Villa Kasturi;
Papa tak kira..Kau tetap kena kahwin dengan Tengku Kamil..Ini soal masa depan kau juga!"
"Aira tak mahu kahwin dengan siapa-siapa.."
"Kenapa kau ni degil sangat Aira...Cuba jadi matang sikit..Kau tengok adik-adik kau,semua berjaya..kenapalah kau suka sangat menyusahkan mama..mama malu dengan kau.."
"Mama dengan papa memang tak pernah paham aira..Kalau betul Aira memang menyusahkan mama dengan papa,Aira minta maaf..Aira tahu Aira bukan pandai macam Alya dan Ainy atau hebat macam Airil..Mereka semua selalu berjaya dalam apa yang mereka lakukan..mereka anak kebanggaan papa dengan mama..Aira sedar kekurangan Aira..mama tak perlu cakap.."
"Walauapapun,kau tetap anak kami..kau kena dengar cakap kami..kau nak jadi anak derhaka?"
"Kalau betul papa dengan mama nak Aira kahwin,Aira akan kahwin..tapi bukan dengan Tengku Kamil.."
"Kau nak kahwin dengan siapa?Kau ada calon lain?Bersosialpun tak pandai.."
"Ya bagitahu mama kalau Aira ada lelaki yang lebih baik dari Tengku Kamil,lebih kaya dan lebih kacak..kami boleh pertimbangkan..mama tak kisah siapapun,sayang asalkan kamu bahagia.."
"Betul mama dan papa nak Aira bahagia?meskipun dia tidak kaya,tak berharta..asal Aira bahagia.."
"Kamu jangan nak main-main dengan papa..papa dah banyak bersabar dengan kerenah kamu..Kalau kamu tak ada calon dalam masa tiga hari dari sekarang..kamu kena kahwin dengan Tengku Kamil.Keputusan papa muktamad!Faham?!"Dato' Khalil meninggalkan ruang tamu.Aira terduduk..Dia terus menangis dan menangis.Datin Fadhila menghampiri anak kesayangannya.
"Kan mama dah cakap,jangan bantah cakap papa lagi..Mama dah cuba pujuk papa..Aira sayang,mama tak ada niatpun nak cakap macam tu..mama dengan papa buat begitu demi kebaikan Aira dan masa depan kita semua.."
"Masa depan Aira mama kata..mama Aira kenal Tengku Kamil itu macamana..Dia buaya darat ma..Papa bukannya fikir masa depan Aira tapi masa depan syarikat dia,betul tak ma?"
"Kalau Aira dah tahu,kenapa Aira tak cari lelaki lain,yang lebih baik,yang kaya,kenapa Aira mesti cakap Aira nak kahwin dengan orang yang miskin dan tak berharta..mana tak papa mengamuk..takkan itupun Aira tak faham lagi?"
"Perlu ke itu semua untuk bahagia?pada Aira itu semua tak cukup kalau tak ada kasih sayang..papa dengan mama tak pernah beri peluang pada Aira untuk buat apa yang Aira mahu..Bila Aira gagal,papa dengan mama akan salahkan Aira..Adil ke?
"Mama dah banyak kali beri Aira peluang..tapi Aira selalu saja sia-siakan peluang yang ada..tak apalah,dalam masa tiga hari ni,Aira fikir masak-masak..apa keputusan Aira,mama sokong dari belakang..mama doakan Aira selalu.."
"Terima kasih mama.."
***
Masjid Darul Haq;
Macamana nak cari calon suami dalam masa tiga hari?Gila!Aku bukan kenal sesiapapun.Nak harapkan Fasha..Huh,tak mungkin..semua jenis macam Kamil juga.Dasar kaki perempuan!Aira bermonolog sendirian.Peristiwa hitam menjelma kembali.
Macamana nak cari calon suami dalam masa tiga hari?Gila!Aku bukan kenal sesiapapun.Nak harapkan Fasha..Huh,tak mungkin..semua jenis macam Kamil juga.Dasar kaki perempuan!Aira bermonolog sendirian.Peristiwa hitam menjelma kembali.
"Fasha,kau kata ni kenduri doa selamat..kenapa pelik saja?"
"Sori,my mom and daddy I pergi oversea..I rasa bosan..I nak you datang party I dan enjoy!"
"Apa?You tahukan I tak suka party.."
"Hai,nice to meet you..you have a beutiful eyes.."
Tengku Kamil cuba mengusap pipi Aira.Aira melarikan wajahnya.
"Thank you,Encik Kamil..I gembira dapat jumpa you..By the way,I had to go..I'm sorry..Have your dinner,please.."
"Fasha..I nak balik.."
"Kenapa you tergesa-gesa nak balik..I nak berkenalan dengan you.."Huluran tangan diberi tapi tidak disambut.
"Tengku Kamil.."
"Panggil I Kamil saja..you tahu tak I sukakan you..sejujurnya,I belum pernah berkawan dengan seorang wanita yang bertudung..I rasa you sangat cantik..mesti kalau you buka tudung,kecantikan you akan lebih teserlah kan?"
Pang!!Satu penampar hinggap di pipi Tengku Kamil.
"Hati-hati dengan bahasa you..tolong hormati I!"
"Berani you tampar I..jangan cabar kelakian I okay!"
Tengku Kamil mula bertindak kasar.Tangannya mula digenggam erat.Semua yang ada hanya terpaku menyaksikan adegan tersebut.Aira Irdina mula takut melihat wajah bengis lelaki itu.
"Lepaskan tangan I..Sakitlah.."Aira menggigit tangan lelaki itu.Pegangan terlepas.Dan dia melarikan diri.Melangkah tanpa hala tuju.Air mata mengalir laju.
"Aira?"Lamunannya terhenti apabila bahunya ditepuk lembut.
"Akak kenal saya?"
"Akak dah lama perhatikan Aira..sebab Aira selalu datang ke masjid ikut program akak..Kadang-kadang akak nampak Aira menangis tapi akak tak berani tegur..Aira anak Dato' Khalil dan Datin Fadhila kan?"
Aira mengangguk lemah.Disebalik pangkat yang ada pada ibu bapanya,tentu sesiapa saja menyangka hidupnya sempurna dan bahagia.Sedangkan hakikatnya hidupnya tidak seindah yang disangka.
Aira mengangguk lemah.Disebalik pangkat yang ada pada ibu bapanya,tentu sesiapa saja menyangka hidupnya sempurna dan bahagia.Sedangkan hakikatnya hidupnya tidak seindah yang disangka.
"Aira suka dengar tazkirah akak..Aira rasa tenang.."
Telefon bimbit berbunyi.Sarah segera menjawab.
"Ya bang,dah selesai..okay..Asalamualaikum.."
Panggilan dimatikan.
"Suami akak dah sampai..hm,Aira okay ke?Nampak macam ada masalah?"
Senyap.Hatinya terasa sebak tak tahu pada siapa dia dapat mengadu lagi masalahnya.
"Kalau Aira sudi,jemputlah datang rumah akak..Cerita masalah..mungkin akak boleh bantu?"
***
"Sarah,awak dah mengarut..awak nak suruh saya bernikah dengan Aira Irdina,anak orang kaya tu?Awak rela bermadu?"Fahmi benar-benar terkejut dengan permintaan isterinya.Baginya ia sesuatu permintaan yang tak masuk akal langsung.
"Demi Allah,bang saya nak bantu dia..Kalau kita tak tolong dia,siapa lagi?"
"Itukan masalah dia..bukan masalah kita..Dia tu muda sangat..Cukuplah abang ada Sarah..Abang takut tak adil bila berkahwin dua."
"Abang..Sarah kan ada..Tak salahkan kalau kita bantu orang yang sedang menghadapi masalah..Dia ada ciri-ciri wanita solehah..Sarah dapat lihat dia sedang mencari sesuatu yang boleh memberi ketenangan..Sayang kalau dia berkahwin dengan suami yang tak mampu membimbing dia.."
Senyap.Kedua-duanya masih berfikir.
"Tentu ada cara lain kita boleh tolong..Ha,macamana dengan Firdaus?"Fahmi teringat pad adiknya,Firdaus.
"Yalah,macamana boleh tak teringat langsung?Mudah-mudahan Firdaus boleh bantu Aira.."
***
"Papa...Aira dah bawa calon suami Aira..Kenalkan ini Firdaus.Seorang guru."
"Kamu kerja guru?Lulusan apa?"
"Universiti Madinah,jurusan Bahasa Arab.."
"Oh,bagus..Tunggu sekejap ya."
"Papa..mama setuju..papa macamana?"
"Papa tak setuju..Dia dari keluarga miskin..Yatim piatu..Mana kamu dapat dia?Macam tak ada lelaki lain kat dunia ni.."
