Love isn't something you find. Love is something that finds you.


05 June, 2014

Short Updated!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Lama sudah tak updated blog. Dah bersawang. Dah berhabuk agaknya. Sem yang paling hectic, busy super duper stress adalah sem ni. But, sem yang paling happy adalah sem ni. Camana tu? I dont know. But that is life was. There are always upsite down. But, Alhamdulillah. I do manage my things and my work well.  I keep thinking about future and yes, I will get married. Yaah. Finally.

I feel  exited in the same time I feel scare to start a new life with Him. I always ask myself, can I be a good wife and menantu for His family? Hopefully. I just wanna to be love and to love him for the rest of my life. Together until jannah. Insya Allah.

Please pray for us, me and for him. May Allah protect us. Give HIS bless. Amin.


10 April, 2014

23 tahun sudah :)


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Pecaya tak punya nak taip entry sanggup guna telefon pintar..haha.. Okla, straight to the point. Alhamdulillah dah 23  dah umur ini. Saya pun bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi..Maka, saya sedikit emo bila memikirkan ini tahun terakhir saya menikmati zaman bujang..wuwuwuu..:-[

Malam kejadian, semuanya biasa saja.Pukul 11 lebih cenggitu en tunang call. Katanya nak jadi orang pertama wish..Sedang  ralit sembang tiba2 kawan2 menyanyikan lagu Happy birthday. Terus sebak mengalir air mata laju..Speechless. Tak bole nak gambarkan perasaan tu macamana.

Jam en tunang masa tu belum pukul 12 lagi..Maka sambung balik sembang dengan en tunang. Habis tu masing2 wat hal sendiri je. Malam tu rasa sedih lagi..Cuba tido tapi tak bole..tapi paksa juga sebab ade kelas esok..pejam mata tak tahu tido pukul berapa. 

Pagi tu, Naim cakap hbs kelas dia nak wat tesis. Dia tak balik rumah. Saya pun ok je. Sampai petang  tak balik saya pun tanya la dia bila nak balik. Dia cakap dia ambil bahan tesis kat  k nurul. Dia xleh balik sebab tunggu k zaimah hantar. Sayapun cakap saya bole ambil dia tapi dia tak mau. 

Masa tu saya dah start sedih dah. Napa dia tak mau balik2 lagi. Dia marahkah?Saya ada wat salah ke? Macam2 yang bermain di kepala. Huhu..Pukul 7 tak balik saya tak bole sabar dah. Saya pegi bilik dorang sambil nangis2. Teruk gila saya nangis. Dah macam orang putus cinta..haha..

Saya cakap kalau Naim tak balik juga saya nak keluar. Nak belanja makan bege kanteng kononnya.Naim balik elok2 azan magrib.  Masa Naim balik saya dah nangis sampai termuntah2. Sebabnya saya tak makan sehari sebab tak lalu makan. Saya rindu sangat kat keluarga terutama mak.. masa tu mak belum telefon lagi. Kalau telefon comfirm drama air mata lagi.

Masa tu fikiran jahat pun muncul..tu la  kenapa la kene kawin awal. Tak puas lagi nak bermanja dengan mak dengan kawan2 semua. Pastu,bila fikir balik, yeke tak mau kawin awal?sedangkan ramai kawan2 yang nak kawin cepat tapi tak dapat. Tu pun tak bersyukur lagi?huhu..(mara diri sendiri..)

Tapi kalau jodoh tu belum dekat lagi, sekurang2nya bole wat pilihan sendiri..ada can nak cari orang yang kita suka yang berkenan di hati. Pastu,pikir balik.  Sama juga. Hati akan tetap berbolak balik. Allah dah cakap bukan semua yang kita suka tu baik untuk kita dan bukan semua yang kita tak suka tu tak baik untuk kita. Maka terimalah dengan apa yang Allah beri pada kita. Jangan merungut apatah lagi menyesal kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur ya atin..huhu..

Ok sambung balik cite tadi. Dah merajuk dengan naim tadi, naim suruh mandi bersiap cakap nak keluar. Mata dah bengkak. Rasanya tak pernah menangis macam tu punya teruk. Apa punya hati sensitif la. Kuat sangat buruk sangka.haha..

Udah siap comey2 dengan bengkak2 mata tu, tiba2 SURPRISE!!X.. k nurul, k zaimah, sal, jiah dan dina pun ada.
Bole  pula dorang nyanyi sambil bawa kek masuk rumah..muehmueh..
Apa lagi air mata mencurah2 ke ladang gandum. Serius terkejut dan tak sangka. Bahagia dorang plan berjaya..Mencik! Ahh, tak suka!!huhu..

Why atin why crying? No answer. 
That's all. Enjoy the pic mata bengkak ye..














Tq for reading. Doakan  yang terbaik untuk saya. Moga saya kuat. Moga Allah permudahkan urusan kahwin saya. Amin. Wallahualam.

13 March, 2014

Aku yang dulu dan sekarang :)


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah..diberi peluang sekali lagi untuk menaip kat blog ni..saya nak type entry laju-laju tau..sebab curi-curi masa je.. takut ralit pula..hihi.. Saya mengaku, sem ni banyak rilek. Tak rasa berat macam yang saya bayangkan. Mungkin sebab kami di tahun akhir.. Kebanyakan lecturer dah tak beratkan kami dengan asaimen. Pembentangan pun mungkin dah tak ada apa sebab rasa biasa dengan suasana pembentangan, dengan kawan-kawan jadi enjoy je belajar.. Alhamdulillah.. :)

Sekarang semua zaman teknologi semua dihujung jari. Maklumat di hujung jari. Asaimen dan kuiz sekarang pun  pakai alam maya je.. Nak tanya lecturer pakai facebook je..Mudah je. Janji ada internet. Baru sedar internet sangat penting zaman sekarang. Kalau tak ade internet.. tak taula nak cakap apa. Even nak contact mak pun pakai internet kot. Senang kalau saya atau mak ke tengah survey barang..atau beli barang persiapan kahwin senang je nak tunjuk. Whatssap sudah.. :)

Banyak nak cerita.. sementara rasa tengah free ni..sebelum kembali busy..kene publish juga sikit..sementara mood tengah nak taip entry pasal kehidupan saya ni, nanti kalau dah tak ade mood, internet slow, sorry la saya nak buka blog..huhu..

Ok, kalau semua nak tahu, banyak perubahan yang berlaku.Salah satu nye saya bertukar spek baru sebab spek lame retak.. Semenjak pakai spek baru ni baru rasa confident nak pakai spek setiap masa. Dulu selalu tak confident nak bergambar pakai spek. Just pakai bila nak drive. Nak tengok gambar lama dengan gambar baru?

Gambar lama. Tudung kadang-kadang kembang bila pakai spek lame ):


Gambar terbaru. Old school fasion :)
 
Lepas tu, boleh tukar warna bila kena cahaya matahari. Kalau tak caya, cube tengok gambar ni.





Nampak tak?Kan warne brown jadinya..Best rasanya. Nasib tak mahal. Macam spek lama tu nak dekat RM400. Spek baru ni RM218 je termasuk jadi kaler brown..Alhamdulillah. Tauke cina tu baik pandai layan custumer. Siap bagi free gift lagi. Thank you for spek yang supperb ni..huhu..

Okla, tu saja dulu.. Nak cite pasal spek je..hihi..tah ape-ape kan?nanti saya sambung cerita lagi kat sini.. Next entry pasal birthday pula tau.. Nak masuk kat sini rasa panjang pula nak cerita..So, next entry kita story puas-puas ok? Tapi tak janji bila. Cepat atau lambat, tunggu je la ye.. ^_^

Preview : 23 tahun sudah :)
Wallahualam.

07 February, 2014

My Diaries- Ujian menempuh alam perkahwinan(part1)


Bismillahirahanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar ? Kita sambung semula ya. Seperti yang saya janjikan. Masalah  pertama dan yang utama sekali adalah dalam menentukan tarikh perkahwinan. Kedua-dua pihak masing-masing inginkan satu tarikh tapi setiap kali dah tetap tarikh, ade je yang tak kena. Banyak kali kot tukar tarikh itu ini..mula nak booking dewan pun tak sempat..dah siap bayar deposit akhirnya burn. Last sekali tak buat kat dewan pun. Dua-dua buat kat rumah.

Lepas tu angah pula mula-mula cakap tak boleh balik. Saya dah menangis bagai nak rak kot. Ini perkahwinan pertama saya tak kan lah angah tak boleh balik. Saya sedih sangat. Rasa down tiba-tiba. Tak nak kahwin la macam ni..huhu..masa tulah perasaan ketika itu. Rasa macam badmood je.. Mujurlah en. tunang ni sabar je orangnya. Saya tahu, dia lagi sedih bila keadaan jadi begini.

Alhamdulillah, akhirnya angah cakap dia boleh balik bulan 8. Jadi ingat nak buat bulan 8 la lepas raya. Tapi tiba-tiba, sekali lagi, masalah berlaku. Masa tu bukan cuti sekolah. Memandangkan mak ayah saya dan mak en tunang ni cikgu, tentulah mereka nak buat waktu cuti sekolah juga. So, saudara mara pun boleh datang juga. Keluarga lelaki bertegas nak buat bulan 6 walaupun sy rasa agak kelam kabut juga dan hati ni berat juga la. Kebetulan kena pula dengan cuti sekolah dan sayapun betul-betul baru habis sem 6 ketika itu. Jadi akhirnya, setelah berbincang kami setuju nak buat kenduri sebelah lelaki dulu baru sebelah perempuan. Walaupun bersalahan dengan adat tapi itu saja keputusan yang terbaik untuk puaskan hati semua pihak.

Ok, settle pasal tarikh. Hari ni saya bersiap pulang ke Terengganu. Selalu saya suka nak balik Terengganu sebab saya rasa kalau balik terengganu saya boleh buat kerja yang saya suka. Tapi kali ni saya rasa macam nak balik terengganu cepat tapi saya takut nak mulakan sem ni dan takut nak habiskan sem ni. Mungkin kerana subjek sem ni semakin susah dan berat dan tak lama lagi akan berlaku peristiwa besar dalam hidup saya.

Takut saya lihat subjek sem kali ni. Tapi saya yakin kalau saya berjaya manage waktu dengan baik dan sentiasa bertenang tanpa masalah, rasanya saya mampu untuk melakukannya. Ya, saya yakin saya boleh. Sebenarnya tak ada apapun cuma saya kalau boleh mahu semuanya perfect dan berjalan dengan lancar saja. Ya Allah, mudahkanlah aku untuk menuntut ilmu. Amin.

Jujur saya cakap saya exited dalam melakukan persiapan kahwin ni. Alhamdulillah, perkara yang penting saya dah settlekan jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Macam yang pernah saya cakap sebelum ni, saya dan dia bukan dijodohkan atas dasar suka sama suka tapi kerana sudah Allah tetapkan jodoh saya dengan dia. Jarak umur antara dia dan saya bukan penghalang yang besar malahan saya sangat besyukur kerana dia sudah bekerjaya tetap.

Dan bila berbicara soal hati, saya percaya dia adalah lelaki yang paling baik dan paling layak untuk saya cintai. Cuma definisi cinta saya untuk dia ketika ini bukan seperti definisi cinta yang biasa yang kita ketahui. Definisi cinta saya adalah selepas nikah. Memang banyak perkara sweet yang dia lakukan untuk tambat hati saya yang keras ni..dan saya amat hargainya tapi bukan bermakna saya tak sukakan dia. Sebabnya satu saja kerana prinsip saya, semua yang sweet adalah lepas kahwin. Insya-Allah.

Sangat penting bagi kita tetapkan prinsip hidup kita kerana kita terutama wanita kalau tidak ada prinsip pasti kita akan hancur. Teringat dulu zaman mula-mula nak up..masa belajar sekolah menengah, bila ada orang nak minta couple,saya akan tegaskan prinsip saya tak akan bercouple masa belajar. Ya, sungguh saya tak pernah bercouple semasa saya bersekolah sedangkan kawan-kawan saya ketika itu semua sibuk bercinta.. Baguskan? puji diri sendiri..haha..

Para wanita sahabat yang saya kasihi terutamanya. Nasihat saya berdasarkan pengalaman, jangan sewenang-wenangnya menyerahkan hati kita pada lelaki. Hati kita hanya untuk insan yang bergelar suami. Selagi dia belum halal lagi, jangan serahkan hatimu padanya. Boleh jadi dia bukan jodohmu. Kalau dia jodohmu pasti dia akan bersabar dan berusaha menjadi yang terbaik untukmu sehingga kamu sendiri mengagumi perubahannya.

Ingat kita bukan mencari yang sempurna tapi kita sedang berusaha untuk menjadi sempurna. Jangan gusar kalau si dia banyak kelemahan. Jangan kau rasa dia tak mampu membimbingmu. Jangan sesekali pertikaikan kemampuan mereka kerana setiap lelaki itu Allah ciptakan dia sebagai pemimpin buat wanita. Jika dia seorang yang bertanggungjawab, maka dia pasti akan mampu menjaga dan melindungimu seumur hidup bersama. Insya Allah. Percayalah.

Setakat ni dulu lah.. ada lagi masalah-masalah lain tapi ini antara masalah besar yang menganggu fikiran dan emosi ketika ini. Apapun, mungkin lama saya tak akan update dah. Tengoklah kalau rajin saya update lagi. Doakan saya kuat dan dapat menempuh segala ujian yang datang ya..

Wallahualam.

29 January, 2014

My Diaries - Preparation for my weeding - part 1


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Fuhhhhhhhh, lamanya tak update blog..maaf cik puan busy sikit. Aipp, masih cik lagi ye..belum puan lagi tau..
Jap, nak tarik nafas dalam-dalam dulu.. Ingat tak dulu pernah post pasal ni?Just wanna share about it. Sambungannya lah.. Tah hape-hape kan?Maybe one day saya akan bace balik semua ni. Ini adalah sebahagian dari moment for our long journey between me and him. InsyaAllah. Siapa yang tak pernah baca lagi bole la kalau nak baca. Just santai saja. 


So, now I'm in semester break. Tinggal 2 sem lagi after this. Jadi untuk semester break ni, we had a simple discussion about our weeding with both family. Insya-Allah nikah lepas saya habiskan sem 6 nanti. Just a few month more..Pfhhhh..
Allright, I wonder where should I start first?

Preparation for my wedding.

Firstly, just senaraikan apa saja yang dirasakan penting. Nak senang google je checklist untuk kahwin. Kami buat juga sendiri punya checklist. Yang dari internet pun cari dan print je. Takut terlepas pandang.
So many things so many checklist papers..sometimes it helps a lot sometimes pening juga la..Then, I just write in my diaries when one things done!

I've do so many research by googling to get inspirational for my weeding. Hopefully it will turn nice and simple. I'll also get my assistant merangkap penasihat especially dalam pemilihan tema baju and cicin, barang kemas whatsoever la..Same juga, sometimes it help a lot sometimes we had argue..hahaha..my only dearest sister..Kakcik, wherever I go she will accompany me. So, I'm not go with him berdua je. Thanks kakcik sudi teman kakakmu ini.

Him?Macam biasa. Lelaki akan serahkan pada perempuan untuk buat pilihan. Bagi dia semua cantik and as long as I suka he'll follow je. Ape lagi ya. Haa, gambar kat atas dah cerita tentang aktiviti saya sepanjang cuti ni.Cuba lihat pic cute lil pen as a gift from En Tunang masa dia di Korea. Katanya pen couple. Blue for him. Pink for me. Very nice it's? ^^,

Actually saya sendiri rasa tak percaya saya sedang menguruskan my own weeding!!!. Sampaikan masa pegang borang permohonan nikah tu I said to him, "Selalu bagi kat orang borang ni (masa praktikal dulu) tapi sekarang sendiri yang isi." And this totally my first experience macam En. Tunang juga. Because, both of us anak sulung. So, everything was new experience.  So no wonder we a little bit nervous and stress. Saya akan ceritakan masalah-masalahnya yang sedikit sebanyak menganggu emosi dalam next entry. Insya-Allah.

Wallahualam.

09 January, 2014

Motivasi untuk diri sendiri..


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Saya dah tinggal last paper. Ada lagi 3 hari lagi nak study. Mood swing pula. Harap dapat kawal lagi. Ya Allah satu paper lagi ni. Habis satu paper ni nak terus balik rumah. Rindu kat mak sangat-sangat. 

Saya bukan tak mahu study tapi mood tak sampai lagi. Dah 2 hari satu nota pun tak buat. Kalau masa study week memang tak study subjek last sebab ada gap 5 hari. Ingat memang nak study waktu ni. Sebelum ni setiap subjek saya buat semua nota  sendiri. Tapi subjek last ni rase tak mampu pula..Terpaksa bahagi tajuk dengan Naim kongsi-kongsi nota. Sebab saya ni memang suka baca nota sendiri.

Okaylah, sebenarnya nak tulis kat blog sebab nak cari semangat balik. Doakan saya supaya saya kuat selalu. 
Nak cakap tu je. 
Nanti saya update lagi ye.
Banyak benda nak cite sebenarnya.
Tapi tak tau nak tulis ape dah.
Cukuplah. Jom sambung study.


 


 

Insya-Allah.
Wallahualam.