkin terlalu banyak berfikir,tak kisah la fikir masalah ke apa..jadinya, sentiasa letih dan hilang tumpuan,down and slow motion. For my dear friends, if you really know me, you know I'm not okay right now..so, you can ignore or you can ask. Because, saya bukan jenis yang suka share masalah. Mungkin kalau rasa nak berkongsi, saya akan berkongsi..but if anyone terasa kalau saya tak senyum, serius atau buat tak tahu ke, I'm really sorry for that. I know it is my mistake!

Sometimes kita tak sedar apa yang kita lakukan sehinggalah ada yang menyedarkan. I know, sakit bila org sedarkan kesilapan kita..of course kita prefer kita sedar sendiri..but that was life all about..ibarat ubat yang penuh kepahitan yang sukar ditelan tapi ia mungkin akan mampu menyembuhkan penyakit yang ada dalam diri. So, I need support and keeps doa for me..okay?

So, what I gonna to do is muhasabah diri, banyakkan istighfar pada Allah. I know, kalau kita ada masalah yang melibatkan hati, akal fikiran dan perasaan, ia tidak lari daripada hubungan kita dengan Allah. Bila hubungan dengan Allah tak baik, maka effect pada hubungan kita sesama manusia. Benar, kalau Allah ampunkan dosa hambanya apatah lagi kita sesama manusia. 

Saya terinspirasi melalui seorang blogger terkenal Dena Bahrin. Dia menyentuh soal hati. Katanya, hati ni Allah yang pegang.Dari Allah ia datang, maka pada Allah juga akan kembali. Ones kita dah down, susah nak perbetulkan balik.. Maybe it takes time but dont worry, everyones makes mistake. We just believe Allah that Allah just nak uji kita samaada kita kuat atau tidak hadapi ujian ini. 

Apa yang dikatakan memang betul dan itulah yang perlu kita usahakan. Setakat mana kelemahan yang ada pada diri mungkin dapat disembunyikan dari orang lain tapi kita tak mungkin dapat sembunyikan dari pengetahuan Allah. Jadi, cuba jangan cepat menghukum. Ada caranya untuk bagi kesedaran bergantung kepada diri masing-masing. Biasanya cara lembut lebih berkesan daripada sindiran. 

Mungkin Allah nak ingatkan kita supaya jangan sombong dan takbur dengan apa yang ada..Jangan kita merendahkan diri orang lain atau bersikap riyak, nescaya Allah akan buat kita rasa rendah diri pada diri sendiri. Dan jika itu terjadi,ia akan lebih menyakitkan. Yelah, siapa lagi nak bagi semangat kalau diri sendiri hilang keyakinan diri. Apalah salah kalau kita bersikap rendah diri pada orang lain atau terima opinion mereka tanpa berkira..tak kisah lah dia muda ke tua ke, pandai ke kurang bijak ke.. dimata Allah, kita tetap sama kan?

Seterusnya, final exam.. Minggu ni habis minggu terakhir kuliah dan bermulanya minggu ulagkaji.Macam biasa, I'll do the best..Doa, usaha dan tawakal banyak-banyak pada Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya di sini. Apa yang saya kongsikan di sini sekadar peringatan bersama. Semoga untuk waktu-waktu terluang akan datang, saya diberi kesempatan unruk berkongsi peringatan demi kebaikan bersama.Mungkin nanti saat yang paling stress bila nak dapat result bulan 2 nanti.. Ya Allah, semoga result saya maintain je..Saya tak harap naik dan saya tak nak result saya semakin menurun..Tak apa.. Saya akan usaha setakat mana saya mampu. Insya-Allah!

Last but not least, for him. I'm really wanna wish you again..

HAPPY BIRTHDAY MY FIANCE CHARMING
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS

This is for you. Hope you really like it. Its just a small gift but it means bigger.






I know you really love superbike. Saya hadiahkan sebuah jam replika motor kerana ada makna disebaliknya. First, it means,what you like, I will try to love it eventhough I dont really like motor. Second, jam tu menunjukkan tentang masa. Setiap detik dan setiap saat jangan biarkan terbuang. Persiapkan diri dalam tempoh yang ada. Insya-Allah kelak kita akan disatukan satu hari nanti bila sampai masanya.. Maafkan saya kerana membuat awak menunggu.. Saya tahu PENANTIAN adalah satu UJIAN. So, berdoalah pada Allah semoga penantian itu akan membawa kebahagiaan buat kita. Ameen ya Rabal Alamin. 
Uhibbuka lillahi Taala. Insya-Allah.

Wallahualam.

02 December, 2012

Mencari semangat dan keyakinan yang hilang..



Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum,

Hari ni tergerak hati untuk menulis blog. Bukan apa, rasa nak refresh kembali semangat yang sedang tak menentu. Kejap naik. Kejap turun. Saya nak tulis cerita yang dah basi beberapa minggu.. Dah tak ingat minggu bila.. Buat-buat faham je lah..

Minggu ni kelas asyik batal saja. Memang best tapi macam ni lah efect nya.. mulalah bermalasan dan buang masa dengan tido dan menonton cerita saja. Sampai rasa muak pula. Kalau dulu, setiap kali nak mulakan kerja bagi peneguhan dengan tengok cerita. Atau sebaliknya. Siap assigment baru boleh enjoy tengok movie. Hmm, tapi sekarang entahlah.. sejak akhir-akhir ni selalu saja guna perkataan "kalau". Tak bagus kan?

Oleh kerana belajar pun tak berapa best, jadi mood pun tak berapa best. Buatlah macam mana sekalipun, hati tak rasa semangat. Down sangat-sangat. Hari tu belajar subjek siyasah syariah best ustaz tu.. Kata-katanya agak pedas tapi ada betulnya. Kadang-kadang ngantuk juga tapi biasalah tu. Menarik bila ustaz sentuh bab perkahwinan. Ustaz kemukakan pelbagai permasalahan dalam perkahwinan terutama yang melibatkan hubungan suami dan isteri. Kemudian sebelum ustaz membuat ulasan, ustaz akan tanya apa pendapat kami. Kadang-kadang bahasa Terengganunya pekat menyebabkan saya kurang tangkap apa yang ustaz cuba sampaikan.

Hari tu datang kelas mabahith awal. Tak ada orang lain. Semua kawan-kawan sekelas. Kelas kami gabung dengan budak usuluddin sem 3 dan usuk sem 1. Sedang sibuk bergambar, saya memerhati seorang kakak ni. Kak Ummu namanya. Saya lihat dia sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Hati saya diselubungi rasa cemburu. Bagusnya. Terus teringat pada Progress Test dan Ujian Siyasah Syariyah minggu depan.. Ya Allah.. tolonglah kembalikan diriku ke matlamat yang asal. Sudah banyak masa terbuang begitu sahaja..
T_______T

Minggu lepas adalah minggu yang paling stress. Effectnya sehingga ke hari ni.. Bermula dengan masalah broadband maxis yang tiba-tiba nak minta duit..masalah kereta lagi.. Semuanya berlaku dalam waktu yang sama dan berturutan. Ya Allah, memang betul-betul menguji kekuatan dalaman. Mujur segalanya selesai juga. Alhamdulillah..
^____^

Beberapa minggu ini isu kahwin menganggu fikiran saya. Mana-mana orang yang bertanyakan soal hubungan saya dan dia seolah-olah mendesak saya untuk berkahwin awal. Saya tahu apa yang mereka katakan semua benar. Malah saya ada bertanya seorang kakak yang sudah berkahwin. Dia tinggal dengan suaminya di Dungun, Terengganu. Tapi rumah ibunya di Taiping. Kami berchatting di FB saja.

Saya : "Akak.. macamana kita nak yakin dia tu jodoh kita?"

Kakak : "Fatin, akak yang dah bercinta bertahun-tahun pun sampai hari nak nikah, akak masih rasa ragu-ragu..tapi lepas sah jadi suami isteri, baru perasaan itu hilang dan bertukar menjadi indah.."

Saya : "Patutlah saya rasa ragu-ragu saja.. Saya tak risaukan dia. Saya percaya dan yakin dia lelaki yang baik..cuma saya ni..entahlah..berharap berlebih-lebih sangat."

Kakak : "Akak faham, inilah ujian bertunang..sebab tu akak suruh fatin kahwin awal.."

Begitulah antara contoh perbualan kami. Kalau betullah kahwin awal tu boleh hilangkan keraguan di hati, mungkin saya patut kahwin awal. Saya tak tahu bagaimana perancangannya tapi mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. Ah, takut dan malu sangat-sangat bila fikirkan.

Namun, jodoh itu rahsia Allah. Saya katakan pada si dia berulang kali. Saya tak boleh janjikan sebuah perasaan tapi saya boleh janjikan sebuah kesetiaan, kerana perasaan itu saya akan simpannya untuk bakal suami saya.

Lelaki yang telah mengikat saya dengan tali pertunangan, saya akan setia padanya sehinggalah ikatan pertunangan itu menjadi ikatan perkahwinan, ketika itu, baru saya akan serahkan hati dan perasaan ini. Insya-Allah. Buat si dia, ini coretan hati saya.. 

Wahai pemilik hati (ALLAH).. 
seandainya dia
tercatat untukku, tautkan hatiku 
padanya keranaMu Allah. 
Jadikanlah kelemahanku,kelebihannya..
dan kelemahannya,kelebihanku..
serta jadikan antara aku dan dia saling melengkapi.
Berikanku keyakinan untuk 
terima dirinya seadanya,
juga dia terima diriku seadanya.   
Moga Allah suburkan rasa cinta 
yang tulus & ikhlas diiringi doa 
& restu keluarga..AMIN.

Siapa yang tak nak kahwin? Semua orang nak.. Persoalannya, siapakah yang akan menjadi Mr. Right yang akan menjadi imam buat kita di dunia dan di akhirat nanti? Yang akan bersama-sama mencari saham buat bekalan di akhirat nanti. Sebab itu, kalau perkahwinan itu tidak direstui keluarga, apatah lagi nak mendapat restu Allah..perkahwinan itu tidak akan bahagia.