"Papa..Dia ialah satu-satunya lelaki yang Allah hantar untuk membimbing Aira..Dia lelaki soleh yang tinggi ilmu agama..Biar miskin harta jangan miskin ilmu pa.."
"Ooo..dah pandai menjawab sekarang..Aira tak perlu mengajar papa..Dengar sini,ini peluang terakhir..papa tak mahu kamu kahwin dengan lelaki itu dan papa juga tak akan desak kamu kahwin dengan Tengku Kamil.."
"Maksud papa,Aira tak akan kahwin dengan Tengku Kamil?Tapi Firdaus macamana?"
"Aira,kamu dengarkan kata papa tadi?mama tahu,Aira cuma mengupah Firdaus untuk berlakon saja kan?"
"Bukan.."
"Sudah.Sekarang kamu nak papa yang uruskan dia atau kamu yang bagitau dia sendiri?
"Jangan,pa..biar Aira saja yang bagitau dia.."
***
Suasana di Pusat motivasi At-Taqwa kelihatan tenang.Masing-masing tekun dengan tazkirah yang disampaikan.
"Adik-adik..ukhti sendiri pernah berhadapan dengan masalah seperti adik-adik.Ukhti pernah melalui alam remaja seperti adik-adik.."
"Ukhti pernah ke tak tutup aurat?Pakai seksi?"
"Couple?Dating dengan pak we?"
"Pergi kelab malam?karoeke?atau tengok konsert?"
"Tinggal solat?Buat benda jahat..macam kami.."
Aira tersenyum mendengar persoalan yang bertubi-tubi dari gadis-gadis dihadapannya.Syukur Allah memeliharanya.Memelihara imannya.
"Alhamdulillah..setakat yang ukhti tahu,belum lagi..tapi ukhti tak nafikan alam remaja tak lekang dengan cabaran.Daya inquiry(ingin tahu) yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru bergelora hebat dalam diri mana-mana remajapun.Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa.Dalam tempoh ini rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja..Kehidupan ukhti dulu penuh cabaran..Ukhti hidup dalam persekitaran negatif seperti yang adik-adik cakap itu..itulah dunia ukhti bersama keluarga dan kawan-kawan.."
"Tapi macamana ukhti boleh harungi semua itu?"
"Hm,bagus soalan itu..Sebenarnya ukhti pun tak tahu ..sedar-sedar ukhti dah jadi seperti ini..Ukhti cuma buat apa yang ukhti inginkan..Tapi tak semestinya apa yang ukhti buat itu betul.Kadang-kadang ukhti selalu juga tersilap langkah..dan ukhti akan menyesal..kemudian ukhti akan mohon keampunan dan petunjuk kepada Allah SWT.."
"Tapi..tak penat ke asyik berdoa saja tapi kehidupan tetap sama..macamana ukhti betul-betul yakin dengan keputusan ukhti dan harungi semuanya sendirian?"
"Hmm..ukhti akui kadang-kadang ukhti putus asa dengan dugaan yang terpaksa ukhti hadapi tapi ukhti bersyukur masih ada orang akan membantu dan ukhti tak rasa keseorangan lagi..ukhti yakin,Allah sentiasa bersama dengan orang yang melakukan kebaikan..disebabkan keyakinan itu,ukhti rasa mulia dengan iman.."
"Rasa mulia dengan iman?"
"Ia suatu perasaan yang memotivasikan hidup ukhti..perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti,kemungkinan dan nilaian manusia terhadap kita..fitrah hati manusia itu suci tapi seringkali kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah semulajadi kita..ia dinamakan konflik nilai..misalnya adik-adik nak belajar tapi dalam masa yang sama adik-adik nak tengok televisyen..macamana nak berjaya? "
"Ukhti juga mengalami konflik nilai?"
"Ya..ukhti juga manusia biasa..jadi adik-adik,kita belum lagi diuji berhadapan dengan orang kafir..kita baru diuji dengan suara rakan-rakan sebaya..kenapa perlu gentar menyatakan iman kita bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat?Rasa mulia dan tinggilah dengan iman adik-adik,ya.."ujar Aira mengakhiri tazkirahnya.Semua yang mendengar mengangguk.Ada juga yang mengesat air mata.Mudah-mudahan Allah buka hati mereka.Doa Aira Irdina dalam hati.
***
Pusat Motivasi At-Taqwa;
Firdaus menuju ke pejabat Pusat Motivasi At-Taqwa.Dari arah bertentangan kelihatan 2 orang gadis berjubah dan salah seorangnya berpurdah.Pandangannya ditundukkan.Tapi hatinya bagai tertarik untuk melihat ke hadapan.Sebaik mengangkat wajah,matanya bertemu dengan mata si gadis yang berpurdah.Kelihatan lirikan mata si gadis berpurdah dilarikan.Firdaus meneruskan langkah tanpa berpaling.Di fikirannya bermacam soalan yang bermain.Dia seperti melihat sepasang mata yang indah itu.Tapi dimana?*** *** ***
Pusat Motivasi At-Taqwa;
Pintu diketuk.Salam diberi.Masuk sesusuk tubuh yang amat dikenali.Alif tersenyum.
"Kau ni Firdaus,balik tak bagitau aku.."Alif menepuk bahu sahabatnya.Mereka berdakapan erat.
"Aku saja nak bagi surprise..So,kau macamana,sihat?"
"Tengoklah sendiri.."
"Yalah..At-Taqwa okay?"
"Semua okay..Alhamdulillah.."
"Ni yang sengih sorang-sorang ni apasal?"
"Aku rasa aku dah jumpa jodoh akulah..tapi aku tak yakin.."
"Hai..Presiden Pusat Motivasi At-Taqwa takkan tak ada orang nak?Hm.."
"Tak adalah..dia lain sikit.."
"Bila kau nak kenalkan kat aku?"
"Nanti-nantilah aku cerita..kita pergi minum dulu.."
***
"Maafkan Aira atas kejadian dulu.."
"Siapalah Firdaus untuk berdendam dengan Aira..Firdaus dah maafkan Aira..kenapa Aira nak larikan diri dari Firdaus?Aira tak jumpa kak Sarah?"
"Aira malu..Aira rasa bersalah pada Firdaus,Abang Fahmi dan Kak Sarah..Aira tak tahu nak letak muka kat mana.."
"Setiap manusia buat kesilapan..Firdaus yakin Kak Sarah akan maafkan Aira.."
"Terima kasih..Aira akan berjumpa Kak Sarah bila ada kelapangan nanti.."
"Firdaus lihat sudah jauh Aira berhijrah..Semoga Allah memelihara Aira..Firdaus minta diri..Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
***
"Kakak bersyukur Aira dah berubah..Malah lebih baik..Betulkan kakak cakap Allah akan membantu orang yang bersabar..Akak dengar keluarga Aira pun semakin baik.."
"Alhamdulillah,Allah makbulkan doa Aira.Akak dah maafkan Aira?"
"Mana pernah akak marahkan Aira...Aira, akak cuma minta tolong Firdaus jadi calon suami Aira supaya Aira tak kahwin dengan lelaki yang tak sepatutnya..Kalaupun Firdaus tak jadi suami Aira itukan namanya takdir..mungkin saja Aira bukan jodoh Firdaus.."
"Akak sekeluarga baik sangat..Kerana akaklah Aira berjaya berubah sampai sekarang..Banyak lagi yang Aira perlu belajar.Aira kagum dengan keluarga akak..Aira teringin nak jadi sebahagian dari keluarga akak.."
"Maksud Aira?"
Senyap.
"Okay..akak faham..sekarang akak tahu kenapa Firdaus suruh Aira jumpa akak..Aira jangan risau..Firdaus memang dah lama sukakan Aira.."
***
Alif merenung kedua mempelai.Dia tersenyum.Ya Tuhan,demi persahabatan kami,aku rela Aira Irdina menjadi milik kau,Firdaus.Aira Irdina mungkin bukan jodohku.Semoga kalian bahagia dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah.Sesungguhnya doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa pengetahuan sahabatnya akan dimakbulkan Allah.
"Tahniah Firdaus..akhirnya kau sudah bertemu dengan jodoh kau yang terbaik..Tak sangka muslimah solehah dari tempat aku juga kau pilih.."
"Ini aturan Allah..Alhamdulillah..Aku bersyukur sangat-sangat..Aku ingat kami tak akan bertemu lagi.Akhirnya di At-Taqwa,Allah satukan kami semula.Dialah isteri aku dunia dan akhirat..eh,kau pula?Aku dah sudah,kau bila lagi?"
"Insya-Allah kalau ada jodoh..kau orang pertama yang aku beritahu.."
"Hai..dari dulu aku tunggu..aku tertanya-tanya siapa gadis bertuah yang berjaya menambat hati sahabat aku yang sorang ni?Kau yang jumpa dulu jodoh kau,aku yang kahwin dulu?Hai,pelik ni.."
"Alah..biarlah rahsia..lambat laun kau akan tahu juga.."
"Eleh..rahsia konon..tengoklah aku akan siasat..apapun aku doakan yang terbaik untuk kau..ingat kau kawan aku dunia akhirat.."
"Mesti abang penatkan melayan tetamu..biar Aira picitkan abang ya.."
"Tak apa sayang,Airapun penat jugakan?"
"Tak adalah bang sikit saja..Aira nak jadi isteri yang selalu menyenangkan hati suaminya..jadi tak ada istilah penat buat seorang isteri ketika melayan suaminya.."
"Aira..melihat wajah Airapun sudah menenangkan hati abang..boleh abang tahu kenapa Aira pilih abang menjadi suami?Kalau sebab abang kacak,Aira tak perlu sebut..abang dah tahupun.."
Aira ketawa.Sebaris gigi yang putih kelihatan.Lucu dengan jenaka suaminya.Aira sangat cantik.
"Abang..abang yang Aira pilih kerana agamanya..Abang yang Aira kasih kerana peribadinya,abang yang Aira cinta kerana Allah dan abang yang Aira sayang kerana hati Aira inginkan seorang lelaki yang boleh membimbing Aira menjadi seorang isteri yang solehah..Bolehkan?"
"Tentu sayang..Allah satukan kita di dunia,abang ingin menjadi suami yang soleh dan apabila di akhirat nanti,abang mahu Aira yang pimpin tangan abang,ya.."
"Aira akan tunggu abang dipintu syurga..Aira akan sambut abang..sekarang,boleh Aira tahu kenapa Abang pilih Aira sebagai isteri?Sedangkan Aira dah main-mainkan abang dulu..Aira memang pentingkan dirikan?Tak pernah fikirkan perasaan abang.Lagipun,waktu tu Aira tak kenal abang,jadi Aira tak bersedia..Lepas Abang pergi baru Aira rasa menyesal,Aira dah hilang sesuatu yang penting dalam hidup Aira..Setiap hari Aira berdoa dengan harapan abang akan kembali..mengambil Aira menjadi isteri abang yang sah.."
"Abang tak sangka Aira betul cintakan abang..Allah yang pilihkan Aira untuk abang..Kasih sayang abang pada Aira kerana cinta Aira pada Yang Telah Menyatukan kita.Seandainya hilang cinta Aira kepada Allah,maka hilang juga cinta abang pada Aira..Abang cinta Aira seikhlas hati abang..Okay?"
***
"Jemput minum Lif.."
"Terima kasih..Aku saja ziarah sekejap sebab nak ke Timur Tengah..tak lama dalam 2-3 minggu begitu.."
"Hai..tiba-tiba saja..kenapa?"
"Tak adalah..saja nak ziarah tempat lama kita dulu.."
Firdaus bangun untuk ke tandas.Sebentar kemudian Aira muncul sambil membawa sepiring cucur.Saat terpandang Aira,dia mula rasa malu.Alif cuba berlagak tenang.
"Abang Firdaus kemana?"
"Ke tandas katanya.."
"Jemputlah makan cucur.."
"Err..Aira,pasal dulu tu jangan beritahu Firdaus..nanti dia salah sangka.."
"Aira tahu..jangan risau..Aira minta maaf pasal tu.."
"Sudah..jangan ingat apa-apa..benda sudah selesai.."
Bunyi pintu tandas ditutup.Firdaus kembali ke ruang tamu bersama Alif dan Aira.Tanpa sesiapa sedari,Firdaus mendengar semuanya dengan jelas.Tetapi dia berlagak tenang.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Alif..nanti kau ke sana sampaikan salam aku pada teman-teman kita di sana ya.."
"Insya-Allah..aku dah lewat ni..aku nak minta diri dulu..Assalamualaikum..
"Waalaikumusalam.."
Selesai solat berjemaah malam itu,Firdaus duduk berhadapan dengan Aira.
"Boleh abang tanya Aira sesuatu?Abang harap Aira jujur dengan abang.."
"Tanyalah..InsyaAllah Aira akan cuba jawab dengan jujur.."
"Apa hubungan Aira dengan Alif?"
Senyap.Aira bingung.Patutkah dia menceritakan perkara yang sebenarnya?
"Yang tu..err..Aira tak boleh jawab.."
"Apa yang Aira cuba rahsiakan dari abang?"
"Abang..benda tu dah berlalu..Aira tak mahu ingat.."
"Abang suami Aira...lebih baik Aira berterus-terang atau abang mungkin akan ceraikan Aira.."
Bergetar jiwa Aira mendengar kalimah itu dituturkan oleh suaminya sendiri.Air mata mula membasahi pipinya.Dia hilang kata-kata.
"Masya-Allah bang..Astaghfirullah..bang mengucap..ingat Allah.."
Firdaus keluar membawa haluan diri.Hatinya pedih.Terasa ditipu.Mungkin untuk kali kedua.Kereta dipandu tanpa hala tuju.Zikir di bibir tidak henti-henti.Mohon ketenangan hati.
"Bila Alif nak balik?"
"Abang Alif kata minggu ni dia balik,.."
"Syuhada...Allah ciptakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..suami yang soleh untuk isteri yang solehah..Kau rasa boleh ke aku jadi isteri solehah?"
"Kenapa lain macam saja bunyinya..Aira,kau ada masalah dengan suami kau ke?Atau antara kau dengan Abang Alif ada yang belum selesai?"
"Demi Allah..aku dan Alif tak ada apa-apa lagi..cuma.."
"Cuma apa,Aira..kalau kau ada masalah,ceritakan pada aku.."
"Rumah tanggaku sedang diuji..aku tak tahu apa yang patut aku buat.."
"Inalillahi..apa yang berlaku sebenarnya?"
"Dia tanya soal Alif..aku tak tahu bagaimana dia tahu..perkara itu cuma kita bertiga sahaja yang tahu..Aku tak tahu patutkah aku ceritakan hal sebenarnya?Aku tak mahu persahabatan mereka terjejas..dan yang paling aku tak sanggup kalau rumah tangga aku roboh..aku tak nak!Aku takut,Syuhada!!"
"Masya-Allah..bertenang Aira..ingat,Allah sedang menguji iman dan tauhid kau..Kau tak cuba jelaskan hal sebenar ke?"
"Aku dah cuba..tapi dia suruh aku jangan ungkit apa-apa..dia tak mahu dengar dan tahu penjelasan aku..Kehidupan kami seperti biasa..Cuma dia tak cakap sangat apatah lagi mengungkapkan kata-kata romantik seperti mula-mula dulu..Hati aku pedih,,Aku rindukan suaranya..Sampai bila aku akan terus dihukum begini?"
"Aira..cinta Allah sedang menguji cinta kau pada suami kau..Andai cinta yang kecil itu rapuh,jangan pula cinta yang besar itu roboh..Percayalah janji-janji Allah di Akhirat buat isteri yang bersabar dengan ujian dari cinta yang lebih besar,itulah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan yang sedang kau hadapi sekarang..Abang Alif patut tahu pasal ni.."
"Jangan..aku tak mahu keruhkan keadaan lagi.."
"Apapun Abang Alif terlibat dalam masalah ini..Percayalah,hanya komunikasi yang dapat selesaikan masalah kau..Ingat tak,Abang Alif sanggup korbankan cintanya kerana dia nak lihat kau bahagia disamping lelaki yang kau cintai,tambahan pula dia tahu lelaki yang kau cintai itu ialah sahabat baiknya sendiri.. kalau dia tahu kau dan abang Firdaus sengsara sebabkan dia..mesti dia akan rasa bersalah..percayalah.."
"Habis..apa yang patut aku buat?Abang kau baik..dia layak mendapat wanita yang lebih baik dari aku..Aku rasa bersalah pada abang kau,Syuhada..tak pasal-pasal dia terlibat sama dalam masalah aku..jahatnya aku.."
"Tak usahlah kau rasa bersalah dengan Abang Alif..Aku memang mahu abang aku dan kau sama-sama bahagia..kalau bertepuk sebelah tangan macamana nak bahagia?meskipun kau tak jadi kakak ipar aku kau masih lagi sahabat aku,percayalah..lagipun kau sendiri cakap,kau sedang menanti seseorang..jadi tak ada istilah kau main cinta dengan abang aku,faham?"
"Terima kasih Syuhada.."
***
Sepucuk surat di atas meja diambil.Aira Irdina tiada di dalam biliknya.Firdaus segera membacanya.
Surat ini Aira tulis dengan hati yang terus-menerus berdoa agar kita berdua berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita untuk mendapatkan keredhaan Allah.Hingga kini aira terus yakin jika kita mencari kebaikan,insya-Allah,Allah akan memberikannya.
Maafkan Aira.Airalah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini.Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang,Aira menagih pimpinan dan panduan abang.Pimpinlah Aira untuk menjadi isteri yang solehah.Oleh sebab itu,Aira merayu agar Aira terus disayangi,dilindungi,dipercayai dan dipimpin menjadi penyeri hidup abang.
Suamiku yang dicintai,
Kebahagian kita sekeluarga berada ditanganmu.Abanglah peneraju dan nakhoda rumah tangga ini.Aira tahu tanggungjawa abang sangat berat.Jadi aira sentiasa sedia dan setia disisi abang untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.
Aira rindukan abang kerana Allah.Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbingan daripada abang.Aira lemah abang.Pimpinlah aira untuk mendapatkan kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu.
Suami yang dikasihi,
Antara kita ada Allah.Dialah Zat Yang Maha Melihat,Maha Mendengar dan Maha Adil.Aira pasrah kepada Allah.Aira tidak mampu mengawal hati abang dan abang juga tak mampu mengawal hati Aira.Hati kita berdua,Allahlah pemantaunya.Aira akan perbaiki diri Aira.
Apabila kita mendapat sesuatu,pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain.Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga berbanding apa yang terpaksa kita lepaskan.Inilah pengorbanan.
Wahai Imamku,
Jika surat ini ada kesedihan,ia bukan kekecewaan tetapi itu hanyalah harapan.Jika surat ini ada teguran,ia bukanlah kebencian tapi itu peringatan buat Aira dan buat abang jua.Namun,Aira akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan pada Ilahi.Jika air mata Aira berkesan meruntuhkan tembok kemaafan dalam hati abang,nescaya akan Aira tulis surat ini dengan air mata Aira.Bukan air mata kecewa tapi air mata harapan.
Aira harap abang baca surat ini dengan hati yang terbuka.Janganlah hukum Aira lagi.Fikirkan demi masa depan rumah tangga ini dan anak yang bakal dilahirkan ini..Aira mohon izin untuk tinggal dengan mama sampai anak kita lahir..Abang teruskan bekerja,Aira tak mahu menganggu.. ~Aira Irdina~
Air mata Firdaus mengalir..Ya Allah,apa aku dah buat ni?Ampunkan dosaku!Aira,maafkan abang sayang..
Air mata Firdaus mengalir..Ya Allah,apa aku dah buat ni?Ampunkan dosaku!Aira,maafkan abang sayang..
***
Villa Kasturi;
Pintu bilik Aira diketuk.Firdaus meluru masuk mendapatkan Aira.Dato Khalil dan Datin Fadhila juga turut ada.
"Aira..abang minta maaf sebab buat Aira terseksa..Abang terlalu ego..Abang terlampau ikutkan hati..Langsung tak fikir pasal Aira..Abang dah tahu semua..Alif sudah ceritakan semuanya pada abang..Aira tak salah..Abang yang salah..Semua yang abang buat,bukan sebab abang bencikan Aira tapi abang terlalu sayangkan Aira..Abang tak sanggup kehilangan Aira dan anak kita,sayang.."
"Alhamdulillah..Aira tak pernah marahkan abang..Aira tetap hormati abang..Aira tak mendustai abang..percayalah.."
"Abang percaya sayang..Aira maafkan abang..Mari sama-sama kita perbaiki diri kita..Abang akui kesilapan abang..kita lupakan semuanya dan kita mulakan semulanya..Aira bantu abang jadi suami yang soleh dan abang akan pimpin Aira jadi isteri yang solehah seperti yang Aira impikan,boleh,sayang?"
"Insya-Allah,abang.."Aira mengelap mutiara jernih di pipi suaminya.Tangannya menggenggam erat tangan suaminya lalu dikucupnya.Firdaus terharu.
Dato Khalil dan Datin Fadhila mengukir senyum..Jauh di sudut hati mereka mendoakan yang terbaik buat Aira dan Firdaus.
Dato Khalil dan Datin Fadhila mengukir senyum..Jauh di sudut hati mereka mendoakan yang terbaik buat Aira dan Firdaus.
Sekian.
No comments:
Post a Comment