Love isn't something you find. Love is something that finds you.


09 April, 2012

Cintaku hanya untuk Allah..

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Ya Allah..Engkaulah cintaku yang teragung..tidak akan sewenang-wenangnya aku menyerahkan cintaku pada sesiapa saja..

Ya Allah..walau siapa pun yang hadir mengungkapkan kata-kata cinta untukku, aku tidak akan kalah dengan omongan kosong mereka..

Aku hanya inginkan cintaMu Ya Allah.. Janganlah Engkau serahkan hatiku ini pada sesiapa saja selagi dia belum layak untukku.. Aku harap apabila cintaku jatuh pada seseorang, aku mahu dia juga mencintaiMu ya Allah sebagaimana aku mencintaiMu ya Allah.. Sungguh. Aku harapkan sebegitu. 

Biarkan aku meluahkan sebentar..

Aku tidak pernah memilihmu untukku..Tapi Allah yang telah memilihmu untukku..Aku tidak pernah berharap mencintaimu..Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku untuk memberi cinta ini padamu..Aku tidak bermimpi untuk mendampingimu..Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu..Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu..Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini dan harusku tanggung atasmu..Itulah aku adanya..Tidak pernah berkuasa untuk mengatur hatiku sendiri..Kerana Sang Pemilikku yang telah menentukan harus bagaimana, memberikan rasa pada siapa, menanggung rasa yang bagaimana, aku harus berada di samping siapa dan untuk apa..

Teruskan membaca..kerana aku ingin beritahu sesuatu..


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia . Nanti Allah kurangkan rasa cinta kita kepadanya. Jadi luahkan kepada Allah, beritahulah Allah.. kerana Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita. Cintailah dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya, ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Cukup aku cintainya dalam diam. Bukan kerana membenci hadirnya..tetapi kerana ingin menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia..tetapi meraih syurga-NYA. Cukup aku cintainya dari kejauhan..kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan dari ujian..kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga. Cukup aku cintai dengan kesederhanaan..Memupuknya hanya akan menambah penderitaan, menumbuhkan harapan hanya akan menyalakan kebahagiaan para syaitan.. 

Cintailah dengan keikhlasan, kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ? Keikhlasan Salman Al- Farisi yang berkorban demi sahabatnya bukan saja menunjukkan kepada kita bahawa cinta antara lelaki dan wanita itu indah tetapi juga cinta sepasang sahabat yang  bersahabat ikhlas kerana Allah akan membibitkan kehebatan cinta itu dalam seluruh kehidupan.. 


Jangan dikau memandang rendah hati wanita.. mudah cair dengan gurauan mesramu dan usikan manjamu.. Benar, wanita miliki hati yang rapuh dan lembut. Serapuh mana jua hati wanita itu, mereka mampu menjadi teguh dan kuat selagimana cintanya bergantung pada Allah SWT..sepertimana kisah srikandi Rabiatul Adawiyah.. Cintanya cukup hebat untuk Allah. Subhanallah.. Astaghfirullah..Allahu Akhbar!!!


Sama-samalah kita bercinta kerana Allah..


p/s ; peringatan untuk diri saya sebenarnya..^_^





Wallahualam.

No comments:

Post a Comment