Sama jugalah dalam hubungan pertunangan. Selangkah menuju alam rumah tangga. Perkahwinan biarlah sekali seumur hidup. Doa dan terus berdoa moga Allah pelihara dan jaga hati ini sebaiknya. Okaylah, doakan semoga perjalanan hidup saya kembali indah dan lancar supaya saya boleh coretkan pelbagai kisah hidup yang menarik untuk dikongsikan bersama. Insya-Allah.

Wallahualam.

12 November, 2012

Wedding my best friend.


Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum..

Hmm..phheww.. Tarik nafas..Turun.. Lama saya tak update rasa sedikit janggal nak menulis. Perjalanan saya untuk ketika ini kurang menarik. Saya sedikit kurang bersemangat beberapa minggu ni. Entahlah, mengapa..tapi ,kadang-kadang tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar seperti yang kita mahukan. Ya benar, Allah sekadar menguji hambanya sedikit sahaja. Apalah yang ingin difikirkan dan dirungsingkan sangat, Allah sebaik-baik perancang bukan?

Memang saya dah save kan satu entry khas buat sahabat saya yang paling saya rapat, Safiqah. Berdebar-debar pula nak menulis pasal entry wedding ni.. Dah sedia? Sabar ye. Sebelum itu, sekali lagi, 
"Selamat Pengantin Baru buat Pikah dan Suami. Moga berkekalan dan berbahagia selalu. "
Amin. Insya-Allah. (saje highligt warna hijau sebab itu tema wedding dia..)

Berseri-seri muka dia di sisi suami.
Tumpang gembira sekali di hari bahagiamu.
Aik, jurugambar pun nak masuk kamera. 

Saya? Ok-ok. Faham. Mesti nak tanya bila pula giliran saya kan? Susah nak jawab soalan tu sebenarnya..Saya tahu ramai yang tertanya-tanya bilakah saya bakal menamatkan zaman bujang saya ni..Saya tak boleh nak uar-uarkan lagi sebab belum berbincang dengan serius. Tapi perancangan itu ada. Tapi untuk entry khas ini, saya kongsikan persoalan yang sering bermain di fikiran kita semua bila sentuh soal kahwin muda or kahwin awal..termasuklah orang yang sedang menulis ni..hihi.

1. Sudah bersedia ke?

Insya-Allah secara zahirnya, kita semua sudah bersedia untuk berumah tangga. Dalam menempuh alam rumah tangga tidak semua sempurna. Proses untuk belajar sentiasa berterusan. Setiap pengalaman adalah pelajaran baru bagi kita. Jadi, istilah sedia atau tidak, itu bukan persoalannya. One's kita melangkah ke alam perkahwinan, kita akan belajar untuk bersedia dengan sendirinya. 

2. Best ke kahwin ni?

Pada saya perkahwinan bukanlah seperti yang selalu kita lihat dalam cerita korea atau movie ala romantis begitu.. Yang dipaparkan hanya masa suami isteri itu menunjukkan loving each other. Nampak sweetnya.. Tapi sebenarnya,perkahwinan bukan hanya kita dan suami sahaja tapi memerlukan banyak komitmen dan tanggungjawab kerana kita menyatukan 2 keluarga yang berbeza. Nanti perlu bijak membawa diri dan menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Belum tentu kita akan biasa. Entah saya mampu atau tidak memenuhi komitmen sebagai anak, menantu dan isteri  nanti? Takut pula memikirkannya.

3. Umur masih muda, kenapa nak terburu-buru?

Okay, setiap kita ada cita-cita dan impian. Saya ada cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, saya dapat peluang itu. Dalam masa yang sama saya impikan jodoh yang baik, yang mampu menjadi imam dalam membina baitul muslim yang sakinah, mawadah wa rahmah. Tak perlulah yang hanya memakai kopiah di kepala setiap masa tapi tidak memahami diri kita. Cukup jadi diri sendiri dan berusaha untuk jadi lebih baik. Itupun sudah cukup. Alhamdulillah, calon juga sudah ada. Cuma,saya tak sangka secepat ini. 

Zaman belajar adalah zaman di mana kita bebas melakukan aktiviti dan berkawan. Mungkin kalau sudah berkahwin, masa kita dengan kawan-kawan akan terbatas. Jadi, hargai masa single yang kita ada bersama kawan-kawan sepuas-puasnya. Kelak, kita pasti akan merinduinya dan kita tidak akan menyesal bila nanti kita sudah berkepit dengan suami saja.

4. Hubungan jarak jauh, boleh ke?

Sesetengah kita mampu untuk melakukan 2 kerja dalam 1 masa. Contohnya, berkahwin sewaktu belajar. Malah mungkin akan lebih meningkatkan semangat untuk menuntut ilmu. Ya, saya impikan begitu. Walaupun sampai berpisah benua, contohnya Farah Lee dan Ally Iskandar yang tetap berkahwin walaupun Farah belum habis pengajian. Ini menunjukkan jarak bukan halangan utama.. 

Setakat Terengganu - Perak , apalah sangat, kan? Apapun, pengorbanan memang diperlukan dalam kehidupan ini. Perlu bijak manage waktu. Seperti yang saya katakan, lebih baik fokuskan satu persatu. Secara normalnya, sebagai seorang wanita, tempatnya adalah di sisi suami,kan? Kalau tempat pengajian dekat dengan tempat kerja suami tiada masalah. Tapi jangan sampai extend pengajian sudahlah..

5. Bercinta sebelum kahwin vs bercinta selepas kahwin

Saya tak tahu orang lain tapi saya impikan bercinta lepas kahwin. Buat apa nak couple lama-lama? Tunang kan lebih baik? Dah tunang, Buat apa tunang lama-lama..kahwin je terus. Terjaga juga hubungan tu. Benar, saya setuju. Susah nak jaga hubungan dalam tempoh bertunang. Walaupun ia satu tempoh perkenalan, batas-batas harus di jaga. Banyak ujiannya ketika tempoh bertunang. Kalau ibu bapa tidak memantau, kita akan bebas. Sebab itu penting restu ibu bapa. Ibu dan bapa memberi kepercayaan jadi tugas kita untuk menjaga kepercayaan yang di beri. 

Saya faham apa yang wanita inginkan. Kalau yang masuk meminang itu, boleh dikatakan Mr. Perfect (beragama, hensem, bekerjaya, baik hati) sayapun nak kahwin awal begitu. Tapi apa yang kita takutkan adalah sebaliknya. Kalau secara luaran kita tidak suka, bagaimana mahu membina rasa cinta dan menyemai benih kasih dalam hubungan. Sebab itu, berkenal-kenalan itu penting. Tapi biarlah bersederhana. Kerana bimbang kalau selepas kahwin tak sweet dah atau bimbang kita mengubah pasangan kita menjadi seperti yang kita nak. 

Kita mesti tahu, tiada yang sempurna di dunia ini. Jadi belajarlah menerima dirinya. Tapi dalam tempoh itu juga tiada salahnya kita berubah menjadi lebih baik tapi dalam masa yang sama kita menjadi diri sendiri. Itu lebih bagus, kan?  

Memikirkan bagaimanalah perjalanan hidup saya nanti.


Tolong doakan kebahagiaan saya dan dia.

Tapi apa juga sebabnya, saya ada sebab yang lebih kukuh. Saya mahu raikan hari bahagia saya yang sekali seumur hidup itu dengan meriah dan penuh rasa gembira. Kepuasan saya adalah apabila melihat wajah ibu bapa saya bahagia. Saya ikut yang mana yang lebih baik. Saya faham, abah mungkin ada merancang untuk anak sulungnya sebelum abah melepaskan anak gadisnya pada orang lain.. Ah, tiba-tiba rasa sebak pula..Maafkan saya andai saya tidak menjadi anak abah yang baik :( 


Jadi, tentu abah lebih mengenali dan memahami anaknya bagaimana. Saya hanya mengikut aturan dan rancangan yang telah dipersetujui. Abahkan wali yang akan menikahkan saya di hari bahagia saya nanti. Apa salahnya saya puaskan hati mereka dahulu. Terus sabar dan yakin pada perancangan mereka. 

Ini hadiah saya untuk Pikah dan suaminya.
Harap mereka sukakan hadiah saya ni..


Sedikit perkongsian yang cuba disampaikan oleh Ustaz Pahrol untuk pengantin dan bakal pengantin.

Si dia juga menghadiahkan buku yang sama untuk saya. Saya sendiri belum habis membacanya.
Semoga tercapai impian ini.

Alkisahnya, saya dan adik-adik pergi ke kenduri Pikah dengan ditemani si dia. Dia ditugaskan sebagai driver kami pada hari tersebut. Saya bajet sampai sebelum pukul 3 petang. Tapi jangkaan saya meleset apabila kami terperangkap dalam jem. Sedih sangat. Cuaca pula tidak berapa baik. Dari saat kami bertolak lagi, hujan turun dengan lebatnya. Sangat kecewa hari itu.

Akhirnya kami sampai pukul 3.30 ptg. Khemah pengantin kosong. Tetamu juga semua sudah pulang. Yang tinggal saudara mara sahaja. Pantas kaki ini melangkah ke rumah. Lega, sempat juga berjumpa dengan ex-Taayah. Tapi masing-masing terkedu melihat saya. Mereka tidak mengecam saya mungkin kerana fizikal dan penampilan saya yang sudah banyak berubah berbanding 5 tahun yang lalu..

Alhamdulillah, walaupun perjalanan tidak berjalan lancar tapi saya bersyukur kami semua selamat tiba ke destinasi yang ingin di tuju. Nasib baik masih ada makanan untuk kami. Sempatlah saya tangkap gambar dengan Pikah dan suami. Maaflah Pikah, kerana datang terlalu lewat. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Untuk terakhir sekali, hadiah khas untuk semua..

Ambil berkat pengantin, nampak?hihi

Wallahualam.

31 October, 2012

My latest activities updated.



Bismillahirahim
Assalamualaikum

Hai..apa khabar?Asyik tanya apa khabar je kan?Alhamdulillah. Harap semua baik-baik saja. Saya baru saja pulang ke Terengganu. Dalam 2 minggu lagi saya balik semula ke Taiping. Dah seminggu berlalu. Tinggal seminggu saja lagi nak balik kampung. Insya-Allah. Kali ini doakan semoga perjalanan saya dipermudahkan. 

Perjalanan sebelum ini macam-macam dugaan yang menguji.Terbalik pula, selalunya nak balik kampung lah banyak halangannya. Ada kelas lah, ada test lah, tiket habis lah dan sebagainya. Tapi demi nak balik juga, terpaksa kuatkan semangat. Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Membuatkan hati ini rasa tak mahu balik Terengganu. Mungkin sebab masa nak balik hari tu Allah benar-benar mempermudahkan urusan saya. Saya balik dengan senang hati tanpa terpaksa ponteng kelas. Apapun semuanya ada hikmahnya.

Okalah seperti yang dijanjikan, saya akan share aktiviti saya. Macam biasalah, malas nak cerita panjang-panjang. Kalau cerita sampai esok pun tak habis kot. Hihi..Oklah, mula-mula nak story dulu pasal pergi Sekayu. Lepas tu update pasal forum dengan movie. Selamat melihat!

Masa untuk bergambar dalam air.
Sejuk la. Tu yang peluk Kak Nurul tu..hihi.
Budak laki masak berbeque ayam.
Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun. Jangan jeles.
Tukar hadiah dengan Kak Dayah. Saya dapat bantal Sponge Bob. Yeay!

Baiklah, seterusnya saya dan kumpulan saya bertungkus lumus menyiapkan assignment kami iaitu forum dan movie. Forum dah selesai. Tapi lakonan belum selesai lagi.

Muka cuak bila nak buat forum.

Happy lepas habis forum English.

Masa praktis berlakon untuk movie English.

Sibuk je rabbit nak berlakon sekali..hihi

Habis berlakon. Bersantai di depan rumah.
Sekarang nak selitkan gambar saya dan kawan-kawan sekejap. Inilah satu-satunya hobi yang tak boleh kami tinggalkan. Biasanya waktu-waktu senggang kami isikan dengan aktiviti ini. Tengok bawah pokokpun boleh jadi tau!

Bergambar sebab kelas batal.
Tengah menanti kedatangan lecturer.

Itu sahaja latest aktiviti yang saya lakukan di Terengganu bersama kawan-kawan. Matapun dah ngantuk. Saya nak tidur dulu. Kalau diberi masa dan ruang lagi, akan saya coretkan lagi kisah saya di sini ya.Selamat malam semua!

Wallahualam.



24 October, 2012

Rindu pada ex-roomate!!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Apa khabar? Saya baik-baik sahaja. Happy sangat dapat balik rumah. Segala perasaan yang berkecamuk saya tinggalkan di Terengganu. Sekarang musim hujan. Kepala selalu sakit-sakit. Mungkin kena hujan kot. Kelas pula bermula seawal pukul 8 pagi. Pagi-pagi dah belajar dalam aircond. Bayangkanlah nak mandi pagi-pagi airnya sejuk macamana.. Dah mula selesema ni. Saya harap saya tak demam kat rumah..Sedih kot kalau demam. Dalam sehari lagi nak balik, mood hilang. Tak best kalau kita balik, ada kawan-kawan yang tak balik. Raya di perantauan memang menyedihkan. T_T

Insya-Allah, semuanya akan baik. Bukan tak best apa, cuma hati ni risaukan kesihatan diri. Tambahan pula, risaukan juga 2 kelas yang terpaksa skip tu. Nak buat macamana. Redha aje laa..Alkisahnya, hari last sebelum bertolak balik malam tu, dapat makluman bahawa kesemua kelas hari Rabu dan hari Khamis, dibatalkan! ALLAHUAKHBAR! Bak kata kak Nurul, seronok sampai melompat keteteng. (entah betul ke tak bunyinya..hihi..)

Bukan apa.. penat la.. busy sikit. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian.Dengan forum dan presentation nya. Assigment dan program 1Citizen lah. Eh, lupa baru-baru ni kami pergi Sekayu. Best dapat mandi tapi lagi best kalau tak hujan. Nanti saya share kalau berkesempatan. Sebelum itu, saya nak share sesuatu pasal roomate saya. Boleh kan?

Okaylah.. Entah kenapa beberapa hari ni asyik ingat kat ex-roomate. Setahun bersama dengannya. 2 sem lebih kurang. Saya bukan saja mengenali dirinya tapi juga keluarganya. Malah masih berhubung dan bertegur sapa setiap kali bertemu mereka. Ada lah dalam 2 ke 3 kali ke rumah mereka. Maklumlah menumpang barang dekat rumahnya semasa cuti panjang hari tu. Macam saya katakan dulu situasi sudah berbeza. Dulu di asrama sekarang duduk di luar. Mungkin perubahan itu mewujudkan perasaan rindu pada ex-roomate dulu.

Suatu yang bersyukur sangat pada Allah, saya dikurniakan sahabat-sahabat yang baik di sisi saya. Saya sedar, saya bukanlah kawan dan sahabat yang baik untuk mereka. Kadang-kadang saya suka manjakan diri dan minta diberi perhatian. Jauh disudut hati saya ingin mereka tahu saya sayangkan mereka. Tapi kalau mereka fikir saya sekadar mengada-ngada dan menyusahkan, saya minta maaf. Saya juga tak nafikan saya seorang yang sangat sensatif. Saya seorang yang kuat menangis dan tak suka dikasari. Kalau saya ada buat silap, tegurlah dengan cara berhemah. Insya-Allah saya menerima dengan hati yang terbuka. Kadang-kadang kita sendiri boleh tahu sama ada teguran kita itu dapat diterima atau tidak berdasarkan mimik muka. oh, lagi satu teguran bukan 1 arahan. Kita sudah tegur terpulang padanya untuk berubah atau tidak.

Terus-terang saya katakan di sini bahawa, saya tidak pandai mengekpresikan rasa sayang saya dan perhatian saya pada mereka. Bukan kerana saya benci atau dingin..tapi saya pernah melalui episod dimana kawan tikam kawan, kawan tikam belakang, kawan ambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan. Mak yang tahu saya bagaimana, sering menasihati saya supaya jangan terlampau baik pada orang takut orang ambil kesempatan. Saya pernah terluka kerana itu. Dan kerana terlampau lebihkan kawan, saya telah melukakan hati ibu sendiri. Sebab tu kini, apa juga yang saya lakukan, selalu saya dahulukan mak sebelum kawan. Maafkan saya jika itu tidak menyenangkan hati.

Saya tak nafikan, sebagai manusia biasa, mungkin saya juga kadang-kadang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Tapi kalau dia ikhlas atasnya, InsyaAllah, saya akan memberikan sesuatu yang lebih besar dari itu, lebih besar dari wang ringgit, iaitulah doa untuk dia. Apa yang saya katakan ini benar-benar berlaku. Saya ada seorang kawan yang sangat baik dengan saya. Saya sayangkan dia sehingga saya doakan dia dalam doa saya supaya dia berjaya dalam peperiksaan STAM. Saya masih ingat lagi. Kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu saya dia dapat pangkat MUMTAZ. Saya sangat bangga. Sedikitpun tiada perasaan cemburu walaupun ketika itu saya masih  belajar di Tingkatan 6. Kuasa doa seorang sahabat, kan?

Jadi, berbalik pada roomate saya ni, boleh tak kata dia lah roomate yang terbaik yang pernah saya jumpa? Dia sangat memahami dan caring. Ya Allah, terus-terang saya bangga mengaku dia sebagai roomate. Dia baik. Sangat baik. Malah lebih baik dari saya. Malu saya bila bersama dengannya. Tapi saya suka kalau orang lebih baik dari saya. Sekurang-kurangnya saya akan berusaha menjadi seperti dia. Best tau jadi orang baik ni.. Nak jadi orang baik tak perlu disuruh dan di arahkan. Buat dengan tindakan itu lebih baik.  Bukan speak louder than action, right?

Sedang saya rasa perlukan dia, pagi sebelum saya bertolak balik ke kampung, ditakdirkan Allah, saya bertemu dengannya di kafe. MASYA-ALLAH. Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama. Teringatkan saya. Segala perasaan yang tak menentu hilang sebaik terpandang wajahnya. Dia bukan seorang yang cantik tapi hatinya cantik membuatkan saya suka mendekatinya. Rasa tenang saja. Apalah guna menjadi cantik kalau hati tak cantik. Masa saya sebilik dengannya, orang menghormati saya sepertimana orang menghormatinya. Itulah kesan ada roomate yang baik. Inilah satu-satunya gambar yang sempat kami tangkap bersama. Satu-satunya gambar yang ada dalam simpanan saya. Satu-satunya gambar yang buat saya kembali bersemangat.

Banyak persamaaan antara kami berdua. Boleh perasan kan?

Saya ingat lagi, kalau saya bersedih saja, dialah orang pertama yang akan bertanya samaada saya okay atau tidak. Saya terharu. Apatah lagi kalau saya ada masalah, pasti cepat saja dia bertanya. Kemudian, kalau dia ada makanan, selalu saja berkongsi dengan saya. Walaupun saya menolak tetap dia berikan juga.  Dia juga kalau nak sentuh barang saya mesti minta izin dulu. Walaupun tujuannya untuk mengemas. Sebenarnya saya tak kisah tapi saya lebih suka begitu. 

