Hari ini aku bersiap-siap untuk menghadiri kenduri di rumah mak ngah inah. Kak Nora,sepupuku akan berkahwin pada hari ini.Aku menyarung baju kurung moden bewarna purple pada tubuhku dan dipadankan dengan tudung labuh yang sewarna dengannya.Aku merias sedikit wajahku dengan menyapu calitan krim 'UV' diwajah dan meratakannya dengan bedak wangi.Tujuannya supaya wajahku yang cukup sensitif dengan sinaran UV dapat dilindungi.Akhir sekali aku menyapu lip balm dibibirku supaya bibirku tidak nampak kering mahupun pucat.Tabarruj yang tidak berlebihan dibenarkan dalam Islam asalkan tidak berniat kearah kemaksiatan.Aku berpegang pada sabda Rasulullah SAW,"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia menyukai kecantikan.."
Dua orang adik kecilku,Ihsan yang berumur 12 tahun dan Aiman yang berumur 9 tahun baru pulang dari pusat tahfiz.Sungguh,aku amat merindui kalian!Bagaimana dengan hafazan adik-adik?Aku tersenyum melihat mereka pulang dengan berpakaian jubah dan serban bewarna putih.Kalian berdua sungguh comel sekali.Kaklong betul-betul gembira.Dan tentu yang paling gembira sekali adalah ibu.Teruskan usaha dan jangan putus asa!Banggakan kaklong,ya sayang.
Mereka berdua tidak mengikut kami semua ke kenduri memandangkan mereka sudah makan.Adikku,Asyraf yang memandu kelihatan begitu tekun sekali.Disebelahnya kelihatan ayahku sedang membaca surat khabar.Dan aku bersama ibu,adikku yang ketiga,Ridha dan satu-satunya adik perempuanku,Farahin yang mesra kupanggil kakcik.Kami terpaksa berhimpit dibelakang buat sementara waktu sehingga tiba ke destinasi.
Kami tiba setelah lebih kurang 40 minit perjalanan.Perut sudah mula berkeroncong minta diisi.Nasi minyak,gulai daging,ayam masak kari dan air asam.Nampak simple tapi setelah merasainya,kurasakan inilah masakan kenduri yang paling sedap pernah kumakan.Buat pertama kalinya dalam sejarah aku minta ditambah nasi.Kelakar betul!Rupanya bukan aku seorang saja yang merasa begitu.Ibu,adik dan mak cik-makcikku semua memuji hidangan tersebut.Begitu juga pencuci mulut yang disediakan iaitu bubur kacang kegemaranku!Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..Lagu MaherZain yang dipasang menjadi hiburan.Aku sangat meminati beliau!
Selesai makan aku masuk kedalam rumah.Kawasan hadapan penuh dengan tetamu yang hadir mengadap mahligai persandingan untuk kedua mempelai yang dihias cukup indah.Tema merah putih menjadi pilihan.Aku bersalam dengan saudara-mara yang ada disitu.Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatianku.Sepupuku Ina yang tinggal jauh di Pahang,dan sebaya umur denganku kelihatan memegang seorang bayi kecil yang sangat comel.Dia menepuk-nepuk bayinya supaya tidur dalam kebisingan suasana.Meskipun sebaya umur tapi aku kurang rapat dengannya kerana terlalu jarang bertemu,kami berdua jadi segan untuk bertegur.Dia kahwin ketika aku masih belajar namun masih sempat menghabiskan SPM.Malah dia melangkah bendul abang dan kakaknya sendiri.Hebat betul!
Pada aku itu namanya JODOH.Allah menetapkan jodohnya sampai dahulu dari abang dan kakaknya.Melihatnya lantas mengingatkan aku pada kisah sahabatku,Izzah.Baru-baru ini dia menyatakan rasa gembira yang tidak terhingga kerana tidak lama lagi akan memperoleh anak saudara sulung dari abang ngah dan isterinya.Manakala kak longnya masih belum beroleh rezeki untuk menimang cahaya mata meskipun kakaknya itu kahwin dulu berbanding abang ngah dalam tahun yang sama.Apa yang menariknya,isteri abang ngah Izzah adalah sebaya dengannya.Dalam kata lain sebaya umurku juga!
Makin meniti hari makin kujumpa pelbagai ragam manusia.Aku sendiri tidak dapat menganggak bagaimana kesudahan hidupku.Yang pasti,itu semua urusan Al-Khaliq yang Maha Pencipta.Sesungguhnya hidup,mati,jodoh dan pertemuan semuanya rahsia Allah..Aku cuma seorang musafir!
24 January, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment