Kita sebagai manusia biasa tidak lari dari perasaan riak,takbur,sombong dan sebagainya.Bukan kita hendak tapi ianya datang dengan sendiri tanpa kita sedari.Cuba lihat tanda-tanda riak di sebelah.Agak-agak pernah tak terjadi kepada kita?Sama-samalah kita renungkan.Tepuk dada,tanyalah iman!
Riak ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam.Batu hitam itu ibarat hati kita.Ia tidak dapat dilihat tapi dapat dirasai.Ia sangat berbahaya..Sifat riak termasuk dalam nafsu lawammah.Iaitu apabila kita membuat kebaikan dan beribadah kepada Allah,kita akan rasa seolah-olah kita ini sudah cukup baik dan pasti akan masuk syurga.Orang yang mempunyai nafsu lawamah ini tidak sedar akan kelemahan diri.Mereka tenggelam dalam pujian dan sanjungan.Nauzubillah,jauhkan hambamu ini dari sifat-sifat itu!
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserah ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah s.w.t.)." "Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Begitulah kata-kata Allah buat mereka yang bersikap riak.Dan begitu jelas kerisauan baginda terhadap kita semua sehingga menitis air mata baginda.Walaupan kita tidak lagi menyembah berhala namun kita pasti akan didatangi oleh satu perasaan yang dipanggil riak.Kalau tidak dikawal,maka rosaklah iman kita,kawan-kawan..Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah memelihara iman dan tauhid kita.Ya Allah,jauhkanlah hambamu ini dari sifat riak,sombong dan takbur!Amin..

No comments:
Post a Comment