Ahhh, boleh tak kata saya rindu kat dia? Saya nak duduk sebilik dengan dia lagi.. Kami selalu share nasi dalam satu pinggan. Minum guna straw yang sama. Cawan yang sama. Setiap kali tak ada kelas, kami akan lepak-lepak sambil berbincang, berkongsi pendapat dan pandangan. Dia suka dengar teori saya yang merapu-rapu tu. Dalam erti kata yang lain, dia suka share masalah dan minta pandangan saya. Katanya dia suka dengar apa yang saya cakap. Dia juga suka beri kata-kata semangat. Kegemaran kami suka menampal kata-kata semangat di dinding, meja study dan loker bilik.

Dan dia sangat supporting dan tidak jumud. Itu yang paling membuatkan saya suka sangat duduk sebilik dengan dia.Sesetengah orang fikirannya agak sempit dan jumud. Selalu dia mengusik perihal saya yang sudah bertunang. Boleh pula dia cerita pada keluarganya tentang perkara itu. Blushing pula dengan familynya. Kemudian, tidak lah sampai dengar lagu, lagu nasyid saja. Tawadhuk dan sunyi sepi saja bilik jadinya. Kami masih melayan lagu sentimental. Jiwa dia jiwa saya. Dia suka dengar radio IKIM dan yang membuatkan saya bertambah tertarik untuk dengar sekali radio IKIM adalah semasa slot Ust Pahrol Juoi dengan Prof Dr Muhaya. 

Kalau pagi saya sambung tidur, mesti dia akan jaga-jaga takut saya terjaga. Dia tak buka lampu. Dia memang macam saya. Tak suka ganggu orang tidur. Dia selalu saja terkena gastrik. Bila dia gastrik rasa kasihan sangat. Mesti dia guling-guling kesakitan. Kesian sangat. Setiap kali hujung minggu dia akan pulang ke rumah bersama dengan family dia. Sebab tu kadang-kadang hujung minggu, saya akan lepak dengan Sal dan Naim.

Saya selalu bangun awal pagi. Kadang-kadang sebelum subuh. Kami pernah solat jemaah bersama. Selalunya dia tak mahu jadi imam. Biasanya sayalah imam, dia makmumnya. Kadang-kadang saya paksa juga dia jadi imam. Hihi. Jahat juga saya ni. Kadang-kadang kami study sama-sama.

Saya sangat sayangkan kawan-kawan saya kerana Allah. Sometimes, ada antara mereka yang sering mengecilkan hati. Selalu saya pujuk hati saya dengan mengatakan bahawa setiap orang berbeza-beza. Saya ambil pendekatan buat tak tahu saja. Lama-lama rasa sakit hati itu akan hilang sendiri. Bersabarlah menghadapi ragam dalam berkawan. Sebenarnya itu yang membuatkan persahabatan menjadi lebih indah. Saya sudah ada lebih dari cukup dengan apa yang ada pada saya, jadi layakkah saya meminta mereka memahami situasi saya? Saya yang harus memahami situasi mereka dan lebih bijak dalam menyelesaikan masalah. Percaya pada kuasa doa. What you do you will get back!


Insya-Allah sama-samalah kita menjadi hamba yang mencari keredhaan Allah. Buktikan bahawa kita bukan sekadar bersahabat di sini tapi juga kita akan bersahabat di jannah sana nanti. Saling mendoakan kebaikan orang lain. Walau rugi di dunia, Insya-Allah balasannya di akhirat sana. Okaylah, setakat ini, saya membebel panjang. Nanti ada rezeki, masa dan waktu saya akan tulis entry lagi. Oh, please..doakan kesihatan saya. Amin.

04 October, 2012

New life, different life (part2)


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum,

Apa khabar? Saya minta maaf. Saya janji nak kongsi cerita saya di sini. Tapi entahlah.. Sibuk pula jadinya. Sampai saya tak tahu nak cerita pasal apa. Apa yang saya selalu share biasanya tentang apa yang saya rasa menarik untuk saya ingati dan simpan kenangan ini sebagai memori indah dalam hidup saya. Sepanjang cuti hari tu, setiap hari kami keluar berjalan. Nak tahu apa yang kami buat sepanjang cuti yang saya gaduh bosan sangat tu? Malas nak cerita satu-satu. Nah, tengok saja gambar-gambar ni.


Makan dekat kafe Niyang Rapik.
Jalan-jalan dekat ICT.
Tengoklah tu sampai panjat pokok.
Lupe nak kenalkan lagi 2 orang housemate saya.  
Nilah Kak Dhira dengan Amie.
Menikmati pemandangan sungguh.
Tengok ape tu?
Gadis-gadis ayu di pesisiran pantai.
Tak habis-habis buat peace kan?Tak ade gaye lain ke?hmm..
Dah cukup cukup sudah. Bosan.
Biarlah gambar-gambar ini berbicara betapa happynya dapat keluar berjalan-jalan. Bosanpun hilang tapi kena redhalah kalau terpaksa keluar duit lebih sikit. Nasib baik saya bukan jenis yang suka shopping sangat. Daripada habiskan duit shopping, baik saya habiskan duit jalan-jalan. Bukan jalan-jalan ke tempat yang mahal-mahal tu. Jalan kat tempat macam nipun ok juga. Tambah tak ada orang. Kalau malam penuh la kot. Tapi saya ini memang teringin macam-macam cuma saya masih mampu mengawal lagi keinginan saya setakat ini.

Baiklah, ada sesuatu saya nak share di sini. Sesuatu yang saya rasa cukup menarik. Sebaik habis kelas mantik pagi tu saya duduk melepak di situ kerana yang lain ada mesyuarat. Kemudian telefon pun berdering. Selesai saja bergayut, tiba-tiba saya didatangi seorang adik classmate saya. 

"Kak sape telefon?abang ye?Hm, akak saya baru tahu akak dah bertunang masa kelas BI hari tu.." Katanya beserta wajah yang penuh exited. Saya tersenyum bila teringat hari itu. Rasa malu pula. 

"Alah, tunang baru dik. Belum kahwin lagi."Jawabku berseloroh. Kemudian bertubi-tubi soalan dilemparkan pada saya. Sudah jadi macam rancangan melodi rasanya. 

"Akak, saya nak tanye apa perasaan akak bila dah bertunang? Mesti best kan? Kak, bila nak kahwin?" Tanyanya. Itu okayla lagi. Soalan itu biasa sangat ditanya oleh sesiapa saja yang mengenali saya. Tapi ada  soalan cepumas yang ditanya yang kalau salah jawab silap haribulan boleh jadi lain. Soalannya lebih kurang beginilah.

"Alahai, lamanya akak tunang..Katakanlah akak tersuka orang lain dekat sini macam mana?"Tanyanya. Jawab saya,

"Insya-Allah. Kalau dia jodoh akak, datanglah yang baik macam mana sekalipun, akak tetap dengan dia juga akhirnya. Kalau benar itu terjadi pada akak, akak tak fikir itu akan mengganggu hubungan kami. Akak faham, biasalah kalau itu terjadi tapi suka tak bermakna ingin memiliki. Akak sudah ada orang cop. Jadi akak tak rasa teringin nak kenal dengan mana-mana lelaki. Bukan ke sepatutnya lelaki yang cari kita bukan sebaliknya? Lagi satu sebabnya, akak lihat manusia ini bercinta melalui 2 cara. Pertama, dari mata ke hati. Kedua, dari hati ke mata."

"Apa maksud akak? Saya tak faham." Mukanya berkerut minta penjelasan. Saya memang suka buat teori sendiri. Maklumlah, saya kan suka menganalisis sesuatu perkara itu.

"Begini, orang selalu salah faham dengan konsep ini. Akak tak kata semua tapi selalunya ini yang terjadi. Pertama, dari mata turun ke hati. Kita jumpa dengan orang yang kacak atau cantik contohnya..terus jatuh hati. Sedangkan kita tak kenal hatinya bagaimana. Ya, memang kita boleh mengenalinya selepas itu tapi hakikatnya kita telah dibutakan dengan kecantikannya sehingga kadang-kadang kentut yang busuk dirasakan wangi. Begitulah perumpamaanya.

Kedua, dari hati ke mata. Kita tak pernah berjumpa dengannya. Tiba-tiba dia cakap nak kahwin dengan kita. Macamana nak kahwin kalau tak ada perasaan suka? Kita bermujahadah dengan hati kita. Kita banyak mohon petunjuk Allah supaya diberikan jawapan atas istikharah kita. Apabila hati terasa benar-benar yakin  maka, kita terima dia dengan penuh redha. Dalam tempoh bertunang itulah kita perlu jaga hubungan itu sebaiknya. Dalam proses itu sudah tentu banyak ujian. Maka kita perlu sama-sama menguatkan antara satu sama lain. Perkahwinan bukan sehari dua tapi seumur hidup Insya-Allah. Sebenarnya bila hati dah suka segala yang dia tunjukkan di mata kita terasa begitu sweet dan indah. Kerana kita nampak kesungguhannya itu."

Terdiam adik ini mendengar bicara saya. Saya lihat dia mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju. Dia bangun apabila kawannya mula memanggilnya pulang.

"Alaa..tak puas sembang dengan akak. Akak, cepat-cepatlah kahwin ya. Saya tak sabar nak tengok akak kahwin." Bisiknya perlahan sambil menepuk lembut bahu saya. Dia sempat memberi lambaian terakhir sebelum pintu bilik kuliah itu ditutup. Saya hanya mampu tersenyum dan mengaminkan. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Saya tak perlukan apa-apa lagi kecuali doa dan restu orang tua. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Untuk waktu ini, dia memberi saya peluang untuk kejar cita-cita. Maka, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Memang tidak mudah tapi sekurangnya-kurangnya saya rasa puas dapat bersama-sama kawan-kawan dan bakal menggenggam segulung ijazah. Aduh, tak sabar rasanya bila membayangkan. Sudahlah, tak mahu tamak. Tak mahu berangan lagi. Perjalanan masih jauh. Masa masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin ya Rabal Alamin.

Wallahualam.