Saya ingin panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT, pemilik alam ini.. Tiada daya upaya melainkan atas kehendaknya.. Saya ingin menulis lama-lama tapi saya ada kelas nanti..Dan saya tidak boleh tunggu lama untuk kongsikan berita gembira ini.. Sebagai peringatan bahawa Allah masih sudi memberikan saya kenikmatan dan kebahagiaan ini.. Saya tak akan lupa. Alhamdulillah ^_^
Seminggu dua ni saya sentiasa beringat dalam berbelanja. Saya bimbang kalau sampai saya terpaksa telefon mak cakap,
"Mak..duit habis..boleh masukkan lagi duit?"
Saya tahu saya anak sulung kepada lima orang adik. Dan saya tak ambil PTPTN langsung. Semuanya mak dan abah yang tanggung. Adik-adik masih kecil dan sudah bersekolah semuanya. Adik kedua akan pergi ke Perancis. Adik ketiga nak sangat sambung belajar ke Jordan. Abah nak buah rumah. Mak pula nak pergi umrah bulan 6 ini. Sebagai anak yang sulung, saya sedar keluarga saya sangat memerlukan duit saat ini untuk uruskan segala urusan tersebut.
Suatu hari, kawan saya bertanya,
"Atin dah bayar yuran untuk sem ni?"
Saya terkejut. Sungguh. Yang saya tahu yuran dibayar untuk 1 tahun bukan untuk setiap semester. Saya cek semula pembayaran yuran saya untuk semester ini. RM 1317. Bulat mata saya. Saya terus menelefon ibu saya memberitahu berkenaan dengan yuran tersebut. Tenang ibu menjawab.
"Nanti mak masukkan ye sayang.."
Sebaik meletakkan ganggang telefon, air mata saya mencurah-curah membasahi pipi. Saya tak tahan. Kasihan mak dan abah.. Kawan-kawan memujuk. Memahami keadaan saya. Fikiran saya mula terasa berat. Saya benar-benar rasa sedih. Sampaikan saya boleh kata pada mereka..
"Korang, ni yang rasa tiba-tiba nak kahwin ni.. Sekurang-kurangnya suami dah tanggung.." =(
Untuk seketika saya terus terfikirkan hasrat mak pada saya.
"Kaklong, belajar sungguh-sungguh..Kalau boleh dapatkan semua A tau.."
Kata-kata itu sedikit sebanyak menjadi bebanan buat saya. Dalam keadaan sebegitu,saya semakin letih menempuh hari-hari yang sibuk ditambah dengan kelas yang penuh. Masa rehat yang ada sering terganggu bila memikirkan mengenai assignment yang bertimbun-timbun. Pendek kata saya tak dapat fokus dalam kelas dan saya menjadi semakin sensatif apabila sesuatu yang berlaku bukan seperti yang saya nak. Saya tak dapat kawal perasaan walaupun saya tahu saya tak sepatutnya begitu. Saya harus berfikir rasional dalam menghadapi apa jua masalah yang ada. Sebab itu, saya sungguh kecewa dengan diri sendiri.
Setiap malam saya berfikir bagaimana nak cari duit. Saya makan berjimat-cermat. Tapi tak adalah sampai berlapar. Cuma belajar untuk tidak membazir dan berkongsi. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Saya yakin rezeki saya pasti ada. Saya akan tetap bergantung dan percaya pada Allah.
Alhamdulillah..semalam mak memaklumkan berita gembira ini. Sungguh. Allah begitu sayangkan saya. Allah berikan ujian buat saya. Saya cuba bersabar walaupun kadang-kadang terbabas juga. Almaklumlah, saya cuma manusia biasa. Sekali lagi Alhamdulillah. Saya berjaya mendapat bantuan baitulmal. Di saat saya dalam kesempitan.. Allah berikan bantuannya dalam keadaan yang tak disangka-sangka.
Di dalam sujud saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Air mata mengalir laju di saat saya menadah tangan memohon keampunan atas kekurangan diri saya. Mujur, Allah tak pernah tinggalkan saya.Alhamdulillah, Allah makbulkan impian ini. Semoga saya dapat menggunakan peluang dan ruang yang ada dengan sebaiknya. Amin ya Rabal Alamin.. ^_^
Sukarnya untuk mendidik diri agar bersyukur lebih mudah daripada menerima akibat daripada sikap tidak bersyukur.
Rasa bersyukur itu hanya timbul dari hati yang melihat apa yang telah ada bukan pada yang tiada.Namun sikap kita manusia biasanya... Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Kita sering menghitung kesukaran bukan kesyukuran. Ya Allah bantulah hati kami untuk bersyukur atas nikmatMu yang tidak terhitung ini. Amin.