Rasanya dah terlalu lama saya tak post apa-apa di sini. Saya sibuk. Sungguh. Hati saya tak berapa baik. Mungkin saya perlukan masa untuk berfikir. Mungkin saya perlukan ruang untuk menyendiri atau mungkin saya perlukan sokongan untuk terus berdiri. Saya letih. Sungguh. Kadang-kadang hati ini terlalu banyak karenah untuk dituruti.
Apapun, saya masih yakin seandainya saya dapat bersabar dengan apa yang saya rasakan ini, hikmahnya akan Allah beri dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Lagi kita sayang Allah, lagi Allah sayang kita. Haha. Macam budak-budakkan? Itu saja caranya saya pujuk hati ini.
Namun, ada masanya kita akan diberi masalah supaya kita beringat. Saya tak nafikan membantu kawan-kawan yang berada dalam masalah lebih mudah daripada menyelesaikan masalah sendiri. Kadang-kadang satu kepuasan bagi saya apabila saya berjaya menolong kawan saya. Tetapi apabila masalah menimpa diri sendiri, saya tak mampu untuk menyelesaikannya. Bukan sebab saya tak kuat. Bukan juga sebab saya seorang yang lemah. Sebab apa? Sebabnya, kita tak pernah puas hati dengan diri sendiri. Ini normal. Jika kita mempunyai masalah di saat kawan-kawan kita juga memerlukan kita, bantulah mereka sedaya yang mampu. Ketika itu, pasti Allah akan membantu kita melupakan masalah kita untuk seketika.Itulah caranya Allah memberi hikmah disebalik ujian yang menimpa. Indahkan aturan Allah?
Apa yang saya ingin katakan di sini, saya bersyukur sangat-sangat kerana sekurang-kurangnya saya masih ada orang yang sentiasa mendoakan saya, menemani saya, memberi kata-kata nasihat,sokongan dan dokongan yang tak berbelah bahagi. Poyo je kan? Apapun,bila semua yang jadi kepada kita tidak seperti apa yang kita mahu, pulangkan kembali pada Allah. Dah banyak kali kan cakap? Tak apa manusia memang mudah lupa. Biar cakap banyak kali pun asal semuanya akan baik.
Semoga Allab beri saya kekuatan untuk menempuhi perjalanan yang masih panjang ini. Cukuplah saya mengadu pada Allah kerana Allah berfirman dalam Surah ali Imran, ayat 160;
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada apa yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu selepas itu? Kerana itulah, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal."Ayuh, senyumlah Fathin..walaupun apa yang kau sembunyikan itu sebenarnya pahit. Bila kita akan rasa benar-benar BAHAGIA?Apabila Allah kabulkan impian kita.. Impian saya? Saya belum bersedia untuk berkongsi. Insya-Allah kalau impian saya tercapai, baru saya akan beritahu. Untuk ketika ini, biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Allah..
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment