Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..
Suasana di hostel semakin sunyi sepi. Semua orang sudah pun bertolak menuju ke destinasi masing-masing. Tidak mengapa..Sabar ya..Esok kita balik ya.. Baiklah, hari ni saya terasa nak tulis entry tentang wanita yang dilahirkan cantik sejak azali lagi. Kata orang, untung menjadi seorang yang cantik.. Pada saya,beruntung atau tidak menjadi wanita yang cantik ini bergantung kepada cara dia menonjolkan kecantikan tersebut. Saya setuju, kecantikan itu subjektif..dan saya cukup yakin bahawa kecantikan semulajadi itu datang dari keyakinan pada diri sendiri.
"Macamana nak yakin kalau diri ini memang tak miliki raut wajah yang menarik dan sedap mata memandang?"
Saya fikir, bukan kebahagiaan itu terletak pada kecantikannya semata-mata.. mungkin dari satu aspek itu dia kurang tapi dia temui kebahagiaan dari aspek yang lain. Contohnya, walaupun dia tak cantik bukan beerti dia tak bahagia.. Dia ada kawan-kawan yang always caring pada dia yang mana si cantik manis tidak miliki.. mungkin saja si cantik manis itu dicemburui dan tidak disenangi oleh rakan-rakannya kerana keegoan dan perasaan bangga pada kecantikannya, misalnya.
"Jadi, bagaimana nak yakin diri?"
Saya suka katakan ini.. mensyukuri apa yang kita miliki adalah darjat paling tinggi untuk mencapai kebahagiaan.. Cuba fikir dan renungkan, bukan semua yang cantik itu bertemu jodoh dengan cepat.. ada yang terlalu memilih sehingga umurnya meningkat tua.. ada juga terlalu cantik dan hebat sehingga lelaki takut untuk mendekatinya.. Jadi saya balikkan semua itu kepada jodoh dan takdir Allah SWT. Yakinlah dan berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik tanpa henti.
Saya bukan merendahkan mereka yang berperwatakan menarik ini.. Saya tidak mencemburui. Saya sendiri bimbang andai diri saya menjadi tarikan pada mana-mana lelaki. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Tapi saya sedar dan akui fitrah wanita sukakan kecantikan.. Mungkin saya juga tergolong dalam golongan tersebut.
Kalau boleh saya tidak mahu memilih kecantikan mendahului keyakinan..Biarlah keyakinan itu yang menjadi kunci kebahagiaan saya..
Saya harap saya dapat menjaga diri saya untuk si dia yang Allah pilihkan untuk saya akan datang.. Saya hanya ingin kelihatan cantik dimatanya suatu saat nanti.. Mudah-mudahan Allah pelihara diri dan hati saya daripada sebarang perkara yang tak diingini sehingga tiba masa dan detiknya. Saya yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan saya akan terus berdoa mudah-mudahan saya terus kuat menghadapi hari-hari yang mendatang.Insya-Allah.
Wallahualam.
05 April, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment