Cuti mid-term hampir bermula. Saya menghitung hari untuk pulang sebenarnya. Tak sabar nak jumpa adik sepupu saya, ADNI HUMAIRA.. Sama kan dengan nama kesukaan saya, FATHIN HUMAIRA.. hehe... nak tahu apa yang surprise lagi tak?Dia lahir pada tanggal 25 FEBRUARI 2012.. Sama kan dengan saya? 25 FEBRUARI 1991.. So sweet..Yeayh2x.. ada kawan nak sambut birthday sama-sama ni.. ^_^
Baiklah, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu. Sumber daripada sebuah blog. Entah betul atau tidak, nilailah sendiri. Saya sebagai wanita, lebih mengetahui bagaimana wanita itu sendiri. Saya yakin, bukan semua wanita yang mengikuti kriteria cara berjalan di bawah.. apatah lagi kalau banyak yang negatif..
1'Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Kesimpulannya, wanita ini ciptaan Allah yang paling unik. Allah ciptakan Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam yang bengkok. Oleh kerana itu, wanita ini kadang-kadang sukar difahami tapi mudah diketahui sifatnya. Seandainya si lelaki dapat menjadi pelindung dan penjaga kepada seorang wanita, maka, alangkah bertuahnya menjadi seorang wanita...dan apabila wanita tersebut sudah menjadi milik lelaki tersebut mereka akan saling melengkapi dan memerlukan antarasatu sama lain..kerana wanita itu sudahpun menjadi sebahagian dari diri lelaki tersebut.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment